Isu-isu yang dimainkan secara hangatnya dalam media seperti mendoakan orang kafir, orang kafir masuk masjid, dan baru-baru ini iklan TV3 cukup menarik minat rakyat negara Malaysia ini. Media menggempur isu-isu ini dengan hebatnya. Bayangkan untuk satu isu sahaja berapa muka surat akhbar-akhbar habiskan, tidak kurang banyak juga minit yang dihabiskan untuk media massa mengulas isu ini. Sekecil-kecil ustaz hingga sebesar-besar Ulama' dipanggil untuk diwawancara.
Ada dua perkara yang dapat saya simpulkan dari apa yang berlaku kini. Pertama masyarakat kita yang ada pada hari ini jahil tentang agama dan yang kedua adalah sensitiviti agama.
Masyarakat jahil agama.
Pahit untuk mengungkapkan kenyataan ini. Hakikatnya saya juga mahasiswa yang mana tergolong dalam susun lapis masyarakat. Ya! realiti hari ini menunjukkan betapa jahilnya masyarakat kita. Jika tidak masakan setiap isu yang keluar masing-masing melatah. Para pembaca yang nak dihormati, cuba kita fikirkan mengapa perkara ini berlaku dalam masyarakat yang sudah 53 tahun merdeka. Bayangkan 53 merdeka tapi cetek pengetahuan agamanya.
Adakah sistem pendidikan hari ini tidak cukup untuk membentuk satu masyarakat yang berilmu. Ataupun sistem yang ada pada hari ini hanya khusus membentuk teknokrat yang
hanya hebat pengetahuan sains dan teknologi tetapi buta agama.
Adakah kewujudan sekolah-sekolah agama, ataupun subjek agama tidak cukup mendidik masyarakat?. Di mana silapnya? sukatan pelajarankah? atau suasana pendidikan yang membunuh graduan-graduan ini. Andai dinilai kembali, kebanyakkan graduan-graduan agama ini tersungkur di peringkat matrikulasi mahupun pengajian tiggi. Saya juga sebahagian dari mereka tapi Alhamdulillah setakat ini masih tegak berdiri, semoga tidak tersungkur. Sedih memikirkan keadaan semasa, terutama melihat sahabat-sahabat yang ilmu agama hanya habis di atas kertas peperiksaan. Hasilnya lahirlah masyarakat jahil hari ini.
Sensitiviti agama
Para pembaca yang dikasihi. Benarkan Masyarakat kita sensitif terhadap agama?.
Mengapa saya timbulkan persoalan ini. Bukankah apa yang terjadi sudah cukup menunjukkan masyarakat kita sensitif. Lihat saja kecaman yang diterima oleh pihak TV3, pada pandangan saya cukup teruk. Populariti yang dimiliki selama ini seolah-olah jatuh menyembah bumi. tidak cukup dengan itu lihatlah isu orang kafir masuk masjid, lihatlah tomahan dan luahan tidak puas hati yang dicatatkan di dada akhbar mahupun di wall-wall facebook.
Tapi bila difikirkan kembali, adakah itu reaksi yang tulen dan jitu. Maksud saya, saya melihat kemarahan dan reaksi itu lebih kepada pengaruh media. Lihat saja bagaimana peranan media dalam menimbulkan reaksi dan membangkitkan semangat orang ramai. Lihatlah berapa muka surat didada akhbar, berapa saat di kaca TV, demi untuk menunjukkan mana yang benar dan salah mengikut pandangan mereka.
Jadi sensitifkah masyarakat kita?
Pembaca sekalian realitinya, di negara kita banyak perkara yang malanggar batasan dan syariat agama secara terang-terangan.
Kemasukkan filem-filem asing yang menjatuhkan moral dan bertentangan denagan ajaran islam.
Lagu-lagu yang memuja manusia lebih dari tuhan.
Konsert-konsert yang melalaikan dan menggalakkan zina.
Tak cukup dengan filem asing, filem tempatan juga lebih banyak menunjukkan contoh yang menghancurkan moral dari nilai moral yang ada.
Kemasukkan budaya asing yang jauh bertentangan dengan norma kehidupan seorang muslim dan mukmin.
Di atas adalah segelintir senario yang berlaku dalam negara kita, dihadapan mata kita, tapi malangnya masyarakat hari ini seolah-olah redha dengan perkara-perkara diatas. Tidak banyak yang menentang melainkan golongan yang sedikit. Ingatlah di dalam Al-Quran ada 65 ayat yang menyatakan golongan penderhaka pada tuhan ini golongan yang ramai.
Saya tinggalkan satu persoalan terakhir buat pembaca untuk dijadikan renungan..
Tatkala Al-Quran Sunnah di pinggirkan dalam pentadbiran, berapa banyak kecaman dan tomahan dari masyarakat?
Sensitifkah masyarakat pada hari ini?
No comments:
Post a Comment