Ku nyalakan api harapan,
Dari sumbu sebuah lilin.
Lalu kujaga api harapan itu,
Supaya ia tidak terpadam,
Supaya ia bersianr terang,
Supaya harapan itu menyala terang.
Walau kadang angin bertiup kencang,
Walau kadang air terpercik nakal,
Walau kadang ada tangan jahat ingin memadam.
Namun hari tidak selamanya terang,
Matahari tidak selau bersinar di hari siang,
Bulan kadang-kadang hilang tidak kelihatan.
Lilin tidak mahu api terus menyala,
Sakit membakar diri katanya.
Lalu aku cuba memadam harapan,
Ku tiup pelahan-lahan,
Takut terkejut dengan kegelapan.
Tetapi tiupanku tidak berjaya memadam harapan,
Semakin jauh ku tinggalkan semakin ia terang,
Ku takut api yang kian marak itu membakar hangus.
Saat ini api harapan itu masih cuba kupadam,
Ku tiup pelahan penuh kasih sayang,
Padamlah api harapan,
Kerana kau mampu merosakkan,
Impian yang dalam bayangan.
Saasatul Ibaad
Terminal Bandar Selatan(TBS)
18/12/2011
Terminal Bandar Selatan(TBS)
18/12/2011