Bagi saya ini bukan ruangan mengutuk mahupaun mengecam. Blog ini untuk berkongsi pendapat bukan emosi, dengan harapan apa yang di nukilkan menjadi satu pedoman untuk sama-sama kita berfikir tentang hebatnya islam.
Pada pendapat saya, apa yang cuba ditonjolkan oleh TV3 adalah satu menifestasi slogan satu malaysia yang menjadi matlamat dan halatuju negara ketika ini. Untuk menjayakannya saja, kerajaan membelanjakan satu jumlah yang cukup besar. Hinggakan untuk mendapat peruntukkan yang lebih untuk program MPP meletakkan nama 1 Malaysia di belakang program.
1 Malaysia dilihat sebagai satu agenda murni yang mana bertujuan menyatupadukan rakyat. Perpaduan menjadi satu agenda penting pemerintah, ini adalah sesuatu yang patut disambut baik. islam sendiri mengajar kita untuk bersatu padu. Dalam surah Al-Hujurat Allah berfirman ; Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudia kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali, sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa,Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia,saranan 1 malaysia dilihat selari dengan ayat diatas, yang mana kita sebagai umat islam digalakkan untuk berkenal-kenalan dan mengetahui budaya dan pemikiran kaum lain. Jadi sebagai seorang muslim saya menyambut baik saranan 1 Malaysia, dalam lingkungan pemahaman secara konseptual saya bahawa 1 Malaysia ini untuk perpaduan dan perkongsian tentang budaya dan adat.
Tapi melihat iklan TV3 baru-baru ini mengubah persepsi dan pandangan saya tentang gagasan ini. Masakan tidak saya melihat slogan ini seolah-olah ingin menghapuskan sempadan aqidah yang ada. Ingat agama disisi Allah adalah Islam. Sebarang pencampuran dalam agama adalah syirik, saya rasa tidak perlu saya tunjukkan ataupun saya buktikan apa pencampuran agama dalam iklan TV3 baru-baru ini. Carilah di laman- laman dan di blog-blog.
Pada hemat saya, apa yang ditonjolkan oleh TV3 adalah satu tanda untuk meraikan gagasan 1 Malaysia.
persoalannya apakah yang tidak betul disini?
TV3? ataupun 1 malaysia?
Adakah konsep ini disalah ertikan oleh TV3?. Saya merasakan, disalah ertikan adalah perkara yang mustahil kerana TV3 sebagai agen untuk kempen 1 malaysia sudah pastilah mereka pihak yang paling faham tentang konsep ini.
Kalau begitu konsep ini salahlah?
Sama-sama kita fikirkan, kalau pemerintah melakukan sesuatu perkara yang boleh merosakkan Aqidah, sebaiknya ditegur, kalau tiada perubahan, eloknya tukar.
Aku faham maksud penulis diatas pada ayat-ayat terakhir beliau. Konsep menyatupadukan tu betul tp ada yang mengambil kesempatan utk 'menyebarkan' atas konteks yg betul tu td. Ini untuk mengaburi orang-orang yg tidak mahu berfikir dgn lebih waras dan panjang,sedang berfikir itulah antara tujuan manusia hidup diatas muka bumi kerana kita diberikan oleh Allah SWT akal dan fikiran. Sebahagian maksud surah Al Baqarah ayat 20: " Sesungguhnya orang-orang kafir itu (Yahudi dan Nasrani) tidak akan sesekali redha akan kamu (wahai Muhammad) sehingga kamu menuruti akan agama meraka.."
ReplyDeleteSekian,Wasssalam..
stargazer