March 11, 2012

Gerakkan Mahasiswa.

Sejarah gerakkan mahasiswa merupakan satu sejarah yang seharusnya dikaji dan disingkap bagi melahirkan satu gerakkan mahasiswa yang relevan dan manntap pada masa kini. Melihat dan menilai sejarah gerakkan mahasiswa di negara kita, kita boleh bahagikan kepada dua bahagian. 

Sejarah gerakkan mahasiswa haruslah dijadikan satu panduan bagi membina idelisma mahasiswa hari ini. Sejarah bolehlah diibaratkan umpama cermin sisi dan belakang kerata yang mana harus dilihat sebelum bergerak kehadapan. 

 Bahagian satu 

Bahagian yang pertama lebih berorentasikan gerakkan rakyat, yang mana pada masa ini malaysia baru sahaja merdeka dan masih dalam proses pembinaan negara dan usaha untuk memupuk perpaduan masih giat dijalankan. Malaysia di era ini diancam isu perkauman yang hebat sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. 

Era ini mahasiswa dilihat sebagai golongan yang intelek yang merupakan pencorak negara. Masyarakat pada masa ini yang mana kebanyakkan kurang pelajaran dan pada masa itu jumlah universiti di nagara hanya sebuah iaitu Universiti Malaya. Mahasiswa merupakan satu-satunya golongan yang punya idealisma dan semangat nasionalisme yang tinggi. Meraka menjadi golongan yang dipercayai dan diharapkan rakyat. 

Isu-isu yang dibawa mahasiswa pada masa itu lebih kepada isu rakyat, antaranya isu 13 Mei sendiri,Peristiwa Hamid Tuah yang mana beliau merupakan seorang petani yang ditindas oleh undang-undang tanah pada masa itu, perhimpunan anti tunku yang mana pemerintahan tunku pada masa itu diragui, dan juga peristiwa Baling 1974. Mahasiswa pada masa itu juga terlibat dalam beberapa isu antarabangsa seperti bantahan pencerobohan russia ke atas Czekoslovakia pada ogos 1968.

Mahasiswa pada masa ini terlibat secara langsung dalam pilihanraya 1969, yang mana mahaiswa pada masa itu mempunyai manifesto mereka sendiri. Roadshow seluruh negara dilakukan bagi menerangkan manifesto mereka, sambutan dalam setiap roadshow sangat memberangsangkan dan mendapat sambutan hebat dari rakyat. Buktinya keputusan pilihanraya 1969 menunujukkan parti yang menyambut manifesto mahasiswa mendapat sokongan rakyat.



 Golongan mahasiswa pada masa itu dilihat sebagai ancaman kepada negara ini dan akhirnya golongan ini disekat dan dimatikan dengan AUKU yang mana didalamnya terkandung peraturan yang ternyata menyekat dan menghalang mahasiswa. 

 Bahagian dua 

Manakala bahagian yang kedua merupakan gerakkan mahasiswa yang lebih islamik yang menjadikan moral dan pembinaan masyarakat yang harmoni sebagai asas perjuangan. Pada masa ini mahasiswa digerakkan oleh agamawan-agamawan yang ada di universiti, golongan ini lahir dan jerih perih masyarakat yang jauh terpesong dari agama dan dalam tekanan dan ancaman AUKU yang cukup ketat ketika itu. 

Matlamat dan perjuangan mereka ini adalah dakwah kepada masyarakat dalam kampus mahupun masyarakat luar. Mahasiswa pada masa ini melaksanakan pengislahan dalam kampus, mereka golongan yang melawan dan terus melawan tatkala sinar islam malap dan pada masa yang sama mereka mengilap sinar islam supaya cahayanya menerangi alam. 

Merekalah golongan yang disebut dalam Surah Al-Maidah ayat 54; Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. 

Tanpa ragu dan syak mereka bangun menentang pemerintahan yang jauh menyimpang dari islam, merekalah yang mendokong perjuangan islam yang mana keadilan sejagat merupakan satu juzuk dari islam. 

Isu yang dikedepankan mahasiswa pada masa ini lebih kepada isu-isu yang berkaitan dengan mahasiswa itu sendiri, masyarakat setempat dan juga dunia islam. Antara isu dalaman kampus seperti pembuangan Lutfi Othman dari UTM kerana isu purdah, isu pengangguran mahasiswa, juga rentetan siri bantahan konsert di kampus. Isu masyarakat yang digerakkan mahasiswa adalah seperti seperti kes pembinaan Kerinchi Link, penglibatan dalam Reformasi 98 dan lain-lain. Manakala isu antarabangsa adalah seperti, isu serangan kepada Afghanistan ,bantahan tragedi Shabra dan Shatilla, bantahan serangan Amerika kepada Libya, dan juga bantahan kedatangan pasukan kriket Israel. 

Mahasiswa Hari Ini 

Mahasiswa hari ini dilihat tidak lebih kepada budak sekolah menengah yang kerjanya hanyalah belajar, natijahnya lahirlah graduan ulat buku yang mana hidupnya tidak terbuka, hanya setakat membaca dan memahami teori sedangkan nilai-nilai perhubungan awam dan yang lain-lainnya tiada. Tidak setakat itu, lebih teruk lagi lahirnya golongan yang hidup berimankan hendonism, hidup ini hanya untuk berhibur dan memuaskan nafsu serakah yang hakikatnya tidak akan puas!.

 Lahirnya golongan ini menjadi satu penyakit yang cukup bahaya dalam masyarakat, bayangkan andai kata golongan ini menjadi tokoh masyarakat sudah pasti berteraburlah fatwa-fatwa penuh kesesatan yang akan muncul. 

Makanya perlunya mahasiswa hari ini bangkit dan membentuk satu gerakkan yang releven dengan keadaan dan siruasi semasa kini, episod baru harus dimulakan. 

Gerakkan mahasiswa tidak semestinya mengulangi sejarah dahulu, kerana gerakkan harus bersifat anjal dan berubah mengikut keadaan tanpa meninggalkan dasar.