January 16, 2012

Bagaimana Dengan Anak Al-Khattab Ini?

Ketika Ibrahim satu-satunya putera Nabi s.a.w sedang sakit teruk, Nabi s.a.w pergi melawat ketika itu anak lelaki kesayangan Nabi s.a.w itu sedang terbaring di atas ribaan ibunya Maria. Umurnya ketika itu baru berusia 16 bulan (setahun empat bulan). 



Ketika putera Nabi s.a.w itu terbaring dengan nafasnya tercungap-cungap, maka Nabi s.a.w merasa amat dukacita lalu bersabda: “Wahai Ibrahim, kami tidak boleh menolak ketentuan yang Allah telah tetapkan”. 

Tidak lama selepas itu wafatlah Ibrahim satu-satunya putera Nabi s.a.w dan ketika Nabi selesai menguburkannya dengan linangan air mata Nabi bersabda: “Wahai Ibrahim apabila datang kepadamu dua malaikat maka katakanlah kepada mereka Allah tuhanku, Rasulullah s.a.w itu bapaku dan Islam itu agamaku”. 

Tiba-tiba Nabi s.a.w menoleh ke belakangnya dan mendapati Sayyidina Umar Al-Khattab sedang menangis teresak-esak berlinangan airmatanya lalu Nabi s.a.w bertanya: “Mengapa kamu menangis wahai Umar?”

Jawab Sayyidina Umar Al-Khattab: “Wahai Rasulullah, anakmu itu masih belum baligh dan masih belum pandai bercakap tetapi engkau ajar dia (talqinkan) untuk menjawab soalan dua malaikat di dalam kubur, bagaimana dengan anak Al-Khattab ini, diriku ini, yang sudah dewasa dan boleh berkata-kata, maka siapakah yang akan mentalqinkan dan mengajarkan aku ketika aku akan menghadapi dua malaikat ini nanti” apakah aku mendapat orang yang mengajarkanku seperti engkau wahai Rasulullah (apakah akau dapat menjawab soalan di dalam kubur nanti)?” 

Maka turunlah ayat: Allah taala akan menetapkan hati-hati orang yang beriman dengan perkataan (iman) yang kukuh di dunia dan di akhirat (di dalam kubur) dan menyesatkan orang-orang yang zalim dan dia yang melakukan apa yang dia kehendaki. 
(Surah Ibrahim:27)

Jikalau putera Nabi s.a.w yg bersih dari dosa pun diajarkan Nabi s.a.w dengan perkataan yang kukuh untuk menajawab soalan kubur dan jikalau Sayyidina Umar sahabat besar Nabi s.a.w yang dijamin syurga pun menangis teresak-esak takutkan soalan kubur dan malaikat yang menyoal jawab, apakah nasib kita nanti di dalam kubur? 

Bagaimana denga nasib kita yang banyak melakukan dosa? 

Apakah kita mampu menjawab soalan kubur? 

Ya Allah tetapkanlah imanku dengan hujah (kata-kata) yang kukuh di dunia dan di akhirat. Ya Allah jadikanlah kata-kata kami yang terakhir “Laa Ilaha Illallah”.