June 23, 2014

Tribute buat Ust.Bakar Chik


Satu.

Ayah mempakir kereta ditepi, dan kemudiannya keluar bertemu sahabat lama. Mereka bersalam dan berpelukkan mesra, seolah-olah lama tidak jumpa. Ayah pantas menunjukkan saya ditepinya, "anak ana, nombor tiga" Saya senyum bangga dapat berjumpa sahabat seperjuangan ayah, Ust Bakar Chik. Kemudiannya saya menyalami dan mencium tangannya.

Dua.

Demonstarsi aman anti-ISA yang aman bertukar kecoh kerana semburan air asid dan gas pemedih mata FRU. Saya dan rakan-rakan yang lain berada agak depan ketika ucapan pimpinan cepat-cepat beredar dari tempat kejadian. Ketika itu saya perasan satu sosok tua yang turut sama gegas beredar. "Allah, Ust Bakar Chik" detik saya dalam hati. Ketika ingin membantu, saya lihat beberapa anggota Unit Amal dalam mengiringinya. Saya terus beredar.
Malamnya, saya hubungi ayah, Ayah menceritakan Ust Bakar Chik, terus ke Manjung seusai demonstrasi, ada majlis makan malam At-Ta'alim. Beliau cerita lari sampai hilang kasut!

Tiga.

Tahun lepas, Majlis Hi-tea anjuran Lujnah pendidikan di Selangor saya hadiri, sebagai wakil mahasiswa Johor. Ust Bakar Chik ada dalam majlis tersebut. Tetamu kehormat yang turut berucap. Beliau pulang agak lewat pada hari tersebut. Seusai majlis, saya terkecoh-kecoh kedepan berjumpanya, "Ust, ana anak cikgu Noh" mempekenalkan diri. Beliau kelihatan gembira dapat bertemu anak sahabat lama dan ingin berbual panjang. Tapi, masa kurang mengizinkan.

Hari ini, 23 Jun 2014. Kepingan kenangan yang ada membawa rasa sebak membukam di dada. Sebaik sahaja membaca wassap sahabat pada pagi saya terus kedepan bertemu ayah.

" Ayah, Ust Bakar Chik meninggal, kemalangan"

Saya teringat zaman kampus, saat itu, walaupun kereta tidak berapa baik kondisinya, mata terlalu berat untuk memandu, digagahi juga.

Saat sahabat bertanya "eh, boleh ke enta bawak kereta ni?"

Jawapan kami, "tak pa, kalau mati, Syahid!"

Ust Bakar Chik, dah pergi, senyuman di wajahnya. Semoga Ust temui cita-cita tertinggi, syahid dijalan-Nya. Untung Ust, Ust pergi saat PASTI dan berada di serata negara. Sekolah-sekolah Islam juga tumbuh dengan pesatnya. Ust pergi dengan Jasa, dengan idea.

Semoga kami cebisan-cebisan dalam perjuangan ini dapat turut langkah ust, semoga kami yang kecil-kecil ini Allah beri kekuatan untuk turut perjuangan Ust.

Amin.