Sistem pendidikan di Malaysia ini adalah berorentasikan peperiksaan yang mana setiap tahap di nilai dengan peperiksaan. Peperiksaan merupakan satu medan penentuan yang mana keputusannya menjadi satu nilaian kepada seseorang. Sesiapa yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kebiasaanya boleh mendabik dada, manakala yang sebaliknya hanya berdiam dan bermuram.
Sejak dari mula menjerumuskan diri dalam sistem ini, saya melihat bertapa bersungguhnya seseorang itu dalam agenda peperiksaan, malahan ini turut melibatkab banyak pihak, ibu-bapa yang ingin melihat kejayaan, guru-guru yang mahu ranking tinggi menjulang, dan pelajar itu sendiri yang ingin hidup senang.
Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah gelagat dan ragam manusia yang berada dalam persekitaran yang berbeza dalam menjayakan agenda peperiksaan ini. Yang mana apa yang saya nukilkan merupakan berdasarkan pengalaman hidup saya selama berada dalam kerjaya seorang pelajar. Saya memulakan pelajaran di sebuah sekolah rendah agama di kawasan berdekatan, kemudiaanya di sebuah sekolah berasarama di ibu negeri kelahiran, menyambung matrikulasi di utara Malaysia, dan menjadi mahasiswa di sebuah varsiti di selatan.
Matlamat sama, jalan berbeza
Walaupun berada dalam persekitaran yang berbeza, namun setiapnya mempunyai hala tuju yang sama, samaada mengejar A dalam peringkat rendah dan mengejar 4 dalam peringkat yang lebih tinggi.
Pengalaman selama 21 tahun hidup dan 14 tahun sebagai seorang pelajar membuktikan bahawasanya walaupun mereka mempunyai matlamat ternyata mereka mempunyai landasan yang berbeza.
Laksana orang yang ingin pergi ke suatu tempat, ada yang menaiki bas, tren dan kapal terbang. Yang mana dalam setiap pemilihan mempunyai beberapa kreteria yang penting, sama ada dari sudut kos, masa mahupun keselamatan. Yang mana dalam setiap pemilihan ini yang penting adalah sampai ke destinasi.
Di sini saya hanya ingin menceritakan tentang situasi, penilaian dan pemilihan kalian buatlah sendiri kerana yang akan melalui landasan itu kalian.
Sekolah agama, matrikulasi dan Universiti
Saya menjadi pelajar sekolah agama dari darjah satu hinggalah ke tingkatan lima, ayah merupakan seorang pendidik yang mementingkan pendidikan agama kepada anak-anak hasilnya kami tujuh beradik semuanya ke sekolah agama.
Sepanjang saya berada di sekolah agama, saya dapati ketika musim peperiksaan semuanya bertukar menjadi malaikat, hubungan Allah dan manusia dijaga sebaiknya, terutamanya kepada guru, ibu-bapa dan sahabat. Hal ini adalah kerana takut-takut, bila ada masalah dalam hubungan dengan manusia dan tuhan , akan terhijablah bantuan tuhan.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk. Surah al-Baqarah: 186
Peperiksaan laksana peperangan yang mana untuk mencapai kejayaan kita perlukan pertolongan dari tuhan. Tanpa pertolongan dari tuhan segalanya tidak akan menjadi. Bacalah sebanyak mana pun, sedialah mcam mana pun, jika tiada keberkatan tidak akan berjaya. Kerana kami percaya buntu, blank dan tak paham soalan, walaupun soalan yang sama pernah dibuat berkali-kali sebelum exam adalah balasan kepada maksiat yang kami lakukan. Dan setiap kejayaan menjawap walaupun kami tidak pernah baca merupakan
bantuan dari langit.
Selain itu kami juga percaya dan mohon dijauhkan dari istidraj, istidraj merupakan rezeki Allah kepada sesiapa yang ingkar kepada perintahnya supaya dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya akan menjadikanya lebih ingkar lagi!.
Kami semat kepercayaan ini baik-baik dalam hati, jika tidak masakan orang yang paling nakal duduk beribadat dan bermunajat semasa tengah malam memohon petunjuk dan mengisafi dosa dalam minggu terakhir menjelang peperiksaan.
Bila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi saya dapati budaya ini seolah-olah tiada. Malahan berlumba-lumba membuat maksiat, seolah-olah kabaran tentang pertolongan tuhan itu hanya dongengan turun temurun.
Lihatlah dalam minggu ulangkaji semua sibuk nak mengulang kaji bersama pasangan masing-masing. Saya seringkali mengeluh melihat perpustakaan universiti, seolah-olah menjadi pusat maksiat pula. Tempat uda dan dara bergurau senda berdua.
Bukan bersikap prejudis dan buruk sangka, tetapi semua orang tahukan bahawa ianya tidak manis pada pandangan mata?
Bukankah ianya boleh menimbulkan fitnah?
Bukankah tidak elok bersama-sama walau berada di tengah ramai?
Belum lagi cerita tentang hubungan dengan tuhan, solat kemana zikir tiada,
seolah-olah hanya bergantung pada usaha, seolah-olah tuhan itu tiada! Sedarlah golongan ini ghairah mencari kejayaan sedangkan mereka lupa kejayaan itu dari siapa sebenarnya.
Hubungan dengan manusia dengan guru, dengan ibu-bapa? Terjagakah sedangkan dengan tuhan pun celup celam, saat redha dan berkat ibu-bapa perlu ditagih ada orang ulangkaji sehingga tidak sempat hubungi ibu-bapa masing-masing.
Keberkatan.
Kaberkatan itu ada. Itulah azimat yang ustazah di sekolah tanam sejak mula lagi.
Ya dalam setiap perbuatan itu perlunya kepada keberkatan, tanpa keberkatan segalanya seolah-olah tidak menjadi.
Lihatlah orang yang kos kahwin berjuta-juta akhirnya bercerai-berai.
Lihatlah orang yang berjaya menggenggam ijazah akhirnya tiada kerja.
Lihatlah orang yang kaya namun tidak bahagia.
Kesimpulan
“Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah.” Surah Jin: 16
Sebagaimana perumpamaan yang saya katakan tadi, kalian boleh memilih kenderaan kalian sama ada bas, tren, mahupun kapal terbang untuk sampai ke destinasi kalian, bergantung kepada kehendak kalian, sama ada dari sudut kos, masa dan keselamatan. pilihkah jalan kalian untuk ke negeri akhirat supaya kalain selamat.
Perjuangan kita hari ini hanyalah berkisar kepada pena, kerana penalah senjata ampuh
sama ada untuk menuntut ilmu mahupun menegakkan daulah. Tanpa keberkatan ilmu menjadi sia-sia kerana keberkatanlah yang membawa natijah yang baik. Untuk berjaya kita perlu akan pertolongan Allah supaya kejayaan kita menjadikan kita hamba yang bersyukur.
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” Surah Ibrahim: 7

No comments:
Post a Comment