May 28, 2012

Na Raha

Friend did not remain a friend, love did not remain love 
Oh Life, I did not get your affection, 

With whom I left my treasures of love My friend, 
 it was you, only you 

In the way of life, who became a companion My friend, 
it was you, only you 

May 27, 2012

Aku lautan luas

Aku lautan luas,
Engkau pantai sempadan penggaris daerahku,
Memagar aku dalam ruang lingkup hayatku,
Setia tabah adalah milikmu,
Jadi hadiah setiap kehadiranku, 
Jadi perisai setiap ketiadaanku,
Ingin memetik kejora tujuh warna,
Jadi hantaran ku semat ke dadamu,
Tapi aku terpenjara dalam bentukku,
Lalu karangan isiku sebagai pengganti.

Maafkan aku pantai,
Kerana tengkujuh sebahagian,
Daripada aku,
Tidak bertimbang rasa,
Tidak pernah adil,
Aku keindahan yang membunuh peraih rezeki,
Yang bergantung harap kepada ku,
Menghempas melukai pesisiran perasaanmu,
Aku pecah terluka setiap kali melukakanmu,

Terima kasih pantai,
Kerana memahami laut,
Kerana setia di sisi,
Izinkan laut selalu di sisimu.

 


May 26, 2012

Pemuda Harapan Bangsa


Bermula dari 23-27 Mei 2012, Malaysia menyambut Hari Belia Negara yang mana pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengumpulkan jutaan belia seluruh negara, bagi menyambut dan merayakan hari belia ini. Aktiviti seperti perkhemahan dan jambori, modal insan, sukan, konsert dan sebagainya. Semua aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk mengelakkan remaja hari ini membuang masa dengan perkara yang sia-sia dalam masa yang sama mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Dalam menyambut Hari Belia Negari ini, saya ingin mengajak pembaca untuk kita menilai dan merenung peranan dan cabara yang dihadapi pemuda pada hari ini. Yang mana kalau kita sedar pemuada mempunyai peranan yang cukup penting dalam pembanggunan dan keharmonian sesebuah negara. Dalam erti kata lain jika rosak pemuda hari ini maka rosaklah negara di masa akan datang.

Peranan Pemuda
Pembentukkan generasi muda yang mempunyai idealisme dan semangat perjuangan merupakan satu perkara yang sepatutnya menjadi satu agenda penting dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian generasi muda hari ini memerlukan satu pentuk pendidikan yang berterusan bagi memantapkan aqidah, akhlak, dan jiwa supaya taat pada perintah Allah.

Sejarah telah menunjukkan bahawa pemuda menjadi barisan hadapan dan sayap kanan dalam sesebuah gerakkan, sebagaimana yang berlaku di Indonesia suatu masa dahulu, remuda bertindak sebagai watak utama dalam menjatuhkan pemerintahan rejim Suharto. Yang mana pemuda pada masa itu memimpin gerakkan kebangkitan rakyat dalam melawan kezaliman rejim.

Begitu jugalah yang berlaku dalam Revolusi Islam Iran pada awal 90-an. Pemudalah yang turun ke jalan bagi menghalau Shah Iran yang mencekik harta negara dalam masa yang sama menyusahkan rakyat. Terbaru fenomena arab spring yang berlaku di timur tengah, pemuda memainkan peranan di laman-laman sosial yang mana akhirnya diterjemahkan dalam demonstrasi yang menjatuhkan rejim-rejim zalim yang menindas mereka.


Pemuda dalam negara kita hari ini menunjukkan satu realiti yang amat membimbangkan, keterlibatan dalam permasalahan sosial dan jenayah berada dalam satu keadaan yang agak kronik, dan jika perkara ini tidak diatasi secara berhemah dan hikmah, ini akan mendatangkan kesan buruk dimasa akan datang.

Ini merupakan kesan daripada fenomena yang berlaku di negara kita seperti:
  1. Memasuk dan meramaikan bilangan penyanyi dan pemuzik di kalangan anak muda-mudi, dan menjadikan mereka idola atau pujian di dalam kehidupan mereka. Dalam masa yang sama menyempit ruang lingkup alim ulama dalam konteks dakwah dan menyisihkan mereka dari kalangan contoh di kalangan remaja. 
  2. Menambah tempat-tempat hiburan dan menaja konsert-konsert tertentu bagi tujuan untuk merosak akhlak serta meleka dan melalai dari ajaran agama Islam. 
  3. Menghadkan peruntukan kepada program-program agama dan memberi peruntukan yang besar kepada apa jua jenis sukan dengan tujuan untuk merapat hubungan kaum sesama penduduk Malaysia tetapi dalam masa yang sama untuk meminggirkan program-program agama. 
  4. Sukatan pelajaran agama dipersempitkan, manakala sukatan pelajaran yang lain diberi keutamaan. 
  5. Memecahkan perpaduan umat Islam kepada beberapa kumpulan (berbilang-bilang jemaah) dan mewujudkan perasaan kumpulan masing-masing adalah benar, dengan tujuan untuk melahirkan satu natijah yang lebih besar lagi iaitu permusuhan dan peperangan sesama umat Islam. 

 Cabaran Pemuda Hari Ini.
Pemuda hari ini berhadapan dengan beberapa cabaran iaitu:

Diri sendiri. 
Dalam kata lain melawan hawa nafsu yang terdapat pada diri setiap manusia, yang kekadang tertewas dalam suasana semasa, walaupun pertahanan di peringkat pengajian terlalu kukuh, namun apabila berada dalam masyarakat, terdesak kepada perlumbaan mengejar dunia. 

Keluarga. 
Mempunyai keluarga yang hidup dalam suasana damai Islam dan dibajai dengan taqwa kepada Allah merupakan cita-cita setiap manusia, tetapi tak ramai yang berupaya mempunyai keluarga sedemikian rupa. Keluarga juga boleh membawa kepada halangan di dalam perjuangan Islam kepada setiap Muslim. 

Sahabat handai. 
Allah mengajar supaya kita memilih sahabat yang mampu mendidik dan mengasuhserta menegur setiap kelemahan yang berlaku pada diri kita. Justeru itu, Islam menggaris beberapa panduan dalam memilih sahabat bagi membantu kita dalam setiap keadaan sekalipun.

Masyarakat. 
Suasana masyarakat juga banyak mempengaruhi pembentukan sakhsiah muslim. Kesan yang utama kepada keruntuhan moral boleh dilihat melalui sesebuah masyarakat, yang lebih nyata lagi masyarakat dibentuk oleh kerajaan yang memerintah, jika kerajaan memerintah mengikut acuan ajaran Islam, maka sudah tentu masyarakat menjadi baik, begitulah sebaliknya. Kesimpulannya, selagi kerajaan yang memerintah tidak melaksana syariat Islam selagi itulah menjadi tanggungjawab kepada pemuda/di Islam mesti mendesak (mengikut syariat) agar dilaksanakan Islam kepada negara tersebut.

Langkah Menghadapi Cabaran.
Dalam mengahadapi cabaran, haruslah dilakukan beberapa persedian supaya tidak gagal tau terjerumus dalam gejala yang membimbangkan ini.
Membina peribadi muslim. 
 Peribadi yang sentiasa diasuh dengan setiap ajaran Islam mampu menghadapi setiap cubaan dan dugaan hidup. Kerana ia sentiasa terarah kepada syurga Allah sebab itulah Allah berfirman:

قد أفلح من زكاها 

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)

 يا أيها الذين آمنوا عليكم أنفسكم لا يضركم من ضل إذا اهتديتم إلى الله مرجعكم جميعا فينبئكم بما كنتم تعملون

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang telah kamu lakukan. (Al-Maidah: 105) 

Membentuk keluarga muslim. 
Keluarga Islam merupakan aset yang kedua setelah peribadi yang baik. Keluarga muslim terlalu sukar untuk dibina sekiranya peribadi yang ada di dalam keluarga tersebut cacat dengan ajaran Allah. 

Allah Taala berfirman:

 يا أيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهلكم نارا وقودها الناس والحجارة عليها ملائكة غلاظ شداد لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون

 Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itudijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (At-Tahrim: 6) 

Memilih teman yang baik. 
 Maksudnya teman yang sentiasa menegur kepada kebaikan dan sentiasa membimbing ke arah jalan yang lurus mengikut yang dikehendaki oleh Allah. Teman inilah juga sebagai pembantu dalam perjuangan Islam menghadapi setiap karenah hidup. Allah berfirman:

( يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين (119

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar. (At-Taubah: 119)

Bersama dengan gerakan Islam. 
Gerakan tersebut mestilah memenuhi ciri-ciri gerakan yang syumul mengikut kaedah Islam. Antara ciri-ciri gerakan Islam yang telah disebut oleh Allah dalam firmannya:

 يا أيها الذين آمنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون في سبيل الله ولا يخافون لومة لائم ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء والله واسع عليم (54) إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون (55) ومن يتول الله ورسوله والذين آمنوا فإن حزب الله هم الغالبون (56) 

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia). Kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (Al-Maidah: 54-56) 

Kesimpulan


satu kerugian yang amat besar jika hari Belia Negara yang berlangsung hari ini tidak mendidik jiwa dan peribadi pemuda hari ini. Dan lebih malang lagi jika Hari Belia Negara ini merosakkan lagi pemuda.