March 18, 2011

Bantahan konsert Sheila Majid 1989



Baru-baru ini Universiti Teknologi Malaysia(UTM) digemparkan dengan isu konsert The Times, yang mana penganjuran konsert ini dubatalkan pada saat-saat akhir. Yang mana kesan daripada pembatalan konsert berlakunya beberapa tindak balas dari pada mahasiswa sama ada yang tidak setuju dan setuju dengan pembatalan tersebut.

Peristiwa konsert di kampus bukanlah perkara baru, bahkan bantahan juga bukanlah satu perkara baru. Pada 1989 berlaku bantahan terhadap konsert Shiela Majid di sebuah Universiti terlama di Malaysia, Universiti Malaya(UM)

Konsert tersebut merupakan anjuran Pusat Kebudayaan untuk mengumpul dana bagi menubuhkan Orkestra Universiti Malaya. Konsert tersebut dianjurkan pada 10 September 1989 di Dewan Tunku Censelor.

Sebelum Konsert.

Pihak yang menentang penganjuran konsert pada masa itu adalah Persatuan Mahasiswa Islam UM(PMIUM), yang mana pada mesyuarat Exco tertingginya setuju untuk menghantar memorandum bantahan dan memberi mandad pada presidennya pada masa itu untuk Ustaz Mohd Yusuf Abdullah untuk membuat kenyataan akhbar sebagai menyatakan pendirian PMIUM mennetang konsert tersebut.

Semasa Konsert.

Pada tarikh konsert dijalankan iaitu pada 10 September 1989. Yang mana pada 7.50 malam, mahasiswa/i mula berkumpul di tempat letak kereta berhampiran Dewan Tunku Censelor. Kemudianya seorang mahasiswa berlari kehadapan Dewan Tunku Censelor dengan bertakbir, menandakan bermulanya demonstrasi. Beliau kemudiannya mengimami solat hajat yang disertai kira-kira 1000 orang mahasiswa. Seusai solat hajat mahasiswa berkenaan menjulang poster sambil melaungkan asma’ husna. Jumlah para demonstan bertambah kepada 2000 orang, yang mana mereka ini melaungkan bahawasanya UM bukan tempat konsert dan hapuskan kemungkaran.



Timbalan Naib Censelor keluar untuk berunding dengan mahasiswa dengan meminta pelajar bersurai, manakala mahasiswa semakin galak dan bersemangat. Pihak pada masa itu mengambil tindakan untuk memanggil pihak polis bagi menyuraikan keadaan.

Episod bantahan ini berakhir dengan tangkapan dan aksi kejar mengejar antara polis dan pihak mahasiswa yang mana 22 orang mahasiswa ditangkap termasuk dua orang exco tertinggi PMIUM, mereka ditahan di jalan pantai dan dibebaskan dengan ikat jamin oleh penasiahat PMIUM pada masa itu.

Pasca konsert.

Hasil dari bantahan ini PMIUM mendapat pelbagai reaksi, selain yang kagum dengan semangat menentang kemungkaran tidak kurang juga yang melontarkan kata-kata penuh prejudis seperti jumud dan anti sosial.

Kesimpulan.

Menentang kemungkaran adalah satu tanggugjawab yang menjadi tuntutan kita pada hari perhitungan nanti. Yang mana dalam menjalankan kerja-kerja dakwah ini, mahu atau tidak kita tidak akan dapat lari dari risiko dan kesusahan, juga cemuhan orang yang menolak dakwah kita.

Gerakan dakwah yang sentiasa mencari jalan untuk mengelakkan diri dihina dan dicemuh kerana risalah islam yang dibawa merupakan satu gerakkan yang boleh dipertikaikan. Yang mana gerakkan ini sentiasa mencari jalan selamat dan menyatakan tentang kebijaksanaan dakwah mereka. Sedangkan layakkah mereka menyatakan mereka ini bijak sedang generasi gemilang para rasul dan sahabat tidak sepi dari tekanan dan cemuhan kerana risalah yang mereka bawa.