Saat sedang memerhati bingkisan sejarah latar kehidupan Mursyidul Am kedua Ikhwan Muslimin Mesir, saya menjadi terharu berbaca kisah seorang isteri yang berjiwa kental. Ummu Usamah.
Hasan Al-Hudhaibi, seorang hakim terkemuka mesir yang menerima jawatan Mursyidul Am ikhwan Muslimin Mesir, saat keadaan dharurat ketika dunia islam dikecam dan serang habis habisan, juga saat umat ini dilanda kesedihan kerana kesyahidan seorang tokoh terkemuka, seorang penulis manusia yang membawa risalah tatkala islam itu asing, Hasan Al-Banna.
Hasan Al-Hudhaibi seorang hakim terkemuka yang membawa ikhwan Muslimin setelah Hasan Al-Banna, berjaya memulihkan imej Ikhwan dengan kepakaran undang-undang miliknya. Namun sudah sunnah orang berjuang, menipu andai tidak diuji. Revolusi 1952 pada awalnya kelihatan seolah-olah Mesir akan bergelar sebuah negara islam, tapi apa yang berlaku tuhan lebih tahu pemerintah tentera pada masa itu didokong oleh pemerintah yang bersifat sosialis dan nasionalis dan dalam pada masa yang sama mereka ingin mengheret ikhwan Muslimin bersama mereka.
Dalam Islam prinsip adalah segalanya. Apa ertinya menjadi pemerintah andai Islam tidak dapat dibawa. Natijahnya sebagai Mursyidul Am Ikhwan ketika itu pilihan yang diberi pemerintah adalah tali gantung atau penjara.
Ada sebuah kisah menarik ketika Hasan Al-Hudhaibi berada dalam penjara. Kisah bukti tarbiyah pada keluarga. Kisah seorang Real Muslimat, Ummu Usamah.
Ketika Hasan Al-Hudhaibi berada dalam penjara, seorang menteri Mesir menghantar isterinya bertemu Ummu Usamah dengan bertujuan supaya dapat menenangkan Ummu Usamah yang mengkhabarkan kebaikannya untuk membebaskan Hasan Al-Hudhaibi.
Ummu Usamah berkata.
“Siapa yang memberitahu kepada suamimu yang kami gelisah dan sedih sehingga kamu bersusah payah untuk memberi nasihat kepada kami, menenangkan hati kami dan memberikan khabar gembira bahawa Ustaz selamat ? ”
“Apakah puan ingin memberitahu kepadaku dan anak-anakku bahawa hukuman telah ditetapkan sebelum dijalankan pebicaraan ? ”
“Adakah puan memberitahu kepada kami bahawa hukuman yang akan diterima oleh Ustaz adalah hukuman mati ? ”
Ummu Usamah lantas menyambung.
“Wahai Saadiyah Hanim, isteri pembesar Mesir yang mulia, saya ingin memohaon agar puan mendengar dengan baik dan sampaikan kepada Tuan Menteri ! ”
“Sampaikan bahawa Hasan Al-Hudhaibi tidak memegang kepimpinan ikhwan Muslimin kecuali setelah menyaksikan pendahulu yang agung, AS-Syahid Hasan Al-Banna telah diculik dan dibunuh dengan keji dan terang-terangan di tepi jalan ibu kota negara ini. Hasan Al-Hudhaibi tidak menerima untuk menjadi pengganti beliau kecuali menunggu akhir kehidupannya yang sama seperti beliau.”
“Sungguh dia telah menjual dirinya untuk Allah dan kami juga telah menjual diri kami untuk Allah. Bila semua itu terjadi kerana takdir Allah maka tak seorang pun akan melihat kami kecuali dalam ketenangan, ketenteraman dan kebahagian. Sebab kali serahkan sepenuhnya segala usaha urusan manusia kepada Allah.”
“Kami mengharapkan pahala-Nya dan kami bahagia dapat menyusulnya sebagai syuhadah.”
Kemudian Ummu Usamah berpaling kepada anak-anaknya Ilyah, Khalidah, dan Su’ad sambil berkata.
“Inilah pendirian umi,bagaimana pendapat kalian wahai anak-anak ? ”
Serentak mereka menjawab.
“Tidak ada perbezaan sedikit pun pendapat kami dengan pendapatmu, wahai Umi! ”
Monolog.
SubhanaAllah, masih adakah persis Ummu Usamah untukku. Ya Allah bantu aku untuk jadi sehebat Hasan Al-Hudhaibi, agar isteri dan anak-anakku seperti Ummu Usamah dan anak-anaknya, ujilah dan pisahkanlah kami didunia, andai ganjarannya kami dapat bersama di syurga.
No comments:
Post a Comment