October 3, 2011

Hudud: Berilah Kelantan peluang.

Perjuangan kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan Hudud sebagai satu reliti bukanlah perkara baru, tetapi sudah bermula sejak awal pemerintahan Parti Islama Se-Malaysia (PAS) di Kelantan, seawal tahun 1990. Malangnya keinginan kerajaan negeri pada masa itu terhalang oleh Mageran yang diadakan berikutan krisis dalaman negeri Kelantan pada masa itu dan situasi yang tidak aman dalam negeri akibat dari rusuhan yang berlaku.

Seterusnya perkara yang sama berlaku di terengganu, yang mana ketika PAS memerintah Terengganu sekali lagi Parti itu cuba untuk melaksanankan Hudud. Harapan seolah-olah jadi kenyataan apabila Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 diluluskan oleh kerajaan negeri, tetapi undang-undang ini masih menerima sekatan oleh kerajaan pusat dan gagal untuk dilaksanakan. 


Polemik ini terus berterusan hingga hari ini, baru-baru ini menteri besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mula menyuarakan hasrat untuk melaksanakan Hudud di Kelantan, dan sudah pasti mendapat tentangan dan halangan dari pelbagai pihak tidak kurang juga mendapat sokongan dari pihak yang lain. 

Penentangan dan sokongan 

Apabila kita menyebut tentang melaksanakan Islam dan membawa misi dakwah, natijahnya hanyalah dua iaiatu sama ada diterima oleh masyarakat sekeliling ataupun mendapat tentangan. Ini sudah menjadi sunnah perjuangan rasul dan ulama’ terdahulu. Situasi ini telah Allah rakam dalam Surah As-Saff ayat 14; 

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam Telah Berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; Maka kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi  orang-orang yang menang.

Ayat ini menceritakan tentang dakwah Nabi Isa as kepada kaum Bani Israil yang mana sesetengah dari mereka bersama Nabi Isa dalam misi dakwah dan menjadi Ansoruallah ataupun pembantu Allah. Yang mana kita dapat lihat kaum Bani Israil pada masa itu terbahagi kepada dua, yang mana separuh dari mereka beriman dan separuh lagi tidak. 

Rasional Hudud 

Hudud merupakan satu peraturan yang diturunkan dari langit, berbentuk satu arahan yang jelas dalam perlaksanaannya. Yang mana iainya bukan ilham dari manusia tetapi ilham dari pencipta manusia. Ianya juga tidak turun sebagai satu pilihan atau option yang boleh kita pilih sama ada mahu melaksanakan atau tidak. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Surah An-Nur ayat 1; 

(Ini adalah) satu surat yang kami turunkan dan kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.

Sebagai seorang yang beragama Islam kita harus yakin denga Hudud sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang terjadi sekarang ini. Dan harus kita tanam dalam-dalam azam untuk melaksakan hukum Hudud di negara kita. 

Ramai yang beranggapan bahawa realiti hari ini hudud tidak kan mendapat tempat malahan agak ketinggalan dari segi pelaksanaan. Ramai yang menyatakan ianya tidak sesuai dan akan membawa implikasi yang buruk. 

Hudud merupakan satu hukum untuk mengatur manusia, yang mana bersesuaian dengan fitrah dan kehendak manusia. Ini bermakna selagi ada manusia di dunia ini selagi itulah hukum Hudud relevan untuk dilaksanakan. Bukankah kesalahan yang sepatutnya dikenakan hukum Hudud masih berlaku lagi sekarang? Jika orang dahulu mencuri, orang sekarang mencuri lebih teruk lagi. Jika orang dahulu berzina sekarang zina lebih berleluasa, jika orang dahulu membunuh, pembunuhan sekarang lebih kejam lagi. Jadi amat Hudud masih rasioanal dan patut dijalankan selagi mana hidupnya manusia di muka bumi ini. 

Keberkesanan Hudud

Persoalan keberkesanan Hudud masih lagi menjadi tanda tanya kepada kita hari ini. Dan persoalan ini tidak akan terjawab tanpa bukti yang dapat kita lihat dengan mata kepala kkita sendiri. Jadi Kelantan sepatutnya diberi peluang untuk membuktikan keberkesanan Hudud. 

Semacam mana kita melayan teori sains, yang mana kita sanggup berhabis wang dan masa untuk membuktikan teori itu dengan eksperimen yang kita jalankan. Begitu jugalah kita harus melayan Hudud. Beri peluang untuk Hudud diimplikasikan di Kelantan dan kajilah kesannya sama ada ianya dapat menyelesaikan masalah yang negara kita hadapai sekarang ataupun tidak.

Orang yang menolak mentah-mentah tanpa memberi peluang untuk membuktikan hukum Hudud itu berjaya atau tidak adalah orang yang tertutup fikirannya dan konservertif! Menolak sesuatu secara total tanpa hujah dan sebab yang rasioanal tanpa memeberi ruang untuk pembuktian adalah satu sikap yang ditolak oleh generasi hari ini. Yang mana lebih dikenali sebagai generasi sains dan teknologi. 

Kesimpulan 

Realitinya Hudud sudah mencapai kejayaan moral. Keberjayaan Hudud dapat dilihat sebelum pelaksanaannya lagi, yang mana ianya ditakuti dan di tentang oleh segolongan manusia. Hudud adalah satu halangan atau sekatan dari Allah untuk kita melanggar perintahnya, sudah pasti dengan Hudud manusia akan jadi takut untuk laksanakan kaejahatan. Ketakutan terhadap Hudud oleh masyarakat dan pemimpin sekarang adalah bukti kejayaan moral Hudud. 

Tunjukkanlah kita ini satu masyarakat yang bertamadun dengan tidak menolak mentah-mentah tanpa memberi peluang yang sepatutnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah lebih sepuluh tahun menyiapkan Kelantan untuk pelaksanaan Hudud, buktinya tiada penentangan dari orang Kelantan itu sendiri. Jangan kita tutup mata dan hati orang bukan Islam untuk lihat indah dan hebatnya Islam memerintah. 


“Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya”.-TNGA