Apabila dibawa kehadapan Rasulullah s.a.w dan di sahkan bahawa dia bersalah meminum arak, Rasulullah s.a.w memberi arahan kepada para sahabat supaya memukulnya. Mengikut riwayat ada sahabat yang memukul dengan tangan kosong, ada yang memukul dengan kasut, dan ada yang sampai membuka baju untuk memukul dengan baju.
Kemudian Rasulullah s.a.w memberi arahan supaya berhenti, dan semua sahabat akur akan arahan itu. Tiba-tiba seorang sahabat berkata dengan penuh amarah " Allah menghina kamu dan hidupmu", ternyata Rasulullah tidak bersetuju dan marah dengan tidakan sahabat itu dan menegurnya dengan menyatakan jangan kata begitu dia ini sudah menerima hukuman, cukuplah jangan kamu bantu kerja syaitan!.
Bantu syaitan.
Para pembaca sekalian, tugas syaitan adalah menyesatkan manusia. Itulah perjanjian syaitan dengan Allah sejak dibuang dari syurga lagi. Jadi bertitik tolak dari perjanjian ini syaitan melakukan pelbagai cara untuk membawa manusia jauh dari tuhan.
Dengan menghina dan mencerca orang lain, bukankah perkara itu akan memberi kesan kepada orang yang kita hinakan yang kita cerca.
Yang pertama adalah menimbulkan kebencian dihati. Sudah pasti orang itu makin jauh dengan kita, hasilnya permusuhan yang sangat dibenci dalam islam. Permusuhan akan membawa kepada lebih banyak kejahatan, dari pemusuhan akan timbulnya sifat dengki dan khianat. Sifat ini akan membawa kemusnahan dalam institusi keluarga dan masyarakat.
Amat malang andai yang bermusuhan itu adalah dikalangan saudara seislam, sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda "tidak sempurna iman setiap kamu sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri".Dalam riwayat lain juga menyatakan tidak cium bau syurga mereka yang tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari.
Yang keduanya adalah kesan pada orang yang dihina, sudah pasti mereka akan rasa rendah dan putus asa.
Yang mana kesan bagi yang kedua ini adalah melemahkan orang yang sebegini untuk berubah. Sedangkan untuk menjadi seorang yang lebih baik kita perlukan perubahan. Ya kesedaran adalah asas kepada perubahan mungkin kata-kata kita dapat memberi kesedaran kepada orang yang dihina. Tapi tanpa semangat dan keinginan kesedaran adalah sia-sia. Kita perlu sentiasa membantu dan memberi motivasi kepada seseorang dalam melakukan perubahan.
Dakwah.
Sebagai orang yang bawa dakwah islam, kita mestilah mengikut dan mencontohi dakwah Rasulullah s.a.w yang mana baginda tidak menghina dan merendahkan orang lain. Ingat Rasulullah adalah contoh terbaik dalam menjalankan dakwah,dalam Al-Quran juga mengajar kita cara berdakwah yang berkesan.
Yang pertama adalah dengan hikmah yang mana kita perlu berdakwah dengan cara yang berhikmah dan tidak menyakiti hati orang yang kita tegur. Yang kedua adalah dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik, iaitu 'dakwah bil hal' bila kita punyai perangai dan sikap yang baik ternyata orang akan lebih percaya kita dan dakwah yang kita bawa. Yang terakhir adalah dengan berdebat, kita bukan berdebat untuk menang tetapi untuk mencari kebenaran juga untuk menyampaikan dakwah kita.
Para penggiat Dakwah sekalian,
Kita boleh kutuk, hina, cerca orang yang menghalang dakwah kita tapi apakah kebaikan untuk dakwah?
Elokkah orang tu?
Cantikkah masyarakat?
tersebarkah Dakwah?
Saya tinggalkan persoalan ini untuk sam-sama kita fikirkan.
No comments:
Post a Comment