December 4, 2011

Monolog~

Hidup tak selalu bahagia, kadang perkara yang tidak dijangka menempa derita. Sebagai manusia kita jangan sekali-kali lupa bahawa Allah tetap bersama kita.

Jarang sekali mencoretkan rasa hati di sini. Mungkin perlu juga sesekali. Kalam pantas terbentuk, hasil coretan dari jiwa. Biar dilanda derita, biar pedih duri menyapa, biar sepi tiada siapa. 

Saat sumpah dilafaz, sudah termaktub di dalam coretan takdir. Hakikatnya kena menerima sentiasa kesan kerana ingin memberi pada manusia.


Saat ini aku mula merindu dia. Merindu belaian jiwanya. Kini dia tiada, pergi tanpa kata. Dia memberi ketenangan dalam celotehnya, dalam rajuk marahnya, dalam bebelannya. Saat itu aku hanya tersenyum gembira. Ternyata ketidak sempurnaan itu menyempurnakannya.