May 27, 2012

Aku lautan luas

Aku lautan luas,
Engkau pantai sempadan penggaris daerahku,
Memagar aku dalam ruang lingkup hayatku,
Setia tabah adalah milikmu,
Jadi hadiah setiap kehadiranku, 
Jadi perisai setiap ketiadaanku,
Ingin memetik kejora tujuh warna,
Jadi hantaran ku semat ke dadamu,
Tapi aku terpenjara dalam bentukku,
Lalu karangan isiku sebagai pengganti.

Maafkan aku pantai,
Kerana tengkujuh sebahagian,
Daripada aku,
Tidak bertimbang rasa,
Tidak pernah adil,
Aku keindahan yang membunuh peraih rezeki,
Yang bergantung harap kepada ku,
Menghempas melukai pesisiran perasaanmu,
Aku pecah terluka setiap kali melukakanmu,

Terima kasih pantai,
Kerana memahami laut,
Kerana setia di sisi,
Izinkan laut selalu di sisimu.