April 29, 2010

Tragedi Berdarah Memali


Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik.

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.

Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.

Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya di kalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.

Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.

Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.

Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim.PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.

Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau.. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.

Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.

Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang di kalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan.
Di kalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut. Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun…..

” Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki”
- Ali Imran 169.

Email : alhisham mohd

April 25, 2010

PERANAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA

Oleh:Muhammad ibrahim khalil b. Noh
Pelajar kejuruteraan Geomatik tahun 1 UTM

Melihat situasi masyarakat pada masa kini menyebabkan kita dilanda satu kebimbangan, masalah sosial yang kelihatan semakin membarah ini kelihatan tiada kesudahan. Zina, pembuangan bayi, minum arak, dan banyak lagi perilaku yang sama sekali bersalahan dengan islam, sudah menjadi kebiasaan bagi seorang islam yang hanya meletakan islam tidak lebih dari nama.

Segala permasalahan yang berlaku dilihat berpunca dari kurangnya didikan agama dalam masyarakat. Dewasa ini masyarakat kelihatan makin jauh dengan islam, akibatnya suasana islam hilang dalam masyarakat. Pabila islam tiada yang menggantikannya sudah tentulah jahiliyyah, bila jahiliyyah ini meresap dalam masyarakat maka kita akan dapat lihat satu kehancuran institusi kemasyarakatan sebagaimana yang kita lihat pada hari ini.

Penubuhan sekolah agama seluruh negara dilihat sebagai satu cara yang berkesan bagi membanteras gejala yang membarah dalam masyarakat kini. Penubuhan ini sepatutnya memberi satu impak kepada masyarakat dalam mengatasi masalah yang meruncing pada zaman sekarang. Hal ini adalah kerana dengan tertubuhnya sekolah agama akan lahir generasi yang paham akan agama dan sekali gus menyebarkan agama kedalam masyarakat, dan membetulkan segala kepincangan dalam masyarakat.

Kelahiran sekolah agama juga dilihat dapat melahirkan pejuang agama yang hidupnya untuk menegakkan islam dalam diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Pembentukkan dan pentarbiyyahan amilin-amilin yang berkhidmat untuk gerakkan islamseharusnya berlaku di sekolah-sekolah agama. Kerana disini pelajarnya dididik dengan sistem yang sama sekali berlainan dengan sistem yang ada dinegara kita, yang mana sistem yang berteraskan islam ini dilihat sebagai satu medium pendidikan yang mencangkupi pelbagai aspek.

Persoalannya sekarang adalah adakah pelajar-pelajar ini betul-betul memainkan peranan sebagai seorang yang mempunyai ilmu ataupun memainkan peranan sebagai seorang da’e. Yang mana bertanggungjawab dalam membentuk suasana yang harmoni dalam masyarakat disamping merobohkan jahiliyyah dalam masyarakat. Harus ditekankan bahawa islam itu tidak berdiri seiring dengan jahiliyyah tetapi islam itu bersifat inqilabiyyah iaitu berdiri diatas keruntuhan jahiliyyah.

Amar ma’ruf dan nahi mungkar sepatutnya menjadi agenda utama dalam kehidupan seorang yang belajar agama. Kerana seseorang yang mendalami agama sepatutnya memahami hakikat ini. Sebagaimana kata saidina Ali R.a sesiapa yang menyebut lailahaillaAllah maka dia seorang pendakwah. Setiap muslim harus sedar akan tanggungjawab sebagai seorang da’e. Kerana islam itu bukannya untuk disimpan untuk diri sendiri ianya perlu disebarkan dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Yang mana islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada islam tu sendiri.

Sedarkah kita segala maksiat yang berlaku di sekeliling kita akan dipertanggungjawabkan kepada kita diakhirat nanti yang mana setiap yang berlaku tetapi tidak diendahkan kita Allah akan bertanya tentang apakah tindakan kita. Malahan setiap bala yang turun tidak dikhususkan kepada seseorang tetapi akan ditimpakan kepada sesuatu kaum. Islam meletakkan dakwah sebagai satu perkara yang cukup penting dalam setiap muslaim sebagaimana firman allah dalam surah Ali imran ayat 110 yang bermaksud “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Sebagai pelajar sekolah agama kita harus sedar bahawa apa yang kita belajar perlu dipraktikkan dan disampaikan pada masyarakat demi membetulkan segala kepincangan yang berlaku. Ini juga dikira sebagai jihad yang mana andai kita gugur dalam jalan ini Allah menjanjikan syahid.

April 24, 2010

KEPENTINGAN TARBIYYAH ANAK-ANAK



HJ NOH AHMAD
JK Lajnah Pendidikan PAS Pusat

Islam merupakan agama yang bersifat universal dan komprehensif meliputi aqidah, syariah dan akhlak tetapi juga meliputi pendidikan keluarga dan anak-anak. Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan masyarakat dan agama. Fungsi ibubapa dalam membentuk anak-anak sukar dicari ganti. Melalui mereka anak-anak mengenal kasih sayang, nilai-nilai kehidupan dan erti kasih sayang. Islam sendiri menuntut supaya ibubapa diberikan kedudukan yang tinggi dalam institusi keluarga dan masyarakat. Arahan berterimakasih diletakkan pada tempat yang pertama selepas ibadah kepada Tuhan kerana perngorbanan insaniah yang tidak berbelah bagi begitu juga keutamaan memberikan bantuan didahulukan ibubapa di atas yang lain. Ibubapa merupakan salah satu elemen tanpanya tidak wujud apa yang dipanggil masyarakat atau komuniti manusia. Ia berterusan membekalkan generasi baru kepada masyarakat. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan masyarakat dan tamadun manusia masa hadapan. Baik dan buruk tamadun yang dilahirkan adalah ditentukan oleh ibubapa selain dari faktor-faktor utama seperti suasana dan sistem pemerintahan. Perubahan dan permasalahan yang sentiasa berlaku dewasa ini menghasilkan cabaran yang getir kepada ibubapa dalam memastikan peranan mereka sebagai pembentuk tamadun manusia dapat ditunaikan dengan sempurna.

Mengikut Islam peranan ibubapa amat besar. Merekalah yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak-anak. Peranan mereka sebagai pembina utama dan pertama anak-anak sukar dicari penggalang ganti. Mereka bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab.

Dalam sebuah hadis disebut “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi”

Fitrah di sni bermaksud Islam oleh itu setiap anak-anak dilahirkan sebagai seorang Muslim maka ibubapanya yang bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di atas fitrah Islamnya dan memastikan anak tersebut tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang akan merosak dan menjejaskan fitrah kejadiannya.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari

“Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumahtangga dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.”

“Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak” (Riwayat Muslim)

Ibubapa bukan sahaja berfungsi sebagai ejen penambah zuriat manusia dan memperbanyakkan umat Islam dalam konteks agama Islam, mereka bukan sahaja menginginkan zuriat yang mewarisi perjalanan hidup mereka dan melahirkan anak soleh malah lebih daripada itu mereka berfungsi sebagai center pusat yang melahirkan generasi atau jil yang meneruskan kecemerlangan umat Islam sebagai ummattan wasatan ummat terbaik ummat contoh kepada seluruh manusia surah al-Baqarah ayat 143 “dan demikianlah Kami jadikan kamu ummat pertengahan…”
Kesemua ibubapa secara naturalnya menginginkan anak-anak yang soleh
“..Jika sekiranya engkau memberi kami anak yang soleh tentulah kami akan selalu bersyukur” (al-A`raf ayat 189)
dan di dalam hadis riwayat Muslim “apabila mati anak Adam terputus darinya melainkan tiga perkara anak soleh, ilmu bermanfaat dan sadaqah jariah”
Di dalam surah al-Furqan ayat 74

“Ya Tuhan kami anugerahkan keapda kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa”
manakala surah Maryam ayat 6 “yang akan mewarisi aku…”

Al-Qur’an seterusnya dengan tegas mengingatkan ibubapa akan tugas mereka yang amat penting seperti yang disebut dalam surah al-Tahrim ayat 6

“Wahai orang-orang yang beriman perliharalah diri-diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka”
dan di dalam surah al-Anfal ayat 28 ibubapa juga diingatkan supaya berwaspada dengan keluarga dengan firmannya

“Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah ujian” ujian yang menguji ibubapa adakah mereka menunaikan tanggungjawab dan memberikan kepada anak-anak hak mereka yang sepatutnya.

Oleh itu ibubapa mestilah menyedari dan memahami kepentingan tiga perkara ini;
1. penyambung zuriat,
2. anak soleh dan
3. generasi ummatan wasatan dan
menganggapnya sebagai satu tugas dan amanah yang dipikulkan ke atas mereka oleh agama mereka. Mereka mesti menganggap ianya sebagai satu amanah besar yang mesti dipikul dan ditunaikan serta tidak boleh dipertanggunggjawabkan kepada pihak lain.

Jikalau kita hendak menjangkau kepada peranan yang lebih luas iaitulah memastikan bahawa anak-anak tersebut mampu menyambung kesinambungan tamadun ummat manusia. Tetapi apakah syarat-syarat kesinambungan tersebut?

Kepentingan menitik beratkan pembangunan anak-anak merupakan amalan yang dipelopori oleh ulama-ulama Islam sejak zaman silam berasaskan ajaran Islam bersumberkan Qur’an dan Sunnah.
`Uqbah bin Abi Sufyan ketika menghantar anaknya kepada seorang guru berpesan beliau kepada guru tersebut dengan kata-katanya :

“Hendaklah perkara pertama ketika engkau memperbaiki anakku ialah memperbaiki dirimu, sebab matanya akan menurut matamu, yang baik pada mereka ialah apa yang engkau pandang baik, yang buruk di sisi mereka ialah apa yang engkau pandang buruk, ajarkan mereka jalan kehidupan orang bijak pandai, tunjukkan akhlaq orang-orang mulia, engkau boleh mengancam dia dengan diriku, pereloklah perilakunya tanpaku, jadilah seperti seorang doktor yang tidak memberikan ubat sebelum mengetahui penyakitnya, janganh engkau sampai cuai kerana kekurangan yang ada padaku sebab aku telah menyerahkan dia atas kesempurnaan yang ada padamu.”

Pada zaman khalifah Abbasiah al-Mansur, beliau telah menghantar seorang utusan ke penjara bertanyakan banduan-banduan penjara apakah yang kamu rasa berat dari apa yang kamu rasakan sekarang. Jawapan yang diterima ialah : tiada apa pun yang kami rasakan amat pedih selain daripada kami terhalang untuk mendidik anak-anak kami.”
Cabaran Masa Kini

Ibu bapa pada hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik anak-anak. Mereka dituntut untuk memastikan anak-anak dibesar dan diberikan pendidikan yang merangkumi pembentukan akal, jasmani, ruhani, akhlak dan sosial.
1. Suasana persekitaran memberikan tekanan kepada ibubapa dalam menangani cabaran tersebut. Keperluan menambahkan pendapatan memerlukan kedua ibubapa bekerja telah mengurangkan masa bersama dengan anak-anak. Justeru itu mereka terpaksa mencari alternatif lain seperti mengambil pembantu rumah, menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau ke sesi persekolahan tambahan untuk memastikan kepentingan pendidikan anak-anak terjaga
.
2. Kewujudan masalah sosial juga turut merunsingkan ibubapa. Gejala dadah, melepak, merempit dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti maksiat merupakan fenomena yang mencemaskan ibubapa. Tambahan pula media menyiarkan sitcom yang boleh menyumbangkan kepada penglibatan anak-anak dalam aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

3. keluarga Islam berhadapan dengan dua cabaran dalaman dan luaran.

Dalaman seperti kehidupan yang tidak berasaskan iman, takwa dan ihsan, ilmu pengetahuan tidak mencukupi, tidak ada role model dalam keluarga, hubungan kekeluargaan yang renggang, tidak ada suasana keislaman dalam keluarga, pembahagian masa tidak sekata di kalangan ahli keluarga, faktor kemiskinan

cabaran luar ialah penglibatan ibu bapa dalam aktiviti luar sehingga menjejaskan tanggungjawab di rumah, pergaulan dengan kumpulan yang rendah akhlak, pengaruh media massa dan tidak bijak memilih kerjaya yang bersesuaian dengan ibu bapa.
Sheikh Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Tarbiyatul Awlad fil Islam[6] menyenaraikan punca keruntuhan moral anak-anak antaranya :
kemiskinan, pergaduhan sesama ibu dan bapa, perceraian yang mengundang kesusahan kepada ibu yang menjaga anak-anak, masa lapang yang tidak terisi, pengaruh rakan-rakan, diplomasi buruk ibu bapa kepada anak-anak dan ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak.
Islam memberi peringatan yang keras tentang kesan negatif yang bakal menimpa mereka yang tersilap memilih kawan seperti dalam ayat 28-30 surah al-Furqan
“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: “Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul”. Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur’an ketika Al Qur’an itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia.”

Sabda Nabi:
“Seseorang itu bergantung kepada agama saudaranya maka hendaklah dia melihat ssiapa yanag menjadi saudaranya”.

Sikap ibu bapa dan cara diplomasi mereka yang tidak berhikmah menyebabkan anak-anak menjadi tertekan dan beremosi kerana anak-anak juga manusia yang diberikan akal yang mampu berfikir dan boleh menilai lantas mereka akan mempersoalkan sikap ibu bapa mereka yanag tidak rasional. Kanak-kanak berkemungkinan mengambil jalan pintas melawan ibu bapa, lari dari rumah dan menyimpan dendam kepada ibu bapa mereka.

Pernah satu ketika Umar ibn al-Khattab mengatakan kepada seorang ayah yang tidak menunaikan tanggungjawabnya

“Kamu datang berjumpa aku mengadu anakmu yang derhaka sedangkan kamu terlebih dahulu derhaka kepadanya, kamu berlaku buruk kepadanya sebelum dia berlaku buruk kepadamu”.

Ibu bapa yang tidak mendidik anak-anak menjadikan anak-anak mereka seolah-olah tidak beribu bapa ibarat anak-anak yatim.

Benarlah kata penyair Arab “bukanlah yatim itu mereka yang ayahnya tidak menanggungnya dan meninggalkannya sesungguhnya yatim itu ialah ibunya yang sibuk dan ayahnya yang sibuk”.
Ibu bapa perlu menjadi seperti seorang peladang yang sentiasa mengambil berat terhadap benih pokok yang disemainya Dia perlu menjaganya, membaja, menyiram air, membersihkan duri-durinya dan memotong ranting-ranting yang patah. Dia perlu memastikan benih tersebut dapat menghasilkan buah masak dan ranum. Jangan jadikan anak-anak seperti benih terbiar diterbangkan angin ibarat debu beterbangan di udara.

Dr Muhammad Sayyid Yusuf dalam bukunya Manhaj al-Qur’an fi Islah al-Mujtama` menyenaraikan sebab kepincangan masyarakat kepada 3 punca utama: berpaling dari ajaran agama, tertipu dengan godaan syaitan dan perancangan jahat musuh yang ingin melihat kehancuran umat Islam.

Musuh Islam terutamanya Yahudi mengganggap antara kekuatan umat Islam terletak kepada keutuhan institusi keluarga oleh itu mereka menjadikan matlamat mereka antaranya meruntuhkan kehidupan berkeluarga dan merosakkan sistem pendidikannyya. Oleh itu sebahagian besar program-program media massa yang dipaparkan memperlihatkan unsur-unsur dan budaya-budaya negatif yang boleh mempengaruhi nilai akhlak anak-anak dan remaja.

Sebaliknya budaya mulia yang ingin dilihat dalam kehidupan anak-anak dan remaja sebagai jil dan generasi masa hadapan future generation ialah seperti yang ditegaskan oleh Malik Bennabi ialah budaya yang bersumberkan wahyu kerana ianya merupakan suatu yang quddus dan datangnya dari Tuhan. Mengikut perspektif Islam, budaya terdiri dari tiga unsur aqidah, ibadah dan akhlak oleh itu semesti ketiga-tiga perkara ini diberikan penekanan dalam pembentukan personaliti anak-anak.

Tuntutan materialisma masakini mempengaruhi ibubapa memberikan tekanan kepada anak-anak untuk mencatat kejayaan cemerlang dalam bidang akademik lantas mengabaikan aspek spriritual atau keagamaaan maka lahirlah anak-anak yang cemerlang akademik tetapi kosong jiwanya, remaja cemerlang tetapi runtuh akhlak. Sepatutnya kecemerlangan akademik mestilah diimbangi dengan kecemerlangan spiritual spiritual excellence.

Islam melalui al-Qur’an dan Hadith menuntut supaya keseimbangan atau balance dalam semua aspek kehidupan, bukan sahaja aspek material tetapi kerohanian juga mesti dititikberatkan.

Oleh itu peranan ibu bapa pada masa ini merupakan sebahagian dari jihad yang dituntut dalam Islam. Hadith Nabi ada menyebut bermaksud barangsiapa bersabar dalam membesarkan anak-anak perempuan maka baginya balasan syurga.

Penyelesaian Masalah dan Aspek Pendidikan Anak-anak

Apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di sini ialah apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibubapa dalam mengatasi masalah dan menangani cabaran yang dihadapi. Anak-anak perlu diberikan kefahaman tentang peranan dan tujuan utama mereka berada di alam maya ini. Kewujudan mereka bukannya untuk mengecapi keseronokan yang bersifat sementara tetapi memahami dan menghayati kedatangan mereka seperti yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam risalahnya Qimah al-Insan wa Ghayah Wujudihi fi al-Islam adalah untuk beribadat, membangunkan bumi Tuhan dengan sebaiknya dan menjadi khalifah Tuhan di bumi ini.

Oleh itu ada tiga perkara utama yang perlu ditekankan dalam pembentukan diri dan jiwa anak-anak iaitu pemantapan iman dan ibadah, ilmu dan pengukuhan nilai akhlak mulia. Selain daripada tiga perkara asas ini, ibu bapa perlu mengambil kira aspek-aspek lain iaitu aspek iman, akhlak, jasmani, minda, rohani, sosial, emosi dan seksologi.

Pendidikan Islam akan dapat difahami dengan lebih jelas apabila kita memahami ciri-cirinya.

Cirinya yang pertama ialah Rabbaniyyah yang bermaksud ianya dari Allah. Ini merangkumi dua perkara iaitu sumber dan tujuan. Dari segi sumbernya ia menyedarkan kita bahawa sumber pendidikan Islam tertinggi ialah al-Qur’an dan Hadith dan bukannya bersumberkan akal dan nafsu manusia. Manusia tidak mencipta asas-asas pendidikan Islam tetapi tugasnya ialah menerima, memahami dan menyesuaikan perlaksanaannya di dalam sistem kehidupan dan pendidikan. Dari segi hala tuju pendidikan ia bermaksud mengukuhkan ikatan hubungan dengan Tuhan dan mencari redhanya.

Ayat 6 surah al-Inshiqaq bermaksud “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras untuk menemui Tuhanmu maka kamu akan menemuinya”.

Ciri kedua ialah pendidikan Islam itu bersifat sempurna dan komprehensif. Tidak ada kekurangan dalam sistem pendidikan Islam kerana ianya bersumberkan dua sumber utama iaitu Qur’an dan Hadith. Ia meliputi semua aspek pendidikan yang berasaskan kepada tiga prinsip utama iaitu tawhid yang sebenar, meliputi semua aspek pendidikan dan ibadah kepada Allah.

Ciri ketiga ialah keseimbangan yang bemaksud keseimbangan antara akhlak individu dan masyarakat dan negara manakala ciri keempat ialah komitmen iaitu pendidikan Islam bukan terletak pada teorinya sahaja tetapi ianya sesuatu yang mesti dilaksanakan kerana perlaksanaan merupakan manifestasi iman seseorang individu dan masyarakat. Ciri terakhir ialah ia bersifat realistik sesuatu yang dapat dilaksanakan. Pendidikan Islam ialah sesuatu yang mampu dilaksanakan dan bukannya sekadar teori yang indah dilafazkan tetapi sukar dipraktiskan.

Kesimpulan dan Cadangan


Pendidikan anak-anak merupakan satu jihad dan memerlukan pengorbanan dari ibu bapa. Ibu bapa terlebih dahulu perlu mencerminkan budaya sihat dan tauladan yang baik supaya menjadi ikutan anak-anak. Anak-anak adalah cermin kepada ibu bapa. Kita tidak mahu ibu bapa yang ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Surah ayat 3-4 bermaksud : “Wahai orang-orang beriman kenapa kamu kata apa yang kamu tidak lakukan ? amatlah besar dosanya di sisi Allah sekiranya kamu mengatakan apa yang kamu tidak buat” Syair Arab ada menyebut la tanha `an khuluqin wa ta’tiya mithalhu `aar `alaika idha fa`alta `azim.

April 23, 2010

CINTA DAN WAKTU


Tersebutlah, di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak. Ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. Mereka
hidup berdampingan dengan baik. Namun suatu ketika, datang badai menghempas dan
air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau
cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

Cinta sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu.
Ia berdiri di tepi pantai mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin
naik membasahi kaki Cinta.

Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu. "Kekayaan! Kekayaan!
Tolong aku!" teriak Cinta.

"Aduh! Maaf, Cinta!" kata Kekayaan, "perahuku telah penuh dengan harta bendaku.
Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada
tempat lagi bagimu di perahuku ini."

Lalu Kakayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali, namun
kemudian dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya. "Kegembiraan! Tolong
aku!", teriak Cinta. Namun Kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan
perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.

Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang. Ia kian panik. Tak lama
lewatlah Kecantikan. "Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!", teriak Cinta.

"Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu
mengotori perahuku yang indah ini," sahut Kecantikan.

Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itu
lewatlah Kesedihan. "Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu," kata Cinta.

"Maaf, Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja..." kata Kesedihan
sambil terus mengayuh perahunya.

Cinta putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. Pada
saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "Cinta! Mari cepat naik ke
perahuku!"

Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya.
Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Di
pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi. Pada saat
itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua
yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk
tua di pulau itu, siapa sebenarnya lelaki tua tadi.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu." kata orang itu.

"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang
mengenalku pun enggan menolongku" tanya Cinta heran.

"Sebab," kata orang itu, "hanya Waktu-lah yang tahu berapa nilai sesungguhnya
dari Cinta itu ..."

April 17, 2010

Fares Audah





BUKAN setahun dua tetapi pencerobohan haram Yahudi ke atas tanah orang Islam Palestin berlaku sejak 1948 lagi. Kejadian itu mengubah keseluruhan landskap negara berdaulat yang disemai dengan kasih sayang serta menyimpan pelbagai nostalgia silam sehingga terdedah kezaliman dan penindasan berterusan.

Sudah sekian lama tidak kelihatan ketenangan dan kedamaian tetapi dipenuhi tangisan dan darah. Malaysia, antara negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, semakin peka dengan isu kemanusiaan di Palestin kerana dasar akidah dan tanggungjawab sebagai saudara seagama.
Tiada yang dapat menafikan tunjang kebangkitan dan kekuatan kedua-dua negara ini adalah remaja serta belia yang akan menjadi pelapis, pelindung dan penerus amanah dakwah dan kepemimpinan. Mereka inilah yang akan meneruskan ‘baton’ kepemimpinan mahupun perjuangan menentang kezaliman yang menjadi lubuk serangan pihak musuh.

Berbicara mengenai remaja dan belia, umum mengetahui lebih separuh rakyat Malaysia adalah belia sekali gus meletakkan negara cukup hebat dari segi simpanan aset remaja dan pemuda yang diidam-idamkan kerana potensi yang ada pada diri mereka ini.

Mari kita renungkan cerita yang membuka mata seluruh dunia dengan tindakan cekal seorang remaja dalam membuktikan semangat orang muda iaitu kisah syahidnya Fares Audah, 12, si cilik dari kem pelarian Jabalia di Palestin.

Kisah bagaimana keberanian seorang remaja menyahut panggilan intifada dengan hanya menggunakan batu sebagai senjata untuk mempertahankan bumi anbia dan tempat kiblat pertama umat Islam. Serangan ditujukan bukan kepada burung atau kucing tetapi kereta kebal Yahudi yang menyerang dan menghancurkan tanah lahirnya.
Itulah rutin harian Fares Audah selepas balik sekolah bersama rakan sebaya. Walaupun ibunya sering kali risau tindakannya, tetapi dia menjawab: “Kenapa kita tidak boleh menyerang mereka, sedangkan mereka menyerang kita.”

Malah tindakan itu menyebabkan Yahudi takut dan berundur akibat balingan batu ini. Selepas 40 hari bertempur dengan kereta kebal Yahudi menjadikan Fares Audah sebagai ancaman kepada Yahudi. Ketika tangan kanan kuat menggenggam batu berdepan muncung kereta kebal Yahudi Laknatullah, tentera Yahudi menggunakan ‘penembak curi’ yang menembaknya tepat di kepala.

Kematian Fares Audah disambut dengan parti memabukkan oleh tentera Yahudi bagi meraikan kemenangan ke atas si cilik bertuah yang bergelar as-Syahid. Itulah kisah pengorbanan agung seorang remaja hasil didikan dan pemahaman yang betul.

Itu kisah terpuji di negara perang yang sudah lama tidak kenal erti kedamaian, kesejahteraan serta kasih sayang keluarga yang kurang akibat kematian orang tersayang. Di sana tiada sistem persekolahan teratur dan seribu macam masalah lagi. Jadi, bagaimana pula remaja kita yang sepatutnya lebih hebat daripada yang diceritakan kerana kita sentiasa dalam keamanan, kesenangan dan kesejahteraan serta penuh teknologi dan seribu macam lagi keselesaan.



Bagaimana dengan isu remaja tonggak pelapis di Malaysia? Jika hanya satu kisah Fares Audah yang dipersembahkan, apakah ada yang setandingnya dalam mempertahankan Islam dan perjuangan di bumi Malaysia tercinta ini?

Semua pihak perlu jelas dengan realiti remaja kita ketika ini yang terlalu dimanjakan. Kita juga kurang fokus terhadap mereka berhubung sistem atau acuan yang benar-benar mantap untuk membentuk pemahaman, jati diri dan rasa tanggungjawab. Kita lihat pengaruh hedonisme atau menjadikan falsafah keseronokan dan hiburan sebagai matlamat hidup. Ini menjadikan hilangnya nilai ketimuran dalam tindak-tanduk remaja. Ini belum lagi kisah remaja semuda 12 tahun menubuhkan kumpulan black metal dianggotai rakan sebaya seperti pernah dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Bagaimana perbandingan antara semangat, wawasan dan ketaatan Fares Audah dengan remaja di Malaysia pada usia mereka yang sebaya? Satu persatu boleh dirungkai. Jika di Palestin, menuntut ilmu sangat dititikberatkan sehingga batu dijadikan pensil manakala tanah dijadikan kertas dalam kesungguhan anak kecil di sana menuntut ilmu walaupun dalam keadaan perang. Yang menjadi dinding bukan binaan indah tetapi khemah pelarian tidak beratap. Kawasannya penuh habuk dan kesan kimia daripada penggunaan senjata Yahudi, bukannya selesa dengan keadaan berhawa dingin. Mereka mendesak pengganas, ti dak dihiraukan perkara lain sehingga belajar di bawah muncung senapang yang sentiasa diacukan kepada mereka.

Lain kisahnya di negara kita. Walaupun disediakan sistem yang tersusun, guru yang ramai dan berkelayakan, sumber dan bahan rujukan lebih daripada mencukupi, kemudahan internet, kawasan pembelajaran yang efektif dan kondusif serta pelbagai kemudahan terus meletakkan remaja di zon selesa tetapi apa yang terjadi pada mereka?

Gejala lepak berterusan tanpa sebarang rasa tanggungjawab terhadap ilmu dan masa depan. Ini ditambah pembabitan dalam gangsterisme, berjudi, melawan guru, penyalahgunaan dadah, mencabul kehormatan dan pelbagai lagi. Jika ditunjukkan statistik, pasti semua pihak akan terus menuding jari dan menggeleng kepala melihat teruknya tahap pemikiran, pemahaman dan perlakuan sebahagian besar remaja kita.

Adakah kita tidak mengambil iktibar bagaimana dalam keadaan perang yang sangat dahsyat, Palestin bersungguh-sunguh menerapkan ilmu agama dan berjaya melahirkan 15,000 anak Palestin yang hafiz al-Quran.

“Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafiz al-Quran.” Demikian antara petikan kata pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia daripada rejim Zionis Israel.

Di mana kita dan di mana mereka? Banyak lagi perkara memalukan yang tidak mampu kita tempuh dan remaja terus dilalaikan dengan pelbagai perkara lagi.

April 11, 2010

TALKIN..



Bismillah hirrah man nir rahim.

Maha suci Tuhan
yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Maha suci Tuhan
yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan
yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa

menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu
ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat..

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan
Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacitadan risau serta janganlah kamususah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakahpegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat Dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan sembahyang lima waktu, puasa dibulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: 'La ila ha
Illallah Muhammaddur rasulullah'.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh,sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, Soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun diPadang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa sanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu Disisi Allah Taala.Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan member keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak Disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalin walham dulillahi rabbil alamin.


*Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca untuk orang yang meninggal dunia.

Masa baca tu,sebut2lah nama sendiri sama2lah kita lebihkan amalibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..


WALLAHU A'LAAMM.

April 8, 2010

NOTIS

Berlaku sedikit kesilapan dalam tulisan saya sebelum ini mengenai kuota.

fakta :
KRP
• seorang ketua blok tidak dapat kuota kerana bertanding atas nama PRO-M
• Pemohonan kuota MPP PRO-M ditolak walaupun MPP sepatutnya mempunyai kelayakkan untuk mendapat kuota.
KTC
• MT kelab gagal mendapat kuota

yang gagal temuduga di KP bukanlah seorang JKM tetapi pembantu exco kerohanian. walau bagaimanapun isu ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana mahasiswa tersebut seorang yang aktif dan selayaknya mendapat kuota. perkara ini harus dipandang berat!

April 6, 2010

KUOTA oh KUOTA


Minggu peperiksaan begitu menyibukkan mahasiswa. Kebanyakkannya sibuk dengan aktiviti menelaah, pelbagai ragam dapat kita lihat. Ada yang sampai ke cafe membawa nota, ada yang menjadi Batman yang siangnya untuk tidur dan malamnya untuk mengulang kaji, ada yang langsung tidak keluar bilik. Tidak kurang juga yang membanding-banding tarikh tamat peperiksaan, siapa habis dulu bolehlah berbangga.



Sebelum peperiksaan, mahasiswa UTM khususnya masing-masing berlumba-lumba untuk mengisi borang dan mengumpul sijil, semuanya untuk kuota pengetua. Semuanya ingin berada di kolej yang mereka diami sekarang tidak kurang juga yang mencari kolej-kolej yang lebih dekat dengan fakulti masing-masing.

Ragam mendapatkan kuota juga macam-macam. Ada yang menhantar sejumlah sijil, ada yang menghantar cukup-cukup makan dan ada yang hanya hantar nama pada pengetua kesayangan. Yang menariknya disebalik kepelbagaian dalam meminta kuota terdapat juga kepelbagaian dalam menerima kuota. Ada yang diterima kerana kelayakkannya ada juga yang diteri kerana hubungan baik dengan pengetua, tidak kurang juga yang ditolak kerana tidak layak, dan ada juga yang layak tapi ditolak kerana pengetua.

Kuota telah menjdi senjata yang ampuh bagi pengetua untuk merasuah mahasiswa untuk menyokong mereka. Kuota lah yang sering digunakan bagi seorang pengetua yang bergelar doktor untuk mengugut dan mengokong mahasiswa.

Pengetua harus sedar bahawa mereka merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam penyuburan gejala rasuah yang semakin membarah dalam negara.

Tindakan menafikan hak mahasiswa yang layak untuk mendaopat kuota adalah satu tindakan yang zalim. Sifat zalim adalah dosa besar, sehingga Allah meletakkannya setaraf dengan syirik yang menjadi punca segala kejahatan. Allah berfirman dalam A-Quran ayat 72 surah Al-Ahzab :

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepadalangit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”
Dalam ayat yang lain Allah berfirman :

Jangankah sekali-kali kamu cendurung kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu disentuh oleh api neraka, kemudia kamu tidak lagi ditolong .”

Mahasiswa hurus sedar bahawa kezaliman ini akan terus berlaku andai mahasiawa sendiri tidak mengubahnya. Sampai bila kuota menjadi gula-gula untuk mengawal mahasiswa.

Menjadi kewajipan kita sebagai seorang islam untuk menegakkan keadilan dimana saja kita berada. Inilah mesej yang dibawa para rasul sepanjang zaman sejak Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad S.A.W .keadilan perlu ditegakkan berganding dengan menegakkan aqidah tauhid.

Buat para pengetua sebagai renungan. Jika seorang pelacur masuk ke syurga dek kerana kebaikkannya memberi minum kepada seekor anjing, jangan kerana kuota tuan tidak dapat ke syurga.


Buat mahasiswa disini saya tinggalkan kata-kata Al-Maududi sebagai renungan, “tempat pendidikan bernama universiti tidak ubah seperti tempat penyembelihan, alangkah bertuahnya mereka yang berjaya melarikan diri dari penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.”

Malam tiada cahaya, siang ku menduga


Kemana,
tumpahnya rinduku ini
sudah lama ku memuja
dalam murka atau cinta

Benarkah,
tiada lagi untukku
liang buatku bermanja
dalam jaga atau lena
hening mimpiku...

Hapuskanlah derita
yang datang meracuni jiwa
pada malam ku berkata
tiada cahaya
pada siang ku menduga

Ku berikan,
diri untuk Kau perhitungkan
dari aku kesempatan
dalam sepi penuh duri

Mengapa,
tiada kata dibibirku
mengundang kata cinta
padaMu yang ku sayangi
selamanya...

Bukakanlah pintuMu
supaya aku berteduh
di bawah kasih nan indah
di bawah rindu yang mesra

Masihkah,
ada harapan dariMu
untuk aku menghiasi
laman kasih yang insani

Ataukah,
Engkau terus membiarkan
diriku keseorangan
meniti laluan hidup ini
demi cinta...

Sekian
Amni Jagat

April 5, 2010

Segulung Ijazah Harapan Rakyat


Menggengam segulung ijazah
Mendengar tangis manusia
Di bawah hancing bingkai langit
Melihat sungai kekuningan
Dikencing awan hitam kemerdekaan
Di susuk rimba
Terdengar pula suara siamang
Memekik menjadi hakim
Di mahkamah hukum-hukum rimba
Dan ijazah yang diterima
Terpaksa menjadi bahan-bahan buangan
Di dalam tapak pelupusan sampah

Aku ingin bertanya
Ke mana intelek kebenaran
Aku harus bertanya
Di mana hasil tangan pengenggam ijazah
Mahasiswa adalah senjata
Yang akan gagah bersoal
Mahasiswa bukan peralatan kuda
Yang akan ditunggangi tanpa bertanya

Mengapa setiap perkara yang baik
Pasti akan ada yang jahat
Mengapa setiap perkara yang miskin
Pasti akan ada yang kaya
Mengapa setiap perkara yang adil
Pasti akan ada yang zalim
Ya, sudah lebih lima puluh dua tahun
Mengapa suara mahasiswa terus membisu
Kemerdekaan hari ini milik siapa
Mahasiswa harus menjadi suara
Kepada rakyat masa depan
Mahasiswa perlu mendengar nadi negara
Hari ini mahasiswa harus melihat
Ada di atas meludah yang di bawah
Ada yang berkuasa membunuh yang tak berdaya
Ada yang kaya memerah keringat yang miskin
Ada yang kufur memerintah yang beriman
Mana suara mahasiswa waktu ini
Aku ingin bertanya
Mahasiswa membisu atas dasar apa?
Aku mahu bertanya
Mahasiswa berdiri atas dasar apa?
Aku harus bertanya
Mahasiwa belajar atas dasar apa?
Mengapa siamang yang menjadi hakim?

Lihat ada petani yang hilang sawahnya
Dengar ada penduduk dirobohkan rumahnya
Ideologi-ideologi penindasan
Yang dicuri fahamannya dari intelek penjajah
Sering saja tidak menyebelahi sosio rakyat
Orang-orang yang kaya makin disayang
Orang-orang yang miskin makin terbuang
Tanah-tanah di bukit
Sudah tidak ada lagi yang membela
Kelaparan anak-anak fakir miskin
Makin berleluasa mati kebuluran
Keruntuhan akhlak, penderaan, kemaksiatan
Terus menjadi raja di bumi ini
Mahasiswa harus bertanya tentang perkara ini
Ya, mahasiswa tidak buta
Mahasiswa tidak pernah bisu
Mahasiswa perlu melihat dan mendengar
Antara ketawa riang penindasan
Dan redup tangisan pengharapan
Kedaulatan kebenaran harus dibangunkan
Binatang kepalsuan harus dihapuskan
Maka segulung ijazah akan menjadi kejayaan
Yang bermakna dalam kehidupan sehari harian

Di bawah bumbung fasaliti pendidikan ini
Mahasiswa wajar bertanya
Kita dididik untuk berdiri
Di pihak yang mana?
Ilmu yang diajarkan disini
Sesungguhnya adalah suara pembebasan
Yang akan menyokong sebuah sosio kehidupan
Mahasiswa bukan mengejar kekayaan
Mahasiswa bukan bermatlamat kebendaan
Mahasiswa bukan bercita-cita untuk menindas
Rakyat menuntut jawapan

Esok hari langit akan terang kembali
Siang akan terbit menjelma
Siamang di rimba masih bersorak
Sedang rakyat makin mati jiwanya
Dan jawapan dari mulut-mulut intelek mahasiswa
Ditagih bagi membela dan menjaga
Ya, suara mahasiswa akan menjadi hikmah
Dicampak ke laut menjadi pulau
Dicampak ke darat menjadi istana
Rakyat masih menagih kata-kata mahasiswa
Ada yang dipersada mendera
Ada yang disinggahsana menzalimi
Ada yang syurga dunia merampas
Hanya demi sebuah kerakusan

Mahasiswa harus terus menerus bertanya
Mahasiswa harus terus menerus membela
Tidak selamanya siamang menjadi hakim di rimba
Tidak selamanya rakyat terus dipersia
Biar segulung ijazah menjadi syurga
Bagi anak-anak kecil pada masa hadapan
Ayuh mahasiswa usah berhenti bertanya
Mahasiswa tidak buta
Mahasiswa tidak bisu
Mahasiswa tidak tuli
Di bawah payung pendidikan di sini
Kita dididik untuk memihak pada siapa?
Amni Jagat
Sajak untuk PMIUTM

Riwayat Cinta



Ada sebuah cerita kisah cinta. Menyayat hati menyentuh jiwa.

Setelah berpenat lelah menyampaikan risalah pada kaumnya. Rasul S.A.W terlena diatas ribaan Khadijah. Tiba-tiba Nabi terasa akan titisan airmata khadijah yang menitis kewajahnya lalu Rasul bertanya

"Wahai isteriku mengapa kamu menangis? Adakah kamu menyesal menjadi isteriku, dan menyesal semua hartamu untuk perjuangan ku?

Lalu Khadijah menjawab.

"wahai suamiku bukan aku menyesal jadi isterimu,bukan pula menyesal menjadi hina dipandangan kaumku,dan tidak mengapa hartaku habis dijalan dakwah bersamamu.

Namun..

Yang aku tangiskan ialah kelemahanku, yang tidak bisa setiap saat bersamamu menghadapi kerasnya permusuhan kaummu terhadapmu"

Sambungnya lagi,

"Wahai suamiku, jika aku dipanggil Ilahi dahulu sebelummu, sedangkan engkau masih memerlukanku, maka engkau galilah kuburku, ambillah tulangku belulangku, dan jadikanlah titian untukmu menyeberang atau sebagai senjatauntuk melawan musuh-musuhmu..

Diri terpana mengenangkan agungnya cinta Khadijah pada Rasululah S.A.W .

Patutlah Khadijah begitu istimewa dimata Rasulullah.

aku termenung, andai ku ingin rintis jalan dakwah Rasul ini masihkah ada lagi wanita seperti Khadijah sebagai penemanku.

masih ada lagi..InsyaAllah..



Siti Khadijah

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

O wo...
Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...





April 4, 2010

BIDADARI


Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

Chorus
Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

EXAM


Musim peperiksaan.

doakan kebaerkatan ana ya sahabat-sahabat.

mohon restu dan doa mak ayah.

semoga mendapat keberkatan dan kejayaan.

ameen ya rabb

April 2, 2010

CINTA


sekiranya,
kita cinta pada manusia,
tidak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada allah,
nescaya cinta allah tiada penghujungnya.

sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh,
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu,

namun,
andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang kau berikan kepada ku.


*diatas merupakan sajak Aminah Qutb buat bakal suaminya