Masa terkadang tidak mengizinkan,
Mencengkan dan memaut,
Meluru laju tidak bersambut,
Meminta dan mendamba,
Agar di isi sepenuhnya,
Sehingga aku hilang dalam dakapan masa.
Mungkin waktu aku terbelenggu,
Dek masa yang tiada ruang dan peluang,
Kau tinggal seorang,
Kau sepi menanti khabaran,
Kau rindu untuk menceritakan.
Sedang dalam cengkam masa,
Aku diam tanpa khabar dan pesan,
Hilang tatkala diperluka,
Tiada meninggalkan kau kesepian.
Ingatlah,
Dalam diam nan panjang,
Dalam sendu yang dalam,
Aku sentiasa terkenang dan terbayang,
Sentiasa kau ada dalam ingatan.
Bukan ku tidak peduli,
Bukan ku tidak ambil tahu,
Bukan ku tidak mahu mendengar cerita dan keluh mu,
Selagi aku mampu,
Kan ku sentiasa disisi,
Untuk sentiasa memberi,
Kerana aku hanya ingin memberi,
Segalanya,
Kepada mu.
Dalam diam,
Kutitipkan doa penuh harapan,
Agar kau sentiasa dalam tenang,
Biar tanpa ku disisi,
Biar tika ku pergi tidak kembali..
Mencengkan dan memaut,
Meluru laju tidak bersambut,
Meminta dan mendamba,
Agar di isi sepenuhnya,
Sehingga aku hilang dalam dakapan masa.
Mungkin waktu aku terbelenggu,
Dek masa yang tiada ruang dan peluang,
Kau tinggal seorang,
Kau sepi menanti khabaran,
Kau rindu untuk menceritakan.
Sedang dalam cengkam masa,
Aku diam tanpa khabar dan pesan,
Hilang tatkala diperluka,
Tiada meninggalkan kau kesepian.
Ingatlah,
Dalam diam nan panjang,
Dalam sendu yang dalam,
Aku sentiasa terkenang dan terbayang,
Sentiasa kau ada dalam ingatan.
Bukan ku tidak peduli,
Bukan ku tidak ambil tahu,
Bukan ku tidak mahu mendengar cerita dan keluh mu,
Selagi aku mampu,
Kan ku sentiasa disisi,
Untuk sentiasa memberi,
Kerana aku hanya ingin memberi,
Segalanya,
Kepada mu.
Dalam diam,
Kutitipkan doa penuh harapan,
Agar kau sentiasa dalam tenang,
Biar tanpa ku disisi,
Biar tika ku pergi tidak kembali..
Saasatul Ibaad
22:20, 21/05/2011
Fasa 2G Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan
22:20, 21/05/2011
Fasa 2G Seri Manjung
Perak Darul Ridzuan
Owh...
ReplyDeleteDuk 2G je..haha...
jiran taman la rupenye..
teman duk 2H je (^_^)