Sampai Syurga
Bahagia itu bukan sepertimana yang kita lihat Tapi sebagaimana kita rasa
July 24, 2015
Masih ada hati?
April 3, 2015
Bila Jemaah
February 8, 2015
Ku Sangka
January 5, 2015
October 18, 2014
Kau pernah tahu tentang harapan, kan?
Kau pernah tahu tentang harapan, kan?
Bagaimana jika setiap harapan itu dikabulkan. Apakah kamu sudah siap jika semua doamu dikabulkan? Bagaimana jika setiap harapan itu dipatahkan. Apakah kamu mampu menampung semua kesedihan?
Kau tahu bagaimana rasanya menyimpan harap? Seperti gelisah menanti pagi datang di malam petaka. Seperti menadah air dengan kedua telapak tangan dan menahannya agar tidak tumpah.
Aku pernah memiliki harap. Dan waktu memilikinya, aku tidak tahu bagaimana cara menyimpannya dengan baik. Tidak hati-hati melindunginya. Hingga pada suatu hari harapan itu jatuh dan patah.
Kau tahu bagaimana rasanya saat harapanmu patah oleh tanganmu sendiri?
October 6, 2014
Nama-mu
Puan,
Malang sungguh aku ini,
Dalam denyut nadi-ku,
Dalam alir darah-ku,
Dalam setiap hembus nafas-ku.
Di situ ada nama-mu,
Di situ ada ingatan pada-mu,
Di situ berulang kenangan bersama-mu.
Puan,
Malang sungguh diri-ku ini,
Kerna walau besar cinta-ku,
Walau dasyat rindu-ku.
Kau masih jauh dari-ku.
Kau tetap bukan takdir-ku.
Puan.
October 3, 2014
Menanggapi kemajmukan dalam Islam
ULASAN Rahmah adalah kata kunci yang merumuskan segala objektif syariat (maqasid al-syariah) termasuk hak asasi manusia, kebebasan, keadilan, persamaan dan apa sahaja yang membawa kepentingan kemanusiaan.
Bahagia atau celakanya hidup manusia, tergantung sepenuhnya pada rahmat Allah.
Menyedari hakikat itu manusia Muslim sentiasa mendambakan siraman rahmat Allah pada setiap detik masa. Rasulullah SAW memberikan petunjuk bahawa cara meraih rahmat ialah dengan dengan menebar belas kasih kepada warga alam. Sabdanya:
“Kasihanilah mereka yang di bumi, nescaya kamu akan dikasihani oleh Yang di langit.” Ada seseorang berkata: “Sesungguhnya kami mengasihani isteri-isteri dan anak-cucu kami.”
Sabda Rasulullah SAW: “Bukan itu maksudku. Yang aku maksudkan adalah kasih yang menyeluruh."
Kata "rahmat yang menyeluruh" bererti belas dan kasih yang melimpah, bakti kemanusiaan yang menyejagat, khidmat kebajikan yang inklusif meratai seluruh warga bumi Ilahi.
Dengan keyakinan dan komitmen sedemikian itulah kita tampil di kancah dakwah pada era yang serba global dan plural.
Dalam kaitan inilah pula relevannya wacana tentang cabaran aktualisasi rahmat sejagat, penterjemahan mesej rahmatan li al-`alamin di tengah realiti kemajmukan, dengan bertolak dari premis dasar: Keesaan Pencipta dan keragaman makhluk ciptaan-Nya.
Seluruh warga alam dengan segala kepelbagaiannya seharusnya berpeluang mengecap rahmat Ilahi lewat agama-Nya. Memang sebagai agama rahmah, Islam harus ditampilkan dengan wajah yang ramah.
Sesuai realiti masa kini
Sayangnya, agama rahmah yang ramah ini seringkali dicitrakan sebagai agama yang selalu “marah-marah”.
Sesuai dengan realiti masa kini yang dicirikan oleh fenomena global dan plural, selaras dengan sifat agama Islam yang bersifat keinsanan dakwah dan kesejagatan risalah, pendekatan kontekstual yang dirasakan paling tepat ialah seperti yang disarankan oleh Fathi Osman,“… a universalistic and humanistic presentation of Islam.”
Dengan semangat pembaharuan yang menggelora, pemikir Islam kontemporari yang berasal dari Mesir itu mengumandangkan seruannya:
"We ought to release ourselves from being enclosed and exhausted in the juristic details, and we have to enjoy the full, healthy and rich life in the ever-productive divine guidance in its width and depth. We should also be the honest and courageous advocates and defenders of human dignity of all human beings: men, women or children, Muslim or non-Muslim, related to any land, race or ethnicity. We have to present to the whole world (and reflect in our thinking and behaviour) the universality of Islam, and the grace of the Lord to all beings through His message. Through such a universalistic and humanistic presentation of Islam, we can prove that it copes with our age of globalism and pluralism, which it had actually pioneered over fourteen centuries ago. We could also demonstrate that Islam provides the moral depth which humanity has been missing and badly needs. Muslims can help themselves and help all of humanity realize that human dignity is the cornerstone of Gods message to all mankind in all generations, since He is in no need of being acknowledged or worshipped; He wants us to worship Him alone so as to be liberated from worshipping tyrants and fallacies.” (Fathi Osman, 2001:64-65).
Kepelbagaian adalah sunnatullah dalam penciptaan makhluk. Rempuhan globalisasi yang dijiwai hegemoni Amerika tidak akan mampu merubah kenyataan bahawa manusia tetap berbeza-beza warna, agama, budaya dan bahasa.
Justeru, perbezaan dan kepelbagaian harus diterima seadanya dengan sikap positif dan optimistik bahawa fenomena kemanusiaan yang berbangsa-bangsa dan bersuku-suku mengandungi hikmah ketuhanan yang tersirat di balik kata lita`arafu (agar mereka saling kenal).
Al-ta'aruf adalah kata yang sarat makna. Ia mengisyaratkan makna hubungan timbal-balik ('ilaqah tabaduliyyah) - saling mengakui, saling menghargai, saling membantu dan bekerjasama demi kebaikan bersama.
Manusia memang berbeza-beza, tidak hanya dari segi biologis - warna dan jantina, tetapi juga dari segi agama, budaya dan bahasa. Kepelbagaian adalah ayat atau tanda kekuasaan, kekayaan dan kebijaksanaan Tuhan Yang Maha Besar.
Kalau Tuhan menghendaki, manusia boleh diciptakan serba homogen - serupa dan seragam. Tetapi hakikatnya Tuhan menghendaki sebaliknya, umat manusia diciptakan dengan sifat heterogen - beragam dan pelbagai, termasuk dari segi agama:
Fenomena pluralistik
"Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat." (Hud:118)
Demikianlah kehendak Tuhan Yang Maha Bijaksana, segala ketentuan-Nya mengandungi hikmah dan rahsia yang harus difahami dan diselami sedalam-dalamnya. Justeru, fenomena pluralistik harus disikapi dengan iman dan moral keislaman yang benar.
Prinsip dasarnya adalah qabul al-akhar (menerima kehadiran orang lain dengan segala kelainannya), dengan ruh al-samahah (semangat toleransi) yang setinggi-tingginya demi matlamat kolektif hidup bersama, berdampingan secara damai dan harmonis.
Hakikat inilah yang membawa kita ke persoalan al-ta'addudiyyah atau kemajmukan, tema besar wacana hari ini.
Kita memakai istilah ta'addudiyyah atau kemajmukan dengan pengertian yang Islami. Memang ada istilah lain yang banyak dipakai ketika ini, seperti istilah pluralisme. Mungkin ada yang tersentak mendengar kata pluralisme, apa lagi jika ia dikaitkan dengan agama.
Memang kata ini memerlukan penjelasan apa yang dimaksudkan, kerana dikhuatiri merujuk pluralisme agama gagasan John Hick yang sangat kontroversial itu.
John Hick adalah tokoh pluralis yang mempelopori projek penyamaan semua agama, tidak ada agama yang berhak mendakwa memiliki keunikan tersendiri.
Kerana itu kita dapat memahami mengapa ada pihak yang sangat berhati-hati, lalu memilih kata yang lebih neutral iaitu pluraliti. Bagaimanapun persoalan sebenarnya tergantung pada apa yang dimaksudkan dengan istilah pluralisme.
Memang kenyataannya kata pluralisme mempunyai pelbagai makna yang harus difahami secara kontekstual. Dengan kata lain, pluralisme tidak semestinya merujuk gagasan John Hick.
Pluralisme dalam pemikiran, agama
Kerana itu kita juga dapat memahami mengapa ada pihak yang menggunakan istilah pluralisme, seperi Prof Emeritus Dr Osman Bakar yang dengan nada tegas dan yakin mengatakan:
"How we view and manage human plurality and diversity is what gives rise to “pluralism.” Since different cultures or civilizations treat the problem of plurality and diversity differently, we have come to encounter different versions of pluralism. It is with full confidence that we say there is such a thing as “Islamic pluralism,” and that it differs in many respects, for example, from contemporary Western idea and practice of pluralism. (Osman Bakar, 2006:16-17)
Kamus Dewan memberikan makna pluralisme sebagai keadaan yang majmuk, iaitu keadaan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, kebudayaan, kepercayaan agama dan sebagainya.
Kamus besar bahasa Indonesia juga memberikan erti yang sama, iaitu keadaan masyarakat yang majmuk (bersangkutan dengan sistem sosial dan politiknya).
Seterusnya, pluralisme kebudayaan diertikan sebagai “berbagai kebudayaan yang berbeda-beda dalam suatu masyarakat.”
Tetapi selain itu kata pluralisme sebagaimana yang sering dipakai dalam wacana-wacana ilmiah banyak merujuk makna yang selari dengan yang disebut oleh Prof Osman Bakar di atas iaitu “How we view and manage human plurality and diversity” (Bagaimana kita mempersepsi dan menangani pluraliti kemanusiaan).
Demikianlah, pluralisme dalam pengertian pemikiran, sikap, cara pendekatan, formula dan strategi menangani realiti pluralistik, harus dibezakan dari pluralisme dalam pengertian penyamaan semua agama.
Bagaimanapun kita lebih selesa dengan istilah kemajmukan atau pluraliti dalam pengertian "al-ta'addudiyyah", istilah Arab yang kini dipakai secara meluas oleh para sarjana Muslim kontemporari, termasuk Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Dr Yusuf al-Qaradawi.
Ulasan pada Julai 2005, di persidangan yang dilangsungkan di Amman, Jordan, al-Qaradawi membawa makalah berjudul "Al-ta'addudiyyah fi nazar al-Islam (Kemajmukan dari Perspektif Islam).
Dalam persidangan tersebut, yang turut dihadiri tokoh pemikir Islam termasuk Wahbah al-Zuhaili, Sa'id Ramadan al-Buti, Kamal Abu al-Majd dan lain-lain, tidak ada peserta yang mempersoalkan pemakaian kata al-ta'addudiyyah dalam konteks posisi dan persepsi Islam terhadap fenomena kepelbagaian.
Dalam temuramahnya dengan majalah al-Watan al-'Arabiy (bil 974, November 1995), al-Qaradawi mengatakan bahawa Islam menerima pluraliti agama (...yaqbalu bi al-ta'addudiyyat al-diniyyah) dalam pengertian menerima hakikat bahawa manusia memang menganut agama (al-'aqa’id) yang berbeza-beza.
Ini berlaku dengan kehendak Allah (Hud:118), dan Allah sendirilah yang akan menghisab segala yang diperselisihkan oleh manusia pada hari kiamat kelak (al-Hajj:69).
Seterusnya al-Qaradawi mengatakan bahawa Islam, di samping menerima pluraliti agama, juga menerima pluraliti budaya dan politik berasaskan hakikat bahawa berbeza-beza adalah sifat sejati kemanusiaan, malah alam ini seluruhnya berdiri di atas asas perbezaan-perbezaan (Fatir:27-28).
Dalam dunia perbukuan Arab masa kini, sudah ramai penulis Muslim yang menggunakan kata al-ta'addudiyyah sama ada pada judul buku atau dalam kandungannya.
Selain al-Qaradawiy yang menulis Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam (Dari Fiqh Kenegaraan dalam Islam) dengan sub-judul Makanatuha, Ma`alimuha, Tabi`atuha, Mawqifuha min al-Dimuqratiyyat wa al-Ta`addudiyyat wa al-Mar’at wa Ghayr al- Muslimin;
** Dr Muhammad 'Imarah menulis sebuah buku dengan judul Al-Islam wa Al-Ta'addudiyyah: Al-Ikhtilaf wa Al-Tanawwu' fi Itar al-wihdah (Islam dan Kemajmukan: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan);
** Dr 'Imad al-Din Khalil menulis buku berjudul al-Wahdah wa al-Tanawwu` fi Tarikh al-Muslimin (Kesatuan dan Kepelbagaian dalam Sejarah Umat Islam) yang banyak menggunakan kata al-tanawwu’ dan al-ta`addudiyyah secara bertukar-ganti;
** Dandal Jabr menulis buku berjudul al-Ta'addudiyyah al-Siyasiyyah wa Tadawul al-Sultah fi al-Siyasat al-Shar’iyyah (Kemajmukan Politik dan Penggiliran Kuasa dalam Siyasah Syar`iyyah);
** Dr Muhammad 'Abd al-Rahman Balrawin dengan bukunya al-Ta`addudiyyat al-Siyasiyyat fi al-Dawlat al-Shuriyah (Kemajmukan Politik dalam Negara Syura) dan lain-lain.
Kemajmukan adalah fakta
Ternyata al-ta'addudiyyah atau kemajmukan adalah fakta dan kenyataan yang selamanya diterima dan diakui oleh Islam. Hanya al-Dhat al-Ilahiyyah sahaja yang Esa semutlaknya, sedang yang lain-lain berdiri atas sunnaniyyat al-ikhtilaf, sunnah dan hukum kepelbagaian.
Kepelbagaian atau kemajmukan dalam perspektif Islam bukan sekadar hak kemanusiaan, yang boleh diterima dan boleh ditolak; bukan juga sekadar budi bicara, yang boleh diberi dan boleh dinafi; tetapi ia adalah fitrah dan sunnatullah, undang-undang dan aturan Ilahi yang tidak berubah dan tidak mungkin berubah.
Namun demikian al-ta'addudiyyah tidak bererti perpecahan dan perbenturan, kerana semuanya tetap terpadu dalam wadah kesatuan.
Hakikat inilah yang dengan tepat diekspresikan oleh Dr Muhammad 'Imarah dengan ungkapan "al-ikhtilaf wa al-tanawwu' fi itar al-wihdah" (perbezaan dan kepelbagaian dalam bingkai kesatuan).
Demikianlah hakikatnya: kepelbagaian makhluk dalam bingkai kesatuan Pencipta, kepelbagaian bangsa dan suku dalam bingkai kesatuan kemanusiaan, kepelbagaian syariat dalam bingkai kesatuan agama, kepelbagaian hukum dan fatwa dalam bingkai kesatuan syariat, kepelbagaian mazhab dan parti dalam bingkai kesatuan umat.
Islam menerima kemajmukan dalam pelbagai ranah kehidupan manusia: agama, budaya, politik, perundangan dan lain-lainnya. Islam menerima, menghargai dan menghormati manusia dalam segala kepelbagaiannya - bangsanya, bahasanya, agamanya dan budayanya.
Berbeza agama bukan alasan untuk bermusuhan. Justeru, seluruh umat manusia (yang berbeza-beza agama itu) tetap terangkai dalam warga besar kesatuan keinsanan.
Semuanya adalah anak-anak Adam yang dimuliakan oleh Allah (Al-Isra’:70). Kurnia kemuliaan dari Tuhan adalah untuk seluruh umat manusia (keturunan Adam) yang putih dan yang hitam, yang di darat dan yang di laut, yang Muslim dan yang bukan-Muslim.
Jenazah Yahudi
Bagi kita memuliakan manusia atas sifat kemanusiaannya, tanpa mengira agamanya, adalah suatu tuntutan keagamaan, bahagian daripada kewajipan melaksanakan sunnah Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Jabir ibn `Abdillah bahawa Junjungan SAW berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi.
Mendengar ada suara yang menyebut itu adalah jenazah Yahudi! Rasulullah SAW spontan menjawab, “Bukankah ia satu jiwa manusia?". Demikianlah, setiap jiwa manusia (Muslim atau bukan Muslim) memiliki martabat kemuliaan yang harus dihormati.
Selain itu ada pula catatan dari Ibn Hazm tentang kematian ibu kepada al-Harith ibn Abi Rabi'ah, seorang yang beragama Kristian, bahawa jenazahnya dihantarkan ke perkuburan oleh para sahabah Rasulullah SAW.
Manusia, sebagai manusia tanpa mengira bangsa, agama dan budayanya, berhak mendapat hak asasi kemanusiaan. Mengenai hakikat universalnya hak asasi kemanusiaan, Fathi Osman mengatakan:
"Human rights are universal, and they apply equally to all human beings whatever their inborn or acquired differences may be. Through such a universal human perspective, the “other” is as equally human as you, be he/she of onother gender, race or ethnicity, faith, age, or ideology. The Qur’an emphasizes that all humankind was created from one couple: a male and a female, in spite of all their diversification into various peoples and tribes. They are meant to develop knowing and complementing one another through the diversity of human qualities and the diversity of the natural resources distributed among them in their homelands (Qur’an 49:13). (Osman, Fathi, 2001: 42).
Al-ta'addudiyyat al-Islamiyyah tumbuh dari kesedaran bahawa perbezaan manusia dalam beragama berlaku dengan kehendak Allah sendiri yang mengurniakan kebebasan kepada makhluk istimewa ini untuk memilih - menerima atau menolak (Al-Kahf: 29).
Kalau Tuhan menghendaki, Dia Maha berkuasa menjadikan seluruh manusia umat satu agama, tetapi kerana kehendak-Nya jua manusia berbeza-beza (Hud:118).
Setiap Muslim berkeyakinan bahawa kehendak Allah tidak dapat dihalang, sebagaimana ia juga berkeyakinan bahawa segala kehendak-Nya mengandungi hikmah kebaikan, sama ada manusia tahu atau tidak. Kerana itu seorang Muslim tidak berfikir dan tidak harus berfikir untuk memaksa manusia agar semuanya menjadi Muslim. (Yunus:99)
Al-ta'addudiyyah dalam Islam terbina di atas kesedaran bahawa orang Muslim tidak dituntut untuk menentukan nasib orang bukan-Muslim atas ketidakislaman mereka. Itu adalah urusan Tuhan yang akan diputuskan nanti pada Hari Perhitungan, bukan sekarang. Yang dituntut dari orang Islam adalah sikap istiqamah dengan agamanya sendiri, di samping memberikan pelayanan yang adil terhadap orang lain yang tidak seagama. (Al-Shura:15)
Urusan kita bukan memaksa
Dengan demikian orang Islam tidak mengalami sebarang dilema dalam melaksanakan keadilan dan melakukan kebaikan terhadap orang bukan Islam. Urusan kita bukan memaksakan Islam ke atas mereka.
Urusan kita adalah melaksanakan perintah Allah memberikan keadilan, bersikap ramah dan berakhlak mulia terhadap semua, termasuk yang bukan-Islam. Urusan kita adalah menentang kezaliman, tanpa mengira siapa pelakunya, termasuk kezaliman yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang bukan Islam. (Al-Ma’idah:8).
Memberikan pelayanan yang adil terhadap orang bukan Islam adalah amanah Tuhan dan Rasul-Nya ke atas kita semua. Kegagalan bersikap adil terhadap mereka adalah dosa yang membawa risiko berat sebagaimana yang diperingatkan oleh Rasulullah SAW lewat sabda riwayat Ahmad dalam musnadnya:
Demikianlah secara umum sikap Islam terhadap pluraliti agama, sikap yang disemangati ruh al-samahah, jiwa toleransi yang tulus dan murni.
Yang diakui bukan hanya hak kebebasan menganut agama pilihan masing-masing, tetapi juga hak untuk mengamalkan ajarannya - melaksanakan kewajipannya dan menghindari larangannya.
Jika bagi Yahudi haram bekerja pada Sabtu, ia tidak boleh dipaksa bekerja pada hari tersebut. Jika bagi orang Kristian wajib ke gereja pada Ahad, maka ia tidak boleh dihalang melakukannya.
Seterusnya, umat Islam jangan menghalang orang bukan Islam melakukan sesuatu yang halal di sisi agama mereka, walaupun ia haram di sisi Islam. Yang penting harus ada kesediaan saling memahami sensitiviti masing-masing, dan jangan sampai berlaku paksa-memaksa.
Sebagai umat yang bertamadun dan berbudaya, semua pihak seharusnya memiliki kepekaan yang tinggi terhadap nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan.
Umat Islam khususnya harus dapat mengapresiasi dan menghayati kehalusan bahasa al-Quran terutama dalam sapaannya terhadap orang-orang bukan Islam.
Kepada mereka yang bukan Islam, al-Quran selalu menggunakan kata panggilan Ya ayyuha al-nas (wahai umat manusia) atau Ya bani Adam (wahai anak-anak Adam). Kata panggilan sedemikian memang terasa lebih lunak berbanding kata Ya ayyuha alladhina kafaru (wahai orangorang kafir) atau Ya ayyuha al-kafirun (wahai orang-orang kafir) yang tidak digunakan dalam al-Qur’an kecuali pada dua tempat (surah al-Tahrim:7 dan surah al-Kafirun:1).
DATUK DR SIDDIQ FADZIL presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
September 28, 2014
Hujan dan Kenangan
Fikiran-ku jauh melayang,
Melihat titisan demi titsan,
Membawa-ku jauh dalam kenangan.
Hujan yang renyai itu,
Mula turun laju,
Namun hentakkan titisan hujan itu,
Tidak membawa-ku pulang.
Hujan kian lebat,
Aku terus hanyut,
hingga kata-kata HAMKA menyentak-ku.
"hari2 kelmarin yg berlalu, walau sejuta tahun di tangisi, tidak bisa kembali lg. Justeru itu, awasilah hari2 esok yg bakal menjadi hari2 kelmarin"
Bangunlah aku terus berjalan,
Membawa bebanan rindu dan kenangan,
Hingga satu saat,
Aku pulang pada Tuhan.
June 23, 2014
Tribute buat Ust.Bakar Chik
Satu.
Ayah mempakir kereta ditepi, dan kemudiannya keluar bertemu sahabat lama. Mereka bersalam dan berpelukkan mesra, seolah-olah lama tidak jumpa. Ayah pantas menunjukkan saya ditepinya, "anak ana, nombor tiga" Saya senyum bangga dapat berjumpa sahabat seperjuangan ayah, Ust Bakar Chik. Kemudiannya saya menyalami dan mencium tangannya.
Dua.
Demonstarsi aman anti-ISA yang aman bertukar kecoh kerana semburan air asid dan gas pemedih mata FRU. Saya dan rakan-rakan yang lain berada agak depan ketika ucapan pimpinan cepat-cepat beredar dari tempat kejadian. Ketika itu saya perasan satu sosok tua yang turut sama gegas beredar. "Allah, Ust Bakar Chik" detik saya dalam hati. Ketika ingin membantu, saya lihat beberapa anggota Unit Amal dalam mengiringinya. Saya terus beredar.
Malamnya, saya hubungi ayah, Ayah menceritakan Ust Bakar Chik, terus ke Manjung seusai demonstrasi, ada majlis makan malam At-Ta'alim. Beliau cerita lari sampai hilang kasut!
Tiga.
Tahun lepas, Majlis Hi-tea anjuran Lujnah pendidikan di Selangor saya hadiri, sebagai wakil mahasiswa Johor. Ust Bakar Chik ada dalam majlis tersebut. Tetamu kehormat yang turut berucap. Beliau pulang agak lewat pada hari tersebut. Seusai majlis, saya terkecoh-kecoh kedepan berjumpanya, "Ust, ana anak cikgu Noh" mempekenalkan diri. Beliau kelihatan gembira dapat bertemu anak sahabat lama dan ingin berbual panjang. Tapi, masa kurang mengizinkan.
Hari ini, 23 Jun 2014. Kepingan kenangan yang ada membawa rasa sebak membukam di dada. Sebaik sahaja membaca wassap sahabat pada pagi saya terus kedepan bertemu ayah.
" Ayah, Ust Bakar Chik meninggal, kemalangan"
Saya teringat zaman kampus, saat itu, walaupun kereta tidak berapa baik kondisinya, mata terlalu berat untuk memandu, digagahi juga.
Saat sahabat bertanya "eh, boleh ke enta bawak kereta ni?"
Jawapan kami, "tak pa, kalau mati, Syahid!"
Ust Bakar Chik, dah pergi, senyuman di wajahnya. Semoga Ust temui cita-cita tertinggi, syahid dijalan-Nya. Untung Ust, Ust pergi saat PASTI dan berada di serata negara. Sekolah-sekolah Islam juga tumbuh dengan pesatnya. Ust pergi dengan Jasa, dengan idea.
Semoga kami cebisan-cebisan dalam perjuangan ini dapat turut langkah ust, semoga kami yang kecil-kecil ini Allah beri kekuatan untuk turut perjuangan Ust.
Amin.
May 5, 2014
Coretan Hati 1: Alasan.
Kamu,
Hati-ku.
___________________________________________________________________________________
Daripada:
Aku,
Ruang Rindu.
Aku.