Bismillah, 2 Syawal 1434.
Saat saya menulis artikel ini, polemik Syiria masih terus berjalan tanpa menunjukkan tanda-tanda akan reda. Pertempuran antara Free Syirian Army dan Regim Basyar Assad masih berlangsung dengan meriah meskipun kudua-dua pihak terdiri dari kalangan orang Islam yang menyambut hari raya dan puasa. Terbaru, khabar angin mengkhabarkan Basyar berjaya dibunuh ketika solat sunat Eidulfitri.
Pelbagai propaganda dan isu yang dimainkan sepanjang isu Syiria meletus. Banyak yang melontar pandangan masing-masing dalam isu ini. Antaranya ada yang menganggap isu ini merupakan perbalahan mazhab yang membawa kepada perang saudara, iaitu perbalahan antara Syiah-Sunni. Tidak kurang juga yang menganggap ini merupakan permainan kotor Amerika dan Yahudi bagi menjga kepentingan politik dan ekonomi mereka di rantau itu.
Akibat dari pertembungan fakta dan emosi kerana masing-masing menyokong hujah masing-masing saya tidak ingin mengulas panjang tentang faktor dan punca perang yang sedang berlangsung di Syiria sekarang, saya bukan ahlinya. Apa yang saya ingin ketengahkan adalah, dalam isu ini apa harapan kita?
Di hujung konflik ini apa yang ingin kita lihat di Syiria?
Adakah kita ingin semua kaum Syiah yang ada di Syiria mati dibunuh dan disembelih sebagaimana kita lihat dalam video-video yang tidak terbukti kesahihannnya di laman-laman sosial?
Ataupun, kita ingin lihat Basyar mati samaada ditembak, dibom atau secara hina seperti Muammar Ghadaffi?
Kadang-kadang emosi menjadikan kita sama seperti orang yang kita benci kerana kezalimannya, dengan emosi kita turut bertindak sebagaimana pihak yang kita katakan zalim. Jika dia pembunuh kita juga ingin membunuh, jika dia menghina kita turut sama melebel dan mengkafirkan dia. Jika tidak masakan timbul panggilan tentera syaitan, kafir dan penghalalan darah, yang mana perkara-perkara yang tidak sepatutnya ini kita laungkan dengan bangga.
Dalam isu ini saya sangat bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Hadi. Sebagaimana yang beliau sarankan dalam tulisannya di Harakah;
"Bagi penyelesaiannya, semua negara serantau, Arab, Turki dan Iran
bersama seluruh negara umat Islam sepatutnya bebas daripada pengaruh
negara pengacau yang datang dari timur dan barat dan bersatu strategi
kembali kepada Islam.
Selesaikan masalah umat dengan Islam, khusus Palestin dan ancaman Zionis negara haram Israel, sebagai perkara paling mudah untuk difahami dan sepatutnya menyentuh hati sanubari setiap umat Islam.
Ada pun perbezaan mazhab yang masih berpegang dengan rukun-rukun Islam yang asasi, boleh dibincang secara ilmu oleh kalangan ilmuan yang bebas daripada pengaruh kerajaan yang menolak Islam, jangan serah kepada yang jahil, sama ada individu atau media. Perbezaan kebangsaan dan sempadan negeri di kalangan umat Islam boleh disatukan oleh ajaran Islam sekiranya kita benar-benar berpegang kepadanya. Tolonglah diri sendiri, jangan bersekongkol dengan kuasa besar Timur dan Barat. Kembalilah kepada Islam"
Selesaikan masalah umat dengan Islam, khusus Palestin dan ancaman Zionis negara haram Israel, sebagai perkara paling mudah untuk difahami dan sepatutnya menyentuh hati sanubari setiap umat Islam.
Ada pun perbezaan mazhab yang masih berpegang dengan rukun-rukun Islam yang asasi, boleh dibincang secara ilmu oleh kalangan ilmuan yang bebas daripada pengaruh kerajaan yang menolak Islam, jangan serah kepada yang jahil, sama ada individu atau media. Perbezaan kebangsaan dan sempadan negeri di kalangan umat Islam boleh disatukan oleh ajaran Islam sekiranya kita benar-benar berpegang kepadanya. Tolonglah diri sendiri, jangan bersekongkol dengan kuasa besar Timur dan Barat. Kembalilah kepada Islam"
Harapan saya, agar Syiria hentikan peperangan dan kembalikan kuasa kepada rakyat dengan pilihanraya bagi memilih Presiden yang baru. Biarlah rakyat Syiria yang menilai, peperangan tiada untungnya kecuali kepada musuh-musuh Islam. Sejak zaman dahulu lagi masalah umat Islam adalah mereka tidak kenal musuh dan tidak reti bergaduh. Pergaduhan sesama sendiri banyak merosakkan kekuatan umat Islam dalam dunia ini. Dunia Islam menjadi lemah dan mangsa buli kepada pihak-pihak regim yang jahat.
Kejahatan dan kekejaman Basyar Assad di Syiria biarlah diselesaikan di muka pengadilan dan dia selayakan diadili atas kekejaman dan kejahatannya membunuh rakyat sendiri. Biarlah Syiria terus stabil dan rakyatnya mendapat pembelaan selayaknya. Kita tidak mahu campur tangan luar yang merosakkan dan mengheret saudara-saudara kita di Syiria dalam konflik yang lebih dalam dan panjang.
Saya tinggalkan firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 8 sebagai renungan kita;
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."
No comments:
Post a Comment