July 17, 2012

MEMALI- Kenangan Seorang Polis

Sinopsis

Buku ini merupakan catatan pengalaman tentang retetan peristiwa-peristiwa yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah ini, bermula dari percubaan pertama untuk menangkapnya pada tahun 1985, sepertimana yang dilihat menerusi kaca mata Tunku Muszaffar Shah, OCDP ataupun Ketua Polis Daerah Baling dari 1981-1986. Mengapakah pihak polis memasuku kampung itu tanpa senjata api sedangkan mereka tahu bahawa para penduduk kampung dilengkapi pelbagai golok dan parang? Kenapa pula pasukan yang ditugaskan untuk membuat tangkapan diarahkan berundur jika penduduk memberi tentangan? Apa yang tidak kena?

Turut dimuatkan dalam buku ini;
  • Kertas putih kerajaan 1986 mengenai Peristiwa memali ini.
  • Catatan oleh Yusuf Husin, seorang penyokong kuat dan juga orang kanan kepada Ustaz Ibrahim Mahmood sendiri.
  • Ulasan terhadap rakaman video insiden itu yang dibuat oleh pakar videografi cawangan khas.
  • Kata-kata penutup oleh Tunku Abdul Aziz mantan Timbalan Pengerusi Transparency International dan Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB bagi penubuhan Pejabat Etika PBB.
Ulasan

Buku ini menceritakan tentang peristiwa ini dari sudut pandang seorang polis kawasan Baling, yang mana bagi pandangan saya seorang yang betul-betul memahami dan menghayati tugasan seorang polis sebagai satu badan yang tugasnya bukan memuaskan hati pemerintah tapi sebagai pelindung rakyat.

Penceritaan beliau di lihat sangat telus dan jujur tanpa menyelebelahi mana-mana pihak, yang mana penceritaan pengalaman ini merupakan satu teks yang amat berharga dalam menganalisis kejadian sebenar yang berlaku di Memali 27 tahun dahulu.

Teks ini menimbulkan banyak persoalan baru yang mana semua persoalan ini membenarkan bahawasanya tragedi memali ini merupakan satu konspirasi politik jijik pemerintah untuk mempertahankan kuasa. Yang mana selain menjadikan orang awam yang tak berdosa sebagai mangsa, mereka ini juga telah memperkudakan pihak polis.

Hasilnya bukan sahaja berlaku fitnah yang berleluasa malahan menimbulkan satu perasaan benci rakyat kepada polis.

Buku ini merupakan satu bingkisan wajib baca kepada semua pejuang dan pencinta keadilan, kenal musuh dan jangan mudah terpedaya dengan tindakan politik dan permainan media yang penuh dengan tipu muslihat.

p/s: Pastikan anda betul-betul memahami peristiwa memali sebelum baca kertas putih, dan kertas putih ini sama saja macam utusan dan TV3!