September 25, 2011

ISA, kerajaan jujurlah.

Pada malam hari Malaysia 2011, seluruh negara dikejutkan dengan satu pengunguman yang terkandung dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena sambutan hari Malaysia. Yang mana ucapan yang bersejarah itu berbunyi;


“Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan terus”

Najib Razak

Seperti yang dijangkan pengunguman seperti ini akan mendapat perhatian yang sangat memberansangkan daripada setiap golongan masyarakat Malaysia. Suka untuk saya beri perumpamaan bahawa pengunguman ini boleh diibaratkan seperti guruh yang mana guruh akan memberi berita gembira iaitu hari akan hujan, dan dalam masa yang sama memberi ketakutan kepada orang yang mendengarnya.

Berita ini merupakan satu berita yang mengembirakan rakyat Malaysia yang inginkan undang-undang yang lebih adil dalam masa yang sama inginkan demokrasi lebih terbuka. Ia juga membawa satu berita yang menakutkan kerana takut-takut akta yang mengantikannya merupakan akta yang lebih zalim dan menekan.

Penentangan terhadap ISA

Penentangan terhadapa ISA bukanlah perkara baru malahan sudah bermula sejak awal pengenalannya lagi. Akta ini dilihat sebagai satu akta yang zalim mengugah hak asasi manusia. Malahan akta ini tertakluk sepenuhnya dibawah kuasa Menteri Dalam Negeri, yang mana ini membuka ruang seluas-luasnya untuk berlakunya salah guna kuasa, inilah yang diingatkan oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi dalam parlimen ketika akta ini dibentangkan.


Hal ini adalah kerana berdasarkan akta ini tertuduh ditangkap dan tidak langsung diberi ruang untuk membela diri.  Lebih buruk lagi tiada mahkamah dinegara ini yang boleh mencabar kuasa Menteri dalam negeri dibawah peruntukan Syeksen 8 ISA. Ini termasuk mahkamah persekutuan yang mana merupakan mahkamah tertinggi negara.

Kewujudan Gerakan Mansuh ISA (GMI)  juga dilihat mendapat sambutan dikalangan masyarakat, ini dapat dibuktikan dalam satu perhimpunan anjuran GMI, yang mana mendapat kehadiran yang ramai dari berbilang kaum. Retetan perjuangan untuk menghapuskan ataupun pemansuhan ISA berlaku sekian lama dan akhirnya mendapat hasil yang baik yang mana sempena hari Malaysia 2011 ISA telahpun dimansuhkan.

Penyalah Gunaan ISA

Setelah sekian lama ISA menjadi satu senjata kerajaan yang digunakan sewenang-wenangnya daripada sejumlah bahan bacaan dan jurnal-jurnal yang telah saya baca, dapat disimpulkan bahawasanya selepas zaman komunis ISA banyak digunakan untuk menghentikan pergerakkan musuh, menakut-nakutkan musuh dan juga sebagai pelindungan kepada kes-kes berkolar putih.

Sebagai contoh dalam ops lalang yang mana berlaku pada tahun 90-an kebanyakkan yang ditangkap adalah pemimpin pembangkang yang lantang mengkritik kerajaan. Juga berlaku dalam kes memali yang mana akibat mengelak daripada ditahan dibawah akta ISA yang dianggap zalim As-Syahid dan 14 orang anak muridnya terbunuh dalam satu serangan polis.


Dalam buku terbaru Saari Sungip iaitu Sengsara Kem Kemunting juga diceritakan tentang beberapa tahanan yang ditahan untuk melindungi salah laku yang dilakukan oleh pihak kerajaan, tahanan dijadikan kambing hitam untuk membolehkan kerajaan cuci tangan.

Sebagai contoh dalam kes pemalsuan kad pengenalan di Sabah, yang mana tertuduh menyatakan dia menerima arahan daripada pihak kerajaan untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat Filiphina demi untuk  memenangkan kerajaan di Sabah. Yang mana pada masa itu Sabah dikuasai oleh parti pembangkang iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS).

Pendirian Terhadap ISA

Sudah terang lagi bersuluh, ISA merupakan satu akta yang boleh digunakan sewenang-wenangnya, dalam masa yang sama dapat dijadikan senjata untuk pemerintah mengekalkan kuasa, sekali gus menghalang dan menyekat kebebasan demokrasi yang didukung oleg perlembagaan Malaysia itu sendiri.

Sebagai seorang rakyat yang mempunyai kuasa kita haruslah berpendirian menetang ISA ataupun apa sahaja akta yang zalim.

Kita harus faham bahawasanya kita menentang ISA bukan kerana ISA digunakan untuk menangkap banyak pemimpin kita, bukan kerana ISA menganggu pergerakkan kita, bukan kerana ISA membantu penguasa.

Kita menentang ISA kerana kezaliman ISA. Renung dan hayatilah firman Allah dalam surah As-Syura ayat 42

Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa Hak. mereka itu mendapat azab yang pedih.

Harapan Dalam Pemansuhan ISA

 

Besar harapan untuk melihat undang-undang yang mengantikan ISA mengamalkan keadilan kepada rakyat.

Sudah semestinya kita tidak mahu melihat ISA yang hari ini dimansuhkan hakikatnya hanya menukar nama kepada yang lain, dengan kekejaman yang sama, dengan akta sama, yang berubah hanya nama.
Juga kita tidak mahu melihat ISA yang zalim ini ditukar dengan satu undang-undang ataupun akta yang lebih zalim dan menekan.

Jika ini yang berlaku ternyatalah bahawa ucapan yang dianggap bersejarah ini hanyalah mainan politik kerajaan semata-mata. Andai ini yang berlaku hancurlah harapan tulus rakyat ini ingin melihat Malaysia menjadi satu negara yang terbuka demokrasinya dan adil.

Kesimpulan

Buat masa sekarang apa yang boleh kita lakukan adalah tunggu dan lihat apakah tindakan seterusnya kerajaan. Dan sudah semestinya andai akta yang ada selepas ini adalah sezalim ISA kita tetap akan lawan, hinggalah tertegaknya keadilan.

Semestinya keadilan hanyalah dapat dicapai dengan meletakkan Islam sebagai penyelesaiannya. Sungguh Islam telah mengatur dan menetapkan bagaimana mahu mengurus manusia. Andaikata kita mengambil selain dari Islam maka berlakulah kerosakkan lantaran kezaliman yang kita lakukan.

No comments:

Post a Comment