June 13, 2010

Memali Yang Memahat Luka

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..
Ampunilah kami..redhailah kami..
Ya Rasulullah..Ya Rasulullah..
Kami umatmu minta disyafaat..
Duhai Syuhada' tentera Allah..
Jihadmu Suci kami akan turuti..

Bumi Memali mengukir sejarah..
Bergelimpangan jasad kaku dan rebah..
Rayuan ank isteri tidak endah..
Peluru menghambur menghirup darah..
Meradak pejuang kejalan Allah..
Penembak rakus, puas dan megah..

Ledakkan senjata dihentikan duhulu..
Seluruh harta bersih disapu..
Anak-anak ditangkap ibu dibelenggu..
Diseksa dikejam bertalu-talu..
Pedih dan azab bertambah sayu..
Didalam kurungan menahan pilu..

Bersemadi syuhada' penuh syahdu..
Kuburmu diketuk dipecah dipalu..
Makam yang indah menjadi debu..
Tinggalkah nisan daripada batu..
Puaslah sudah sikejam dungu..
Memadam kenangan memahat sayu..

Duhai kawan yang rebah dan gugur..
Daya juangmu tetap digembur..
Penyuluh perjuangan sebagai obor..
Mendidik keturunan yang belum hancur..
Memahat jihad dijiwa luhur..
Sehingga syahid jasad tersungkur..

Barisan angkatan jemaah perpaduan..
Kukuhkan saf menentang kemungkaran..
Menangkap kezaliman menegak keadilan..
Hiaskan diri dengan amalan..
Sedia Berkorban nyawa dan badan..
Untuk islam diredhai tuhan..

Muslimin muslimat Jemaah Islam..
Hidupkan jihad jangan dipadam..
Tegakkan kebenaran dimuka alam..
Walau ditangkap digantung direjam..
Teruskan perjuangan sehingga padam..
Sebagai syuhada' itulah azam

Nasyid Syuhada' Memali