March 31, 2010

Jodoh


Persoalan Jodoh termasuk perkara yang berada dibawah bab takdir dan telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak azali lagi. Memahami masalah jodoh hendaklah dengan kefahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang diajarkan oleh Rasulullah agar kehidupan kita dilalui dengan pertunjuk yang sahih dan mencapai keredhaan Allah SWT.

Salah Faham Berkenaan Jodoh

Saya sendiri pernah tersalah faham di dalam bab jodoh, ianya berlaku kepada saya sewaktu masih muda remaja dahulu dan sibuk mengejar cinta serta mengharapkan jodoh yang istimewa dan akhirnya memang saya mendapat jodoh yang benar-benar istimewa.

Saya berkahwin dengan seorang gadis arab, anak perempuan seorang ulama sunnah di Yaman. Sewaktu itu saya cukup bergembira dan merasa sangat berbangga.

Walaubagaimanapun Allah lebih menyayangi saya.

Allah swt befirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " (Al-Baqarah : 216)

Allah mengehendaki kebaikan kepada saya dengan menganugerahkan kepada saya sebuah perceraian sehingga melaluinya saya dapat memahami erti sebuah jodoh dan perkahwinan.

Tanpa penceraian tersebut nescaya saya tidak akan mengetahui dan memahami maksud jodoh sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah.

Saya diberi izin oleh Allah SWT untuk berkahwin kali kedua apabila seorang bapa yang soleh menawarkan anak gadisnya kepada saya. Ketika itu wujud perbalahan di dalam jiwa saya yang membuatkan saya berfikir panjang ini disebabkan sebagai seorang ustaz (ketika itu sudah bergelar ustaz) saya memikirkan untuk mencari seorang gadis yang sempurna, wanita yang hebat dan mampu mengubati hati saya yang terluka dan cedera akibat perkahwinan terdahulu.

Kali ini mahu mencari yang paling comel, paling gebu, paling sempurna sehingga saya gariskan ciri-ciri isteri idaman saya yang persis bidadari.

Allah menyebut di dalam Al-Quran bahawa Syaitan akan menyesatkan manusia dengan pelbagai cara antaranya ialah dengan angan-angan yang memperdayakan : "Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka." (Al-Baqarah : 216)

Allah befirman : "Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (An-Nisa : 120)

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberikan kebaikan kepada saya dengan mendapat nasihat dan pertunjuk berguna daripada ulama-ulama sunnah di Yaman. Kata mereka, Allah tidak akan memberikan "bidadari" kepada anda di dunia tetapi di akhirat. Jadi jika anda mahukan wanita yang bertaraf bidadari di dunia maka kahwinilah dengan niat yang betul, jalanilah kehidupan rumahtangga dengan betul, jadilah suami yang betul dan InsyaAllah isteri anda akan menjadi bidadari di akhirat.

Daripada Ibnu Umar r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal kepimpinannya. " (Hadis sahih Muttafaq 'alaih)

Syeikh lalu menceritakan perihal Umar RA yang turut mengalami masalah rumahtangga, bahkan rasulullah sebaik-baik manusia juga menghadapi masalah yang sama sekaligus menyedarkan saya "Mana ada manusia yang sempurna."

Diriwayatkan bahwa seorang pemuda datang ke rumah Umar bin Khatthab Radhiallahu 'anhu hendak mengadukan keburukan akhlak isterinya. Maka ida berdiri di depan pintu menunggu Umar keluar. Lalu dia mendengar isteri Umar bersuara lantang pada suaminya dan membantahnya sedangkan Umar diam tidak membalas ucapan isterinya. Pemuda itu lalu berbalik hendak pergi, sambil berkata : "Jika begini keadaan Umar dengan sifat keras dan tegasnya dan dia seorang amirul mukminin, maka bagaimana dengan keadaanku ?".

Umar keluar daripada rumahnya dan melihat ada orang beredar dari rumahnya lalu memanggil pemuda itu dan berkata : "Apa keperluanmu wahai pemuda ?" Dia menjawab : "Wahai Amirul Mukminin, pada mulanya aku datang hendak mengadukan keburukan akhlak isteriku dan sikapnya yang membantahku. Lalu aku mendengar isterimu berbuat demikian, maka aku pun kembali sambil berkata :"Jika demikian keadaan amirul mukminin bersama isterinya, maka bagaimana dengan keadaanku ?" maka Umar berkata : "Wahai saudaraku. Sesungguhnya aku bersabar atas sikapnya itu kerana hak-haknya padaku. Dia yang memasakkan makananku, yang membuatkan rotiku, yang mencucikan pakaianku, yang menyusui anak-anaku dan hatiku tenang dengannya dari perkara yang haram. Kerana itu aku bersabar atas sikapnya". Pemuda itu berkata : "Wahai Amirul Mukminin, demikian pula isteriku". Berkata Umar "Bersabarlah atas sikapnya wahai saudaraku ..." [Kitab Al-Kaba'ir oleh Dzahabi hal. 179]

Janganlah Melihat kepada Keburukkan Seseorang kerana tidak akan wujud Pengakhirannya tetapi lihatlah kepada Kebaikan yang akan membolehkan Kita menumpang dan menikmatinya.

Saya lalu terus bersetuju untuk mengahwini seorang gadis mentah, muda seusia 17 tahun untuk menjadi isteri saya tanpa teragak-agak. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun kini dialah bidadari saya yang merupakan wanita paling indah yang pernah saya temui.

Anda yang bertanggungjawab "berusaha" menjadikan pasangan anda sebagai bidadari atau lelaki soleh yang anda inginkan melalui usaha berterusan dan perjuangan melaksanakan hal tersebut beroleh pahala.

Berdasarkan carta jodoh di atas ANDA akan mendapati bahawa JODOH kita sebenarnya sudah DITAKDIRKAN iaitu bermaksud ianya sudah ditetapkan oleh ALLAH SWT semenjak azali lagi.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya." (Sahih Muslim, Kitab Takdir, no: 4781)
Tidak kira apakah jalan yang anda gunakan untuk berkahwin maka ianya sudah pun ditetapkan oleh yang demikian mengapakah kita harus menggunakan JALAN yang HARAM sedangkan dengan JALAN yang HALAL pun kita boleh mendapatkannya ?

Janganlah mencelakakan diri kita dengan memilih jalan yang haram dan berdosa kerana kelak kita akan menanggung akibatnya di akhirat.
Kenapa bimbang belum mendapatkan jodoh ?

Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin TERNYATA sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ianya SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah.

Jadi mengapa bimbang dan risau ? Orang yang beriman kepada Takdir maka tiada kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa mereka kerana menyakini segala sesuatu sudah pun ditetapkan.

Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dari Abu Darda r.a dari Nabi s.a.w bersabda, ‘Tidak sekali-kali masuk ke dalam syurga (Allah), orang yang mendustakan takdir (Allah).’ (lihat: Silsilah hadis Sahihah, nombor 675).

Apa yang perlu anda risaukan ialah bagaimana harus berusaha, jalan yang perlu dipilih agar memenuhi PERINTAH ALLAH itu sahaja.

Siapakah Pasangan Anda ?

Anda tidak perlu TAKUT siapakah jodoh anda kerana pasangan anda sudah pun ditentukan oleh Allah SWT dan apa yang perlu anda lakukan ialah untuk berusaha mendapatkan calon yang soleh dan solehah sebagai memenuhi PERINTAH ALLAH dalam keadaan anda penuh sedar dan yakin ianya sudah ditetapkan.

Anda berusaha semata-mata kerana mahu memenuhi perintah Allah. SWT.

Memilih jodoh yang baik

Berdasarkan carta di atas, maka anda diharapkan dapat memahami bahawa Kehendak Allah yang disukai dan diredhai-Nya (Iradah/Kehendak Syar'iyah) dapat diketahui oleh kita dengan ILMU berdasarkan Kitab dan Sunnah.

Manakala Kehendak Allah yang menyebabkan berlakunya segala sesuatu, yang mengizinkan terjadi tiap-tiap perkara (disebut Iradah/ kehendak Kauniyah) tidaklah bermakna ianya disukai dan diredhai oleh Allah SWT.

Tiada sesiapa termasuk anda dan ulama dapat mengetahui siapakah lelaki atau wanita yang sesuai atau baik untuk anda. Mr. Right atau Mrs. Right tidak akan dapat diketahui oleh Kita selama-lamanya tanpa WAHYU di sisi.

Allah swt befirman : "(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib ,maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorangpun tentang yang ghaib itu." (Jin : 26)

Memandangkan Rasulullah telah wafat maka tiada sesiapa lagi boleh mengetahui siapakah yang lebih sesuai untuk kita dan siapakah pula tidak. Majoriti orang "menyelidik", "mengkaji" latar belakang calon pasangan masing-masing dengan tujuan "merisik" mencari calon yang paling sesuai dan terbaik.

Hakikatnya hanya ALlah yang mengetahui, boleh jadi setelah dikaji "di dalam makmal"maka didapati seorang wanita itu baik untuk kita atau sebaliknya namun setelah berkahwin dan hidup bersama maka dia kemudiannya berubah hati dan menjadi jahat serta menyeleweng.

“Cintailah apa yang kamu cintai sekadarnya saja, boleh jadi apa yang kamu cintai itu menjadi sesuatu yang paling kamu benci pada suatu hari nanti. Bencilah Sesuatu yang yang kamu benci sekadarnya saja, boleh jadi ia akan menjadi sesuatu yang paling kamu sukai pada suatu hari nanti.”

(HR. Tirmidzi)


Hati manusia boleh berubah ibarat pantai.

Jangan membuang masa mencari Mr. Right atau Mrs Right sehingga mengabaikan tanggungjawab kita yang banyak. Masa kita terhad, maka perlu dipergunakan semaksima mungkin di dalam gerak kerja ibadah kita seharian.

Kita harus perlu sentiasa TEGUH di atas Perintah ALLAH SWT.

Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’(hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah)

Ambilah iktibar dari Kisah Ummu Habibah (Ummul Mukminin), Ramlah binti Abu Sufyan yang telah mengahwini Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah hijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau dijuluki (Ummu Habibah).

Allah menguji beliau dengan situasi yang dahsyat apabila suaminya murtad daripada Islam sewaktu berada di Habsyah dan berusaha memurtadkannya. Beliau tetap istiqamah di atas Islam dan akhirnya berpisah dengan suami tercinta kerana agama. Hal ini akhirnya menjadi PELUANG kepadanya untuk menjadi Ummul Mukminin apabila beliau kemudiannya dipinang oleh Rasulullah SAW. Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Waktu itu Ummu Habibah berumur 40 tahun.

Islam Mengizinkan Lelaki Mukmin berkahwin dengan Wanita Ahli Kitab
"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan* diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.” (Al-Maidah : 5)

Mengapakah Allah mengizinkan lelaki yang beriman mengahwini wanita ahli kitab ? Jawapannya kerana persamaan Aqidah di antara kita dan mereka. Perbezaan di antara ahli kitab dan umat Islam ialah berkait masalah syariat demikian yang dimaksudkan dengan keizinan bolehnya berkahwin di antara lelaki muslim dan ahli kitab iaitu mestilah ahli kitab yang memiliki kepercayaan Aqidah yang sahih dan benar berdasarkan kitab samawi terdahulu bukannya merujuk kepada ajaran Yahudi dan Kristian yang SYIRIK dan mensyirikkan Allah di dalam ajaran mereka sehingga menjadikan mereka orang musyrikin dan bukan lagi ahli kitab.

Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat sebuah riwayat yang berasal dari Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya ia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab : “Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik apakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”. (hadis Sahih Bukhari)

Hal ini membuktikan bahawa Islam menganggap perkahwinan itu cuma alat dan tools untuk merealisasikan perjuangan dan tuntutan ibadah bagi menyalurkan keperluan fitrah manusia ke arah yang halal.

Lantas untuk orang yang sedar akan segera memahami bahawa adalah tidak perlu untuknya mengambil masa yang lama untuk memberi respon kepada jemputan atau pinangan perkahwinan apabila dirinya dipinang jika cara dan kaedah yang digunakan adalah menurut syarak.

Manfaatkan sahaja peluang dan rezeki yang diberikan untuk digunakan ke jalan Allah SWT.

Semuanya berbalik kepada diri kita sendiri apakah kita sebenarnya mahu atau mampu menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah bukan melihat kepada orang lain untuk dijadikan alasan di atas kegagalan kita.

Asiah merupakan isteri Firaun, tetapi dia berjaya menjadi wanita yang solehah dan memasuki syurga Allah.

Allah befirman : "Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman." (At-Tahrim : 11)

Manakala Isteri Nabi Luth pula merupakan ahli neraka sekalipun suaminya ialah Rasul dan Nabi.

Allah befirman : "Kecuali isterinya. Kami telah menentukan, bahwa sesungguhnya dia itu termasuk orang-orang yang tertinggal (bersama-sama dengan orang kafir lainnya)." (Al-Hijr : 60)

Allah befirman : "Maka Kami selamatkan dia beserta keluarganya, kecuali isterinya. Kami telah mentakdirkan dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan)." (An-Naml : 57)

Hal ini sebenarnya bertitik tolak kepada ILMU dan kefahaman yang sahih menurut Kitab dan Sunnah untuk menyedari kewajipan dan peranan kita di dalam agama.

Tugas anda ialah berusaha mengikut cara yang sahih dan menjalani ibadah dengan segigih mungkin kepada Allah SWT manakala bakinya berserah kepada Allah untuk menetapkan keputusan di atas usaha kita.

Kita sudah berusaha dan akan terus berusaha, resultnya bukan urusan kita.

tulisan diatas diambil pada suatu ketika dahulu..sumbernya tidak pasti..

March 29, 2010

Buat ayah dan mak




Hanya rindu & doa buatmu
semoga mak dan ayah tenang dan bahagia
setitis air mata mak dan ayah yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati mak dan ayah kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam
Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suaramu terlena di rajukkan rindu
tiada yg terindah didunia dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatiku..

SEJARAH ITU INDAH

Dengan nama Allah yang Maha Penagsih lagi maha Penyayang. Semoga kalian dalam rahmat dan redha Nya.

Pengalaman hidup merupakan acuan yang mencorak seorang manusia, hasil dari pengalaman seorang manusia tercipta, pengalaman mencorakkan pemikiran, pengalaman mencorakkan sikap, penglaman rujukan untuk setiap perbuatan. Bak kata pendeta sesiapa yang melupakan sejarah dia akan mengulangi sejarah.

Pengalaman layaknya dikongsi bersama, kerana setiap orang pengalamannya tidak sama, ada orang hidupnya lama tapi pengalamannya sama semuanya. Ada orang hidupnya singkat tapi pengalamannya menarik. Kepelbagaiaan ini membawa kepada satu perkara yang berguna andai digabung dan direnung.

Kebanyakkan manusia begitu suka bercerita tentang pengalaman manis kerana ianya membawa tawa membawa bahgia kadang yang manis itu satu kebanggaan baginya. Tidak ramai yang tegar berkongsi pengalaman buruk yang selalunya membawa aib dan derita.
Persoalannya bukanlah baik buruk pengalaman itu yang menjadi ukuran tapi sejauh mana pengalaman itu memberi kesan.

Sedarkah kita pengalaman yang sama memberi kesan yang berbeza. Bergantung bagaimana kita menerima pengalaman itu.

Ada sebuah cerita. Menarik, kerana bagi yang melaluinya dia terasa kesannya. Dua perkara yang sama berlaku dalam hidupnya tapi kedua-duanya memberi erti dan kesan yang sangat berbeza, sangat berlainan antara satu sama lain.

Ceritanya bermula begini.

Dia merupakan anak kepada guru besar di sekolahnya. Dia dikenali oleh seluruh pelajar sekolahnya. Dia seorang budak biasa, mestipun anak kepada seorang guru besar, namun disekolah tiada apa yang istimewa baginya cumanya setiap hari dia akan ke bilik guru besar untuk meminta belanja.

Mungkin sesetengah manusia dan pelajar lain melihat ada sesuatu yang istimewa menjadi dirinya. Masakan tidak, bersekolah di sekolah ibu bapanya. Tidak baginya bapanya berkali-kali berpesan bahawa itu sekolah jemaah bukan sekolah keluarga, tiada apa-apa yang istimewa untuk kami sekeluarga, kami hanya pemegang amanah yang tidak mempunyai hak apa-apa!. Jangan berlagak atau buat suka-suka.

Dia adalah generasi pertama, pelapor kepada sekolah itu. Bila tertubuhnya satu badan yang merupakan nadi pada setiap sekolah, badan pengawas, dia terpilih mungkin kerana ada bakat kepimpinan kononnya, mewarisi ayah yang merupakan pemimpin jemaah. Mejalankan tugas sebaiknya, menonjol dan mendahului dalam setiap perkara, itulah dia.

Namun malang sekali, kerana dia bukan malaikat, ada kelemahan yang sangat ketara kenakalannya mengatasi kepimpinannya, seorang yang panas baran dan acap kali mengamuk kepada rakan sekelas kerana sebab-sebab yang kecil. Suatu ketika dimana kesemua koleksi pemadam yang dikumpul dirampas oleh ibunya lantaran hasil pengaduan yang dibuat oleh rakan sekelasnya yang juga seorang pengawas. Seusai kelas dia mengamuk habis semua kerusi dan meja, ini semua salah rakannya yang mentertawakannya, akibatnya kena teruklah menangis bagaikan budak diluar pintu kelas.

Situasi ini kerap berlaku sebenarnya, sifat panas barannya sukar dikawal ditambah dengan keberanian yang dimiliki sesiapa yang mencari pasal sudah pasti akan merasa. Guru melihat, kawan melihat, ibunya juga melihat apa yang dilakukan. Sikap begini tidak boleh dibiarkan!

Suatu petang, kelas sudah habis dia baring dibilik guru besar sambil menanti ibunya yang bermesyuarat diluar. Sayup-sayup dia terdenagr hasil mesyuarat itu. Namanya disebut-sebut, dia terus mendengar kali ini lebih teliti mencari butir-butir yang penting untuk memahami isi mesyuarat tersebut. Ternyata itu mesyuarat untuk memecat pengawas dia mendengar, dia tahu, siapa yang benar-benar ingin membuangnya. Dia tahu dan dia dengar juga siapa yang mempertahankannya. Hasil mesyuarat itu dia tahu! Kini dia menanti masa.

Bila tiba masanya, pengalaman itu membunuh moralnya, kehidupan selepas itu ternyata berubah baginya. Dia tidak lagi menonjol dan menunjukkan kepimpinanya. Dia berubah tapi saynag bukan kepada sesuatu yang lebih baik, selalu merasa diri rendah dan kurang upaya dalam melakukan apapun. Ternyata pengalaman ini membuatkan dia menjadi orang lain.

Dia mengharungi zaman sekolah menengah di sebuah sekolah asrama yang agak jauh dari rumahnya. Banyak benda yang berubah jika dulu dia seorang pengawas kini seorang pelajar yang melawan pengawas. Jika dulu dia berkata-kata dihadapan kini dia orang yang sekadar berborak di belakang. Jika dulu semua guru mengenalnya kerana bakatnya kini mengenalnya kerana kenakalannya. Dulu dia seorang yang tinggi cita-cita kini hanya seseorang yang tiada arah tujuan.



Dia mengambil masa tiga tahun untuk menyedari untuk bangkit dan berubah. Di tahun keempat di sekolah menengah dia agak menonjol terutamanya didalam kelas, dia mula menjadi dirinya suka berhujah dan mynyatakan pendapat.

Ternyata keyakinan kian terbina kebaranian datang semula. Dia kini gembira dengan dirinya. Matrikulasi menjadi satu medan kebangkitan yang ditagih bagi seseorang
sepertinya. Syukur.



Kini kejadian berulang dia dipecat lagi. Peristiwa yang sama berlaku ketika dia di universiti. Ketika dia bergalar mahasiswa. Baru lebih kurang dua bulan dia menjadi Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) sebuah kolej.

Cumanya kali ini penerimaan berbeza dia bangga dipecat lantaran merasakan atas dasar kebenaran dia dibuang. Dibuang kerana berbeza pandapat dengan pengetua, dibuang kerana tidak menyokong gagasan pengetua yang baginya tidak sama dengan islam, prinsip dan pegangannya. Baginya akan dibuang segala kesenangan dunia kerana tujuannya akhirat kelak.



Satu pengorbanan yang mungkin orang lain menganggap hina. Masih terkesan dihatinya bila masa seorang sahabatnya sendiri menyatakan “kalau boleh ana tak nak letak jawatan macam enta, ana nak letak dengan cara baik”.

Ingatlah kita adalah anak-anak panah dalam perjuangan yang sedia dilepaskan kepada sesiapa saja. Kita adalah biduk-biduk catur yang sedia diatur. Kadang-kadang kita harus dikorbankan untuk kemenangan andai kata kita tidak sedia bukankah kita penyebab kekalahan?. Ujian tidak datang dengan bentuk yang kita suka melainkan untuk menjarakkan kita dengan-Nya.

TRIBUTE BUAT DIA


Yang dicari walau bukan putera raja,

Biarlah putera agama,

Yang diimpi biarlah tiada rupa,

Asal sedap dipandang mata,

Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani,

Asalkan sihat rohani,

Yang diharap,

Bukan jihad pada semangat,

Asal perjuangan ada matlamat,

Tak perlu rijal yang gemilang,

Kerana nisa’ dengan silam yang kelam,

Yang dinanti bukan lamaran dengan permata,

Cukuplah akad dan janji setia,

Dan yang terjadi andai tidak sama kehendak hati,

Redhalah ketetapan ilahi.

*segala yang diatas merupakan kandungan mesej yang diterima penulis =)
. sekalung kasih kepada penghantar mesej

March 3, 2010

Ekonomi negara sudah pulih?



2 MAC — Pengumuman dibuat oleh YAB PM DS Najib beberapa hari lalu bahawa ekonomi telah pulih tentunya merupakan satu berita gembira.

Dalam suku terakhir tahun 2009, ekonomi mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus, meskipun mengalami penguncupan sebelumnya; penguncupan tiga suku sebelumnya, iaitu 6.2 peratus pada suku pertama, 3.9 peratus pada suku kedua dan 1.2 peratus pada suku ke tiga.

Bagi tahun 2009, ekonomi negara mencatat penguncupan sebanyak 1.7 peratus, iaitu lebih rendah daripada penguncupan 3 peratus yang diunjurkan sebelum ini. Untuk pengetahuan umum, pertumbuhan adalah sebanyak 4.6 peratus dalam tahun 2008.

Ekonomi telah pulih tegas Najib dan pimpinan kerajaan seperti Menteri Besar Pahang yang kurang arif tentang ekonomi lantas menyebutkan bahawa ini semua adalah kerana kebijaksanaan Najib mengurus ekonomi negara.

Penulis tidak suka untuk menganggu keseronokan dan euporia ini. Rakyat telah lama terhempit dengan pelbagai penderitaan hidup. Mereka mahukan satu suntikan harapan. Najib pula sangat berhajat untuk membuktikan bahawa beliaulah penyebab pemulihan ekonomi ini dan dialah harapan untuk rakyat.

Malangnya penulis terpaksa berterus terang bahawa Najib tersilap dalam membuat rumusan bahawa ekonomi telah pulih, kecuali dalam erti yang terlalu ‘teknikal’. Lebih silap lagi ketika dia dan pimpinan Umno/BN menyangka bahawa dialah pencetus dan pemangkin kesemua ini.

Yang layak disebut Najib hanyalah bahawa ekonomi tumbuh pada 4.5 peratus dalam suku keempat 2009 dan keseluruhan 2009 mencatat penguncupan pada paras 1.7 peratus, iaitu lebih baik dari penguncupan 3peratus yang dijangkakan. Ada pun sebab utama pertumbuhan 4.5 peratus yang dicapai tidaklah kerana apa jua langkah ajaib dan keberkesanan pendekatan Najib mengurus ekonomi kecuali kerana permintaan global pada suku akhir 2009 sememang meningkat dan ini disaksikan di semua negara.

Meletakkan punca utama kerana suntikan rangsangan fiskal seperti didakwa Najib agak tidak tepat kerana dari jumlah RM 67 bilion yang diperuntukkan dalam dua pakej rangsangan fiskal itu, sehingga akhir September 2009, hanya RM8.2 bilion sahaja yang dibelanjakan (ms 3, Dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia 2009/2010).

Najib mutakhir ini pula mendakwa telah membelanjakan RM17bilion dari pakej tersebut, dengan jumlah bayaran setakat ini sebanyak RM13.9bilion. Puratanya sebanyak RM1bilion disuntik sebulan dakwa beliau dalam 13 bulan lalu.

Dengan mengambil kira kesan berganda kegiataan ekonomi akibatnya, mungkin ada kesannya sedikit terhadap pertumbuhan KDNK dalam sebuah ekonomi yang KDNKnya ialah anggaran RM700 bilion. Penulis boleh akui.

Namun pertumbuhan 4.9 peratus suku akhir 2009, tegasnya adalah akibat permintaan global yang semakin pulih dan kesemua negara-negara Asean seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura mengalami pertumbuhan yang lebih baik dan rancak lagi. Ini tidak termasuk China dan India yang mengalami pertumbuhan yang lebih mantap.

Pun begitu, apakah dengan pertumbuhan 4.5 peratus dalam suku akhir 2009 lalu maka kerajaan BN di bawah Najib ini mampu berkokok seluruh kampung yang ekonomi telah ‘pulih’? Tambahan pula kalau seperti didakwa mereka bahawa ini adalah hasil suntikan pakej rangsangan kerajaan kerana kaedah rangsangan adalah kaedah ‘pump-priming’ atau ‘mengepam’ ekonomi. Ia adalah tidak mapan, tidak lestari atau ‘sustainable’ dan bersifat jangka pendek.

Tidak ada yang boleh di sorak atau diberikan tepukan gemuruh akibat ‘kejayaan’ pertumbuhan ini! Pemulihan sebenar ekonomi perlu menggarap beberapa persoalan asas yang bersifat fundamental dan struktural yang telah mengakibat ekonomi negara, seperti diakui oleh Menteri Kewangan kedua-2 sebagai mengalami satu dekad ‘kebekuan’ atau ‘stagnation’.

Paling asas adalah menangani persoalan struktural yang telah terperangkap dalam satu model ekonomi berpendapatan rendah, berprestasi rendah di segi nilai tambah yang rendah dan produktiviti yang juga rendah. Bagaimanakah kerajaan mampu menjana ekonomi berpendapatan tinggi yang memilikki kegiatan ekonomi bernilai tambah tinggi sekaligus menghasilkan produktiviti yang tinggi?

Itu adalah model ekonomi yang dihajati negara untuk keluar dari perangkap modal lama. Ia tentunya perlu menggarap kegiatan bidang selain dari ekonomi seperti pendidikan dan latihan yang menghasilkan warga kerja dan buruh berkemahiran tinggi (supply-side economics) bersekali dengan mencapai pertumbuhan mapan dan lebihan bajet yang mampu dilaburkan bagi memacu pertumbuhan seterusnya.

Pemulihan ekonomi secara jangka-panjang dan mapan adalah jawapan kepada permasalahan ekonomi negara. Pastinya ‘pemulihan’ atau ‘recovery’ tidak hanya sekadar merujuk kepada perbandingan angka pertumbuhan dalam dua suku. Itu ‘pulih’ secara ‘teknikal’ sahaja.

Tambahan kalau ekonomi masih di belenggu dengan segala kegiatan yang tidak menghasilkan dayasaing atau ‘competitiveness’ dengan polisi yang mengutamakan kroni, perlindungan industri yang tidak berdaya maju, monopoli, pemberian subsidi pada sasaran yang salah, pengurusan timpang yang tiris dan bocor yang sarat dengan amalan rasuah.

Kedua, kenaikan lebihan dagangan luar (external trade surplus) pada tahun 2009 sebanyak RM118.35 bilion tidak diikuti dengan peningkatan sejajar simpanan asing (foreign reserve). Simpanan asing pada tahun 2009 menokok hanya USD5 bilion pada jumlah USD96.7 bilion pada tahun Dis 2009 dari USD91.5 bilion pada tahun Dis 2008.

Pakar-pakar ekonomi amat runsing dengan ketidaksejajaran atau kesenjangan ini yang sekaligus memaparkan bahawa di sana terdapat aliran keluar dana lebih banyak dari kemasukan dana ke dalam negara. Bank Negara Malaysia juga turut runsing dengan fenomena ini yang sekaligus mengisyaratkan ‘kehilangan keyakinan’ pelabur terhadap ekonomi negara.

Dengan ekonomi yang telah sekian lama dipacu oleh perbelajaan kerajaan atau faktor “G” dalam formula KDNK yakni KDNK= C + G + I + (X-M), di mana C- adalah Perbelanjaan (awam), G – perbelanjaan kerajaan, I – pelaburan swasta (luar dan dalam) dan (X-M) atau (Ekpsot – Impot), ia telah mengakibatkan defisit belanjawaan selama 13 tahun dan ke paras 7.4 peratus bahkan ada yang menyebutkan sebagai 8peratus tahun 2009.

Justeru itu kerajaan tidak lagi mampu melakukan ‘pengepaman’ atau ‘pump-priming’ dalam menjana pertumbuhan. Hutang kerajaan Persekutuan tahun 2009 adalah ke tahap RM362,520bilion atau bersamaan 55.2 peratus KDNK, berbanding RM306,437 bilion pada 2008. Faktor “G” tidak lagi mampu digunakan untuk menjana pertumbuhan KDNK.

“I” seperti dalam KDNK ialah pelaburan swasta samada dari sumber luar atau asing dan tempatan. Sumbangan pelaburan swasta di negara kini hanya pada paras 10peratus berbanding lebih dari 30peratus dalam tahun 90an. Hakikat ini mesti diakui oleh kerajaan BN sekarang ini.

Kehilangan dayasaing negara telah meletakkan negara bukan sahaja gagal mengamit pelaburan asing langsung (FDI) bahkan sebaliknya mengalami aliran keluar dana tempatan sebanyak RM9.14 bilion pada tahun 2007, RM26 bilion pada tahun 2008 dan RM14.6 bilion untuk 9 bulan dalam tahun 2009.

Fenomena pengaliran keluar dana tidak boleh lagi dihujjahkan sebagai pelabur tempatan mahu menyambut seruan menjadi pelabur global. Ketika kerajaan tidak lagi mampu memacu pertumbuhan dengan “G” kerana melebarkan defisit, maka “I” diperlukan. Namun “I” tidak mampu memacu pertumbuhan kerana pelaburan swasta tidak dapat dijana.

Kelembapannya akan menjejaskan penjanaan kerja, pelaburan dalam kegiatan ekonomi bernilai tinggi untuk merancakkan pencapaian ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan akhirnya pertumbuhan yang mapan.

Sementara itu model ekonomi negara yang bergantung kepada pendapatan sumber minyak dan gas sudah tidak lagi wajar dan tidak mapan (sustainable) kerana telah ke paras 45 peratus dari seluruh pendapatan negara.

Akhir sekali, andainya inflasi terus meningkat kerana antara lainya, kenaikan cukai, seumpama kesan GST, penarikan subsidi seumpama bahan bakar, kenaikan tarif utiliti seperti elektrik, maka rakyat akan terus kehilangan kuasa membeli. Dengan itu peningkatan ‘C’ atau perbelanjaan akan turut terjejas.

Kesan ini akan menjejas ‘demand side’ atau permintaan. Sedikit sebanyak faktor ‘C’ atau perbelanjaan inilah, yang telah membantu peningkatan pertumbuan dalam suku akhir 2009. Namun sayugia dingatkan bahawa ‘gaji sebenar’ atau ‘real wages’ buruh atau ‘labour’ di negara ini hanya mengalami peningkatan sebanyak 2.6peratus mengikut Bank Dunia dalam 1994-2007. Dengan kata lain faktor ‘C’, akibat dari ‘gaji sebenar’ dan gaji ‘boleh berbelanja’ (disposable income) yang tidak meningkat, akan mengekang pertumbuhan yang lebih rancak.

Kita beraleh kepada faktor (X-M) atau Ekspot tolak Impot. Lebihan dagangan telah penulis sebutkan di atas. Sememangnya kita adalah sebuah negara yang bergantung kepada ekspot. Itu tidak salah. Dan inilah juga yang memacu pertumbuhan dalam suku akhir tahun lalu ini secara signifikan. Tetapi sebaliknya pula, selama manakah produk-produk negara boleh terus berdayasaing, kalau kita terperangkap dengan nilai-tambah yang rendah dengan pelaburan swasta (I) serta ekonomi domestik mandom dan lembap?

Fikirkan. Mampukah kita melonjakkan dayasaing negara atau ‘competitiveness’ dalam mendepani persaingan global yang semakin sengit dan getir?

Kesemua penghujjahan dan senario ini membuktikan bahawa ekonomi negara belum pulih dalam erti yang sebenarnya. Sedarlah wahai semua! Kesedaran adalah titik bermula perubahan dan reformasi tulen.

February 22, 2010

Kebaikkan itu tiada ruginya

Pada suatu masa dahulu,mengembara menjadi pilihan kebanyakkan orang, hal ini adalah kerana banyaknya kelebihan yang boleh kita dapati daripada pengembaraan. Maka berpusu-pusulah orang pergi mengembara, masing-masing mempunyai tujuan masing-masing tidak kiralah tua atau muda miskin atau kaya. Mereka meredah lautan mahupun gurun sahara. Dengan tujuan yang baik mahupun buruk, ada yang ingin mencari ilmu, ada yang ingin berdagang, tak kurang juga yang ingin mencari pasangan hidup.

Disebuah gurun yang kontang bertemu tiga orang penembara yang berlainan asal dan tujuannya. Sedang dalam pengembaraan merentasi gurun, berlaku satu musibah iaitu berlaku ribut pasir, ternyata nasib mereka baik sekali kerana ada gua berdekatan. Maka berlarilah ketiga-tiga sahabat itu kedalam gua tersebut. Namun malang tidak terduga ketika mereka sedang berteduh dalam gua tersebut batu-batu dari atas bergolek dan menutupi pintu gua tersebut. Terpana ketiga-tiga sahabat tersebut kerana mereka tidak dapat mengalihkan batu yang menghalang pintu gua tersebut.

Bermesyuaratlah mereka mencari satu penyelesaiaan, setelah seketika waktu berlalu mereka mendapat satu penyelesaiaan iaitu berdoa kepada Allah. Mereka sedar haya kepada Allah tempat bergantung dan meminta pertolongan,mereka yakin dengan sifat pemurah Allah, caranya dengan berdoa kepada Allah dan menawarkan kebaikkan yang pernah dilakukan dalam kehidupan mereka.

Pengembara yang pertama memulakan doanya

Ya Allah hambaMu ini tidak berdaya tanpaMu, diriku hanyalah Hamba yang sering melupakanMu sering lalai dengan ujian kesenanganMu,alpa dan leka dengan dunia

Tuhanku dengarlah rintihan hambaMu yang lemah ini. Tuhanku kedua-dua ibu bapaku masih hidup dan tiada orang yang aku sayangi lebih dari mereka, hanya mereka yang aku dahulukan dan aku pentingkan lebih dari anak isteriku.

Pada setiap hari aku akan membawa balik susu kambing ternakkanku untuk diminum oleh mereka, kerana susu kambing merupakan kegemaran mereka dan juga kegemaran anak-anakku. Aku tidak pernah memberikan susu itu kepadaku melainkan lebihan dari minuman mereka.

Pada suatu hari aku terlewat pulang kerana beberapa urusan yang melambatkan aku pulang kerumah, apabila aku tiba dirumah kedua-dua ibu bapaku sudah tidur lalu aku simpan susu yang aku bawa untuk diminum oleh mereka pada keesokkan harinya. Anakku ternampak susu yang aku bawa pulang lalu menangis kerana kepinginkan susu itu. Aku tetap denag keputusanku untuk tidak memberi susu itu kepada anakku, kerana aku ingin simpan kepada ibu bapaku. Akhirnya anakku menangis sampai pagi dan aku hanya memberi susu itu kepada mereka apabila ibu bapaku sudah meminumnya pagi itu.

Ya Allah aku menyayangi ibu bapa ku keranaMu, kasihku ikhlas keranaMu ya Allah, aku mohon kepadaMu bantulah aku ya Allah.

Tiba-tiba batu itu berganjak sedikit tapi belum cukup untuk mereka keluar.

Kini tiba giliran pengembara yang kedua berdoa

Ya Allah hambaMu ini tidak berdaya tanpaMu, diriku hanyalah Hamba yang sering melupakanMu sering lalai dengan ujian kesenanganMu,alpa dan leka dengan dunia.

Ya Allah ya tuhanku aku mempunyai sebuah ladang gandum yang sederhana dan aku mempunyai seorang pekerja yang sangat baik. Die menjalankan kerjanya dengan penuh dedikasi dan bertanggunggjawab, die tidak pernah mengkhianatiku dan sangat amanah. Atas sebab itu aku selalunya akan membayar gajinya tetap pada masanya.

Pada suatu hari dia meminta izin kepadaku untuk berhenti kerja lalu ku katakan kepadanya supaya datang keesokkan harinya untuk kuberi gajinya.

Tetapi keesokkan harinya dia tidak hadir untuk menunutut gajinya dan begitu jugalah hari-hari yang seterusnya. Setelah sebulan lamanya aku mengambil keputusan untuk menggunakan gajinya itu. Dari gajinya itu aku beli sepasang kambing.

TakdirMu ya Allah kambing yang dibeli berkembang biak dengan baiknya, dan akhirnya menjadi satu kawanan kambing yang besar, hasil dari kawanan kambing itu kubeli sepasang unta. Tidak lama selepas itu juga unta itu menjadi satu kawanan unta yang besar.

Pada suatu pagi pintu rumahku diketuk orang, rupa-rupanya pekerja aku itu datang semula untuk menuntut gajinya. Lalu ak berikan kesemua kawanan unta dan kambing yang aku beli hasil dari gajinya dahulu.

Ya Allah aku mohon kepadaMu, dengan kebaikkan dan pengorbanan yang aku lakukan ini bantulah aku ya Allah.

Tiba-tiba batu itu berganjak sedikit tapi belum cukup untuk mereka keluar.

Pengembara ketiga pun memulakan doanya

Ya Allah hambaMu ini tidak berdaya tanpaMu, diriku hanyalah Hamba yang sering melupakanMu sering lalai dengan ujian kesenanganMu,alpa dan leka dengan dunia.

Ya Allah aku mempunyai seorang saudara perempuan yang sangat cantik dan aku sangat sukakan dia kerana kecantikkannya. Tapi saudaraku sangat membenciku walaupun aku seorang yang berharta sedangkan dia seorang yang miskin, ini adalah kerana dahulunya aku seorang yang selalu melakukan maksiat manakala dia seorang yang sangat taat pada perintahMu ya Allah.

Suatu ketika Kau timpakan musibah kepadanya,ibunya sakit dan kedaan ibunya sangat teruk sedangkan dia tidak mampu untuk menanggung perubataan ibunya. Lalu dia datang kepadaku dengan penuh harapan untuk meminta tolong. Aku bersetuju dengan syarat supaya dia tidur denganku. Dek kerana terdesak dia bersetuju , aku sangat gembira dan nafsu mengusai diriku pada saat itu.

Pada ketika aku hampir melalukan pekerjaan terkutuk itu tiba-tiba saudaraku itu berkata “takutlah Allah saudaraku sesungguhnya kamu akan menerima balasan atas setiap apa yang kamu lakukan,” apabila mendengarnya badanku menggeletar dan aku melepaskannya bersama wang untuk perubatan ibunya.

Ya Allah sesungguhnya aku meninggalkan perbuatan itu kerana takutkanMu. Ya Allah aku mohon kepadaMu, dengan kebaikkan dan pengorbanan yang aku lakukan ini bantulah aku ya Allah.

Lalu batu itu berganjak lagi dan mencukupkan mereka untuk keluar dari batu itu.
Mereka meneruskan perjalanan dan akhirnya menjadi kawan karib seumur hidup. pengalaman mereka memberi seribu makna benarlah kalam Allah dalam kitabnya, didilam surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 "Maka baranf siapa mengerjakan kebaikkan sebesar zarrah, nescata Dia akan membalasnya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya Dia akan membalasnya".

Andai anda yang terkurung apakah kebaikkan yang anda ingin persembahkan sebagai tebusan untuk Allah membantu mu?

February 21, 2010

Harapan Mahasiswa

Oleh: Muhammad Ibrahim Khalil Bin Noh
(JKM KRP)
Menyoroti lingkaran sejarah pilihanraya kampus merupakan sesuatu yang sangat menarik untuk diterokai. Hasil dari proses yang sudah dijalankan sejak 60an lagi bnyk lahir tokoh-tokoh yang disegani dan menjadi idola kebangkitan rakyat dan juga menjadi pembela kebajikan rakyat, tidak kiralah dari pihak manapun, sama ada pembangkang mahupun kerajaan.

Nama-nama seperti Anwar Ibrahim, Husam Musa, Saifuddin Abdullah dan banyak lagi merupakan tidak asing lagi dalam dunia politik masa kini. Masing-masing mempunyai karisma dan mempunyai peminat tersendiri. Persoalannya adakah pimpinan seperti mereka ini lahir dengan pakej karisma seperti ini? sudah semestinya tidak ,mereka lahir dengan pengalaman dan didikan politik kampus yang menjadikan mereka pemimpin yang membela dan menyayangi rakyat.

Universiti dilihat sebagai satu medan pembentukan jati diri dan kepimpinan pelajar paling berkesan. Suasana dan persekitaran universiti merupakan satu medium yang baik dalam membentuk seorang pemimpin yang berkaliber dan berkarisma. Hakikatnya adakah universiti sekarang masih melahirkan tokoh-tokoh sebegini ataupun hanya melahirkan robot-robot yang hanya bekerja untuk nafkah sendiri, yang hanya berdiam diri melihat penyelewengan, yang tiada karisma dan hujah untuk dikeluarkan, bukankah ini satu kerugian?

Mengapakah ini berlaku? Apa perbezaan kini dan dulu? Beberapa pihak harus mengambil tindakkan atas permasalahan ini, terutamanya mahsiswa itu sendiri.

Mahasiswa harus sedar kerajaan telah mamperuntukkan duit rakyat sebagai kos tanggungan pembelajaran di universiti. Apakah wang ini merupakan hasil yang sia-sia rakyat keluarkan jika hasilnya mahasiswa yang hanya bekhidmat untuk diri dan keluarga? Sudah semestinya!. Rakyat juga mempunyai hak untuk merasa hasil universiti. Mahasiswa merupakan satu golongan masyarakat yang dipinjamkan oleh masyarakat kepada universiti untuk dicukupkan ilmunya dan kembali berkhidmat kepada masyarakat.

Mahasiswa harus bangkit, bangkit dari kelesuan, bangkit dari menjadi seorang yang cakna, bangkit dari ketakutan yang membelenggu. Kita bukan lagi pelajar taska, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah tapi kita mahasiswa. Kita harus ada pendirian, harus ada matlamat yang jelas dan memberi manfaat kepada orang lain terutamanya rakyat dan rakan mahasiswa yang lain. Bercakap mengenai hak mahasiswa bukanlah sekadar parking tidak cukup, bukan sekadar yuran kolej tinggi tapi menyatakan pendirian juga hak mahasiswa. Penindasan palaing zalim adalah penindasan kepada hak mahasiswa untuk bersuara dan menyatakan pendapat.

Sejak ditubuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dilihat sebagai pembunuh gerakkan mahasiswa. AUKU jelas mengongkong dan mengawal gerakkan mahasiswa sehingga lahir hasil mahasiswa yang ada sebagaimana yang dikatakan pimpinan mahasiswa Universiti Malaya mahasiswa 3K, iaitu katil, kantin, dan kuliah. Antara akta yang dilihat mengongkong ialah Seksyen 15(1), 15(2), 15(3), 15(4), 15(5), 15A, 15(B), 15D(1), 15D(2), 16, 16B(1), 16B(2), 16B(3), dan 16C(1).

Pindaan AUKU 1975 kepada AUKU 2009 merupakan langkah yang amat baik oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dengan harapan pindaan ini berjaya mengubat mahasiswa yang lesu kepada mahasiswa yang mampu memimpin dan membawa agenda rakyat.

Menjadi seorang calon dalam pilihanraya kampus ataupun pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) banyak memberi pengalaman dan membuka mata saya. Yang diakhirnya saya merasa sangat sedih dan berdukacita denagn pihak pentadbiran terutamanya diperingkat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan kolej.
Peraturan yang dikena HEP menyebabkan pilihanraya kampus menjadi hambar dan kurang menarik minat mahasiswa untuk terlibat dalam pilihanraya. Akibatnya mahasiswa menjadi kurang cakna dan banyaklah kerusi yang dimenangi tanpa bertanding. Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baik untuk universiti umumnya dan mahasiswa khususnya. Melihat situasi universiti sekarang hanya sedikit sahaja yang terlibat dalam pilihanraya secara khusus dan betul-betul minat. Kebanyakkannya mengikut apabila disuruh pengetua dan dijanjikan ganjaran seperti baju percuma dan sebagainya.

Peratusan mengundi menjadi tinggi hanya apabila fakulti menawarkan pelbagai hadiah dan saguhati. Secara tidak langsung menghidupkan budaya politik wang. Budaya ini haruslah dibendung dari awal bak kata pepatah melentur rebung biarlah dari rebungnya. Andai kata rebung yang rosak ini menjadi buluh seteruslah buluh ini menjadi pemimpin negara, sudah pasti rosaklah negara.

Peraturan melarang mahasiswa bergerak secara berkumpulan juga satu peraturan yang sangat tidak relevan. Allah berfirman dalam surah As-Syu’ara’ ayat 13 yang bermaksud “sehingga dadaku terasa sempit dan lidahku tidak lancar, maka utuslah Harun (bersamaku) “ apa yang boleh kita ambil dari ayat ini adalah untuk melakukan sesuatu kita mestilah melakukan secara berkumpulan. Melihat pada sirah kehidupan Nabi Musa merupakan seorang yang hebat dan terkenal dengan kekuatannya, baginda juga memerlukan Nabi Harun sebagai pembantu. Apatah lagi seorang mahasiswa yang ada manifesto yang ingin dibawa juga memerlukan kumpulan.

Apabila mahasiswa dilarang berkumpulan antara kesan yang akan timbul ialah calon yang dipilih gagal untuk melunaskan janji-janji yang dibawa dan manifesto yang dibawa hanya materialistik semata-mata. Ini akan mewujudkan mahasiswa berminda material, sebab inilah lahir persepsi hak mahasiswa hanyalah parking, tandas, harga bilik dan yuran pengajian semata-mata. Sedangkan hak-hak yang lain dan lebih penting terus dilupakan. Antara kesan yang lain adalah apa yang berlaku dihadapan kita pada masa kini. Calon-calon yang diundi atas dasar rupa, atas dasar sahabat atas dasar pengaruh semata-mata, bukan dari manifesto ataupun perubahan yang hendak dibawa sebab itulah isu yang ada pada setiap tahun isu yang sama.

Pengetua sesetengah kolej juga bersikap mendoktrin mahasiswa kolej masing-masing. Mahasiswa diugut secara halus dengan koata pengetua dengan jawatan dan sebagainya. Hasilnya mahasiswa terpaksa mengikut segala apa yang diinginkan oleh pengetua. Sebagaimana pilihanraya baru-baru ini ada pengetua yang menunakan sudut pidato pelajar untuk berkempen calon pihihan mereka. Kebanyakkan mereka juga bersikap bias terhadap calon pilihan mereka. Persolannya perlukah calon pilihan pengetua?.

Wahai pengetua zaman ini zaman kami masa kami tidak cukupkah dengan apa yang kamu lalui dizamanmu. Ini zaman kami biarlah kami yang berhempas pulas, biarlah kami selesaikan antara kami. Zalim adalah dengan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya , pilihanraya kampus bukan bidang tugasmu kalau kamu turut msuk campur kamu seorang yang zalim. Cukuplah kezaliman yang kamu lakukan, janganlah kamu menambah kezaliman yang telah kamu lakukan.

Andai kata aktif syarat untuk berada di kolejmu jadi tetaplah denagn peraturan yang sedia ada, mengapa kamu mengagungkan kronisme? Tidak takutkah kamu dengan Allah? Kamu tidak takut dengan mahasiswa kamu boleh buang mahasiswa kamu boleh hukum mahasiswa dengan kuasa yang ada pada kamu, tapi ingat ada lagi yang maha kuasa boleh menghukum kamu, apa kamu tidak percaya dengan dosa dan pahala, dengan syurga dan neraka!.

Allah menerangkan dalam surah AL-baqarah ayat 269 “syaitan menjanjikan kepada kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji ,sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah mahaluas, maha mengetahui” sedarkah ayat diatas menerangkan tentang mengugut itu adalah sifat syaitan. Dan ingatlah firman Allah dalam surah Yasin ayat 60 yang kita baca setiap malam jumaat ”bukankah aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu adam agar kamu tidak menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata”.inagtlah syaitan itu terbahagi pada dua samaada syaitan jin dan syaitan manusia.

Sebagai calon yang bukan pilihan pengetua kami sedar kami tiada apa. Pengetua ada jentera cukup, ada penerangan cukup, ada kewangan cukup, ada segala-galanya, kami tiada apa yang kami ada hanya peyokong setia, hanya ada kesedaran, hanya ada semagat, dan hanya ada iman untuk kami terus berjuang!.

Buat akhirnya saya ingin meninggalkan satu persoalan, semoga dengan persoalan ini kita dapat berfikir dan pihak yang terlibat dapat melakukan perubahn untuk kebaikan negara khususnya. Mengimbau sejarah lama gerakkan mahasiswa kelihatan begitu hebat kemuncak 60an,kehebatan 70an,karisma 80an dan keberaniaan 90an, mereka membawa isu rakyat membawa isu antarabangsa . malangnya abad 20 ini malap yang ada mahasisiwa hanya membawa isu parking isu yuran,bilakah malap ini kembali begermelapan andai situasi sekarang tidak diubah?

Surat Terbuka

Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa
peduli?
Karena toh kau tak mengenalku dan memang tak
perlu mengenalku.
Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu
dengan bunga terindah sekalipun.
Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah,
tersempurna dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu,
karenanya kau tak membutuhkan persamaan.

Ukhtifillah,
Jangan pernah biarkan aku manatapmu penuh,
karena akan membuatku mengingatmu.
Berarti memenuhi kepalaku dengan inginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap
dinding khayalku.
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa,
sesemangat mentari.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku
yang masih penuh Lumpur.
Karena sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan
mimpi tak berujung.
Ada ingin tapi tak ada henti.
Menyentuhmu merupakan ingin diri, berkelebat
selalu, meski ujung penutupmu pun tak berani
kusentuh.
Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku
karena sucimu kaupertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli
Tapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku
bila kau kalah.
Dan tak lebih dari wanita biasa.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kautatapku penuh
Bahkan tak perlu kaulirikkan matamu untuk
melihatku.
Bukan karena aku terlalu indah, tapi karena aku
seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah
burukku, mengenakan pakaian sutra emas.
Meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor
dari Lumpur.
Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau
termanipulasi.
Karena kau toh hanya manusia-hanya wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci yang
dengan sepenuh hati membawamu kehadapan
Tuhanmu.
Untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam
kitab suci, tak perlu dipikir lagi.
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam
rangkaian khitbah dan akad yang indah.
Atau kejar sang lelaki suci itu, karena itu adalah
hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah.
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir
dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas.
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti,
bahkan mungkin tiada sampai kau mati.
Mungkin itu berarti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini.
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu,
yang kau bangun dengan segala kekhusyu'an
tangis do'amu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu
pilihan-Nya.
Tak ada yang lebih baik dari pilihan Allah.
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang
terpilih itu, melainkan pada jalan yang kaupilih,
seperti kisah seorang wanita sudi di masa lalu
yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak
pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.
Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta
dalam setiap denyut nadi kita.
tribute buat penulis asal

January 23, 2010

Ketua Biro JKM KRP menjadi calon Pro Mahasiswa


Skudai, 22 Januari 2010 : Mahasiswa Kolej Rahman Putra hari ini dikejutkan dengan pengisytiharaan sebagai calon Pro Mahasiswa oleh Saudara Muhammad Ibrahim Khalil B Noh, Fakulti Sains dan Geoinformasi selaku Ketua Biro Dokumentasi dan Penerbitan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Rahman Putra (JKM KRP) lebih kurang pukul 9.30 malam tadi.

Pengumuman dan pengisytiharan secara rasmi Saudara Ibrahim untuk menyertai Pro Mahasiswa UTM telah diberitahu oleh Ketua Jentera Pro M, Saudara Mohd Amin Bin Mohd Hamami melalui ucapannya sebentar tadi.

Saudara Ibrahim apabila diminta mengulas berkenaan keputusannya untuk bertanding atas tiket Pro Mahasiswa kali ini berkata, "Saya sebagai mahasiswa punya hak untuk bertanding atas tiket mana-mana sama ada evolusi atau pro Mahasiswa. Tetapi antara kedua-dua parti mahasiswa ini, saya lebih meyakini Pro M. Keputusan ini muktamad dan InsyaAllah saya tidak akan ubah." Jawabnya ringkas.

Sebelum ini, Saudara Siti Hadjar, Timbalan Presiden MPP yang pada pilihanraya kampus yang lepas bertanding atas tiket Evolusi telah mengambil keputusan mengisytiharkan dirinya untuk menyertai Pro Mahasiswa pada pilihanraya kampus kali ini. Keputusan dibuat setelah mempertimbangkan dan menilai kedua-dua pihak dari pelbagai sudut.

Perpindahan Saudari Siti Hadjar ternyata memberi impak yang baik kepada Pro Mahasiswa apabila jentera pusat yang diketuai oleh Saudara Mohd Amin telah memaklumkan bahawa beberapa orang mahasiswa telah menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi penggerak Pro M.

Begitu juga dengan calon di beberapa kolej yang sedang mempertimbangkan untuk menarik diri dari bertanding dibawah tiket evolusi dan kemudian berpindah kepada Pro Mahasiswa. Keputusan ini mungkin akan diumumkan oleh ketua jentera sendiri sedikit masa lagi, namun keputusan itu masih belum dapat dipastikan.

Keyakinan mahasiswa terhadap Pro M dilihat semakin meningkat walaupun belum begitu ketara. Mahasiswa juga semakin matang dalam menilai suasana politik kampus dan kesan penilaian ini bakal diterjemahkan sedikit masa lagi. Pro Mahasiswa mengingatkan bahawa anda mahasiswa punya kuasa untuk memilih. Oleh itu, pilihlah dengan bijak. Sekian.

"Dari Mahasiswa untuk Mahasiswa"

Student Power!!

January 20, 2010

Mahasiswa patut menyokong kerajaan.

Mahasiswa merupakan satu aset yang begitu penting dalam sesebuah negara. Hal ini adalah kerana mahasiswa merupakan pemimpin yang mecorakkan negara pada masa akan datang. Mahasiswa juga merupakan satu entiti yang mempunyai banyak kelebihan terutamanya dari segi fizikal,mental,semangat dan idealisme. Sifat-sifat ini merupakan satu pekej lengkap yang sepatutnya menjelmakan mahasiswa yang berjasa dan berguna pada negara.

Sememangnya tanggungjawab kerajaan untuk membiayai kos pembelajaran mahasiswa, umpama bapa menanggung anak. Atas disebabkan ini mahasiswa sepatutnya menghargai dan memberi sokongan kepada kerajaan yang memerintah. Idea atau gagasan untuk melawan kerajaan dianggap sesuatu yang tidak bermoral dan perbuatan yang tidak mengenang jasa. Mengapa harus menjadi anak derhaka sedangkan kita dibela dan diasuh dari kecil.

Kerajaan sepatutnya mendapat sumbangan dan dapat mengunakan tenaga mahasiswa semaksimum mungkin. Lantaran dari peruntukkan yang disediakan kerajaan kepada mahasiswa hasilnya patut dirasai oleh kerajaan. Universiti seharusnya menjadi tempat yang melahirkan pelajar yang yang mempunyai sifat negarawan yang berkualiti dan semangat patriotik yang tinggi.

Melihat dari perspektif sendiri dan kondisi sebagai seorang mahasiswa seruan yang menyuruh mahasiswa menyokong kerajaan seolah-olah menjadi agenda utama kerajaan pada masa kini. Sehinggakan di surat tawaran ke universiti dinyatakan jumlah yang ditanggung oleh kerajaan, tidak cukup setakat itu perkara ini dicanang-canangkan oleh individu-individu yang memegang jawatan dalam pengurusan HEP universiti dan juga peringkat kolej. Hal ini membuktikan betapa perlunya kerajaan terhadap sokongan seorang mahasiswa. Sejarah membuktikan bertapa hebatnya pengaruh mahasiswa dalam sesebuah kerajaan sebenarnya. Seperti mana yang berlaku di Iran dimana mahasiswa merupakan salah satu tunjang utama revolusi Iran.

Sikap kerajaan yang mengungkit tanggungjawab sendiri ini juga serupa dengan firaun yang mengungkit jasanya dihadapan nabi Allah Musa as sebagaimana Allah rakamkan dalam surah As-syuara' ayat 18 dan 19 " Fir'aun menjawab: "Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu," "dan kamu telah berbuat suatu perbuatan yang telah kamu lakukan itu dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna."

Ya menjadi tanggungjawab seorang mahasiswa untuk menyokong kerajaan, setiap mahasiswa harus sedar akan hakikat ini. Tapi mahasiswa juga mempunyai peranan untuk menentang mana-mana kerajaan yang zalim dan menindas, kerana pada dasarnya yang membiayai mahasiswa adalah rakyat kerajaan hanyalah pengurus yang mengurus wang rakyat. Kerajaan adil dan berkebajikanlah yang seharusnya mendapat sokongan mahasiswa bukannya kerajaan yang penuh dengan korupsi dan mementingkan kepentingan sendiri.

Rakyatlah yang menanggung mahasiswa dan kepada rakyatlah harus mahasiswa balas. Malang bagi rakyat andai kata mahasiswa terus hanyut dan mengejar pointer yang tinggi demi kesenangan sendiri denagn melupakan jasa rakyat. Situasi yang mencengkam negara masa kini adalah universiti hanyalah menjadi yempat melahirkan tenaga kerja semata-mata yang bekerja untuk pulangan kocek sendiri, Rasulullah SAW pernah bersabda "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori). Kekurangan mahasiswa yang mempunyai sifat negarawan meripakan satu situasi yang amat bahaya pada negara. Cuba bayangkan andai si tamak haloba ini menjadi pemerintah habislah khazanah negara tergadai kepada orang-orang luar yang sentiasa menanti peluang.

Di kalangan rakyat ada nelayan yang melawan badai dilaut, petani yang begelimpangan lumpur, buruh yang dibasahi peluh, mereka yang merupakan aset yang menguntungkan kerajaan dan memajukan negara. Sedangkan kita, mahasiswa yang berada di bilik-bilik kuliah berhawa dingin, yang mengidap kolej-kolej serba baru dan mewah, sedarkah kita betapa susah nya orang lain demi kita?!.

Bangkitlah mahasiswa bangkitlah, janganlah menjadi mundur dan lemah, diluar lingkungan keselesaan dan kemewahan varsiti ini ada golongan yang pondok buruk menjadi mahligai,sesuap nasi hanya mampu dikecap dalam bayangan, inilah realiti rakyat yang berada dalam sebuah negara yang ditadbir dengan zalim. Yang kaya terus kaya yang miskin takkan terbela. Jadilah mahasiswa berguna yang membantu rakyat yang sangat berjasa pada kita.

Jihad yang paling besar adalah jihad menentang kezaliman pemerintah. Varsiti merupakan satu medan latihan kepada kita. Janganlah kita siakan segala ruang dan peluang yang ada, jadilah seorang hamba yang mensyukuri nikmat-Nya bukan seorag yang kufur ingatlah amaran Allah dalam surah Ibrahim Ayat 7 yang berbunyi Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".