Kampus merupakan tempat mendidik bakal pemimpin dan aktivis
masyarakat yang paling ideal. Suasananya, kehidupan di dalamnya,
program-programnya, dan banyak lagi dapat membentuk satu golongan
profesional yang selayakkanya mampu memimpin negara suatu hari nanti.
Lantas,
tempat yang ideal bagi membentuk aktivis dan pemimpin masyarakat ini
selayaknya dihidupkan sebaiknya. Antara faktor penting yang perlu
dihidupkan dalam kampus adalah demokrasi kampus. Hidupnya demokrasi
dalam kampus akan membantu mahasiswa belajar dan bereksperimen bagi
mengutip pengalaman untuk di praktikkan dalam lapangan sebenar nanti.
Namun,
setelah sekian lama, demokrasi kampus hari ini masih dalam cengkaman
ketidak adilan dan kebebasan sepenuhnya. Demokrasi kampus di Malaysia
masih dalam penguasaan pihak yang tidak selayaknya. Mahasiswa tidak
diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih wakil mereka yang akan membawa
suara dan memperjuangkan hak mereka di kampus. Lebih malang lagi
aktiviti pembodohan terancang secara tersusun membuatkan demokrasi
kampus semakin tenat dan sesak. Hari ini, demokrasi kampus menunggu masa
untuk lenyap sepenuhnya dari kampus-kampus seluruh negara.
Walaubagiamanapun,
perjuangan bagi menuntut demokrasi kampus tidak pernah lenyap dan
padam, bagi aktivis mahasiswa di kampus-kampus seluruh negara, apa lagi
yang tidak lakukan. Mengusung keranda demokrasi, mengangkat nisan
demokrasi, menghantar memorandum menyatakan hasrat dan harapan, dan
banyak lagi. Dari pegawai HEP hinggalah ke pak menteri, suara
menginginkan demokrasi kampus yang adil dan subur terus disuarakan tanpa
penat dan jemu.Walaupun segala usaha ini dipandang sepi dan tiada
tindakan, usaha menyuburkan demokrasi kampus tidak pernah padam.
Kampus-kampus
bahagian selatan tidak terkecuali dalam penindasan terancang ini.
Malahan usaha-usaha membunuh demokrasi kampus secara terancang ini
berjalan dengan hebatnya. Beberapa isu yang berlaku di kampus-kampus
utama seperti di UTM dan UTHM saban tahun setiap kali mejelang
Pilihanraya kampus membuktikan betapa parahnya keadaan ini.
Keadaan
ini hendaklah dihentikan sepenuhnya, demokrasi kampus hendaklah
dipulihkan sepenuhnya, campur tangan HEP dalam urusan pilihanraya
hendaklah dikaji dan dikurangkan. Biarlah politik kampus berjalan secara
sihat dan matang. Tak salah membiarkan mahasiswa belajar dari
pengalaman yang hanya mereka mampu kutip di kampus. Tuntutan bagi
mengembalikan demokrasi kampus hendaklah dipandang berat dan dikaji,
laksanakan kerana ianya bukan sahaja baik untuk mahasiswa tetapi baik
untuk negara.
Enam tuntutan dari UTM:
a) Membenarkan sistem parti semasa pilihanraya kampus.
b) Mengoptimumkan jumlah kerusi yang dipertandingkan bagi setiap fakulti.
c) Tarikh pilihanraya kampus yang tetap
d) Penglibatan mahasiswa dalam jawatankuasa pilihanraya kampus
e) Mahasiswa diberi kebebasan berkempen sepenuhnya
f) Memperuntukkan dana kepada setiap calon
dan, sembilan tuntutan dari UTHM:
a) Pengumuman tarik PRK
b) Peruntukkan kewangan kepada calon
c) Membenarkan bahan kempen berwarna
d) Penyerahan poster dan manifesto serentak
e) Peraturan PRK yang jelas dan terperinci
f) Kebenaran kempen di media elektronik
g) Lima hari bercuti sewaktu berkempen
h) Penyerahan kepetusan rasmi secara hardcopy
i) Memaparkan struktur organisasi Jawatankuasa pemilihan sebelum tarikh penamaan calon.
Tuntutan
ini menunujukkan hasrat dan harapan yang tinggi mahasiswa untuk melihat
demokrasi kampus subur. Tuntutan ini tidak memberi kelebihan pada
mana-mana pihak, tapi memberikan ruang keadilan dan kesamarataan bagi
semua calon yang bertanding.
Bagi pihak yang berwajib,
memandang sepi tuntutan ini merupakan satu kezaliman yang pastinya kan
disoal di akhirat kelak. kaji dan jawablah semua tuntutan, nyatakan
sebab yang munasabah jika tuntutan ini tidak boleh dijalankan. Jika
tiada halangan, tiada tangguh lagi ianya perlu dijalankan secepatnya.
Bagi
mahasiswa, selagi di tekan demokrasi kampus, lagi kuatlah kita melawan.
Perjuangan hak dan menentang kezaliman merupakan satu seruan yang tidak
boleh ditolak.
STUDENT POWER!
Ibrahim Khalil Noh
Majlis Politik,
Gamis Johor.