Apabila semangat para pemuda disemarak dan dibimbing para syuyukh yang berpengalaman...
Apabila hasil tarbiyah para ulama menghasilkan sikap tidak berputus asa dan keberanian pemuda dan tentera paling luarbiasa...
Apabila disiplin dan ketaatan tentera dan ahli kepada kepimpinan tidak berbelah bahagi di saat susah dan senang...
Apabila sejarah kegagalan generasi terdahulu dikaji selengkapnya untuk menghasilkan pelan bertindak paling komprehensif, tidak mengulang kesilapan yang sama...
Apabila sikap terbuka pada strategi baru dan idea kreatif di luar kotak menjadi akhlak yang dilazimi para pimpinan...
Apabila kesemua data penyelidikan dan maklumat pergerakan musuh sudah lengkap berada di hujung jari...
Apabila sains dan teknologi paling terkini dimanfaatkan oleh tentera Islam...
Apabila pimpinan Islam menguasai bahasa yang dipertuturkan kawan dan bahasa lawan...
Apabila dana kewangan kerajaan Islam berada pada tahap paling tinggi dan tahap kebajikan tentera Islam berada pada tahap paling maksima di sisi pimpinan...
Apabila tentera melihat pemimpinnya bagaikan ayah dan pemimpin melihat tenteranya bagaikan anak kandung sendiri...
Apabila non-Muslim merasai sendiri keadilan pemerintahan Islam lebih dari pemerintahan para agamawan mereka sendiri...
Apabila lawan ditukar menjadi kawan dan agenda persepakatan politik (tahalluf siyasi) dilakukan untuk fokus pada musuh yang lebih utama...
Apabila sistem pendidikan para pemuda menekankan penguasaan ilmu syariatullah dan sunnatullah (saintifik), seimbangkan nilai amanah dan quwwah (kompetensi)...
Dan apabila solat tahajjud menjadi solat fardhu dan solat Subuh bagaikan solat Jumaat para pimpinan dan ahli gerakan...