January 3, 2013

23


Masa merupakan satu perkara yang diukur oleh manusia, pengukuran masa menjadi satu benda yang begitu penting. Buktinya, bermula dengan senggang yang lama seperti tahun sehinggalah senggang yang sekajap seperti saat masa ada nilainya. Manusia, bilamana suka membuang masa makanya banyaklah perkara yang hilang darinya. Ada manusia hidupnya lama namun pengalamannya sedikit. Ada juga manusia hidupnya sekejap tetapi pengalaman dia banyak. Titik perbezaan antara dua ini adalah masa.

Kerana kepentingan masa manusia sejak zaman dahulu kala meletakkan piawaian masing-masingbagi mengukur masa. Contoh terbaik semestinya kalendar. Masing-masing punya kalendar masing-masing. Islam meletakkan kelendar mengikut peredaran bulan, dan saidina Umar meletakkan peristiwa hijrah sebagai permulaan tahun dalam kalendar Islam. Manakala rum membuat kalendar masihi dengan melihat pada peredaran matahari dan bulan, yang mana kemudiaannya sistem kalendar rom ini diguna pakai dalam sistem negara kita pada hari ini.

Andai dibuat perbandingan antara dua sistem ini, sistem hijrah ternyata lebih baik. Ini adalah kerana kalendar Islam betul-betul bergantung kepada peredaran bulan, mulanya bulan baru dengan mulanya anak bulan dan berakhir sehingga kembali bulan berubah menjadi anak bulan.Sistem kalendar masihi yang kita gunakan hari ini perlukan pembetulan setiap empat tahun sekali, dengan menambah sehari dalam bulan febuari.

Islam sangat mementingkan masa, ini jelas Allah nyatakan dalam surah Al-Asr 1-3:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Apa yang dapat kita perhatikan, manusia itu sering kali berada dalam kerugian kecuali 4 golongan

1. Orang yang beriman
2. Orang yang beramal soleh
3. Orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran
4. Orang yang berpesan-pesan dengan kesabaran

Pepatah arab ada menyebut, Waktu itu seperti pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.

Mengikut kelendar masihi, hari ini 3/1/13. Dua-puluh-tiga tahun yang dulu pada tarikh yang sama telah lahir seorang bayi lelaki di sebuah rumah di Sri Manjung Perak. Lahir dengan penyaksian akan beriman kepada Allah, dan diletakkan amanah sebagai anak lelaki sulung yang memikul tanggungjawab sebagai pewaris perjuangan dan juga tanggungjawab kepada keluarga.

Bayi itu diberi nama Muhammad Ibrahim Khalil B. Noh.

No comments:

Post a Comment