“Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula
mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu suka saya mengumumkan
pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA)
akan dimansuhkan terus”
Najib Razak
Seperti yang dijangkan
pengunguman seperti ini akan mendapat perhatian yang sangat memberansangkan
daripada setiap golongan masyarakat Malaysia. Suka untuk saya beri perumpamaan
bahawa pengunguman ini boleh diibaratkan seperti guruh yang mana guruh akan
memberi berita gembira iaitu hari akan hujan, dan dalam masa yang sama memberi
ketakutan kepada orang yang mendengarnya.
Berita ini merupakan satu berita yang mengembirakan rakyat Malaysia yang inginkan undang-undang yang lebih adil dalam masa yang sama inginkan demokrasi lebih terbuka. Ia juga membawa satu berita yang menakutkan kerana takut-takut akta yang mengantikannya merupakan akta yang lebih zalim dan menekan.
Berita ini merupakan satu berita yang mengembirakan rakyat Malaysia yang inginkan undang-undang yang lebih adil dalam masa yang sama inginkan demokrasi lebih terbuka. Ia juga membawa satu berita yang menakutkan kerana takut-takut akta yang mengantikannya merupakan akta yang lebih zalim dan menekan.
Penentangan terhadap ISA
Penentangan terhadapa ISA
bukanlah perkara baru malahan sudah bermula sejak awal pengenalannya lagi. Akta
ini dilihat sebagai satu akta yang zalim mengugah hak asasi manusia. Malahan
akta ini tertakluk sepenuhnya dibawah kuasa Menteri Dalam Negeri, yang mana ini
membuka ruang seluas-luasnya untuk berlakunya salah guna kuasa, inilah yang
diingatkan oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi dalam parlimen ketika akta
ini dibentangkan.
Hal ini adalah kerana berdasarkan
akta ini tertuduh ditangkap dan tidak langsung diberi ruang untuk membela diri.
Lebih buruk lagi tiada mahkamah dinegara
ini yang boleh mencabar kuasa Menteri dalam negeri dibawah peruntukan Syeksen 8
ISA. Ini termasuk mahkamah persekutuan yang mana merupakan mahkamah tertinggi
negara.
Kewujudan Gerakan Mansuh ISA
(GMI) juga dilihat mendapat sambutan
dikalangan masyarakat, ini dapat dibuktikan dalam satu perhimpunan anjuran GMI,
yang mana mendapat kehadiran yang ramai dari berbilang kaum. Retetan perjuangan
untuk menghapuskan ataupun pemansuhan ISA berlaku sekian lama dan akhirnya
mendapat hasil yang baik yang mana sempena hari Malaysia 2011 ISA telahpun
dimansuhkan.
Penyalah Gunaan ISA
Setelah sekian lama ISA menjadi
satu senjata kerajaan yang digunakan sewenang-wenangnya daripada sejumlah bahan
bacaan dan jurnal-jurnal yang telah saya baca, dapat disimpulkan bahawasanya
selepas zaman komunis ISA banyak digunakan untuk menghentikan pergerakkan
musuh, menakut-nakutkan musuh dan juga sebagai pelindungan kepada kes-kes
berkolar putih.
Sebagai contoh dalam ops lalang
yang mana berlaku pada tahun 90-an kebanyakkan yang ditangkap adalah pemimpin
pembangkang yang lantang mengkritik kerajaan. Juga berlaku dalam kes memali
yang mana akibat mengelak daripada ditahan dibawah akta ISA yang dianggap zalim
As-Syahid dan 14 orang anak muridnya terbunuh dalam satu serangan polis.
Dalam buku terbaru Saari Sungip
iaitu Sengsara Kem Kemunting juga diceritakan tentang beberapa tahanan yang
ditahan untuk melindungi salah laku yang dilakukan oleh pihak kerajaan, tahanan
dijadikan kambing hitam untuk membolehkan kerajaan cuci tangan.
Sebagai contoh dalam kes
pemalsuan kad pengenalan di Sabah, yang mana tertuduh menyatakan dia menerima
arahan daripada pihak kerajaan untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat
Filiphina demi untuk memenangkan
kerajaan di Sabah. Yang mana pada masa itu Sabah dikuasai oleh parti
pembangkang iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS).
Pendirian Terhadap ISA
Sudah terang lagi bersuluh, ISA
merupakan satu akta yang boleh digunakan sewenang-wenangnya, dalam masa yang
sama dapat dijadikan senjata untuk pemerintah mengekalkan kuasa, sekali gus
menghalang dan menyekat kebebasan demokrasi yang didukung oleg perlembagaan
Malaysia itu sendiri.
Sebagai seorang rakyat yang
mempunyai kuasa kita haruslah berpendirian menetang ISA ataupun apa sahaja akta
yang zalim.
Kita harus faham bahawasanya kita
menentang ISA bukan kerana ISA digunakan untuk menangkap banyak pemimpin kita,
bukan kerana ISA menganggu pergerakkan kita, bukan kerana ISA membantu
penguasa.
Kita menentang ISA kerana
kezaliman ISA. Renung dan hayatilah firman Allah dalam surah As-Syura ayat 42
Sesungguhnya
dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas
di muka bumi tanpa Hak. mereka itu mendapat azab yang pedih.
Harapan Dalam Pemansuhan ISA
Besar harapan untuk melihat
undang-undang yang mengantikan ISA mengamalkan keadilan kepada rakyat.
Sudah semestinya kita tidak mahu
melihat ISA yang hari ini dimansuhkan hakikatnya hanya menukar nama kepada yang
lain, dengan kekejaman yang sama, dengan akta sama, yang berubah hanya nama.
Juga kita tidak mahu melihat ISA yang
zalim ini ditukar dengan satu undang-undang ataupun akta yang lebih zalim dan
menekan.
Jika ini yang berlaku ternyatalah
bahawa ucapan yang dianggap bersejarah ini hanyalah mainan politik kerajaan
semata-mata. Andai ini yang berlaku hancurlah harapan tulus rakyat ini ingin
melihat Malaysia menjadi satu negara yang terbuka demokrasinya dan adil.
Kesimpulan
Buat masa sekarang apa yang boleh
kita lakukan adalah tunggu dan lihat apakah tindakan seterusnya kerajaan. Dan sudah
semestinya andai akta yang ada selepas ini adalah sezalim ISA kita tetap akan
lawan, hinggalah tertegaknya keadilan.
Semestinya keadilan hanyalah
dapat dicapai dengan meletakkan Islam sebagai penyelesaiannya. Sungguh Islam
telah mengatur dan menetapkan bagaimana mahu mengurus manusia. Andaikata kita
mengambil selain dari Islam maka berlakulah kerosakkan lantaran kezaliman yang
kita lakukan.
No comments:
Post a Comment