September 13, 2010

Bakar Al-Quran, perlukah !?

Baru-baru ini Pastor Terry Jones menggemparkan dunia dengan tindakannya untuk membakar Al-Quran, sempena memperingati peristiwa 11/9.

Apa yang berlaku 11/9/01 ialah keruntuhan WTC di Amerika Syarikat. Yang mana hasil dari peristiwa ini berlakunya pembantaian kepada umat Islam. Islam dipersalahkan dan dizalimi atas peristiwa ini. Terutamanya saudara-saudara kita yang berada di Amerika, berapa ramai yang menghilangkan islamnya demi untuk keselamatan diri, betapa rakyat Amerika menekan dan mengecam umat islam pada masa itu.

Sehingga hari ini masih ada yang tidak tidak suka dengan islam, walaubagaimanapun hakikatnya apa yang berlaku hari ini adalah orang ramai mula menerima umat islam, dan tidak lagi menyalahkan islam, buktinya lihatlah betapa ramai orang yang bangun mempertahankan orang islam Palestin.


Isu terbaru adalah apa yang ingin dilakukan oleh Terry Jones, yang mana dia menyatakan ingin membakar Al-Quran sebagai protes kepada apa yang berlaku pada 11/9/01. Yang mana umat Islam sedunia kelihatan tercabar dengan tindakan Terry Jones, masing-masing bangun dan menyatakan bantahan terhadap tindakan Terry Jones. Tidak cukup dengan itu orang kristian sendiri turut membantah apa yang hendak dilakukan oleh Terry Jones.

Dalam satu bual bersama CNN, apabila ditanya tentang tindakan yang ingin dilakukannya dia memberi jawapan yang cukup menarik. Pada pendapat saya apa yang ingin disampaikan itu tidak perlu, kerana apa yang dia inginkan itulah apa yang berlaku sekarang!

Disini saya nukilkan petikan ucapan Terry Jones dalam temu bual bersama CNN yang menarik perhatian saya,

"we are saying stop to islam, stop to ISLAMIC LAW, stop to brutalit
y"

"what is not welcome is ISLAMIC LAW"

Islamic Law.

melihat apa yang dinyatakan oleh Terry Jones, dia cukup benci dengan perundangan ataupun perlembagaan islam. Dia tidak benci akan umat islam, tidak benci akan banggunan islam, tidak benci akan pemimpin islam tetapi perundangan islam. Atas sebab inilah dia mengambil tindakan untuk membakar Al-Quran.

Hai ini adalah kerana Terry Jones sedar akan fungsi Al-Quran sebagai perlembagaan dalam islm, dia sedar akan fungsi al-quran yang mengatur hidup seorang muslim.

Malang seribu kali malang kerana hal ini tidak disedari oleh muslim sendiri.

Orang islam tidak sedar akan fungsi Al-Quran sebagai pengatur hidup.

Al-Quran.

Al-Quran umpama papan tanda dijalan, yang mana jika kita tinggalkan Al-Quran akan berlaku kerosakkan dalam hidup kita, umapamanya seorang yang memandu tanpa melihat pada papan tanda. Sudah tentu kemalangan akan berlaku. Sebagaimana telah Rasulullah S.A.W tegaskan dalam ktuhbah terakhirnya "sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya."



Malangnya inilah yang ditinggalkan oleh umat islam zaman sejarang. Buktinya lihatlah kerosakkan yang berlaku pada umat islam kini, lihatkah remaja-remaja kita, orang-orang tua, mahupun kanak-kanak. Corak acuan pendidikan yang tidak berlandaskan Al-Quran jelas membawa kerosakkan.

Lebih malang lagi tiada satu negara pun yang melaksanakan islam seluruhnya sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah Al-Maidah "dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka orang-orang kafir". Tidak dapat saya nafikan Malaysia sendiri lebih mengutamakan undang-undang yang dicadabgkan Suruhanjaya Reid berbanding islam.

Untuk selesaikan masalah perpaduan contohnya kita tidak perlukan 1Malaysia, tetapi Al-Quran. Bukankah Rasulullah telah menunjukan contoh tauladan yang cukup baik dalam penyatuan pelbagai kaum dalam negara islam madinah.

Tragedi 2004.


Menyentuh sikap masyarakat kita terhadap Al-Quran, suka saya namakan PRU11 pada tahun 2004. Hal ini adalah kerana pada tahun itu keluar satu manifesto yang bertajuk Negara Islam. Yang mana saya sendiri membaca dan mendengar pembentangan buku tersebut, jelas belandaskan Al-Quran dan sunnah.



Tetapi keputusan PRU11 jelas menunjukkan rakyat pada masa itu jelas dan terang-terang menolak manifesto itu, sedangkan mejoriti rakyat malaysia adalah orang islam. Sebagai rakyat Malaysia ini adalah satu tragedi yang sangat saya kesalkan.

Bakar Al-Quran.


Perlukah Terry Jones bakar Al-Quran.?

Untuk apa dia tunjukkan protes pada perlembagaan islam?

Sedangkan umat islam sendiri jelas-jelas menolak Al-Quran. Usahlah kita tunjukkan kemarahan yang meluap-luap sedangkan kita sendiri menolak Al-Quran.

Para pembaca sekalian Terry Jones sedar akan fungsi dan aplikasi Al-Quran dalam kehidupan, kita bila lagi?