Sinopsis
MEMOIR,
Politik Kewartawanan yang diberikan judul ANAK APAK, membentangkan
pengalaman hidup dan pahit getir penulis sebagai anak keturunan Jawa di
tengah-tengah masyarakat Melayu kampung ketika mula mengenal dunia dalam
kesengsaraan musim Jepun melanda Tanah Melayu.
MEMOIR
ini diberi judul ANAK APAK justeru Apak mahu mendidik dan menyekolahkan
saya sepertinya dan kemudian keluar sebagai ahli ilmu agama mengikut
jejaknya menjadi Tok Guru kepada masyarakat dan ummah. Tetapi saya
tidak menjadi Tok Guru seperti Apak. Ada sebabnya; kejatuhan ekonomi,
sawah tidak menjadi, getah yang menjadi sumber kemakmuran rakyat
tiba-tiba tidak berharga lantaran Perang Korea yang berlaku pada awal
tahun 50-an.
Apak
tidak menjadi aktivis politik dan tidak berminat dalam dunia
persuratkhabaran tetapi saya menjadi wartawan dan aktivis politik
sepenuh masa.
Saya
terdedah dengan alam politik sejak zaman kanak-kanak dan boleh memahami
politik sejak remaja, tetapi tidak pernah bercadang untuk menjadi orang
politik. Pada saya ketika itu, adalah lebih senang hidup sebagai orang
yang memahami politik tetapi tidak terlibat dalam sebarang aktiviti
politik supaya kita disenangi oleh semua dan dapat diterima oleh semua.
Akan tetapi kekalahan teruk PAS di Kelantan pada hujung tahun 70-an
sesudah berkuasa sejak tahun 1959 menyebabkan saya terasa seolah-olah
demokrasi seperti akan berakhir di Malaysia.
Semoga
Memoir ANAK APAK ini dapat memenuhi maksud sebuah penulisan buku
berbentuk memoir dan dapat memberikan perkhidmatan dalam bidang
penulisan memoir dalam persuratan Melayu untuk tatapan masyarakat.
Tiada apa-apa yang dapat saya tinggalkan kepada masyarakat melainkan
Memoir ini
Pandangan Peribadi
Membaca anak apak seolah-olah membawa saya beberapa tahun kebelakang untuk memahami situasi politik dari sudut pandang rakyat biasa.
Sejarah dan pengalaman hidup seseorang yang akan membentuk personaliti dan pemikiran seseorang.
Apa yang kita rancangkan tidak semestinya akan menjadi satu kenyataan, walaupun perangncangan yang baik namun dengan adanya halangan dan sebagainya akan membantu kita dalam mencapai kejayaan walaupun bukan apa yang kita hajatkan.
Menjadi orang yang cakna dan peka dalam masalah negara dan masyarakan akan membentuk satu persenoliti hebat kerana cabaran biasanya akan mendewasakan.
Kesimpulan
Takdir Allah merupakan jalan terbaik dalam hidup kita