July 23, 2012

Coretan Ramadhan


Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini hakikatnya membawa pelbagai erti dan pengertian. Yang menjadi persoalannya adalah bagaimana kita menghayati dan menghidupkan Ramadhan itu sendiri. Kita acapkali memberi paradigma yang salah dan berat sebelah pada Ramadhan yang mana akhirnya ramadhan yang kita lalui jarang memberi kesan kepada kehidupan kita.

Sebagai contoh kita hanya meletakkan Ramadhan sebagai bulan puasa sahaja, dalam contoh yang lain Ramadhan hanya sebagai satu bentuk keraian dan juga sambutan yang kita sambut saban tahun. Akhirnya Ramadhan yang kita lalui sewaktu umur masih belum baligh sama dengan apa Ramadhan yang kita lalui apabila sudah matang.

Islam merupakan satu agama yang paling sempurna dan lengkap dalam alam maya ini. Namun sayang sekali kelengkapan dan kesempurnaan islam itu sering kali cacat. Ya, cacat kerana umat islam itu sendiri. Islam itu dibina atas hujah dan harus disampaikan dengan hujah. Dan hujah inilah yang akan menanam keyakinan kita lebih dalam.

Islam, dalam setiap arahan dan tuntutan dalamnya didatngkan hikmah. Hikmah itu akan dapat kita rasa jika tuntutan itu kita penuhi sepenuhnya dan juga kita dapat rasa kesannya. Puasa juga merupakan satu tuntutan dalam islam dan kesannya adalah Taqwa.

Dan jika ingin kesyurga, Taqwalah antara keperluannya. Selamat berpuasa dan semoga menjadi insan yang bertaqwa, ya!