June 18, 2010

Rejab yang memahat luka..Sedarlah saudaraku..






Kita berada di awal bulan Rejab. Ingatkah kita pada 28 Rajab 89 tahun yang lalu, iaitu 28 Rajab 1342H, bersamaan dengan 3 Mac 1924M, kaum kuffar penjajah yang diketuai oleh British, dengan bantuan penguasa pengkhianat Arab dan Turki telah berupaya menghapuskan Daulah Islam (Daulah Khilafah). Pengkhianat pada waktu itu, Mustafa Kamal la’natullah, telah mengumumkan berakhirnya Khilafah di Istanbul, mengepung Khalifah serta mengusirnya pada pagi hari tersebut. Demikianlah apa yang terjadi di mana telah berlaku satu goncangan yang dahsyat di negara umat Islam dengan kejatuhan sebuah Daulah Islam yang telah memayungi dunia selama lebih 1300 tahun.

Pihak kuffar Barat benar-benar memahami bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam yang hakiki adalah di bawah Daulah Khilafah. Kerana itulah mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan segala kekuatan, tipu helah, kelicikan dan agen-agen mereka bagi memastikan Daulah Khilafah tidak akan muncul kembali. Mereka tidak pernah leka dan berhenti dari usaha mereka ini dalam memastikan umat Islam tidak akan bangkit dan bersatu kembali di bawah naungan Khilafah.

Lord Curzon, Menteri Luar British, dengan angkuhnya telah menyatakan perkara ini di hadapan House of Commons setelah Perjanjian Lausanne pada 24 Julai 1924. Katanya,

"We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Khilafah, so we must ensure that there will never arise again unity for the Muslims, whether it be intellectual or cultural unity… The situation now is that Turkey is dead and will never rise again, because we have destroyed its spiritual strength, the Khilafah and Islam".

Kita mesti hapuskan apa-apa sahaja yang boleh membawa kepada penyatuan di kalangan umat Islam. Memandangkan kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, jadi kita mesti pastikan yang umat Islam tidak akan bersatu kembali, sama ada secara intelektual atau kebudayaan. Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan rohnya yakni Khilafah dan Islam.

Sejak jatuhnya Khilafah, kuffar Barat melakukan serangan fizikal secara
besar-besaran ke atas umat Islam di seluruh dunia. Mereka membunuh, merogol, menangkap, memenjara, menyeksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Kuffar penjajah telah masuk dan mencatur negara umat Islam. Mereka lalu membahagikan dan mencerai-beraikannya kepada pecahan-pecahan kecil hingga mencecah lebih dari 50 buah negara yang lemah dan tidak berdaya.

Mereka melantik di setiap negara tersebut seorang agen mereka, sebagai
penguasa yang memerintah mengikut apa yang mereka kehendaki dan melarang mengikut apa yang dilarang oleh mereka. Ya, Barat dan agen mereka dari kalangan penguasa Muslim telah melakukan semua kekejaman dan kekejian ini dengan begitu mudah sekali kerana umat Islam telah kehilangan Daulah Khilafah, sebuah perisai yang selama ini menjaga dan melindungi mereka! Demikianlah secebis kisah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dahulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam di bawah kekuasaan Khilafah.

Sesungguhnya menegakkan kembali Khilafah adalah wajib. Dalil dari Al-Quran, As-Sunah dan Ijmak Sahabat cukup-cukup jelas dalam hal ini. Malah seluruh imam mazhab dan para mujtahid tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah) ini. Pendapat-pendapat mereka tentang kewajiban ini tertuang di dalam kitab-kitab karangan mereka yang masyhur.

Syeikh Abdurrahman Al Jaziri menegaskan hal ini dalam kitabnya Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416, “...para imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) -rahimahumullah- telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang Imam (Khalifah,) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya... .”. Menegakkan Khilafah merupakan kewajipan dari Allah ke atas kita semua. Ia adalah satu tugas yang mulia kerana hanya dengan terwujudnya Khilafahlah, maka barulah hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan secara kaffah.

Semenjak kejatuhan Khilafah hingga kini, kita semua hidup di dalam sistem sekular warisan penjajah kuffar. Justeru, bagaimanakah kemuliaan Allah akan tercurah ke atas kita apabila hukum kufur sekular, bukannya hukum Allah yang mengatur hidup kita? Bagaimana kemuliaan akan datang kepada umat Islam apabila Al-Quran dan As-Sunah disingkirkan dari aspek pemerintahan negara? Generasi terdahulu dari kita telah dapat mengecapi segala kebaikan dan kemuliaan di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah.

Di kala itu, umat Islam benar-benar menjadi umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, sebagai para pengikut Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Firman Allah swt,
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh berbuat makruf dan melarang daripada mungkar dan kamu beriman kepada Allah” [QS Ali Imran (3):110]

Nenek moyang kita dahulu adalah para Khulafa’ al-Rasyidun yang berjihad menakluk negara-negara demi menegakkan agama Allah.

Kita adalah anak cucu kepada orang-orang yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam.

Kita adalah anak cucu penakluk Andalus dan penyebar tamadun Islam di dalamnya.

Kita adalah anak cucu al-Mu’tasim yang mengetuai bala tentera yang begitu besar hanya untuk menyelamatkan seorang wanita yang dizalimi oleh seorang lelaki Rom.

Kita adalah anak cucu al-Rasyid yang menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan umat Islam dan memusuhi mereka. Baginda menjawab dengan berkata “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur anjing Rom, jawabannya adalah apa yang kamu lihat bukan yang kamu dengar”, maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.

Kita adalah anak cucu Salahuddin al-Ayubi, pejuang yang menghentak tentera Salib dan dimuliakan Allah dengan menjadi pembebas Baitul Muqaddis, tempat suci ketiga umat Islam.

Kita adalah anak cucu Sultan Qutuz dan Baybars penghancur bangsa Tartar. Kita adalah anak cucu Muhammad al- Fatih, seorang pemimpin muda yang usianya belum pun mencecah 23 tahun dan beliau telah dimuliakan oleh Allah dengan pujian Rasulullah menjadi penakluk Konstantinopel.

Kita adalah anak cucu Khalifah Sulaiman al-Qanuni yang diminta bantuan oleh Perancis pada kurun ke-16 ketika rajanya ditawan dan mereka tidak menemukan kekuatan yang setimpal yang dapat memberikan perlindungan kepadanya melainkan Khilafah Islam.

Kita adalah anak cucu Khalifah Salim ke-3 yang pada zamannya, Amerika membayar cukai tahunan kepada walinya di Algeria sebanyak 642,000 dolar emas dengan penambahan 12,000 lira emas Utsmani, sebagai ganti pembebasan para tawanan Amerika yang ada di Algeria dan memberi keizinan kepada kapal-kapal Amerika untuk belayar dengan aman di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranean tanpa menghadapi tentera laut Utsmani di wilayah Algeria.

Dan buat pertama kalinya Amerika terpaksa mengadakan perjanjian dalam bahasa selain bahasanya (perjanjian adalah di dalam bahasa Daulah Utsmaniyyah) pada 21 Safar, 1210 Hijrah - bersamaan 5 September 1795 Masehi.

Kita adalah anak cucu Khalifah Abdul Hamid yang tidak dapat diperdayakan oleh jutaan wang emas yang dihamparkan oleh Yahudi laknatullah kepadanya. Beliau tidak gentar kepada tekanan antarabangsa agar beliau mengizinkan mereka (Yahudi) untuk menduduki Palestin. Beliau menjawab dengan perkataannya yang masyhur “Sesungguhnya tertancapnya pisau bedah di dadaku adalah lebih ringan buatku daripada aku melihat Palestin terpisah dari Daulah Khilafah”. Pandangan beliau yang jauh menyebabkan beliau menyambung kata-katanya, “..simpanlah sahaja jutaan wangmu wahai Yahudi, namun sekiranya hancur Daulah Khilafah suatu hari nanti, maka barulah mereka boleh mengambil Palestin tanpa sebarang harga”. Dan inilah hakikat yang telah berlaku setelah kejatuhan Khilafah. Pemerintah boneka Palestin telah benar-benar melenyapkan dan menyerahkan Palestin kepada Yahudi laknatullah.



Inilah nenek moyang kita wahai kaum Muslimin, dan demikianlah apa yang telah mereka lakukan, dan kita merupakan anak cucu mereka. Maka ikutilah kebenaran yang telah mereka lalui ini. Kembalilah kepada kemuliaan yang telah mereka usahakan dan usahakanlah kemuliaan ini. Sesungguhnya kita wajib bergerak ke arah kemuliaan ini. Kita wajib bekerja siang dan malam untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan mendirikan semula Daulah Khilafah ar-Rasyidah. Sabda Rasulullah saw,
"Barang siapa yang mati dan di pundaknya tidak ada bai'at (kepada Khalifah) maka matinya seperti mati jahiliyah ". [HR Muslim]

Sesungguhnya kita mempunyai kekuatan dan sesungguhnya negara kafir penjajah hanya kelihatan kuat tetapi hakikatnya mereka itu amat lemah. Mereka memiliki senjata-senjata yang hebat tetapi langsung tidak memiliki pejuang yang hebat. Tentera mereka walaupun besar jumlahnya, namun adalah tentera yang takut mati.

Secanggih mana sekalipun senjata tanpa pejuang yang berani akan pastinya lemah di hadapan sekelompok kaum Mukmin yang berjuang mengharapkan syahid di jalan Allah. Bukti kelemahan mereka terpampang jelas di depan mata kita. Kematian dan kekalahan saban hari menjemput tentera Amerika di Iraq, begitu juga di Afghanistan. Israel pula dengan kehebatan senjata yang mereka miliki langsung tidak dapat mengalahkan sekelompok kecil dari pejuang Islam. Kecanggihan senjata fizikal semata-mata tidak dapat menentukan kejayaan dalam peperangan menentang umat Islam. Umat ini, meskipun hanya memiliki persenjataan yang sedikit, namun mereka ada aqidah yang benar, yang hidup, yang menggerakkan mereka dengan kekuatan yang luar biasa. Hakikat ini tidak disedari oleh golongan kuffar durjana yang diketuai oleh Amerika. Amerika tidak dapat memahami semangat jihad dan cintakan syahid kaum Muslimin bahkan menanggapinya sebagai sejenis fenomena gila dan mentafsirkannya sebagai bunuh diri! Amerika sebenarnya sedang mengalami kesempitan, terdesak dan tersepit di Afghanistan dan Iraq dan mereka sekali-kali tidak akan terselamat dengan izin Allah. Amerika dan tenteranya ini bagaikan sebuah batu keras yang digunakan untuk memecahkan, namun ia pecah sebelum ia memecahkan. Inilah janji Allah bahawa kaum kuffar akan pasti dikalahkan.

Situasi antarabangsa pada hari ini hakikatnya semakin menzahirkan kelemahan dan kekalahan musuh-musuh Allah ini. Rusia sekarang ibarat singa tua yang cuba bangkit. Di Eropah, Perancis masih berusaha mencari jalan untuk memantapkan pengaruh. Britain yang nampak seakan kuat, hanya merupakan seekor musang (cerdik tetapi jahat) yang lemah. Negara-negara kufur yang nampak kuat ini sebenarnya sudah tidak sehaluan dan tanpa persepaduan ini, mereka akan berpecah dan akan terus melemah. Sesungguhnya negara kuffar ini sedang menggali kubur masing-masing.

Kehancuran mereka ini hakikatnya berada di tangan kalian wahai kaum Muslimin, kerana kalian selaku umat yang terbaik sahajalah yang paling berhak untuk menghancurkan Amerika. Inilah keadaan negara-negara besar di dunia pada hari ini. Manakala negara Yahudi, urusannya adalah lebih mudah. Hidupnya bergantung kepada negara lain. Jika Barat tidak membantunya dan yang lebih penting, jika tidak wujud pengkhianatan para pemerintah di negaranegara umat Islam sebagai boneka Barat, maka urusan kaum Yahudi telah selesai sejak lama dahulu dan akan hanya wujud sebagai suatu sejarah dan inilah yang akan berlaku dengan izin Allah. Dan sesungguhnya, dengan izin Allah kita pasti akan mengalahkan Amerika dan sekutu-sekutunya ini, apabila tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi.

“Dan Allah telah berjanji kepada -orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia akan sungguh-sungguh menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia benar-benar akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalamiketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun denganKu. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” [QS an-Nur (24):55]

Negara-negara kufur pimpinan Amerika kelihatan kuat kerana buat masa ini, para penguasa pengkhianat di kalangan umat Islam masih mengurung dan merantai tentera-tentera Islam yang mereka miliki. Jika tentera ini dilepaskan pun, mereka hanya dilepaskan untuk berkhidmat kepada organisasi kufur PBB yang hakikatnya berada di bawah telunjuk Amerika.

Kerana telah terlalu lama dipenjarakan dengan sistem dan pemikiran sekular, para tentera kaum Muslimin ini pula, sebahagian besarnya masih belum sedar akan tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk berjihad di jalan Allah. Walhal firman Allah,
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, Iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" Dengan keadaan taat dan merendah diri.” [QS at-Taubah (9):12]

Para tentera kaum Muslimin sebenarnya perlu bangkit dan sedar bahawa mereka sebenarnya wajib melancarkan jihad terhadap musuh-musuh Allah. Mereka perlu bertanya untuk apa mereka menjadi tentera jika tidak untuk mengejar dan mengecapi kenikmatan syahid di jalan Allah dan meraih syurga Allah di akhirat kelak. Mereka perlu sedar bahawa inilah peranan dan tugas mulia mereka. Mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya kuat, hanya pemimpin yang ada sahaja yang telah merantai kekuatan mereka. Sesungguhnya tentera kaum Muslimin adalah tentera-tentera Allah yang apabila mereka berjuang, Allah dan malaikat akan bersama mereka dan membantu mereka sama ada mencapai kemenangan atau kesyahidan. Perintah Allah, Demi sesungguhnya, apabila Khilafah telah tertegak nanti, maka Khalifah akan menggerakkan bala tentera ini menuju salah satu dari dua kemuliaan -kemenangan atau syahid di jalan Allah. Dengan turunnya tentera-tentera Allah ini ke medan tempur dengan diiringi oleh para malaikat, maka Insya Allah kemenangan pastinya akan berpihak kepada umat Islam.

Pada ketika ini, kita akan menyaksikan kegerunan dan ketakutan menyusup masuk ke tubuh tentera-tentera kuffar, kita akan menyaksikan kemusnahan dan kebinasaan menimpa tentera-tentera kuffar dan kita akan menyaksikan kekalahan serta maut menjemput mereka satu demi satu. Dengan berperangnya tentera Islam di bawah pimpinan seorang Khalifah dan bertempurnya tentera Islam di bawah bendera dan panji-panji “La ilaha illallah Muhammad Rasulullah”, maka Insya Allah bumi umat Islam akan dibebaskan satu per satu oleh sang Khalifah. Palestin dan Iraq akan dibebaskan, begitu juga Afghanistan, Kahsmir, Bosnia, Selatan Thai dan lainnya. India dan Pakistan akan diselamatkan dan Insya Allah, seluruh dunia Islam akan disatukan di bawah satu payung pemerintahan yang diberkati Allah.

Di kala ini, maka akan terbebaslah saudara-saudara kita dari belenggu negara-negara kafir penjajah, akan keluarlah saudara-saudara kita dari segala cengkaman sekular dan kekufuran. Dan akan berakhirlah segala penderitaan dan kesengsaraan kita. Dengan bersatunya negara-negara kaum Muslimin di bawah Khilafah, maka akan lenyaplah segala kebatilan dan akan zahirlah agama Allah di muka bumi. Inilah tujuan dari pengutusan Rasul. Firman Allah,
“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (ugama Islam), untuk dizahirkan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” [QS at-Taubah (9):33]

Sesungguhnya semua kemuliaan itu hanya akan dapat dicapai apabila kembalinya Daulah Khilafah, sebuah institusi politik agung umat Islam. Inilah yang telah dikecapi oleh orang-orang yang terdahulu dari kita di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Dan Insya Allah, inilah juga yang akan kita kecapi apabila kembalinya institusi agung pemersatu ummah ini. Tanah-tanah umat Islam akan diterapkan keadilan hukum-hukum Allah dari tujuh petala langit. Al-Quran dan As-Sunah akan kembali menjadi pengatur urusan hidup dan urusan negara. Segala kemuliaan yang hilang akan pasti kembali ke pangkuan kita. Cahaya kebaikan akan bergemerlapan, berseri dan memancarkan sinarnya menembusi alam. Bumi umat Islam akan diselimuti dengan segala macam berkat dan rahmat dari Allah Azza wa Jalla, Tuhan semesta alam.

Ya benar, semua itu akan terjadi tatkala Khilafah menaungi dunia untuk kedua kalinya. Dan kalian wahai saudaraku, di tangan-tangan kalian ada kuasa yang diberikan oleh Allah Azza wa Jalla untuk melantik dan membai’ah seorang Khalifah yang akan mengatur dunia ini dengan perintah dan larangan Allah dan seterusnya akan mengembalikan kemenangan serta kemuliaan kepada kita semua. Justeru, sedarlah wahai saudaraku sekalian dan ayuhlah bergabunglah bersama gerakan yang akan berusaha bagi mengembalikan kehidupan Islam dengan mendirikan Daulah Khilafah al-Rasyidah atas minhaj kenabian. Kepada Allah kita memohon dan hanya kepadaNya kita berlindung.

“...Cukuplah Allah yang menolong kami, dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung”

No comments:

Post a Comment