Sinopsis
Nasr Hamid Abu Zaid telah dipaksa meninggalkan Universiti Kaherah kerana
dianggap tersesat. jenayahnya? Nasr menyebut dalam tulisannya bahawa
sejarah dan budaya turut diambil kira dalam mentafsirkan al-Quran.
Selain itu Nasr juga menghujahkan bahawa dalam penafsiran al-Quran,
ayat-ayat suci itu harus difahami secara tamsilan (metafora) dan bukan
secara kaku dan hurufiah.
Pada Jun 1995, Mahkamah Rayuan Kaherah menjatuhkan hukum bahawa
tulisan-tulisan di dalamnya dan dengan sendirinya membuktikan beliau
sebagai seorang murtad. Golongan Islamis mengancam nyawanya Dia tidak
lagi dapat mengajar. Para pengawal lengkap bersenjata berkawal
sekeliling rumahnya. Para peguam cuba memisahkan Nasr dan isterinya,
juga seorang profesor di Universiti Kaherah. Semuanya bersandarkan
alasan bahawa seorang wanita Muslim tidak boleh berkahwin dengan
Non-Muslim.
Nasr Justeru telah diisytiharkan sebagai murtad tidak boleh lagi dikira
sebagai seorang Muslim. Urutan dari itu kedua-dua mereka telah melarikan
diri ke Belanda. Sejak itu Nasr mengajar bahasa arab dan pengajian
Islam di Universiti Leiden.
Pandangan Peribadi
Setelah menghabiskan bacaan buku ini, saya mempunyai pandangan
tersendiri, memang saya akui beberapa pandangan Nasr amat kontroversi
dan sukar untuk diterima. Saya amat bersetuju dengan beberapa pandangan
Nasr dan cara Nasr mentafsir Al-Quran, idea pembaharuan Nasr pada
pandangan saya amat membantu dalam dakwah.
Nasr mempunyai kajian yang mendalam dalam perkara ini, hujah dan
rasional yang dikemukakan Nasr boleh diterima dan selayaknya
dibincangkan secara akademik dan intelektual. Dunia Islam seharusnya
menghargai idea pembaharuan seperti ini.
Walau bagaimana pun ada beberapa perkara yang saya tolak secara total
dalam pemikiran Nasr, terutamanya dalam mentafsir perundangan Islam,
Nasr kelihatan lebih meletakkan apa yang ada didalam Al-Quran seperti
Hudud lebih kepada budaya Arab. Nasr juga menyatakan bahawa hukum
syariah lebih kepada hasil perbincangan ahli feqah, ini saya tolak
secara total, kerana sebagaimana yang saya fahami dalam Al-Quran
terkandung ayat-ayat yang tersurat dan tersirat, malah ada sesetengah
hukum yang ditetapkan secara tetap.
Nasr lebih mengutamakan nilai dalam penetapan sesuatu hukum dan ternyata
Nasr tertinggal banyak lagi hikmah yang ada dalam penetapan hukum Islam
Nasr dilihat sedikit tertutup dalam mentafsir hukum.
Apa pun pandangan Nasr pada pandangan saya Nasr tidak selayaknya dilayan
sebegitu, seharusnya hujah akademik beliau di tangani dengan kaedah dan
pendekatan lebih sesuai. tindakan yang dilakukan oleh golongan radikal
di sana akan menyebabkan Islam kelihatan sangat tertutup dan lebih
menampakkan Islam agama tertutup dan tidak ilmiah, sekaligus menutup
keindahan dan keanjalan Islam dalam menghadapi arus semasa.
Tindakan seperti ancaman bunuh dan arahan penceraian dilihat agak
keterlaluan dan lebih bersifat politik dan bertujuan menghapuskan
karekter Nasr.
Kesimpulan
Islam itu bersifat murunah iaitu anjal dan berubah-rubah tanpa berlaku
perubahan dasar iaitu tauhid. Hikmah dalam dakwah merupakan satu perkara
yang penting dalam menyebarkan Islam, Keterikatan dengan perkara
tradisional dan adad bukanlah nilai yang ada dalam Islam.