Ini dapat dilihat dari kadar pendaftaran pengundi baru, yang
mana ramai anak muda yang dilaporkan tidak mendaftar undi. Hinggakan Suruhan
Jaya Pilihanraya(SPR) terpaksa turun ke kampus-kampus dan kampung seluruh
Malaysia demi untuk memastikan golongan ini mendaftar undi. Walaupun kadar
penambahan pengundi baru naik mendadak, ini dipercayai disebabkan oleh isu yang
lain.
Kadang kita dirantai kiri-kanan. |
Persoalannya pentingkah politik?
Perlukah kita mengambil tahu atau terlibat secara langsung
atau tidak?
Punca hilangnya anak muda dalam politik.
Perkara ini adalah berpunca dari persepsi anak muda terhadap
politik, yang mana suasana yang ada pada hari ini menyebabkan politik itu
kelihatan kotor dan menjijikkan. Pemainan media massa yang terlalu membawa
agenda parti pemerintah turut memberi sumbangan, sehinggakan berita yang tidak sepatutnya
menjadi tajuk utama.
Benarkah berpolitik buang masa? |
Politik dimata anak muda adalah satu perkara yang sia-sia
dan membuang masa. Politik tidak dilihat sebagai medan untuk membawa perubahan
tetapi medan untuk mengaut keuntungan. Anak muda hari ini terutamanya yang
berada di kampus lebih senang untuk mengsingkan diri dengan politik.
Walaupun hakikatnya mereka ditekan dan ditindas dengan
dasar-dasr yang menjerut tengkuk mereka sendiri, tetapi bagi mereka langkah
yang selamat adalah berdiam diri. Ugutan dan undang-undang yang dicipta untuk
mengekalkan kuasa pemerintah itu berjaya menimbulkan ketakutan dihati anak muda
di kampus.
Hasilnya mereka menolak keterlibatan dalam politik sama ada
di kampus atau luar kampus.
Kesan ketidakan penglibatan anak muda.
Kesan daripada perkara sebegini adalah negara akan
kehilangan stok pemikir dari golongan anak muda di kampus. Malahan lebih teruk
lagi kehilangan stok pemimpin masa akan datang. Bayangklan andai kata kutu
rayau dan kutu lepak sahaja yang berminat dengan politik, sudah pastilah yang akan
menjadi pemimpin adalah dari golongan ini.
Anak muda harus bangkit dari lena! |
Anak muda juga gagal memainkan peranan sebagai golongan yang
menjayakan agenda kerajaan, yang mana anak muda sebagai penggerak untuk
memastikan agenda kerajaan berjalan dengan lancar dan berkesan. Dalam masa yang
sama peranan sebagai satu golongan yang bersifat bebas dan tidak kepartian juga
tidak akan berjalan.
Golongan ini merupakan check and balance kepada kepimpinan
kerajaan dan situasi politik semasa. Yang mana golongan ini adalah bersifat pro
rakyat, setiap perkara yang berlaku dan memberi kesan kepada rakyat akan
menjadi satu perkara yang penting kepada golongan ini. Peranan ini kita dapat
lihat berjalan dengan berkesan pada era 60an, dan 70an. Yang mana mahasiswa
pada masa itu merupakan pembela rakyat.
Tapi hari ini?
Penyelesaian.
Segalanya terletak di tangan anak muda itu sendiri,
masalahnya bukan politik tetapi persepsi mereka terhadap politik.
Anak muda harus memainkan peranan penting untuk mengubah
persepsi ini, yang mana politik itu bukanlah ghanimah, tetapi amanah. Ghanimah adalah
perkataan yang membawa maksud harta rampasan perang, apabila politik itu
dikatakan ghanimah, ini beerti sesiapa yang ingin terlibat dalam politik adalah
kerana kepentingan meterial semata-mata.
Realitinya zaman sekarang ini itulah yang berlaku, yang mana
orang politik menyapu bersih segala harta dan kekayaan yang dibuka depan mata
semahu-mahunya. Meskipun tindakan itu bersalah dengan undang-undang ataupun
hukum agama.
Amanah itu berat |
Politik adalah amanah yang mana sesiapa yang diberi mandat
adalah khadam rakyat. Amanah adalah sesuatu yang berat dan haruslah dijaga
sebaiknya. Kerana amanah ramai yang tersungkur di pintu syurga, malah kerana
suka mengkhianati amanah golongan munafik dicampak ke dasar neraka.
Kesimpulan.
Apabila kita faham akan politik itu adalah amanah secara
tidak langsung kita akan dapat membersihkan politik. Akan timbul rasa
tanggungjawab dan masing-masing akan memainkan peranan dengan baik. Berkecimpung
dalam politik bukanlah satu pilihan tetapi kewajiban kepada anak muda.
“Sesungguhnya kami
pikulkan amanah kepada langit dan bumi dan gunung-gunung semuanya enggan
memikulnya dan rasa khawatir akan kesanggupanya dan diterima oleh manusia,
sayang manusia itu zalim dan jahil”
Al Ahzab-72