December 21, 2009

Bekas Pelajar bantah serah SIS dan SERATA kepada pusat

Nazri Abdullah
IPOH, 17 Dis: Bekas-bekas pelajar Sekolah Izzudin Shah (SIS) dan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Perak, membantah dan menuntut penjelasan dari tiga pihak bertanggungjawab berhubung hasrat menyerahkan kedua dua sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tersebut kepada pusat.

Ketiga-tiga pihak tersebut adalah kerajaan negeri Perak, Jabatan Agama Islam negeri dan Persatuan Alumni pelajar sekolah terbabit.

Pengerusi Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN), Yuzi Faizal memberitahu pihak mereka akan mengadakan satu sidang akhbar berhubung perkara itu dihadapan pintu masuk utama SIS Jumaat ini.

"Kita nak mintak penjelasan dari ketiga-tiga pihak ini supaya kita dapat tahu kewajaran kedua-duanya perlu diserahkan kepada kerajaan pusat," katanya ketika dihubungi.

Yuzi juga memberitahu desakan yang dibuat badan bertindak ini bukan dipengaruhi mana-mana parti politik tetapi atas rasa tanggungjawab dan keperihatinan bekas-bekas pejar sekolah terbabit sendiri.

Mereka bimbang pertukaran tersebut akan menggadai kecemerlangan pelajar-pelajar aliran agama khususnya pemansuhan subjek teras sekolah tersebut.

Apatah lagi kedua-dua sekolah tersebut juga jelasnya telah banyak melahirkan tokoh-tokoh dan pemimpin negara seperti Menteri Pertahanan Malaysia sekarang ini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

"Berdasarkan maklumat, jika kerajaan pusat ambil alih, kemungkinan subjek I'dadi dan Sanawi akan dimansuhkan.

"Ianya akan memberi kesan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang agama seperti di Al-Azahar dan lain-lain universiti," katanya lagi.

Kedua-dua sekolah tersebut adalah di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dan Kerajaan Negeri Perak namun akan diserahkan kepada kerajaan pusat di bawah skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) kerana didakwa berdepan masalah kewangan.

Sehubungan itu, TAHAN juga sedang merancang menyediakan satu memorandum untuk dihantar kepada pihak Istana negeri perak jika tiada sebarang maklum balas dari ketiga-tiga pihak terbabit.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) turut mendesak Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri campur tangan menyelamatkan SIS dan SERATA agar kekal dibawah kelolaan JAIPk.

December 8, 2009

Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

www.iLuvislam.com
akhawat88_girl
editor :everjihad

WANITA..

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.

December 6, 2009

KEBENARAN

Bismillahirahmanirahim

Malam ini..hening..angin sejuk..setiap kali berhembus teras nyaman..selesa..

Tapi hati...tak menentu..fikiran bekecamuk..dirundung serba salah..huh~

Kebenaran, perkataan ini bermain diminda hati tertanya-tanya kenapa kebenaran itu itu tidak semudah penipuan. Senang melafazkan sesuatu pembohongan tapi sukar untuk menegakkan kebenaran. Kenapa selalunya begitu?

persoalan..selalu timbul..tapi jawapan yang tepat jarang dikecapi..


Pembohongan amat senang dinyatakan,mudah! Bila melakukannya terasa lega lepas segala masalah. Seolah-olah tiada bebanan di dada. Selalunya pembohongan mendatangkan keuntungan. Hasilnya pembohongan itu acap kali dinyatakan. pembohongan itu sering kali memberi pulangan lumayan. Pembohongan itu selalu menyelamatkan. Hati menjadi senang jiwa menjadi lapang harta tak kurang-kurang. Bukankah bagus sekali pembohongan itu? owh..patutlah manusia suka berbohong.......

Kebenaran hakikat dan realitinya amat pahit sukar untuk didedahkan mahupun dihebahkan. Kerana apa?bukankah kebenaran itu baik suci dan kebenaran itu membawa kepada keadilan? Kerana kebenaran sering kali membawa kepada sesuatu yang berlawanan dengan nafsu. Kebenaran selalunya akan membawa hukuman cercaan pemulauan malahan ancaman. Kerana dunia pada hari ini tiada yang meletakkan hukuman yang adil yang sempurna dan sesuai dimana saja. Kebenaran disembunyikan disimpan didada biar makan dalam! asal nampak bahagia diluar asal selamat dari ancaman dari buruan..kebenaran..terus tersembunyi..kerana yang menyembunyikan diselubungi ego dan ketakutan!

"Natijah" satu perkataan yang jarang kita hayati maksudnya. Sedangkan itu yang menjadi penanda aras betapa bijaknya keputusan kita. Bukankah setiap perkara yang kita buat apa yang kita mahukan hasilnya. Dan hasil setiap perkara yang kita buat merupakan sebab kita melakukan sesuatu. Erat sebenarnya ikatan niat dan natijah saling berkait dan memerlukan antara satu sama lain. Bukankah pepatah melayu ada menyebut "ingat sebelum buat" apa yang dimaksudkan dengan ingat mestilah natijah perkara itu.

Bila berlaku satu pembohongn natijahnya amatlah bagus tapi hanya untuk sementara! Selama pembohongan itu bergelar rahsia. umpama penadol yang melegakan untuk sementara tapi dimasa hadapan membawa derita. Apabila segalanya bukan lagi rahsia si pemecah amanah akan pecah kepala,wang yang banyak akan lesap sekelip mata, segalanya jadi sia-sia, hilang pangkat dan nama, dunia akhirat menderita.

Bila kebenaran disuarakan boeh jadi hilang segalanya. Kerana kebenaran selalunya pahit kerana kebenaran menjadi rahsia bagi orang yang mendapat loba bila ianya rahsia. Apabila pekung didada cuba dipecah sudah pasti tuan punya dada akan pertahankan walau dengan apa cara sekalipun walau terpaksa mengugut mahupun membunuh. Akibatnya yang cuba menegakkan kebenaran ditekan denagn dasyatnya. walaup[un begita golongan ini sentiasa ada,untuk selamanya..
Golongan ini akan mendapat penghormatan bila kebenaran dan keadilan ini tertegak golongan ini mendapat segala kebaikan selepas ditekan golongan ini mendapat kebahgiaan dan golongan ini disebut dalam Al-Quran sebagaimana firman Nya">Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. Yaitu: orang-orang yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya."Al-Maidah 54,55,56.

Kebenaran umpama air yang mengalir kita boleh buat bermacam-macam cara untuk halang air yang mengalir tapi ia akan terus mengalir semakin lama disimpan semakin bahaya umpama air dalam empangan mampu memusnahkan seluruh kampung.

waallahuaklam

December 4, 2009

KUTHBAH JUMAAT 4/12/2009

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Maidah :

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Kita kini masih berada di bulan Zulhijjah, bulan yang dirasai kegembiraan oleh umat Islam terutama para jemaah haji di Kota Mekah. Kota Mekah kini dibanjiri oleh umat Islam yang datang dari seluruh pelosok dunia. Dengan iltizam mendapat haji mabrur, mereka menempuh pelbagai ujian dan cubaan dalam menjalani ibadat tersebut. Seminggu telah berlalu selepas kita menyambut menyambut Hari Raya Korban atau Eidul Adha dan para hujjaj telah selesai melaksanakan manasik haji.

Marilah kita mengingati kembali kalimah takbir yang kita laungkan selama 4 hari berturut-turut yang membuktikan bagaimana, tentera Islam telah mengalahkan tentera bersekutu kuffar dalam Peperangan Ahzab atau Khandak. Ia dilaungkan bagi membangkitkan semangat serta peringatan kepada umat Islam, bahawa penentangan tentera bersekutu kuffar sentiasa berlangsung dalam memerangi umat Islam.

Jika kita lihat kepada sejarah sebelum serangan Ahzab ini, maka kita dapati bagaimana jahatnya yahudi yang sepatutnya bersama Rasulullah s.a.w dan umat Islam, tetapi bertindak menghasut kuffar yang lain terutama Quraisy agar meruntuhkan Daulah Islamiah Madinah. Walau pun yahudi mengetahui bahawa negara Islam pimpinan Rasulullah s.a.w adalah negara yang adil terhadap semua agama, namun atas rasa dendam serta benci kepada Islam yang berjaya menghapuskan sistem riba serta beberapa lagi bentuk penindasan yang mereka lakukan sebelum ini, maka yahudi melakukan pengkhianatan yang besar ini.

Sikap yahudi ini kadang-kadang ditiru oleh umat Islam sendiri, akibat gila kuasa, pangkat dan harta sehingga mereka sanggup melawan golongan yang telah mengharamkan arak dan judi serta hiburan yang melalaikan. Mereka terpengaruh dengan makna Islam mengikut tafsiran Lord Reid, iaitu untuk adat dan ibadat khusus sahaja serta berkaitan individu, bukannya agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Mereka menganggap Islam sebahagian daripada negara bukannya negara sebahagian daripada Islam. Mereka faham bahawa Islam agama yang diperintah sehingga boleh diambil apa yang berkenan dan ditolak apa yang bercanggah dengan nafsu. sedangkan Islam agama memerintah, yang memastikan kita tunduk kepada semua kehendak wahyu dengan menolak segala hasutan nafsu.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Apabila menyebut tentang Daulah Islamiah maka kita perlu tekankan bagaimana usaha dalam mendirikannya seterusnya peranan dalam mengisi segala tuntutannya serta kewajipan dalam mempertahankannya. Sempena kedatangan bulan Zulhijjah maka amat sesuai untuk kita menyentuh bagaimana usaha Rasulullah s.a.w, mendirikan Daulah Islamiah dalam memastikan segala aspek kehidupan yang telah digariskan oleh Islam dapat dilaksanakan, di mana pada bulan Zulhijjah tahun ke 13 selepas kenabian, telah berlangsungnya Bai'ah Aqabah Kedua antara nabi dengan rombongan Aus dan Khazraj dari Madinah.

Jika dalam Bai'ah Aqabah Pertama yang berlangsung setahun sebelum itu di mana isi kandungan taat setia lebih banyak menyebut tentang pembinaan peribadi dan masyarakat muslim yang berkaitan aqidah dan akhlak antaranya mengenai ikrar untuk menjauhi mencuri, zina, membunuh anak-anak, berbohong serta perlaksanaan Islam dalam semua bidang. Manakala dalam Bai'ah Aqabah Kedua mula disebut tentang kesanggupan dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah nanti, disamping sanggup memerangi siapa sahaja yang memusuhi Islam termasuk yahudi yang merupakan rakan kongsi Aus dan Khazraj selama ini.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa besar dan bersejarah ini ialah, persiapan ke arah mendirikan Daulah Islamiah adalah penting, antaranya usaha dalam memberi penjelasan kepada rakyat tentang keperluan dan kebaikan yang ada pada Daulah Islamiah, untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Umat Islam juga perlu diberi keyakinan bahawa tugas mendirikan Daulah Islamiah, merupakan antara perkara yang wajib didirikan bagi membolehkan kesemua sistem Islam dapat dilaksanakan.

Daulah Islamiah yang mempunyai roh agama, yang memastikan pembinaan tamadun kemanusiaan dan kebendaan dapat berjalan serentak, merupakan suatu yang diakui oleh umat manusia termasuk bukan Islam tentang keadilannya. Namun akibat telah lama tidak didirikan, maka di sana banyak persoalan dan pertanyaan yang timbul disamping sikap permusuhan terhadap Islam yang begitu menebal dalam hati musuh Islam, yang memandang jika sekiranya tertegak Daulah Islamiah, maka akan tergugat kepentingan agama masing-masing, apabila manusia sudah menerima Islam sebagai cara hidup. Sebab itulah pelbagai usaha yang dilakukan bagi memastikan Daulah Islamiah tidak ditegakkan. Musuh Islam menanamkan pelbagai tuduhan buruk dan melemparkan dengan pelbagai ancaman terhadap Daulah Islamiah agar usaha dalam membinanya terbantut.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Dewasa ini, Umat Islam dilanda dengan krisis keyakinan terhadap Islam sebagai Ad-deen. Umat Islam sendiri yang kurang yakin terhadap Qadha' dan Qadar serta hari akhirat, kadang-kala sampai keperingkat menghina dan mempertikaikan hukum Islam. Mereka boleh menerima hukum bahawa orang Islam sahaja yang wajib sembahyang dan puasa bulan Ramadhan sedangkan orang kafir tidak wajib, tetapi mereka tidak boleh menerima orang Islam dikenakan hudud contohnya dalam kes zina dan sebagainya. Mereka juga tidak yakin bahawa orang Islam yang dikenakan hudud akan dilepaskan daripada hukuman neraka di akhirat, sedangkan orang bukan Islam yang tidak dikenakan hudud tidak terlepas daripada siksaan akhirat.

Kita mesti yakin terhadap janji Allah S.W.T yang menjanjikan pencegahan melalui perundangan Islam, kerana jika kita lihat kepada kes-kes seperti rogol dan bunuh yang berlaku pada hari ini, maka didapati ada pelakunya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Mengapa tidak dipersoalkan bagaimana perundangan sekular yang sedia ada bukan sahaja tidak mampu menjaga orang bukan Islam malah umat Islam sendiri. Inilah yang dikatakan pandangan berat sebelah, di mana apabila disebut sahaja Islam maka ada saja alasan untuk menolaknya, tetapi apabila disebut ideology dan perundangan ciptaan manusia, maka boleh ditelan bulat-bulat tanpa banyak persoalan.

Jika manusia boleh menerima pemimpin sebuah negara komunis adalah komunis, negara sosialis adalah sosialis dan sekuler adalah pemimpin sekuler sendiri bukan penentangnya, maka mengapakah dipersoalkan negara Islam mesti melantik pemimpin beragama Islam. Jika rakyat negara ini boleh menerima perundangan penjajah yang tidak bersangkut paut dengan agama mereka, maka mengapa mereka mesti menolak perundangan Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. Mengapakah kegagalan demi kegagalan perundangan manusia dalam menangani masalah jenayah diteruskan juga.

Hukum bunuh dalam perundangan dunia tidak sama dengan hukum bunuh dalam Qisas. Begitu juga hukum sebat perundangan manusia tidak sama dengan hukum rotan perundangan hudud. Mengapa ada umat Islam yang boleh terima hukum bunuh perundangan manusia sedangkan mereka tidak boleh menerima hukum bunuh balas mengikut Qisas. Mengapa mereka boleh terima hukuman sebat perundangan manusia sedangkan tidak dapat menerima hukuman rotan Hudud. Ingatlah bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T di mana tidak boleh sama sekali kita menzalimi mereka walau pun mereka adalah penjenayah, dengan menjatuhkan hukuman yang bercanggah dengan perundangan Allah S.W.T.

Setiap pemerintah akan dipertanggungjawabkan dengan setiap hukuman yang dijatuhkan, samada bertepatan dengan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T atau sebaliknya. Setiap rakyat akan ditanya tentang sebab mengekalkan pemimpin yang melaksanakan hukuman yang bercanggah dengan Islam pada hari akhirat nanti. Oleh itu kembalilah kepada ajaran Islam yang menyeluruh, agar kita tidak dibangkitkan di hadapan Allah S.W.T sebagai orang yang zalim dan bersalah samada sebagai pemimpin atau pengikut.

Adapun orang-orang Yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim. Al Imran, 57

OLEH:TN HJ NOH BIN AHMAD

Puluhan ribu sertai himpunan sokong Tok Guru

M Faqih

KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.

-harakahdaily-

December 3, 2009

Manipulasi media punca ramai keliru isu doa – Nik Aziz

KOTA BHARU, 3 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini.

"Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.

"Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.

Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.

"Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh)," katanya.

Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.

Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.

"Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

"Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan," ujarnya.

Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontran yang mendesaknya melepaskan jawatan.

Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.

"Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.

"Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.

"Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan," katanya.

Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai.

Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang 'budak nakal' yang berhimpun semalam.

Adat Vs Sunnah

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah dengan rahmat dan limpah kurnia Nya masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan pendapat dan semoga dengan rahmat Nya jua perkongsian ini dapat mendekatkan dan mengabdikan diri kepada Nya dan akhirnya menghancurkan thagut dan meranapkan jahilliyyah

Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a Rasul s.a.w bersabda akan muncul di akhir zaman ini beberapa golongan manusia yang mencampur adukkan dunia dengan agama mereka,bahkan lebih teruk lagi akan muncul diakhir zaman ini manusia yang menjadi orang alim tiba-tiba golongan ini mencampur adukkan dunia dan agama mereka ini memakai pakaian yang diperbuat dari kulit kambing dan lidah mereka lebih manis dari gula,tetapi hati mereka lebih ganas dari serigala.


Keadaan ini berlaku pada zaman kita dalam masyarakat kita. Masyarakat kita pada hari ini kebanyakkannya sangat mementingkan adat sehingga timbul satu peribahasa biar mati anak jangan mati adat. Persoalannya setakat manakah kepentingan adat itu sendiri. Adat ini adalah amalan turun temurun yang diwarisi daripada nenek moyang. Adat ini menjadi satu kewajiban kepada masyarakat kita pada hari ini. Sebagaimana yang kita faham dan erti selagi mana adat atau budaya itu tak bersalahan dengan hukum dan syariat islam ianya bebas untuk diamalkan oleh sesiapa pun.

Yang menjadi permasalahan dalam masyarakat pada hari ini apabila disamakan antara adat dan agama. Hal ini berlaku kerana kurangnya persefahaman terhadap islam dalam masyarakat kita. Dan kesan daripada permasalahan ini berlakunya kekeliruan dalam masyarakat dimana akhirnya adat didahulukan daripada sunnah rasul itu sendiri. Contoh yang dapat kita lihat pada hari ini kebanyakkan ibu bapa apabila dikurniakan anak mereka lebih mementingkan untuk membuat pulut kuning daripada majlis cukur rambut anak sedangkan cukur rambut adalah sunnah sedangkan nabi jangan kata buat makan pulut kuning pun tak pernah. Lagi satu adalah ketika majlis perkhawinan dimana kebanyakkan pasangan berhabis untuk majlis perkhawinan sedarkah kita pembaziran adalah satu perkara yang dilarang agama. Islam menggalakkan kesedarhanaan dalam kehidupan. Majlis kenduri ketika berkhawinan ada dalam syariat islam tapi hari ini ianya dicemarkan dengan pembaziran dan maksiat yanag berlaku dalam majlis itu. Sehinggakan kadang-kadang hukum wajib datang ke majlis kenduri bertukar menjadi haram. Contoh yang terakhir adalah dari segi pemakaian apa yang sopan dilihat dari sudut adat tidak semestinya berpadanan dengan agama.

Kita haruslah sedar dan perhatikan masalah ini. Kerana mematuhi adat tak bawa kemana hanyalah dunia semata. Dan tidak memebawa kepada keredhaan Allah. Mempertahankan adat adlah sesuatu yang sia-sia. Andai kata adat itu bercanggah dengan syara' ia boleh membawa kepada hukum haram dan mempertahankannya adalah bedosa. Dan ingatlah ketika mana orang kafir menolak islam alasan mereka adlah kerana islam bercanggah dengan nenek moyang mereka jika kita pada hari ini mempertahankan adat nenek moyang kita walaupun ia bercanggahan dengan syara' apakah bezanya kita dan mereka?

Apabila golongan yang alim mempunyai peragai seperti ini amatlah malang umat pada hari ini. Dalam hadis yang lain ada menyebut ada dua golongan manusia jika baik dua golongan ini baiklah manusia seluruhnya jika rosak dua golongan ini maka rosaklah manusia seluruhnya mereka adalah ulama dan umara(pemimipin). Muaz bin Jabal juga mengigatkatkan kita dimana beliau berkata berhati-hati dengan gelincirnya orang alim kerana sesungguhnya orang alim itu besar pengaruhnya oleh itu ramai yang akan mengikut mereka. Ulama merupakan satu entiti yang amat penting dan peranan yang dimainkan dalam masyarakat amatlah besar. Secara tak langsung ulama' akan memberi satu pengaruh yang besar dalam masyarakat.

Apa yang berlaku hari ini adalah ulama yang menjual ilmunya untuk kepentingan dunia. Teringat kejadian dimatrik dimana ketika itu saya merupakan ketua biro penerbitan. Saya mendapat tugasan sebagai pengerusi majlis ceramah yang akan diadakan pada malamnya,dalam perbincangan dengan guru penasihat persatuan timbul satu isu iaitu mengenai soal bayaran pada penceramah. Apa yang saya dapat simpulkan sebagaimana yang diceritakan oleh cikgu tersebut pada zaman ini berlaku satu situasi dimana penceramah pada masa kini di zaman moden ini amat mementingkan bayaran terhadpa sekelumit ilmu mereka. Hasilnya jadilah tawar menawar dimana penceramah meletakkan harga yang cukup tinggi untuk menyampaikan ilmu barangkali meraka lupa ayat surah yasin ayat 21 yang baca saban malam jumaat setiap minggu iaitu "Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."benarlah apa yang dikatakan rasul mereka ini memakai pakaian yang diperbuat dari kulit kambing dan lidah mereka lebih manis dari gula,tetapi hati mereka lebih ganas dari serigala.

Gejala menjual ayat Allah untuk kepentinag sendiri juga amat berleluasa pada masa kini. Sayang ilmu yang ada digunakan untuk kepentingan peribadi dan dunia semata-mata ingatlah sabda nabi junjungan kecelakaan kepada umatku dikalangan ulama yang jahat,mereka menjadikan ilmu sebagai barang perniagaan untuk mendapat untung pada diri mereka, Allah tidak akan mendatangkan keuntungan terhadap perniagaan mereka.


December 2, 2009

Najib dan UMNO tidak harus takut doa Nik Aziz

Ahmad Baei Jaafar

Membaca laporan surat khabar hari ini, 30 November 2009 saya berasa lega dengan sikap Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mahu meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang mahu berdoa supaya Allah memusnahkan masa depannya. Malah Perdana Menteri itu secara matang berkata mahu mencari penyelesaian dengan cara yang baik.

“Apa pun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri terkutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan oleh Islam,” katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM 2009).

Tanpa mempertikaikan kebenaran laporan Utusan Malaysia itu, Najib seharusnya tidak berasa bimbang dengan doa Nik Aziz itu jika beliau merasai bahawa tindakannya itu benar. Apatah lagi Menteri Besar itu belum lagi berdoa, sebalik berkata akan berdoa jika Najib berniat jahat dalam memberi royalti minyak kepada Kelantan.
Saya percaya Najib dan seluruh orang UMNO yang memahami ajaran Islam sudah pasti sedia maklum bahawa doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah. Menyedari keadaan itu mereka sudah pasti berwaspada dan berhati-hati supaya tidak terjebak dalam menzalimi orang lain apatah lagi orang Islam. Jadi, kalau begitu kedudukannya apa yang hendak dibimbangkan.

Sebenarnya Nik Aziz dan rakyat Kelantan boleh berdoa sebanyak yang mungkin jika mereka berasa bahawa mereka sedang dan akan terus dizalimi. Tetapi Allah yang maha melihat dan mengetahui keadaan yang sebenar akan menilai doa itu sama ada mereka dizalimi atau tidak. Jika benarlah rakyat Kelantan dizalimi, pasti Allah segera mengabulkan permintaan mereka.

Dalam keadaan ini, Najib dan orang UMNO harus menilai semula hal royalti itu sama ada mereka telah bertindak secara zalim atau tidak. Jika mereka yakin dan pasti bahawa tindakan memberi wang ihsan dan tidak memberi royalti itu, tidak menzalimi rakyat Kelantan, tidak perlu dibimbangkan lagi. Sebaliknya jika dirasakan bahawa mereka bertindak secara zalim, bertaubatlah segera dan kembalikan hak mereka sebelum rakyat Kelantan berdoa.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan tindakannya mahu berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO jika kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan. Malah beliau sanggup berhadapan dengan cemuhan ulama lain.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang membidas tindakannya itu mungkin tidak mendapat maklumat yang tepat, mengapa isu ini ditimbulkan. Saya percaya, jika beliau tahu pasti dia juga menyokong kerana dengan kenyataan itu membuatkan kerajaan pusat akan berfikir dan menilai semula tindakannya.

Selain itu Naib Presiden UMNO, Datuk Hashamuddin Hussein yang menganggap kenyataan itu sebagai tidak masuk akal, mungkin merujuk kepada tindakan seorang yang dianggap ulama terhadap umat Islam sendiri. Tetapi kalau dia merujuk kepada tindakan seorang pemimpin dalam menjaga hak kepentingan rakyat yang dizalimi pasti dia juga akan mengatakan wajar dilakukan.

Rasanya kita semua tahu sejarah Rasulullah semasa Taif, tatkala orang Taif menolak dakwah Baginda, dibaling dengan batu sehingga luka dan patah gigi, Baginda tidak bertindak mendoakan kemusnahan mereka. Walaupun telah ditawarkan oleh malaikat untuk menghempap mereka dengan gunung, Baginda sebaliknya berdoa, “Ya Allah beri petunjuk kepada kaum aku kerana mereka tidak tahu”.

Rasulullah tidak bertindak menghukum seseorang kerana kepentingan diri sendiri. Tetapi Baginda akan bertindak jika atas kepentingan rakyat umum. Dalam peperangan Khandak, Baginda berasa kedudukan umat Islam agak tertekan, kalau tatkala itu umat Islam kalah, nescaya tidak akan ada lagi orang yang akan menyembah Allah. Maka ketika itu Baginda berdoa kepada Allah agar membinasakan tentera Ahzab.
Jadi, dalam keadaan ini, semua umat Islam sama ada pemimpin mahupun rakyat jelata harus merujuk kepada ajaran Islam dan sejarah silam dalam mengatur hidup ini. Semoga kehidupan kita pada masa akan datang tidak ditimpa bala bencana lagi.

Penzalim yang degil wajar didoa bala - Ulama

M Faqih & Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 2 Dis: Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata doa meminta ditimpa musibah kepada orang yang membuat kezaliman bukan sesuatu kesalahan.

Bagaimanapun ia adalah pilihan terakhir selepas pihak yang melakukan kezaliman itu tetap berdegil selepas pelbagai kaedah lain digunakan.

"Doa itu senjata orang mukmin, tidak menjadi satu kesalahan dibaca selepas orang Islam sendiri menganiayai orang Islam lain.

"Dipanjatkan doa semoga dibuka pintu hati dan kalau tetap berdegil juga dipohonkan kepada Allah supaya ditimpa sesuatu musibah kepada mereka," katanyai disini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendoakan diturunkan musubah kepada mereka yang menzalimi rakyat negeri itu ekoran keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang royalti minyak.

Rakyat Kelantan katanya sedang dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak dan itu adalah satu bentuk kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.

Doa menurunkan bala kepada orang yang zalim katanya tidak lebih sebagai satu ugutan agar mereka gerun dengan janji Allah dan terbuka pintu hati untuk mengembalikan semula hak orang lain.

"Doa seperti itu tidak lebih sebagai satu ugutan atau peringatan kepada pihak yang cuba membuat zalim seperti disebut Tok Guru Nik Abdul Aziz," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sirah zaman Nabi Muhammad saw memperlihatkan bagaimana baginda memanjatkan doa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas kaum Quraisy Mekah yang menganiaya baginda dan menentang dakwah Islam.

Ekoran itu katanya Allah Taala telah menurunkan kemarau selama tujuh tahun sehingga wujud asap dari langit.

Kata beliau adalah wajar didoakan semoga dibuka pintu hati orang yang cuba membuat aniayai kepada rakyat Kelantan supaya menunaikan tanggunggawab mereka.

Selain itu beliau juga menyatakan sokongan padu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, untuk terus menerajui kerajaan negeri dan mempertahankan tuntutan royalti minyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.

Dewan Ulama katanya menyambut baik saranan Mursyidul Am Pas itu agar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama membantu mempertahankan dan menuntut hak mereka itu.

Dalam kenyataan tiga muka surat bekas anggota Exco kerajaan negeri itu berkata buat masa ini mereka hanya mampu bermunajat dan berdoa agar dibuka pintu hati pihak yang terbabit sehinggalah hak rakyat mendapat royalti minyak itu ditunaikan.

"Penafian terhadap hak royalti, penukaran kepada wang ihsan dan penyerahan faedah petroleum itu kepada pihak lain adalah perbuatan khianat dan tidak bertamadun," katanya.

Mengenai kepimpinan Menteri Besar, Mohamad berkata Dewan Ulamak berpendirian menyokongnya mengekalkan kepemimpinan dalam kerajaan dan parti.

"Buat masa ini Tok Guru Nik Aziz dilihat masih mampu untuk meneruskan pentadbirannya. Ketokohan dan gaya pemerintahannya menjadi contoh yang terbaik sehingga disegani kawan dan lawan," katanya.
-harakahdaily.net-

December 1, 2009

Doa Laknat


Bismillahirahmanirrahim

Akhir-akhir ini negara kita hangat dengan isu doa laknat yang dinyatakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Segalanya bermula apabila tuntutan royalti yang sepatutnya menjadi hak milik rakyat kelantan dinafikan oleh kerajaan pusat. Royalti yang sepatutnya menjadi hak milik kelantan dinafikan haknya dan ditukar kepada wang ihsan. Satu perbuatan yang amat memalukan oleh kerajaan pusat kerana tindakan ini merupakan satu pengkianatan terhadap rakyat kelantan. Sepatutnya kerajaan yang menjadi satu badan yang menjaga kebajikan rakyat tapi hakikat kerajaan sesekarang mengkianati rakyat dan mengamalkan kronisme dan kepentingan peribadi semata-mata.

Tuntutan kerajaan Kelantan bukanlah satu omongan kosong tetapi berada dalam Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 dimana kawasan yang dituntut ialah kawasan bersama Thailand - Malaysia, di bawah tuntutan bersama itu ada di bawah satu akta yang diluluskan oleh Parlimen pada 1990. Selain itu perjanjian ini turut termaktub dalam Akta Penggunaan Petroleum 1973 dimana akta ini memperuntukkan setiap penyerahan hasil minyak kepada kerajaan pusat mestilah dibalas dengan pemberian royalti sebanyak 5%.Tetapi apa yang terjadi ialah pembayaran wang ehsan kepada Kelantan. Seperti mana yang diumumkan oleh PM dalam parlimen.

Beberapa tindakan diambil oleh Tuan Guru dan pimpinan PAS untuk menunutut hak ditentang oleh pihak kerajaan pusat. Dan baru-baru ini Tuan guru mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kontroversi "Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)...kalau tak kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah, tak mustahil benda ini akan berlaku."

Berikutan dengan kenyataan Tuan Guru beberapa pimpinan BN mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Tuan Guru antaranya:

"Saya sendiri tidak pernah mendoakan kemusnahan kepimpinan dan parti lain sebaliknya sentiasa mengharapkan Umno dan Pas dapat duduk semeja untuk berbincang mengenai cara menyatupadukan bangsa Melayu di negara ini."

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Mukhriz Mahathir

"Alangkan kepada bukan Islam pun kita doakan yang baik untuk mereka, termasuk diberi taufik dan hidayah. Inikan pula kepada saudara seagama.Sebagai orang Islam sepatutnya kita mendoakan yang baik untuk saudara seagama kita. Kenyataan itu tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang bergelar Tok Guru,"

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan

"Saya percaya apa yang diluahkan Nik Aziz kebelakangan ini, menunjukkan masalah perpecahan dalam Pas begitu kritikal dan beliau sedaya upaya mahu mengalih perhatian umum (dengan membuat pelbagai kenyataan) tetapi akhirnya ia menimbulkan kontroversi kerana tidak dibuat dengan teliti.Kita dalam Umno bukannya mendoakan perpecahan Pas, tetapi apa yang berlaku sekarang ialah kesan daripada perbuatan mereka sendiri yang sering melemparkan pelbagai tuduhan kepada kita selama ini dan saya percaya semua tuduhan itu kini sudah memakan diri,"

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

"Bukan pertama kali Nik Aziz berdoa demikian, sebab itu di Permatang Pasir dan di Port Dickson, beliau pun (ada) berdoa supaya jahanamlah Menteri Pertahanan dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), (malah doa untuk) saya ada dalam (juga terdapat dalam) Youtube.Beliau berdoa supaya kami berdua jahanam dan dianggap orang yang paling jahat ialah Perdana Menteri dan Menteri Pertahanannya... saya tak tahulah apa nyanyuknya (Nik Aziz mendoakan seperti itu), dan ini sekali lagi beliau (Nik Aziz) kata begitu,"

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Persoalannya rasionalkah tindakan Tuan Guru dengan mendoakan kemusnahan mereka. Sebagaimana yang diucapkan pemimpin Umno bukankah lebih baik mendoakan kebaikan daripada keburukan. Apa yang dapat diperhatikan disini dan menimbulkan persoalan ialah mengapakah Tuan Guru dikecam sebegitu rupa?andai Tuan Guru sesat nyanyuk sebagaimana yang diperkatakan olem pimpinan-pimpinan diatas mengapa kenyataan itu dikecam ataupun mereka berasa terancam dengan apa yang dikata oleh Tuan Guru. Ingatlah! sesungguhnya orang yang terinaya dekat dengan Allah dan doa orang-orang yang alim biasanya makbul

Sedarkah kita dan sedarkah mereka bukankah pada pemulaan doa Tuan Guru supaya Allah membuka pintu hati najib "Saya doa tadi ramai-ramai minta Allah SWT perbetulkan pemikiran Perdana Menteri, biar dia beri (royalti)" yang kemudiannya barulah Tuan Guru kata"kalau tak kita doa supaya Allah musnahkan masa depan dia, parti dia, kumpulan dia, proksi dia semua akan musnah" bukankah ada perkataan kalau tak disitu.Kalau kita perhatikan akhbar tidak meletakkan kenyataan penuh Tuan Guru bukankah ini boleh menimbulkan keraguan ataupun akhbar takut rakyat paham apa yang dikatakan tuan guru.

Sedarkah kita dalam takbir raya yang kita lafazkan dengan penuh semangat terdapat frasa yang berbunyi "Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya)" bukankah dalam takbir kita pun ada doa menghapuskan tentera Ahzab. Apa yang berlaku di Kelantan adalah satu penindasan dan satu kezaliman. Dan ia juga merupakan satu penipuan dan pengkhianatan terhadap perjanjian yang telah dibuat oleh bapak mereka sendiri. Dalam satu hadis ynag masyur berbunyi "Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercaya ia curang" (Bukhori dan Muslim). Bukankah salah satu dari tentera Ahzab kaum munafik. Jadi tak salahlah doa laknat ini kan.

Royalti adalah hak kerajaan Kelantan manakala ihsan adalah belas dari kerajaan pusat. Dua perkara ini takkan jadi sama kerana secara teori dan hakikatnya berbeza sama sekali. Umpama zakat dan sedekah. Zakat merupakan hak orang lain tetapi sedekah adalah hak kita yang diberikan kepada orang lain. Dan apa yang diperjuangkan di Kelantan bukanlah hak peribadi tetapi hak rakyat kelantan dan mengambil hak orang itu adalah satu kezaliman dan kezaliman harus dimusnahkan dimuka bumi ini.

Islam datang untuk memelihara hak dan menjaga keadilan. Bila Islam dipinggirkan dari perundangan inilah jadinya. Wahai sahabat jihad yang paling besar adalah jihad menentang kezaliman marilah bersama-sama menegakkan islam dan mejatuhkan kezaliman ini.


Dunia kutuk keputusan Switzerland

GENEVA: Negara Islam, badan bukan kerajaan (NGO) termasuk pemimpin Barat di seluruh dunia mengutuk tindakan Switzerland mengeluarkan larangan pembinaan menara masjid dalam satu undian yang diadakan di sini kelmarin.

Sebanyak 57.5 peratus pengundi membabitkan 22 daripada 26 bahagian di Switzerland menyokong larangan pembinaan menara masjid bagi melaungkan azan.

Menteri Luar Perancis, Bernard Kouchner menganggap warga Switzerland tidak bersikap toleransi selepas keputusan itu didedahkan.

Menyifatkannya sebagai skandal, Kouchner melabel keputusan undi itu sebagai negatif kerana ia seolah-olah perbuatan menindas agama.

Amnesty International menyifatkan larangan itu ‘mencabul kebebasan beragama dan tidak sesuai dengan perjanjian yang ditandatangani Switzerland.’ Switzerland hanya mempunyai empat masjid dan menaranya tidak dibenarkan menyampaikan azan.

Parti Green bercadang membuat aduan kepada Mahkamah Hak Asasi Kesatuan Eropah di Strasbourg kerana tindakan itu mencabul kebebasan beragama seperti yang dijamin oleh Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.

Di Maghribi, seorang Ahli Parlimen Parti Islam Keadilan dan Pembangunan terkejut dengan keputusan Switzerland itu.

“Saya berpendapat Muslim Switzerland dan mereka yang tinggal di negara Eropah, perlu berusaha lebih keras bagi menunjukkan lebih banyak toleransi,” kata Saad Eddine Othmani.

“Keputusan itu petanda rakyat Switzerland membenci Muslim. Mereka tidak mahu lihat orang Muslim ada di negara mereka dan kebencian amat sangat ini punca mereka tidak boleh bertolak ansur,” kata Maskuri Abdillah, ketua kumpulan terbesar Muslim di Indonesia, Nahdlatul Ulama.

Beliau menggesa orang Islam membalas dendam terhadap keputusan itu dengan apa cara sekali pun. Mufti Mesir, Ali Gomaa turut mengutuk larangan itu dan menyifatkannya menghina Muslim di seluruh dunia.

“Cadangan ini saja bukan saja mencabul kebebasan beragama, tapi juga cubaan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat Muslim di dalam dan luar Switzerland,” katanya yang dipetik agensi berita rasmi Mesir.

Switzerland mempunyai hubungan tidak selesa dengan penduduk Muslim, yang mewakili lima peratus daripada 7.5 juta penduduknya. Islam adalah agama kedua terbesar di sini selepas Kristian.

Sebuah masjid di Geneva diganggu tiga kali ketika kempen antimenara itu, lapor media tempatan.

Bagi kira-kira 400,000 masyarakat Muslim di sini, ‘apa yang paling menyakitkan bukan sekadar larangan bagi pembinaan menara itu, tetapi mesej simbolik yang dihantar dalam bentuk undi.’

“Masyarakat Muslim terasa mereka tidak diterima di sini,” kata Farhad Afshar, yang mengetuai penyelaras pertubuhan Islam di Switzerland.

Parti berhaluan kanan, Parti Rakyat Swiss (SVP), parti terbesar Switzerland mendesak undian itu diadakan selepas mengumpulkan 100,000 tanda tangan daripada pengundi layak dalam tempoh 18 bulan.

Mereka menuduh menara masjid itu tidak mempunyai ciri-ciri seni bina yang ada kaitan dengan agama, tetapi sebaliknya melambangkan ‘tuntutan keagamaan-politik terhadap kuasa, yang mencabar hak asasi asas.’

Dengan majoriti pengundi 53 peratus yang keluar mengundi, inisiatif itu kini akan dimasukkan dalam Perlembagaan negara berkenaan.

“Majlis Persekutuan (kerajaan) menghormati keputusan itu. Justeru selepas ini menara masjid tidak dibenarkan dibina lagi di Switzerland,” kata kerajaan, yang dengan secara tegas menolak larangan itu, dalam satu kenyataan.

Menteri Kehakiman, Eveline Widmer-Schlumpf berkata keputusan itu ‘mencerminkan kebimbangan di kalangan penduduk mengenai kecenderungan fundamentalis Islam.’ - AFP

Penduduk sokong larang bina menara masjid



SEORANG penduduk sedang membuang undi di Dewan Bandar, Uster berdekatan Zurich semalam.

Keputusan awal pungutan suara ramai setuju sekatan

GENEVA: Penduduk Switzerland menyokong cadangan larangan pembinaan menara masjid dalam satu pungutan suara semalam, keputusan awal menunjukkan.

Keputusan awal ketika pengundian ditutup pada tengah hari menunjukkan penduduk Lucerne yang kebanyakannya bertutur bahasa Jerman menyokong cadangan itu, manakala penduduk Geneva dan Vaud yang bertutur bahasa Perancis menolak.Stesen televisyen yang menyiarkan keputusan awal itu menganggap ia sebagai 'memeranjatkan.'

Pungutan suara itu dibuat berikutan Parti Rakyat Swiss yang berkempen sejak beberapa tahun lalu menentang pendatang asing, mengutip tanda tangan 100,000 pengundi layak dalam 18 bulan mendesak undian diadakan.

Keputusan yang memihak kepada larangan dibimbangi mencetuskan pemulauan barangan keluaran Switzerland dan tindak balas ganas dari negara Islam.

Tujuh ahli Kabinet diketuai kerajaan Swiss menyuarakan bantahan terhadap usaha terbabit.

Penduduk Islam setakat ini sekadar berdiam diri. Malah Masjid Geneva Khamis lalu menerima ancaman apabila seseorang melontarkan setin cat merah jambu pada pintu masuknya.

Awal bulan ini, sebuah kenderaan dengan pembesar suara dipandu masuk ketika azan berkumandang dan mereka turut merosakkan jubin dengan melontarkan batu ke arah bangunan berkenaan.

Pemimpin perniagaan berkata larangan terhadap pembinaan menara terbabit akan menjejaskan ekonomi Swiss, kerana ia akan menghalang penduduk Islam kaya yang mempunyai bank di Switzerland membeli barangan mewah negara itu dan melawat kawasan peranginan mereka.

Undian berkenaan meneruskan rasa bimbang terhadap masyarakat Islam di Eropah sejak beberapa tahun lalu membabitkan pemakaian tudung di Perancis hingga kebimbangan pembunuhan seorang penerbit filem oleh seorang fanatik Islam selepas satu dokumentari yang mengkritik agama itu diterbitkan di Belanda.

Menara masjid biasanya dibina bersebelahan masjid sebagai tempat seruan azan tetapi ia jarang digunakan di Switzerland.

Sedarkah kita diluar sana islam dihina secara terang-terangan. Lihatlah betapa kurang ajarnya mereka menghina islam. Fikir-fikirkan sebagai sebagai seorang mukmin adakah kita medoakan saudara kita disana. Atau pun sebenarnya kita tidak langsung mengambil tahu dengan apa yang berlaku.

***49:10***
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu
damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan
takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat

November 30, 2009

Assalamualaikum


Semoga kehadiran blog ini mendapat keredhaan Nya dan merupakan salah satu medium dakwah demi menegakkan kalimah tauhid dimuka bumi Allah.Sampai syurga bak kata Imam Ahmad Bin hambal.