January 18, 2012

Aku mati untuk semua anak di China

Dinasti Ching yang diasaskan orang Manchuria pada tahun 1644 telah menjadi amat lemah pada hujung abad ke-18.

Pada tahun 1841, British yang berdendam kerana candu yang diimport dimusnahkan oleh pegawai tinggi China telah menyerang China.


Tentera Dinasti Ching gagal mempertahankan negara, menyebabkan Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan New Territories dijadikan tanah jajahan British pada tahun 1842, 1860 dan 1898 masing-masing.

Empress Dowager (Bonda maharaja) Cixi yang merupakan tok dalang kepada maharaja budak pada masa itu telah membina taman rekreasi mewah peribadi dengan peruntukan untuk memperkembangkan kapal-kapal tentera laut.

Oleh yang demikian, dalam Peperangan Sino-Jepun 1895, tentera laut dengan peralatan yang uzur terpaksa menerima cabaran tentera laut Jepun yang moden. Akibatnya, tentera laut Dinasti Ching dihapuskan sama sekali, dan Taiwan dijadikan tanah jajahan Jepun.

Dr. Sun Yat-sen, seorang doktor perubatan, telah mengetahui bahawa kerajaan yang begini mesti digulingkan. Beliau menjelajah ke sana sini untuk mendapatkan sokongan ramai, termasuk Tokyo, London, Pulau Pinang, Singapura dan Honolulu. 

 
Di Pulau Pinang, Dr. Sun telah menerbitkan akhbar Kwong Wah Jit Poh, yang merupakan suratkhabar tertua di antara suratkhabar berbahasa Cina yang masih beroperasi di dunia kini. 

Akhirnya, pada 10 Oktober 1911, revolusi telah bermula di kota Wuchang, dan diikuti dengan ledakan rakyat yang sama di seluruh negara. Akhirnya, pemerintah maharaja telah digulingkan dan digantikan dengan sistem republik. Pada 1 Januari 1912, Republic of China telah diasaskan, dan 10 Oktober ditetapkan sebagai hari kebangsaan untuk memperingati Kebangkitan Wuchang. 

Badan-badan yang ditubuhkan Dr. Sun pula distruktur semula dan dinamakan Kuomintang (Parti Nasionalis) dan menjadi pemerintah.


 Seorang wanita perjuang Revolusi China pada tahun 1911, sebelum menghadapi hukuman pancung dia ditunjukkan gambar dua orang anaknya supaya dia meminta ampun kepada maharaja ketika itu.

Lalu di nyatakan kepadanya' " Jikalau kamu mati, dua orang anak ini akan kehilangan ibu mereka".

Dengan yakin dan sebak beliau menjawab," Aku mati untuk semua anak di China".

Inilah pengorbanan yang besar maknanya, yang mana berkorban untuk kepentingan ummat bukan untuk kepentingan diri dan orang tersayang.

Tidak semua orang mampu, hanya yang terpilih dan memilih sahaja mampu lakukan.