December 19, 2011

Didik Dari Rebung: Ini Cerita Tandas

Jam menunjukkan pukul 11.10 masih ada beberapa minit sebelum keretapi ETS Batu Gajah-Kuala Lumpur Sentral datang, aku termanggu keseorangan di Stesen KTM Batu Gajah, ayah dan mak sudah pulang, memang nasibku agak kurang baik hari ini, tiket ETS pukul 10 sudah habis, sedangkan pukul 9.15 aku sedah tercongok di stesen KTM Batu Gajah

Agak kebosanan aku terus bangun menuju ke tandas untuk membasuh muka, sedang aku melihat-lihat cermin, datang seorang ayah dan anaknya yang masih kecil. Umur budak itu lebih kurang dalam 4 atau 5 tahun. Anaknya ingin membuang air kecil dan ayahnya datang untuk membantu. Aku hanya memerhati dari jauh dengan penuh minat.


Apa yang berlaku adalah ayahnya mengarahkan anaknya buku seluar dan mengangkat anaknya untuk membuang air di kawasan yang disediakan untuk orang buang air kecil secara berdiri. Saat itu aku berfikir kenapa tidak diajar anak ini cara buang air ikut sunnah, bukankah Rasulullah sudah ajar caranya?

Daripada Aisyah R.A. :

مَنْ حَدّثَكُمْ أنَّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُوْلُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلَّا قَاعِداً 

Maksudnya: Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk. 

(HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini. Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)

Ini hanya cerita dalam tandas, tapi disebaliknya ada pengajaran yang besar.

Pertama, orang tua-tua kata melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana rebung itu masih lembut mudah dilentur, bila dah jadi buluh susah nak lentur, silap hari bulan boleh melibas kita kembali!

Kedua, pengajaran atau didikan tidak berlaku dalam masa dan tempat tertentu tetapi berjalan setiap waktu, hatta didalam tandas. inilah Tarbiyyah!

Ketiga, anak adalah kain putih, mak ayah  la yang corakkan. Biar cantik coraknya agar sejuk mata memandang, lega hati merasa, selamat di sana.

Keempat, anak adalah anugerah, dalam masa yang sama anak adalah amanah, jangan hanya menikmati anugerah sampai luapa menunaikan amanah!



Dalam mendidik perlukan teknik, malah kita kena sedar akan hakikat bahawasanya jika ingin mendidik kita perlu jadi orang yang terdidik terlebih dahulu.