Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud, “Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), Dan akan kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tentaranya apa yang Selalu mereka khawatirkan dari mereka itu” (Al-Qashas 5-6)
Dalam ayat ini Allah menjanjikan sesuatu kepada kaum Bani Israil yang mana mereka ini merupakan satu kaum yang ditindas oleh Firaun pada masa itu. Pada masa itu di Mesir mereka merupakan satu bangsa yang dianggap bangsa bawahan oleh bangsa Firaun yang mana mereka ini dihina dan dianggap sebagai hamba.
Dalam ayat ini Allah menjanjikan kepada mereka akan kuasa, yang mana mereka akan menjadi pemimpin dan orang yang mewarisi kuasa. Dan Allah akan tunjukkan kepada Firaun, Haman dan tentera-tenteranya apa yang paling mereka khuatiri. Yang mana mereka ini amat menguatiri akan jatuhnya kuasa yang mereka ada pada ketika itu.
Atas dasar kebimbangan ini dan juga kerisauan akan jatuhnya kuasa inilah akhirnya Firaun, Haman dan tentera-tenteranya melakukan kezaliman dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menekalkan kuasa mereka. Namun atas ketentuan Allah mereka ini jatuh dan kehilangan kuasa kerana kezaliman yang mereka lakukan.
Ayat ini menceritakan tentang Firaun yang mendapat tahu dari ahli nujumnya akan peristiwa lahirnya seorang bayi lelaki yang kan menjatuhkannya. Dan firaun mengambil tindakan yang cukup zalim iaitu mengarahkan kepada tenteranya supaya dibunuk semua bayi lelaki yang lahir pada masa itu.
Sikap penguasa yang sayang akan kuasa sekarang.
Sikap Firaun yang sanggup untuk melakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan kuasa pada hari ini dilakonkan dan diulang tayang oleh orang yang berkuasa dan takut akan kehilangan kuasa sebagaimana Firaun.
Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja malahnya berlawanan dengan apa yang mereka sendiri katakan ataupun berlawanan dengan prinsip-prinsip yang mereka sendiri gagaskan, hanya kerena kebimbangan kehilangan kuasa yang mereka pegang.
Bukan menghukum atau menuduh tetapi inilah kebenaran yang harus kita hadam walau sepahit manapun. Melihat sutiasi Malaysia pada hari ini, yang mana fitnah menjadi amalan yang cukup berleluasa pada hari ini. Lebih malang lagi fitnah menjadi amalan orang yang kononya berpegang kepada perpaduan sedangkan fitnah secara terang-terangnya menjadi agen kepada pemecah belah masyarakat sesama manusia.
Lihatlah apa yang berlaku dalam sejarah, penyebaran fitnahlah yang menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah.
1 Malaysia, Liwat dan Video Seks
Liwat dan video seks menjadi berita sensasi pada hari ini, yang menyedihkan berita ini tidak dapat di sahihkan dan penuh dengan kekeliruan. Andai kata ianya tidak dapat dibuktikan, ainya adalah satu fitnah yang besar yang mana boleh menjurus kepada pepecahan yang sepatutnya dielakkan oleh umat Islam. Kerana dengan pepecahan kita akan menjadi lemah dan ditindas.
1 Malaysia merupakan satu gagasan yang menyeru kepada perpaduan. Yang mana gagasan yang dibawa oleh kerajaan ini menyeru agar rakyat di Malaysia ini bersatu dan melupakan segala perbezaan antara mereka. Sebagai pihak yang berwajib dalam mengagaskan sesuatu segala prinsip dalam menjayakannya haruslah dilaksakan dengan penuh komitmen dan tidak langsung ada unsur-unsur untuk mengagalkan gagasan tersebut. Dan seandainya ada unsur-unsur tersebut dan pelanggaran terhadap prinsip gagasan, ternyata gagasan yang dicadangkan tidak lebih dari hanya retorik semata-mata.
Perilaku fitnah yang digembar-gemburkan merupakan satu pelanggaran prisip 1Malaysia, hal ini adalah kerana perkara ini membawa kepada pepecahan. Dan andai kata perkara ini betul sepatutnya ini tidak dijadikan satu hebahan yang cukup meluas sebagaimana yang berlaku hari ini. Sebgai kerajaan yang memegang arus media pedana perkara yang boleh menimbulkan pepecahan seperti ini haruslah dihalang sejak awal lagi.
Permainan Politik
Ataupun ini merupakan satu permainan politik untuk mengekalkan kuasa sebagaimana yang dilakukan Firaun. Dengan menjatuhkan orang lain dan juga dengan memalukan pihak yang dilihat sebagai ancaman dengan fitnah yang buruk ini merupakan satu perkara yang memalukan.
Jika ini bukan permainan politik mengapa perkara ini perlu di gemba-gemburkan?
Mengapa berlaku drama yang cukup menjijikan?
Mengapa berlaku diskriminisasi yang cukup hebat? Lihatlah ketika mendapat laporan tentang pihak pebangkang siasatan dilakukan serta merta, tetapi tidak pada pihak kerajaan.
Kesimpulan
Fitnah merupakan satu alat pemecah belah yang cukup hebat. Dengan melakukan fitnah ternyata perpaduan yang dialaungkan selama ini merupakan satu retorik yang cukup memalukan.
Ingatlah sebagaimana Allah menjatuhkan Firaun dengan kekejaman yang dilakukan, begitu jugalah Allah akan menjatuhkan orang-orang yang mengikut jejak langkah Firaun. Andai kamu ingat dengan fitnah akan menghidupkan kamu, ingatlah fitnah itu jugalah yang akan membaham kamu.
~
ReplyDelete