January 20, 2012

Anak Muda + Orang Tua??

Anak muda merepakan satu golongan yang mempunyai tenaga yang banyak dan darah yang panas, anak muda mampu melawan dan memberi tentangan yang hebat dalam perjuangan untuk menegakkan apa yang diperjuangkan. Ini sudah terbukti dalam sejarah, lihatlah mana sejarah pun, gerakkan yang digerakkan anak muda kebanyakkan mencapai kejayaan yang membanggakan.


Orang tua adalah golongan yang mempunyai umur yang panjang, dan orang tua yang mengisi umurnya dengan menilai dan memgambil pengajaran dari pengalamannya merupakan orang tua yang penuh dengan hikmah. Umur yang panjang juga membentuk orang tua tersebut dengan ketokohan dan karisma. Pengalaman yang mengajarnya menjadikan jiwanya kekar disebalik tubuh yang lemah.

Anak muda sering kali bertelagah dengan orang tua, kenapa? anak muda mumpunyai pandangan dan persepsi yang sering bercanggah, darah muda yang panas itu sering kali tidak sabar dan tidak faham dengan tindakan si tua yang dianggap lambat dan lembik. Lebih teruk lagi bila mana hikmah tindakan si Tua tidak difahami oleh anak muda. Jiwanya akan memberontakkan dan melawan sehabis daya. Mulalah sikap kurang ajar dan tiada adab lantaran tidk sekepala dan tidak saling memahami.

Persoalannya, perlukah anak muda dan orang tua bersama? 

Jikalau perlu adakah boleh bersama dua golongan yang sering tidak sekepala ini? 

Sejarah membuktikan satu kejayaan yang hebat datang dari kalaborasi anak muda dan orang tua. Syaratnya masing-masing perlu memainkan peranan dan masing-masing perlu saling meraikan dan memahami. 

 Islam mengajar satu formula yang cantik untuk menyatukan kedua pihak ini iaitu yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Andai formula ini diaplikasikan sudah pasti satu ketumbukkan yang hebat dan mantap akan dilahirkan.

Buktinya?

Revolusi Iran yang berlaku pada tahun 1978, merupakan satu kejayaan yang besar menggulingkan pemerintahan zalim Shah Iran. Yang menggerakkan revolusi ini adalah anak muda, manakala tokoh pemikir dan tokoh yang menunjangi Revolusi ini adalah Ayatullah Khomeini. 

Revolusi China 1911 yang menjatuhkan pemerintahan beraja di China dan digantikan dengan Republik China juga merupakan satu gerakkan yang ditunjangi  dan digerakkan oleh Dr. Sun Yet, manakala anak muda sebagai front liner pertempuran dengan pihak pemerintah.

Nah, dua revolusi hebat hasil penyatuan anak muda dan orang tua, bukan ini sahaja banyak lagi yang dapat dijadikan contoh. Anak Muda dan orang tua saling melengkapi dan memerlukan, perlunya penyatuan kerana dalam gerakkan perlunya pengalaman dan tenaga. Jemaah islam sepatutnya umpama sebuah banggunan yang mana saling mengukuhkan antara satu sama lain. Bukannya saling menyalah dan bertelagah kerana ego masing-masing. 

Jangan anak muda dan orang tua bertelagah yang zalim terus gah!.
 
Sekian