Skudai, 23 Sept: Pertukaran tempat solat hajat tidak menghalang Pro-Mahasiswa UTM untuk mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah S.W.T untuk memberi keadilan bagi perbicaraan Kes "Rosmah Puaka" yang akan dibicarakan di Mahkamah Jalan Duta esok.
Majlis solat hajat yang sepatutnya diadakan di Surau Asy-Syakirin, Kolej Tuanku Canselor terpaksa ditukar tempat kerana berlaku litar pintas di blok bangunan yang menempatkan surau kolej tersebut.
Pihak Pro-M masih belum dapat mengenal pasti punca berlakunya lintas pintas tersebut sama ada belakunya unsur sabotaj daripada pihak-pihak tertentu.
Majlis solat hajat tersebut dimulakan dengan ucapan daripada aktivis Pro-Mahasiswa UTM, saudara Mohd Azami yang menceritakan serba sedikit tentang fakta kes "Rosmah Puaka" tersebut.
Kemudian, solat hajat diadakan dengan dipimpin oleh saudara Mohd Khairul Syam daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
Ketua Jabatan Kebajkan & Pelestarian Kampus Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM, Saudara Ku Abdul Muhyi Ku Abdul Hamid yang ditemui selepas majlis tersebut berkata sebagai mahasiswa, kita berharap agar isu yang dibangkitakan ini dapat diadili dengan sebenarnya oleh Badan Kehakiman.
"Kita tidak mahu atas kepentingan pihak tertentu, sistem kehakiman kita dicalari oleh unsur-unsur yang tidak sepatutnya. Kita mahu keadilan ke atas semua pihak. Kita tidak mahu keadilan kepada pihak yang berkepentingan, manakala pihak tidak berkepentingan tidak diberikan hak yang sebenarnya dan diabaikan" tegas beliau sebagai harapan terhadap integriti badan kehakiman.
Sementara itu seorang mahasiswa yang ditemui, Muhammad Ibrahim Khalil Noh berkata agar isu ini dapat diadili dengan sebenarnya dan tidak bersifat berat sebelah seperti kes perlucutan jawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang dikatakan pada tersebut Perdana Menteri yang berkuasa mutlak dalam membuat keputusan manakala ketika berlaku kes yang sama di negeri Perak pada tahun 2009, Sultan pula yang dikatakan berkuasa mutlak.
"Justeru, kita mahu perbicaraan kes ini dapat mengembalilahkan integriti Badan Kehakiman Negara yang telah tercalar serta keyakinan rakyat terhadap badan tersebut" harapan beliau.
Pada 29 Jun 2009 yang lalu lima mahasiswa Universiti Malaya telah diheret ke mahkamah atas tuduhan menghina isteri perdana menteri Rosmah Mansur dengan contengan hasutan ketika dalam lawatannya ke Universiti perdana itu.
Bermula dari tarikh berkenaan sehingga ke hari ini kita dapati kes ini masih belum selesai sehinggalah esok, 24 september 2010 kita bakal menantikan keputusan dakwaan itu samaada wujud kes atau dibebaskan.- Admin
No comments:
Post a Comment