Pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting dalam sesebuah negara,
pendidikanlah yang mencorakkan pemikiran dan tanpa pendidikan yang sempurna
risikonya pada generasi akan datang. Kita akan melihat satu kerosakkan dari
sudut akhlak dan moral yang dasyat jika pendidikan yang ada pada hari ini tidak
bersifat mendidik dan hanya bertumpu kepada kecemerlagan akedamik semata-mata.
Persoalannya adalah bagaimana dengan pendidikan dalam negara kita?
Kerjaya Graduan ISMP
Isu yang menjadi polemik baru-baru ini ternyata mencalar reputasi dan
prestasi Menteri Pelajaran dan Kementeriannya. Isu penempatan graduan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan(ISMP) bukanlah satu isu baru, hakikatnya sudah
berlarutan beberapa tahun, malahan sudah lebih 7000 orang guru menganggur
akibat daripada masalah ini. Ternyata andai diperhati dengan teliti masalah ini
berpunca dari Kementerian Pendidikan itu sendiri.
Perkara pokok tentang permasalahan ini adalah tiadanya persefahaman antara
dua kementerian dalam satu kerajaan, hal ini berlaku antara Kementerian
Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi. Yang mana satu ketika dulu
kedua-dua kementerian ini bernaung bawah satu kementerian yang sama iaitu
Kementerian Pendidikan.
Kesan dari tiada kesefahaman ini, mangsanya adalah rakyat. Pertamanya graduan
ISMP itu sendiri, terutamanya yang belajar dengan mengunakan duit pinjaman,
yang mana mereka ini akan keluar tanpa jaminan sebagai seorang guru. Mereka ini
terang-terang dianaktirikan oleh Kementerian Pelajaran, keutamaan mereka untuk
diberi penempatan diletak tempat yang terakhir sekali. Sebaik mana pun prestasi
mereka ruang dan peluang sudah tertutup awal-awal dek kerana yang menjadi
keutamaan adalah prioriti bukan prestasi.
Manakala golongan yang kedua menanggung kerugian adalah rakyat, mahasiswa
pembelajarannya sebahagian besar ditanggung kerajaan. Ini sudah jelas tertulis
dibawah surat tawaran ke IPTA bahawasanya sebahagian besar kos pembelajaran
ditanggung oleh kerajaan. Wang kerajaan bukanlah wang kocek pak-pak menteri,
bukan juga hasil infak ikhlas menteri pelajaran, tetapi wang kerajaan adalah
wang dari kocek rakyat, termasuklah dari petani yang membanting tulang ditengah
panas, dari para nelayan yang mengharung ombak, dari penoreh getah yang digigit
sejuk saban pagi.
Jika KPM ingin mengunakan guru sendiri tidak mahu dari sumber lain mengapa tidak
ditutup sahaja semua kursus perguruan dalam IPTA? Sekurag-kurangnya harus ada
penyelarasan antara KPM dan KPT sebagai contoh sebanyak lapan puluh peratus
guru yang diambil dari IPG dan selebihnya hasil dari IPT. Barulah dapat
ditentukan jumlah pengambilan pelajar untuk satu-satu kursus pendidikan.
Prasarana tidak sesuai
Masalah prasarana yang tidak sesuai di sekolah-sekolah, ini dapat dilihat
dari tiadanya penyelarasan antara kawasan luar bandar dan dalam bandar. Sebagai
contoh di dalam bandar yang punyai ramai penduduk dibina hanya dua blok untuk
kelas, manakala diluar bandar yang kurang penduduknya dibina tiga blok kelas.
Hasilnya adalah disekolah luar bandar yang sedikit muridnya jumlah kelas
berlebihan manakala yang didalam bandar kelas tidak cukup. Inilah punca kenapa
jumlah kelas boleh mencapai sehingga lima puluh lima orang, sedangkan jumlah
sepatutnya hanyalah dua puluh lima orang hinggalah tiga puluh lima orang setiap
kelas.
Jumlah kelas berkait rapat dengan jumlah guru, yang mana jumlah guru dalam
sesuatu sekolah bergantung pada jumlah kelas, jumlah guru bagi setiap sekolah
adalah jumlah kelas didarab dengan satu perpuluhan lima. Jika satu kelas
mencapai sehingga lima puluh lima orang murid, kesannya jumlah guru dan murid
tidak sepadan, maka secara tidak langsung beban guru meningkat dan peluang
pekerjaan kian tertutup.
MBMBI ganti PPSMI
Pelaksanaan dasar baru iaitu MBMBI yang dilihat tidak menyelesaikan
kelompangan dalamPPSMI tetapi menambah
beban guru, setelah pemansuhan PPSMI pelaksaan MBMBI dilihat menambah waktu
mengajar seorang guru. Secara tidak langsung beban seorang guru bertambah. Penambahan
beban sepatutnya selari dengan penambahan tenaga kerja, jika tidak maka ini
satu penginayaan.
Sedangkan tugas guru sebelum ini sudah cukup membebankan, bukan sekadar di kelas malahan guru terpaksa berhempas pulas di luar masa kerja demi untuk menyiapkan tugasan yang diberi dan memuaskan hati ibu bapa dan murid.
Cadangan untuk menambah masa bertugas guru kepada sembilan jam untuk memartabatkan tugas guru adalah satu perkara yang tidak boleh diterima akal dan menghina tugas guru itu sendiri. Seolah-olah tugas guru selama ini tidak bermartabat!
Pencen 60
Tidak cukup dengan itu penambahan umur pencen sehingga enam puluh tahun
juga satu perkara yang akan menyebabkan peluang penempatan semakin kurang. Kebanyakkan
kaki tangan kerajaan pada hari ini akan mempertimbangkan untuk mengambil had umur
maksimum berikutan beban hutang dan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini.
Guru luar
Pengunguman kerajaan untuk membawa masuk guru dari Amerika juga sepetutnya
menjadi satu kerisauan. Kita tidak nafikan dari satu sudut ada bagusnya
terutamanya dalam peningkatan penguasaan bahasa inggeris, tetapi tolong jangan
pisahkan antara pelajaran dengan pendidikan. Realiti hari ini ibu bapa sibuk
dengan kerjaya masing-masing dan masa
seorang murid lebih di sekolah, jika kita pisahkan pelajaran dengan pendidikan
maka lahirlah satu generasi yang hebat dari sudut pengusaan ilmunya tetapi
kurang dari segi akhlak dan moralnya.
Malahnya satu pelaburan yang besar dilaburkan kearah ini, sebanyak 18 juta
dihabiskan demi untuk menjayakan perancangan ini. Persoalannya adakah pelaburan
ini berbaloi?
Kesimpulan
Perlunya satu perancangan dan mantap dalam menyelesaikan semua krisis ini,
dunia pendidikan yang dicorak dan dibentuk oleh kementerian pelajaran dilihat
sakit tenat. Segala permasalahan yang berlaku akan memberi kesan kepada
generasi akan datang. Bayangkan dengan beban tugas yang tidak masuk akal sudah
pasti akan mengurangkan kuailiti seorang guru. Bila guru tidak berkualiti
kesannya adalah pada murid.
Suasana pembelajaran yang tidak kondusif juga akan memberi kesan, contohnya
bilangan ahli kelas yang berlebihan. Ini akan menyebabkan guru tidak dapat
memberi tumpuan sepenuhnya kepada semua murid dan murid juga tidak selesa.
Perlunya pada rombakkan kabinet pada hari ini, yang mana kementerian yang
begitu penting ini dipegang oleh seorang yang berkelayakkan, kerana masa depan
generasi akan datang bergantung kepada pencoraknya, jika jahil pencoraknya
jangan harapkan keindahannya.
Kata kunci bagi penyelesaian semua
ini adalah perancangan, tanpa perancangan yang teliti dan jauh kedepan maka
akan timbullah pelbagai masalah, bila ada masalah maka akan adanya mangsa. Yang
menderita biasanya mangsa, yang kerugian biasanya mangsa. Biasanya mangsa akan
mencari perancang, dan perancang yang tidak baik perancangannya akan tumbang. Dalam
kes sesebuah negara perancangnya adalah kerajaan sedangkan mangsanya adalah rakyat.
Kerajaan salah perancangan maka tunggulah saatnya pasti akan tiba.