September 30, 2011

Hari Ini Islam di Hina Depan Mata Kita


Beberapa lama sebelum ini umat Islam telah digemparkan dengan karikatur yang menghina Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, yang mana perkara ini menerima bantahan dan protes dari seluruh dunia islam. Karikatur yang berasal dari Denmark ini secara terang-terangan mengutuk dan menghina peribadi Rasulullah, yang mana karikatur ini mula ditayangkan pada September 2005. 

Penulis karikatur ini adalah Kurt Westergaard menerima bantahan dari seluruh umat islam, malahan diugut bunuh sehingga terpaksa tinggal di dalam bilik kebal di rumahnya dan mendapat pelindungan dari polis Denmark.

Namun perkara ini tidaklah menjadi kejutan kerana sudah pasti sebagai seorang yang bukan Islam Kurt Westergaard memusuhi Islam dan menunjukkan pemusuhannya. Penghinaan dan kutukan dari seorang yang bukan Islam pada hakikatnya bukanlah perkara baru, tetapi sejak zaman bermulanya sejarah kehidupan manusia sudah menjadi janji Iblis untuk menyesatkan manusia. Sebagaimana kata-kata iblis yang dirakamkan dalam kalamuallah dalam surah As-Sad ayat 82 yang bebunyi;

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau Aku akan menyesatkan mereka semuanya.


Perkara yang menjadi satu kejutan besar adalah situasi yang berlaku dalam negara kita baru-baru ini. Iaitu munculnya karikatur yang menghina hukum perundangan Islam yang mana hukum ini secara terang dan jelas dinyatakan dalam Al-Quran yang sudah dijamin keasliannya hingga hari kiamat.


Lebih malang lagi perkara ini bukanlah berlaku di dalam sebuah negara yang memusuhi Islam dan dalangnya juga bukan orang yang bukan islam. Ini berlaku dalam sebuah negara yang diishtiharkan negara Islam, malahan dalangnya adalah orang Islam sendiri.

Lebih memilukan karikatur ini tidaklah muncul dalam akhbar-akhbar picisan yang tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, tetapi akhbar arus perdana yang sudah menjadi bacaan harian masyarakat malaysia dan lidah rasmi kerajaan Malaysia.

Agenda Musuh

Benarlah sebagaimana yang dinyatakan Rasulullah dalam sabdanya bahawa umat Islam pada hari ini akan mengikut jejak langkah orang yahudi dan Nasrani hatta hingga ketempat yanghina seperti lubang biawak.

Sabda Nabi; Daripada Abu Sa,id Al-Kudri ra. Berkata, bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda, “kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kamu maksudkan?” Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Berjayalah agenda musuh Islam untuk menyesatkan umat Islam, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120;
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. 
Kesan

Sedar atau tidak kesan dari apa yang berlaku adalah besar. Yang pertama adalah dari sudut orang Islam itu sendir, yang mana orang Islam akan makin kurang faham dan penghayatan terhadap Islam, keindahan dan keadilan Islam akan kabur dari pandangan umat Islam dan keimanan seorang muslim itu sendiri akan terhakis.

Yang kedua kesan kepada orang bukan Islam yang mana mereka akan bertambah kurang faham kepada agama Islam, lebih malang lagi adalah timbulnya ketakutan terhadap sistem perundangan Islam. Maka cahaya Islam akan makin jauh dari meraka sedangkan Islam itu merupakan rahmat kepada sekalian ummat.

Secara umumnya Islam akan dilihat hodoh, buruk, serta ketinggalan zaman atau kolot. Puncanya bukanlah datang dari musuh-musuh Islam tetapi datang dari orang Islam yang memilih untuk menjatuhkan Islam.

Punca

Andai kita perhatikan dan mengkaji tentang perkara ini punca berkunya perkara seperti ini tidak lain tidak bukan adalah kerana cetaknya ilmu dan kurangnya kesedaran terhadap agama Islam itu sendiri. Akibat dari kurangnya ilmu mereka meletakkan  Islam jauh dari kehidupan malahan meletakkan Islam tempat terakhir dari carta kepentingan mereka.

Hasilnya demi untuk mencapai matlamat peribadi segalanya dikorbankan termasuklah agama dan pendirian. Demi untuk mengekalkan kuasa atau menjatuhkan musuh, tanpa segan silu mereka menghina Islam. Tanpa memikirkan kesan terhadap ummat dan diri mereka di hadapan allah kelak, mereka meletakkan Islam ditempat yang tidak sepatutnya.

Islam bukan sekadar hanya di masjid tetapi Islam itu dimana-mana, hatta dalam setiap bidang lapangan. Baik ekonomi, politik, perundangan, malahan Islam mengatur kehidupan kita dari mula buka mata sehinggalah tutap mata.

Tindakan

Sebagai seorang Islam menjadi satu tanggungjawab kita untuk memebela Islam walau dengan apa cara sekalipun bersesuaian dengan kemampuan kita, sabda Rasulullah s.a.w; “Barangsiapa diantara kamu yang melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika ia tidak mampu, maka ubahlah dengan lisannya; dan jika tidak mampu, (ubahlah) dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman.” (HR Bykhari, Muslim, dan Ashabus Sunan).

Perkara yang berlaku ini merupakan satu kemungkaran, jika Kurt Westergaard menghina peribadi Rasulullah kita berasa begitu marah, maka kita sepatutnya lebih marah lagi dengan karikatur ini, kerana ianya mengutuk perjuangan Rasulullah s.a.w. Yang mana tujuan Rasulullah diturunkan adalah untuk membawa Islam, dan memperjuangkan Islam.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulan kita haruslah memainkan peranan sebagai seorang muslim yang bertanggungjawab terhadap agama kita. Segala perkara yang boleh merosakkan agama atau menimbulkan salah faham terhadap Islam haruslah kita bela dan memperbetulkan tanggapan masyarakat kepada Islam.

Kitalah yang harus menunujukkan Islam ini rahmat dari tuhan, yang mana Islam menyinar ke sekalian alam. Kita tidak akan rugi sedikit pun kerana Islam ini sedah dijamin Allah, walau apa pun yang cuba dilakukan oleh musuh allah hujungnya pasti tidak akan mencapai kejayaan dan menemui kegagalan. Buat akhirnya hayatilah firman Allah dalam surah  As-Saff ayat 8,9, dan 10;
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.