September 23, 2010

Impak Globalisasi Terhadap Masa Depan Agama Dunia

Globalisasi adalah proses alamiah yang membawa seluruh bangsa dan negara di dunia terikat antara satu sama lain, mewujudkan satu kehidupan baru yang menyingkirkan segala batas-batas geografi, ekonomi, dan budaya masyarakat.

Dewasa ini dunia mengalami satu proses globalisasi yang pesat. Manusia sejagat berusaha membuang segala batas-batas yang ada dan mengiatkan proses komunikasi dan perkongsian antara satu sama lain. Yang mana kesannya pada masa kini berlakunya satu pertukaran budaya dan cara hidup antara satu negara dan negara yang lain.



Realitinya negara yang lebih tinggi pengaruhnya akan menjadi ilutan kepada negara yang lain. Sebagai contoh, kebanyakkan rakyat di negara dunia ketiga lebih mudah mengikuti budaya dan cara hidup masyarakat di negara dunia pertama. Lihat saja di Malaysia yang mana anak muda lebih gemar mengikut bentuk dan budaya masyarakat di Amerika berbanding debgan negara sendiri.

Agama Dunia

Dalam kehidupan seseorang manusia agama adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan lagi, kerana sifat manusia yang terbatas dan memerlukan tuhan.
Agama memainkan peranan sebagai pengatur hidup manusia, yang mana agamalah yang memandu manusia dalam menguskan apa saja yang berkaitan dengan kehidupan seharian, bermula dari buka mata hinggalah kembali pejam. Termasuklah dalam bidang politik, ekonomi, sosial semua ini mestilah berpandukan agama yang mana jika kita meninggalkan agama berlakulah kerosakkan sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Suka saya mentafsirkan Agama dunia dengan Islam. Hal ini adalah kerana melihat kepada proses globalisasi itu sendiri yang mana dalam menjalani proses ini yang akan diterima adalah yang terbaik. Islam sendiri adalah satu agama yang dijadikan untuk sekalian manusi, yang sesuai untuk sepanjang zaman dan ketika. Melihat kepada perkara diatas, Allah berfirman dalam al-Quran, Surah Al-Anbiya ayat 107 yang berbunyi,” tidak kami utuskan kamu (wahai Muhammad)melainkan memberi rahmat bagi sekalian alam”.

Masa Depan Agama Dunia.

Islam adalah satu agama yang terjamin akan keaslian dan kesahihannya hingga hari akhirat nanti. Yang mana ianya juga sesuai diguna hingga akhir masa nanti. Ini menunjukkan bahawa islam adalah satu agama yang akan sentiasa ada walau apa pun cabaran yang akan datang kerana ianya dipelihara oleh Allah.
Dalam era globalisasi dakwah islam dilihat lebih mudah tersebar, hal ini adalah kerana proses globalisasi membuka ruang seluas-luasnya untuk islam disebarkan. Globalisasi membuka segala batas-batas yang wujud, seperti batasan geografi, ekonomi, dan sebagainya. Hal ini memudahkan penyebaran dakwah islam dan kerana kebenaran yang ada dalam islam itu sendiri, saya yakin islam akan diterima dalam era globalisasi ini.
Masa depan agama dunia iaitu islam dilihat akan lebih gemilang dalam era globalisasi ini kerana dakwah akan tersebar dengan lebih meluas dan ruang-ruang dakwah akan terbuka luas. Sinar islam dan kebenaran akan terbukti dan diterima umum.

Permasalahan.

Realiti yang berlaku hari ini adalah apabila islam dilihat sukar dan tidak dapat bertahan dengan era globalisasi ini. Lihatlah betapa teruknya penyebaran agama-agama yang kelihatan seperti islam tetapi hakikatnya jauh menyimpang dari Al-Quran dan sunnah. Buktinya kemunculan islam liberal di negara-negara yang mejoriyinya penduduk islam, yang mana fahaman ini diterima oleh orang islam itu sendiri. Tidak cukup dengan itu umat islam kini banyak terpengaruh dengan fahaman-fahaman ideologi yang menyesatkan seperti kapitalis dan sekular.

Saya sangat bersetuju bahawa segala fahaman dan ideologi ini adalah kesan dari proses globalisasi yang memudahkan penyebaran fahaman ini dari satu tempat ke tempat yang lain. Lebih menyedihkan perkara yang menyesatkan ini lebih diterima berbanding dengan islam yang hakiki iaitu islam yang bersandarkan Al-Quran dan sunnah. Hal ini menyebabkan masa depan agama dunia iaitu islam kelihatan malap dan sangat terancam, lebih-lebih lagi pada generasi kini. Yang mana semakin hari semakin teruk, semakin hari semakin jauh dari islam.

Hakikatnya.

Persoalannya adalah adakah benar kerosakkan yang berlaku hari ini berpunca dari proses globalisasi, sedangkan proses globalisasi adalah satu platform yang patut dimanfaatkan demi memperkembangkan islam.

Andai dinilai dan diperhatikan kerosakkan yang berlaku pada hari ini adalah kerana kejahilan dan kerapuhan aqidah umat islam hari ini. Segala-galanya berpunca dari sikap masyarakat yang tidak menghargai hidayah yang Allah berikan. Di saat orang lain bersedih lantaran orang yang dikasihi tidak di kurnia hidayah, masyarakat kita melayan hidayah seolah-olah tiada harga.

Buat akhirnya marilah bersama-sama kita renungi ayat surah Al-Maidah ini :Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment