September 24, 2010

Mahasiswa Solat Hajat di Kolej Rahman Putra


Skudai, 23 Sept: Pertukaran tempat solat hajat tidak menghalang Pro-Mahasiswa UTM untuk mengadakan solat hajat bagi memohon kepada Allah S.W.T untuk memberi keadilan bagi perbicaraan Kes "Rosmah Puaka" yang akan dibicarakan di Mahkamah Jalan Duta esok.

Majlis solat hajat yang sepatutnya diadakan di Surau Asy-Syakirin, Kolej Tuanku Canselor terpaksa ditukar tempat kerana berlaku litar pintas di blok bangunan yang menempatkan surau kolej tersebut.

Pihak Pro-M masih belum dapat mengenal pasti punca berlakunya lintas pintas tersebut sama ada belakunya unsur sabotaj daripada pihak-pihak tertentu.

Majlis solat hajat tersebut dimulakan dengan ucapan daripada aktivis Pro-Mahasiswa UTM, saudara Mohd Azami yang menceritakan serba sedikit tentang fakta kes "Rosmah Puaka" tersebut.

Kemudian, solat hajat diadakan dengan dipimpin oleh saudara Mohd Khairul Syam daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Ketua Jabatan Kebajkan & Pelestarian Kampus Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM, Saudara Ku Abdul Muhyi Ku Abdul Hamid yang ditemui selepas majlis tersebut berkata sebagai mahasiswa, kita berharap agar isu yang dibangkitakan ini dapat diadili dengan sebenarnya oleh Badan Kehakiman.

"Kita tidak mahu atas kepentingan pihak tertentu, sistem kehakiman kita dicalari oleh unsur-unsur yang tidak sepatutnya. Kita mahu keadilan ke atas semua pihak. Kita tidak mahu keadilan kepada pihak yang berkepentingan, manakala pihak tidak berkepentingan tidak diberikan hak yang sebenarnya dan diabaikan" tegas beliau sebagai harapan terhadap integriti badan kehakiman.

Sementara itu seorang mahasiswa yang ditemui, Muhammad Ibrahim Khalil Noh berkata agar isu ini dapat diadili dengan sebenarnya dan tidak bersifat berat sebelah seperti kes perlucutan jawatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang dikatakan pada tersebut Perdana Menteri yang berkuasa mutlak dalam membuat keputusan manakala ketika berlaku kes yang sama di negeri Perak pada tahun 2009, Sultan pula yang dikatakan berkuasa mutlak.

"Justeru, kita mahu perbicaraan kes ini dapat mengembalilahkan integriti Badan Kehakiman Negara yang telah tercalar serta keyakinan rakyat terhadap badan tersebut" harapan beliau.

Pada 29 Jun 2009 yang lalu lima mahasiswa Universiti Malaya telah diheret ke mahkamah atas tuduhan menghina isteri perdana menteri Rosmah Mansur dengan contengan hasutan ketika dalam lawatannya ke Universiti perdana itu.

Bermula dari tarikh berkenaan sehingga ke hari ini kita dapati kes ini masih belum selesai sehinggalah esok, 24 september 2010 kita bakal menantikan keputusan dakwaan itu samaada wujud kes atau dibebaskan.- Admin

September 23, 2010

Impak Globalisasi Terhadap Masa Depan Agama Dunia

Globalisasi adalah proses alamiah yang membawa seluruh bangsa dan negara di dunia terikat antara satu sama lain, mewujudkan satu kehidupan baru yang menyingkirkan segala batas-batas geografi, ekonomi, dan budaya masyarakat.

Dewasa ini dunia mengalami satu proses globalisasi yang pesat. Manusia sejagat berusaha membuang segala batas-batas yang ada dan mengiatkan proses komunikasi dan perkongsian antara satu sama lain. Yang mana kesannya pada masa kini berlakunya satu pertukaran budaya dan cara hidup antara satu negara dan negara yang lain.



Realitinya negara yang lebih tinggi pengaruhnya akan menjadi ilutan kepada negara yang lain. Sebagai contoh, kebanyakkan rakyat di negara dunia ketiga lebih mudah mengikuti budaya dan cara hidup masyarakat di negara dunia pertama. Lihat saja di Malaysia yang mana anak muda lebih gemar mengikut bentuk dan budaya masyarakat di Amerika berbanding debgan negara sendiri.

Agama Dunia

Dalam kehidupan seseorang manusia agama adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan lagi, kerana sifat manusia yang terbatas dan memerlukan tuhan.
Agama memainkan peranan sebagai pengatur hidup manusia, yang mana agamalah yang memandu manusia dalam menguskan apa saja yang berkaitan dengan kehidupan seharian, bermula dari buka mata hinggalah kembali pejam. Termasuklah dalam bidang politik, ekonomi, sosial semua ini mestilah berpandukan agama yang mana jika kita meninggalkan agama berlakulah kerosakkan sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Suka saya mentafsirkan Agama dunia dengan Islam. Hal ini adalah kerana melihat kepada proses globalisasi itu sendiri yang mana dalam menjalani proses ini yang akan diterima adalah yang terbaik. Islam sendiri adalah satu agama yang dijadikan untuk sekalian manusi, yang sesuai untuk sepanjang zaman dan ketika. Melihat kepada perkara diatas, Allah berfirman dalam al-Quran, Surah Al-Anbiya ayat 107 yang berbunyi,” tidak kami utuskan kamu (wahai Muhammad)melainkan memberi rahmat bagi sekalian alam”.

Masa Depan Agama Dunia.

Islam adalah satu agama yang terjamin akan keaslian dan kesahihannya hingga hari akhirat nanti. Yang mana ianya juga sesuai diguna hingga akhir masa nanti. Ini menunjukkan bahawa islam adalah satu agama yang akan sentiasa ada walau apa pun cabaran yang akan datang kerana ianya dipelihara oleh Allah.
Dalam era globalisasi dakwah islam dilihat lebih mudah tersebar, hal ini adalah kerana proses globalisasi membuka ruang seluas-luasnya untuk islam disebarkan. Globalisasi membuka segala batas-batas yang wujud, seperti batasan geografi, ekonomi, dan sebagainya. Hal ini memudahkan penyebaran dakwah islam dan kerana kebenaran yang ada dalam islam itu sendiri, saya yakin islam akan diterima dalam era globalisasi ini.
Masa depan agama dunia iaitu islam dilihat akan lebih gemilang dalam era globalisasi ini kerana dakwah akan tersebar dengan lebih meluas dan ruang-ruang dakwah akan terbuka luas. Sinar islam dan kebenaran akan terbukti dan diterima umum.

Permasalahan.

Realiti yang berlaku hari ini adalah apabila islam dilihat sukar dan tidak dapat bertahan dengan era globalisasi ini. Lihatlah betapa teruknya penyebaran agama-agama yang kelihatan seperti islam tetapi hakikatnya jauh menyimpang dari Al-Quran dan sunnah. Buktinya kemunculan islam liberal di negara-negara yang mejoriyinya penduduk islam, yang mana fahaman ini diterima oleh orang islam itu sendiri. Tidak cukup dengan itu umat islam kini banyak terpengaruh dengan fahaman-fahaman ideologi yang menyesatkan seperti kapitalis dan sekular.

Saya sangat bersetuju bahawa segala fahaman dan ideologi ini adalah kesan dari proses globalisasi yang memudahkan penyebaran fahaman ini dari satu tempat ke tempat yang lain. Lebih menyedihkan perkara yang menyesatkan ini lebih diterima berbanding dengan islam yang hakiki iaitu islam yang bersandarkan Al-Quran dan sunnah. Hal ini menyebabkan masa depan agama dunia iaitu islam kelihatan malap dan sangat terancam, lebih-lebih lagi pada generasi kini. Yang mana semakin hari semakin teruk, semakin hari semakin jauh dari islam.

Hakikatnya.

Persoalannya adalah adakah benar kerosakkan yang berlaku hari ini berpunca dari proses globalisasi, sedangkan proses globalisasi adalah satu platform yang patut dimanfaatkan demi memperkembangkan islam.

Andai dinilai dan diperhatikan kerosakkan yang berlaku pada hari ini adalah kerana kejahilan dan kerapuhan aqidah umat islam hari ini. Segala-galanya berpunca dari sikap masyarakat yang tidak menghargai hidayah yang Allah berikan. Di saat orang lain bersedih lantaran orang yang dikasihi tidak di kurnia hidayah, masyarakat kita melayan hidayah seolah-olah tiada harga.

Buat akhirnya marilah bersama-sama kita renungi ayat surah Al-Maidah ini :Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.

September 19, 2010

Sabra dan Satilla

Peristiwa yang bermula dengan pengepungan kem tersebut oleh tentera Zionis di bawah pimpinan Ariel Sharon pada tengah hari Rabu 15 September 1982 tersebut akan tetap tinggal sebagai contoh kebinatangan manusia yang tidak berhati perut hingga ke akhir zaman. Setelah semua pintu keluar disekat, kereta kebal tentera Yahudi mula membedil perkhemahan tersebut, sambil diawasi daripada bangunan-bangunan tinggi di sekeliling perkhemahan yang diduduki mereka, termasuk Kedutaan Kuwait, untuk dijadikan pos-pos pemerhatian. Sementara itu Sharon bertemu dengan pihak militia Kristian Falangist, di bawah Elie Hobeika, untuk mempelawa mereka masuk ke dalam perkhemahan pelarian Palestin dan "membersihkan" apa yang mereka sebut sebagai sarang pengganas.



Seterusnya bermula petang 16 September gerombolan pertama daripada sejumlah 1,500 orang militia Falangis, yang termasuk juga anggota-anggota Tentera Bebas Lubnan pimpinan Saad Haddad, masuk ke dalam kawasan perkhemahan dengan menaiki jip-jip yang dibekalkan oleh tentera Yahudi dan bersenjatakan senapang, pisau dan parang. Mereka lalu menjalankan "tugas" membunuh dan menyembelih pelarian Palestin di sana, malah merogol wanita-wanita juga, sambil tentera Zionis berkawal di luar sepanjang sempadan perkhemahan agar tiada siapa yang lepas lari keluar. Di sebelah malam tentera Yahudi menembak roket suluh (flares) ke atas perkhemahan bagi meneranginya - dikatakan sehingga terang benderang bagaikan padang bola, agar pihak militia Kristian di dalam dapat terus menjalankan pembantaiannya.



Pembunuhan beramai-ramai yang kejam tersebut berjalan terus-menerus selama lebih daripada dua hari, tanpa mempedulikan sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak, dan tanpa ada pembelaan atau pertahanan daripada sebarang pihakpun. Setelah tiba pagi sabtu 18 September barulah pengganas-pengganas Falangis meninggalkan perkhemahan, menghela mereka yang masih hidup keluar bersama untuk dibawa ke stadium pula untuk diinterogasi. Apabila kumpulan pemberita yang pertama dapat masuk ke dalam kawasan perkhemahan, mereka dapati jasad-jasad bertaburan di seluruh kawasan, banyak daripadanya telah dikerat-kerat. Hanya setelah itulah baru berita pertama mengenai pembantaian ini sampai ke pengetahuan masyarakat dunia.




Wartawan Amnon Kapeliouk, yang beliau sendiri juga seorang Yahudi, daripada akhbar Perancis Le Monde Diplomatique menganggarkan sejumlah 3,000-3,500 orang pelarian Palestin lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dan disembelih dalam tempoh dua hari tersebut dengan penuh kejamnya. Ini mengambilkira sebanyak 2,000 mayat yang diselenggarakan selepas pembantaian, daripada sumber-sumber rasmi dan Palang Merah, dan seramai dianggarkan 1,000 hingga 1,500 lagi yang dibereskan sendiri oleh pihak pengganas Falangis. Selama begitu lama dunia tidak melihat suatu pembunuhan beramai-ramai pihak yang tidak bersalah yang bukan kombatan sebegitu, yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri, dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.



Sehingga hari ini tidak seorangpun yang bertanggungjawab ke atas pembantaian kejam ini telah dibawa ke pengadilan, jauh sekali daripada dihukum setimpalnya. Ariel Sharon malah kemudiannya naik menjadi Perdana Menteri entiti Zionis pula. Komander Falangis, Elie Hobeika, juga terlepas daripada hukuman dunia malah kemudiannya menjadi Menteri Kabinet Lubnan pula dalam tahun1990an. Walau bagaimanapun ia mati lantaran bom kereta pada Januari 2002.

sumber : http://www.muslimsocial.com/blogs/blog_messages?blog_id=4058830 , http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28664:memperingati-penyembelihan-di-sabra-shatila&catid=1:utama&Itemid=50

September 18, 2010

Dengan Ilmu


Dengan ilmu, manusia bisa menakluki dunia..

Dengan ilmu, manusia bisa mentadbir Negara..

Dengan ilmu, manusia bisa petah berbicara..

Dengan ilmu, manusia bisa jadi kaya..

Dengan ilmu, manusia bisa terangkat jadi mulia..

Tetapi..

Dengan ilmu tapi tanpa iman, manusia bisa merosak dunia..

Dengan ilmu tanpa hidayah, manusia bisa khilaf pentadbirannya..

Dengan ilmu tapi tanpa rahmat, manusia bisa berbicara penuh sandiwara..

Dengan ilmu tapi tanpa amal, manusia bisa jadi papa..

Dengan ilmu tapi tanpa agama, manusia bila-bila bisa jadi hina

nota kaki : sajak ini diambil dari Farah Saad

September 16, 2010

Edisi Khas: Sejarah Pembentukan Malaysia

Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan.

Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi.

Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru.

Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.


Sebab pembentukan Malaysia

Senario politik di Singapura

Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja.

Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR.

Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.

Senario politik di Sarawak

Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.

Mengimbangi penduduk

Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.

Kemajuan ekonomi bersama

Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.

Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

Reaksi-reaksi negeri terlibat


Singapura

Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.

Sabah dan Sarawak

Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato' Mustapha bin Dato' Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang.

Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British.

Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini.

Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato' Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

Brunei

Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962.

Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.

sumber: http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-73673.html

September 15, 2010

Tak Perlulah Kutuk-Kutuk

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menceritakan tentang seorang lelaki yang ditangkap kerana meminum arak.

Apabila dibawa kehadapan Rasulullah s.a.w dan di sahkan bahawa dia bersalah meminum arak, Rasulullah s.a.w memberi arahan kepada para sahabat supaya memukulnya. Mengikut riwayat ada sahabat yang memukul dengan tangan kosong, ada yang memukul dengan kasut, dan ada yang sampai membuka baju untuk memukul dengan baju.


Kemudian Rasulullah s.a.w memberi arahan supaya berhenti, dan semua sahabat akur akan arahan itu. Tiba-tiba seorang sahabat berkata dengan penuh amarah " Allah menghina kamu dan hidupmu", ternyata Rasulullah tidak bersetuju dan marah dengan tidakan sahabat itu dan menegurnya dengan menyatakan jangan kata begitu dia ini sudah menerima hukuman, cukuplah jangan kamu bantu kerja syaitan!.

Bantu syaitan.


Para pembaca sekalian, tugas syaitan adalah menyesatkan manusia. Itulah perjanjian syaitan dengan Allah sejak dibuang dari syurga lagi. Jadi bertitik tolak dari perjanjian ini syaitan melakukan pelbagai cara untuk membawa manusia jauh dari tuhan.


Dengan menghina dan mencerca orang lain, bukankah perkara itu akan memberi kesan kepada orang yang kita hinakan yang kita cerca.

Yang pertama adalah menimbulkan kebencian dihati. Sudah pasti orang itu makin jauh dengan kita, hasilnya permusuhan yang sangat dibenci dalam islam. Permusuhan akan membawa kepada lebih banyak kejahatan, dari pemusuhan akan timbulnya sifat dengki dan khianat. Sifat ini akan membawa kemusnahan dalam institusi keluarga dan masyarakat.

Amat malang andai yang bermusuhan itu adalah dikalangan saudara seislam, sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda "tidak sempurna iman setiap kamu sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri".Dalam riwayat lain juga menyatakan tidak cium bau syurga mereka yang tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari.

Yang keduanya adalah kesan pada orang yang dihina, sudah pasti mereka akan rasa rendah dan putus asa.

Yang mana kesan bagi yang kedua ini adalah melemahkan orang yang sebegini untuk berubah. Sedangkan untuk menjadi seorang yang lebih baik kita perlukan perubahan. Ya kesedaran adalah asas kepada perubahan mungkin kata-kata kita dapat memberi kesedaran kepada orang yang dihina. Tapi tanpa semangat dan keinginan kesedaran adalah sia-sia. Kita perlu sentiasa membantu dan memberi motivasi kepada seseorang dalam melakukan perubahan.

Dakwah.

Sebagai orang yang bawa dakwah islam, kita mestilah mengikut dan mencontohi dakwah Rasulullah s.a.w yang mana baginda tidak menghina dan merendahkan orang lain. Ingat Rasulullah adalah contoh terbaik dalam menjalankan dakwah,dalam Al-Quran juga mengajar kita cara berdakwah yang berkesan.

Yang pertama adalah dengan hikmah yang mana kita perlu berdakwah dengan cara yang berhikmah dan tidak menyakiti hati orang yang kita tegur. Yang kedua adalah dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik, iaitu 'dakwah bil hal' bila kita punyai perangai dan sikap yang baik ternyata orang akan lebih percaya kita dan dakwah yang kita bawa. Yang terakhir adalah dengan berdebat, kita bukan berdebat untuk menang tetapi untuk mencari kebenaran juga untuk menyampaikan dakwah kita.

Para penggiat Dakwah sekalian,

Kita boleh kutuk, hina, cerca orang yang menghalang dakwah kita tapi apakah kebaikan untuk dakwah?

Elokkah orang tu?

Cantikkah masyarakat?

tersebarkah Dakwah?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk sam-sama kita fikirkan.

September 13, 2010

Buat isteri-isteri pejuang dan bakal isteri-isteri pejuang


Istriku……..
Apabila kusentuh telapak tanganmu…ku usap-usap terasa semakin kasar dan
keras…tetapi ketika kupandang wajahmu terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu…redup matamu menyimpan suatu rintihan yang berat,,,,, apabila ku tersentak dari pembaringan dikala fajar kadzib menyingsing…aku terpana karena munajatmu yang syahdu..

Istriku……
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai disamping insan- insan tersayang di dunia ciptaan mereka…,engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu …..hanya semata-mata untuk Islam.
Tatkala lengan mereka dibalut berbagai perhiasan yang indah, leher-leher mereka memberat dilingkari kilauan emas permata , pakaian-pakaian mereka anggun bak putri kayangan , wajah mereka berlapis warna dari berbagai kosmetik terkenal.
Kau laksana ladang Ummah….kau menginfakkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam…
Kau tak pernah bersungut, mengeluh, meminta-minta maupun mengadu….
Tak kala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama…kau tegap menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi Yang Esa.

Istriku….
Bukan aku tak sanggup membelikan barang serta perhiasan-perhiasan tersebut
Tetapi istriku…., aku masih teringat ketika aku menyuntingmu untuk kujadikan suri dan seri kamar hatiku…
Kau berkata,”Saya bersedia menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat…”
Kau tersenyum sambil menghela napas dalam dalam…
Aku termangu sendirian…
Syarat apakah itu ? Bungalawkah? Mahar yang mahal? Mobil mewahkah?
Perabot mahal dari Itali kah?
Atau honeymoon ke kota Paris? Katakan ..aku mampu memberikan…
Lamanya kau mengumpulkan kekuatan untuk berkata…
Akhirnya…..ahh….permintaan
mu itu pasti ditertawakan kerabat dan teman – teman kita .
Aku terhenyak dan haru….
Dengan penuh keyakinan kaupun berkata :

“Saudara..mampukah saudara menjadikan saya sebagai istri yang kedua saudara?
Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai Istri pertama saudara yang lebih memerlukan perhatian ?. Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia ?
Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata karena Islam?, mampukah saudara berkorban meninggalkan kelezatan dunia? Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api, saudara perlu menggemgamnya agar bara itu tetap menyala dan siap menerima panasnya cercaan dan hinaan yang akan saudara terima akibat menggenggam bara api tersebut ?
Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar dirinya untuk Islam, bukan seperti lampu listrik yang bisa di “Off dan di On”kan.
Dan sanggupkah saudara menjadikan saya sebagai Istri seorang pejuang yang tidak dimanjakan dengan fatamorgana dunia?”

Aduh….banyaknya syarat – syarat itu, wahai calon istriku

Namun aku menerima syarat-syarat tersebut, karena aku tahu…jiwamu kosong dari sorga dunia, karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan Iman dan akhlakmu….bukan kau yang diubah dunia.

Istriku…..
Akhirnya …jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengenudi bahtera kehidupan kita.
Susah senang kita tempuh bersama,,aku terharu dengan segala kebaikanmu.
Kau jaga akhlakmu…,kau pelihara “muruah”mu selaku muslimah.
Kau tak pernah mengeluh apabila sering kutinggal karena tugasku mengangkat Islam ke Persada Agung

Kau juga sanggup menahan kantuk menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah diambang pintu tatkala aku pulang lewat malam..
Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuanagn ini.
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dari harumnya sebuah kemenangan.

Istriku…
Tangkasnya engkau sebagai seorang Istri, walaupun kau juga sibuk bersama menggembleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku, kau jaga taman kita dengan indahnya..kau sirami dengan wewangian cinta dan kasih..
kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk lari dari amanahmu, meskipun jadwalmu padat dengan agenda – agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu.

Cerdasnya engkau mendidik anak-anak…., kau kenalkan mereka dengan Allah SWT,dengan Rasul SAW, serta para pejuang Islam . Kau titipkan semangat juang para sahabat kepada mereka sebagai generasi pelapis Jundullah…..
Kau asuh mereka membaca Al-Qur’an …malah kau temani mereka mengulang – ulang pelajaran, lebih-lebih menjelang ujian.
Istriku…..
Mungkin inilah kebenaran sebuah ungkapan :

“TANGAN YANG MENGAYUN BUAIAN BISA MENGGUNCANG DUNIA”

sumber: http://lukisanalamini.blogspot.com/

Bakar Al-Quran, perlukah !?

Baru-baru ini Pastor Terry Jones menggemparkan dunia dengan tindakannya untuk membakar Al-Quran, sempena memperingati peristiwa 11/9.

Apa yang berlaku 11/9/01 ialah keruntuhan WTC di Amerika Syarikat. Yang mana hasil dari peristiwa ini berlakunya pembantaian kepada umat Islam. Islam dipersalahkan dan dizalimi atas peristiwa ini. Terutamanya saudara-saudara kita yang berada di Amerika, berapa ramai yang menghilangkan islamnya demi untuk keselamatan diri, betapa rakyat Amerika menekan dan mengecam umat islam pada masa itu.

Sehingga hari ini masih ada yang tidak tidak suka dengan islam, walaubagaimanapun hakikatnya apa yang berlaku hari ini adalah orang ramai mula menerima umat islam, dan tidak lagi menyalahkan islam, buktinya lihatlah betapa ramai orang yang bangun mempertahankan orang islam Palestin.


Isu terbaru adalah apa yang ingin dilakukan oleh Terry Jones, yang mana dia menyatakan ingin membakar Al-Quran sebagai protes kepada apa yang berlaku pada 11/9/01. Yang mana umat Islam sedunia kelihatan tercabar dengan tindakan Terry Jones, masing-masing bangun dan menyatakan bantahan terhadap tindakan Terry Jones. Tidak cukup dengan itu orang kristian sendiri turut membantah apa yang hendak dilakukan oleh Terry Jones.

Dalam satu bual bersama CNN, apabila ditanya tentang tindakan yang ingin dilakukannya dia memberi jawapan yang cukup menarik. Pada pendapat saya apa yang ingin disampaikan itu tidak perlu, kerana apa yang dia inginkan itulah apa yang berlaku sekarang!

Disini saya nukilkan petikan ucapan Terry Jones dalam temu bual bersama CNN yang menarik perhatian saya,

"we are saying stop to islam, stop to ISLAMIC LAW, stop to brutalit
y"

"what is not welcome is ISLAMIC LAW"

Islamic Law.

melihat apa yang dinyatakan oleh Terry Jones, dia cukup benci dengan perundangan ataupun perlembagaan islam. Dia tidak benci akan umat islam, tidak benci akan banggunan islam, tidak benci akan pemimpin islam tetapi perundangan islam. Atas sebab inilah dia mengambil tindakan untuk membakar Al-Quran.

Hai ini adalah kerana Terry Jones sedar akan fungsi Al-Quran sebagai perlembagaan dalam islm, dia sedar akan fungsi al-quran yang mengatur hidup seorang muslim.

Malang seribu kali malang kerana hal ini tidak disedari oleh muslim sendiri.

Orang islam tidak sedar akan fungsi Al-Quran sebagai pengatur hidup.

Al-Quran.

Al-Quran umpama papan tanda dijalan, yang mana jika kita tinggalkan Al-Quran akan berlaku kerosakkan dalam hidup kita, umapamanya seorang yang memandu tanpa melihat pada papan tanda. Sudah tentu kemalangan akan berlaku. Sebagaimana telah Rasulullah S.A.W tegaskan dalam ktuhbah terakhirnya "sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya."



Malangnya inilah yang ditinggalkan oleh umat islam zaman sejarang. Buktinya lihatlah kerosakkan yang berlaku pada umat islam kini, lihatkah remaja-remaja kita, orang-orang tua, mahupun kanak-kanak. Corak acuan pendidikan yang tidak berlandaskan Al-Quran jelas membawa kerosakkan.

Lebih malang lagi tiada satu negara pun yang melaksanakan islam seluruhnya sedangkan Allah telah berfirman dalam Surah Al-Maidah "dan sesiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka orang-orang kafir". Tidak dapat saya nafikan Malaysia sendiri lebih mengutamakan undang-undang yang dicadabgkan Suruhanjaya Reid berbanding islam.

Untuk selesaikan masalah perpaduan contohnya kita tidak perlukan 1Malaysia, tetapi Al-Quran. Bukankah Rasulullah telah menunjukan contoh tauladan yang cukup baik dalam penyatuan pelbagai kaum dalam negara islam madinah.

Tragedi 2004.


Menyentuh sikap masyarakat kita terhadap Al-Quran, suka saya namakan PRU11 pada tahun 2004. Hal ini adalah kerana pada tahun itu keluar satu manifesto yang bertajuk Negara Islam. Yang mana saya sendiri membaca dan mendengar pembentangan buku tersebut, jelas belandaskan Al-Quran dan sunnah.



Tetapi keputusan PRU11 jelas menunjukkan rakyat pada masa itu jelas dan terang-terang menolak manifesto itu, sedangkan mejoriti rakyat malaysia adalah orang islam. Sebagai rakyat Malaysia ini adalah satu tragedi yang sangat saya kesalkan.

Bakar Al-Quran.


Perlukah Terry Jones bakar Al-Quran.?

Untuk apa dia tunjukkan protes pada perlembagaan islam?

Sedangkan umat islam sendiri jelas-jelas menolak Al-Quran. Usahlah kita tunjukkan kemarahan yang meluap-luap sedangkan kita sendiri menolak Al-Quran.

Para pembaca sekalian Terry Jones sedar akan fungsi dan aplikasi Al-Quran dalam kehidupan, kita bila lagi?

September 8, 2010

Hak Istimewa Melayu dari Sudut Pandangan Islam

"Hak istimewa Melayu tak boleh dipadamkan kecuali Melayu setuju"

Mata terhenti sejenak tatkala menatap helaian Berita Harian bertarikh 6 september 2010. Tajuk yang cukup menarik bagi saya. Malah pernah menjadi topik hangat perbahasan bersama kawan-kawan ketika di Sekolah Izzuddin Shah dan Kolej Mara Kuala nerang. Yang menariknya isu ini saya tidak pernah ada pendirian yang tetap sehinggalah masuk UTM.

Saya tidak mahu mengulas tajuk surat khabar, apa yang ingin saya nukilkan adalah secebis pengalaman tentang hak istimewa Melayu, dengan harapan ilmu yang diperolehi dapat dikongsi.

SIS.

Ketika barada di SIS saya merupakan antara yang cukup kuat mempertahankan hak istimewa ini. Waktu itu semangat Nasionalis dalam diri boleh tahan kuat. Hasil pengaruh kawan-kawan yang begitu melayu. Teringat saat membelek majalah massa, yang mana dalam ruangan kata-kata seorang profesor yang terkenal di negara malaysia ini mengunakan perkataan yang tidak enak apabila kaum lain mempertikaikan hak istimewa ini. Yang akhirnya perkataan itu menjadi zikir rakan-rakan.



Pendirian saya pada masa itu lebih kepada semangat tanah air. Bagi saya ini tanah orang melayu, bukankah namanya dulu 'tanah melayu' sudah terang lagi bersuluh, nak pertikai hak istimewa orang melayu buat apa? Cukup pantang dan cukup tidak selesa dengan kaum lain. Terutama dalam persoalan hak istimewa, kadang-kadang terasa ingin menghalau orang yang bercakap mengenai hak istimewa ini. Tak tahu diuntung, jerit saya dalam hati ketika itu.

Lepas SPM.

Setelah tamat SPM, saya mula mengikuti ayah ke usrah-usrah dan kuliah-kuliah selain mula membaca buku-buku harakah. Pemahaman Islam yang sedia ada meningkat, saat inilah pembinaan fikrah saya. Mula memahami harakah islamiah dan aqidah perjuangan.

Saya begitu menghayati ayat surah Al-Hujurat yang berbunyi ;
Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudia kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali, sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa,Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.

KMKN.



Ketika berada di KMKN saya berpendirian bahawa hak istimewa orang melayu tidak relevan mengikut Islam. Bukankah ayat diatas sudah jelas lagi terang, orang yang ,mulia adalah orang yang tinggi taqwanya. Apa ada pada bangsa? Kejadian manusia yang berbangsa-bangsa dan berlainan adalah semata-mata untuk berkenal-kenalan. Melayu, cina, mahupun india kalau tiada iman tiada yang istimewanya.

Kebetulan keadaan di KMKN orang-orang didalamnya cukup kuat semangat melayunya, asal bercakap soal bangsa merekalah wira, bila agama hanya di musolla. Saya cukup tidak suka akan keadaan begini, seperti yang saya katakan diatas apa ada pada bangsa?

Menjadi seorang melayu apa istimewanya?

Solat Zohor dua rakaat?

Puasa separuh hari?

Sebelah kaki sudah jamin di syurga?

Sudah semestinya tidak! Allah langsung tidak pandang pada bangsa. Jadi mengapa perlu kita beriya-iya dengan hak istimewa? Sedangkan bangsa arab sekalipun, tidak sedikitpun dinaikkan darjatnya, bukankah Nabi kesayangan kita orang Arab?

Hakikatnya




Pertambahan umur dan ilmu perlu seiring, barula kita menjadi seorang yang cukup matang. Dalam setiap persoalan yang timbul dalam hidup kita, jawapan tidak cukup hanya sekadar persepsi. Perlu bersandarkan al-Quran dan sunnah.

Alhamdulillah, dalam pencarian jawapan saya menjumpai satu jawapan yang cukup untuk meneguhkan pendirian saya dalam isu ini.

Sirah sahabat membuktikan bahawa dalam islam ada hak istimewa pada sesuatu kaum.

Diwaktu pemerintahan Khalifah Umar Al-khattab, setelah Parsi menerima Islam, yang mana kebanyakkan penduduk Parsi pada masa itu adalah orang-orang yang miskin. Sedangkan yang datang berniaga adalah pedagang-pedagang Arab yang kaya. Apa yang berlaku adalah orang-orang Parsi yang miskin terpaksa menjual tanah kepada pedagang-pedagang Arab yang kaya. Kesannya orang-orang Parsi kehilangan tanah.

Saidina Umar mengambil tindakan untuk mengeluarkan larangan membeli tanah orang Parsi kepada orang Arab, yang mana ianya bertujuan melindungi tanah orang Parsi. Hal ini adalah kerana jika ini dibiar berterusan, orang Arab akan menguasai tanah dan ekonomi Parsi, sekaligus orang Parsi akan terpinggir dibumi sendiri.

Samalah dengan apa yang apa yang berlaku di negara kita sekarang, hak istimewa orang Melayu diwujudkan bagi melindungi orang-orang melayu yang lemah dari segi ekonomi pendidikan dan sebagainya.

Kesimpulan

Tiada salahnya hak istimewa orang Melayu. Apa yang saya hendak tekankan disini adalah kita harus mempunyai satu hujah yang cukup kuat untuk pendirian kita, tidak boleh semberono sahaja, perlu bersandar pada sumber rujukan yang sahih. Apa saja isu siasat betul-betul bukankah kita disuruh bersifat adil pada semua.

Islam adil untuk semua.

Maaf TV3


Saya ingin mengucapkan tahniah dan saya berbesar hati dengan ucapan maaf dan penarikkan iklan oleh TV3. Sebagai seorang mukmin saya merasa cukup lega dan bahagia dengan tindakan TV3.

Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan dan betapa bergolaknya iman tatkala menatap iklan yang terang-terang merosakkan aqidah, menjahanamkan iman. Resah gelisah memikirkan nasib anak-anak pada masa hadapan dengan senario sekarang. Kalau hari ini sudah begini, cuba bayangkan macam mana 10 ttahun nanti.

Hati sedikit terubat dengan reaksi masyarakat. Masyarakat mengasak TV3 di segenap ruang, Facebook, Blog, hinggalah laporan polis. Masyarakat betul-betul menggesa dan inginkan iklan seperti ini ditarik balik. Masyarakat tidak redha dan betul-betul marah.

Saya ingin mngucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang menggerakkan usaha bagi menyedarkan masyarakat dengan apa yang berlaku. Semoga segala usaha-usaha jihad kalian diberkati dan diredhai Allah, semoga usaha ini membawa kalian ke syurga-Nya. Disini juga saya titipkan setinggi harapan supaya kalian terus istiqamah dan menyedarkan masyarakat tentang betapa banyaknya kepincangan yang berlaku saat ini.

Senario Pasca Maaf dan Penarikkan Balik Iklan.


Kemarahan masyarakat seolah-olah tidak reda, walaupun TV3 secara terang-terang memohon kemaafan dan menarik balik iklan tersebut. Ada suara-suara menolak kemaafan dan menjangkakan perkara ini akan berulang. Sebagaimana yang saya katakan dalam post sebelum ini, populariti TV3 jatuh menyembah bumi, bagai menjadi orang dagang sehingga maaf pun tidak dipandang.

Kepada yang dipenuhi kemarahan, maafkanlah untuk kali ini, saya petik kata-kata ustaz Hasrizal sebagai pedoman untuk kita semua ; Sikap melampau-lampau menolak permohonan maaf TV3 dengan alasan kejadian mungkin berulang lagi, adalah satu kesombongan yang terlupa bahawa itulah sikap kita sendiri kepada Allah. Buat dosa, istighfar. Lepas tu buat balik! Bagaimana kalau istighfar kita sudah tidak laku di sisi Allah? Jangan remehkan permohonan maaf orang, nanti Allah 'remehkan' istighfar kita.

Pandangan Peribadi.


Pembaca sekalian, saya tidak ingin mempertikaikan keikhlasan ucapan maaf TV3, jauh sekali untuk mencari kesalahan. Apa yang saya nukilkan adalah pandangan peribadi saya untuk kita sama-sama fikirkan.

Saya petik kenyataan yang menimbulkan rasa tidak enak dalam hati saya.

"Tindakan itu diambil setelah mengambil kira maklum balas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai"

Ini bukan isu siapa tidak puas hati tapi ini isu agama! Soalnya Islam dihina, mengapa tiada satupun ayat memohon maaf kerana melakukan perbuatan bersalah Aqidah?

Cukup! saya tidak mahu mengulas panjang, fikir-fikirkanlah, jangan jadi orang yang kurang fikir dan zikir.

Pengajaran.


Suka saya memetik ucapan Presiden Pas. Cukup menyentuh hati; Kami rela kalah kerana melaksakan islam, kami rela ditolak rakyat kerana malaksanakan suruhan Allah. Apalah maknanya sebuah pemerintahan tanpa Redha Allah.

Pembaca sekalian, apa yang patut kita kejar, kita cari, dan yang sepatutnya menjadi matlamat hidup kita adalah keredhaan Allah.

Pengajaran yang saya dapat dan saya ingin sekali berkongsi dengan para pembaca ialah biar dibenci manusia, jangan dimurka Allah. Perkara yang kita lakukan apabila di niatkan kerana mencari redha manusia sia-sialah. Berapa ramai dikalangan kita hari ini bermati-matian memenuhi hati orang yang mereka sayang. Bergolak gadai, lebih malang lagi ada yang menggadai maruah dan agama.

Tidak sayangkah kita pada Allah? Mengapa kita tidak bermati-matian mencari redha Allah? Sedangkan cukup banyak yang Allah beri pada kita. Sedarkah kita orang yang kita sayang hingga sangup gadaikan segalanya itu pemberian Allah..sayang kita itu pemberian Allah..

Kesimpulan


Saya lebih suka jika TV3 menyatakan maaf kerana telah melakukan perkara yang bersalahan dengan Aqidah, supaya masyarakat faham, Islam lebih gemilang. Ingatlah jangan kita menjadi orang yang melakukan sesuatu demi manusia. Andai perkara yang kita lakukan untuk cinta Allah biarlah dibenci sekalian manusia sekalipun tetaplah pada pendirian.

September 7, 2010

Kala Cinta Menyapa

Berlindunglah kepada Allah yang Maha mengetahui segala kebaikan dan keburukan agar engkau mampu mengambil hikmah dari kisah ini..

Dahulu di sebuah desa yang makmur terdapat seorang gadis desa bernama Syahdiya yang cantik jelita.. Banyak pemuda di desa tersebut jatuh cinta pada kecantikannya. Namun dia berbeza dengan gadis desa lainnya yang senang terpikat dan mudah dirayu. Dia tahu bahwa banyak pemuda yang mencari simpatinya itu hanya berpandang pada kecantikannya semata. Bahkan di antara pemuda desa mereka saling bertarung untuk mendapatkan cinta dari Syahdiya.



Pada suatu hari datang seorang pemuda dari kota ke desa tersebut. Dia seorang mahasiswa jurusan medic yang tengah mengadakan kajian. Setelah beberapa hari menginap di desa itu, kabar tentang kecantikan gadis bernama Syahdia itu pun terngiang di telinganya. Dia berminat lantas berniat menjumpainya. Pemuda itu lalu bertanya pada seorang tua separuh abad, tuan rumah yang dia tumpangi.

“Jika kamu ingin menjumpainya, malam ini solatlah di masjid desa. Biasanya dia solat maghrib di masjid tersebut kemudian dia tetap berada di masjid mengulang kaji sirah sahabat bersama beberapa temannya menanti datangnya waktu 'Isya. Juga biasanya ia mengenakan jubah hitam panjang.” Kata bapak paruh baya tersebut.

Malam ini pemuda itu hendak solat di masjid desa sekaligus ingin melihat wanita yang kabarnya cantik jelita itu. Seusai solat maghrib, ahli jemaah yang bersolat disitu pun pulang maka tinggallah Syahdiya bersama tiga orang temannya tengah mengulang kaji sirah sahabbyyah.

Pemuda Kota itu pun turut menunggu namun ia tak dapat melihat wajah Sahdiya kerana hijab (Kain putih pembatas lelaki dan wanita) menutupi sehingga ia bercadang untuk menunggu hingga ba'da I'sya ketika Syahdiya pulang. Kerna tak tahu hendak melakukan apa di dalam masjid, dia pun mengambil sebuah buku di dalam rak masjid untuk dibaca dan ternyata buku yang diambilnya tersebut adalah Al-Qur'an dan terjemahannya. Dan pada saat itu ia membuka tepat pada surat Annur. lalu matanya tertuju pada Ayat yang ke 26.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga) (QS AN-Nur : 26)”

Tangannya lalu bergetar setelah membaca ayt Allah tersebut. Begitu pun hatinya. Dia yang cetek akan pengetahuan agama itu semakin berminat terhadap ayat Allah yang satu itu. Perlahan Ia menutup kitab itu lalu mengangkat kepalanya tiba-tiba kain putih yang menjadi hijab itu tertiup oleh hembusan angin yang begitu sejuk. Tepat di depan pandangannya seorang wanita menunduk membacakan sebuah kitab. Kerna batinnya merasa diperhatikan, wanita jubah hitam itu lalu mengangkat wajahnya menatap kedepan melihat seorang pemuda yang menatapnya. Dia lalu menunduk malu dan Semilir angin pun berhenti maka hijab pun menutupi pandangan itu.

Subhanallah.. Baru kali itu dia menatap wanita yang begitu sejuk dalam tatapan. Dia tak pernah menjumpai wanita semacam itu di kota.

Besoknya pemuda itu lalu meminta untuk dihantarkan ke rumah gadis tersebut oleh tuan pemilik rumah tumpanagn. Sang bapak pun menyuruh anak perempuannya yang masih gadis juga untuk mengantarkan pemuda Kota itu ke rumah dimana Syahdiya tinggal. Hanya sebuah rumah yang beratapkan Rumbia, berdindingkan sulaman bambu dan berlantaikan tanah.

Sesampai mereka di rumah tersebut, disambutlah dengan senyuman manis oleh Sahdiya. Ia mempersilahkan mereka masuk lalu di hidangkan sebuah teh hangat. Kemudian Ia menyuruh mereka untuk menunggu sebentar setelah mendengar panggilan dari seorang wanita tua terhadapnya. Ia lalu ke belakang menemui wanita tersebut lalu menyahutinya. (Apabila kita dipanggil oleh orangtua sebaiknya kita menemui mereka baru menyehutinya)”

“Labayka ya Jaddah??” (Ada apa Nek) Tanyanya dengan lembut.

Rupanya nenek tersebut meminta untuk dimandikan. Dialah satu-satunya keluarga yang dipunya Syahdia. Seorang nenek yang sudah sangat tua. Ia hidup hanya bersama nenek tersebut dari kecil setelah kedua orangtuanya meninggal. Dialah yang memandikan nenek tersebut setiap pagi dan petang. Membuang hajatnya, menemaninya tidur dan sebagainya.

Sementara di depan pemuda tersebut menatap-natap isi rumah yang jauh dari kesederhanaan itu. Kemudian datanglah Syahdiya setelah usai menyelesaikan tugasnya. Lidia, gadis yang menghantarkan pemuda kota itu lalu menjelaskan kedatangan mereka. Katanya pemuda tersebut ingin berkenalan dengannya karena dia baru di desa tersebut. Syahdiya pun menyambut dengan senang hati namun tidak berlebihan.

Pemuda kota yang mempunya senyum manis dengan sebuah lesung pipit di pipi kanannya tersebut lalu mengulurkan tangannya menyampaikan namanya.

“Roman.” Singkat pemuda itu.

Syahdiya lalu menelungkup kedua tangannya seraya menunduk.

“Ana Ma'rifatus Syahdia.”

Terjadilah percakapan singkat antara mereka. Pemuda bernama Roman itu semakin Yakin dengan wanita tersebut. Lewat tutur katanya yang lembut kesopanan serta perangainya dalam bersikap membuat pemuda kota itu jatuh hati padanya.

Besok pemuda itu sudah harus berangkat lagi ke kota tempat ia belajar. Ia berniat setelah tamat pengajian nanti dia hendak kembali ke desa tersebut untuk melamar wanita yang telah menawan hatinya itu.

Setelah dua tahun kemudian pemuda kota itu kembali lagi ke desa tersebut dengan segala persiapan diri yang telah matang. Dia pun mulai mempelajari makna dari surat An-Nur ayat 26 serta islam yang sesungguhnya. Serta senantiasa menjalankan sunnah Rasulullah dalam kesehariannya. Dia berniat mengkhitbah Syahdiya wanita yang dipilihnya semata karena Allah.

Namun ketika ia datang sudah tak ada lagi Syahdiya di desa tersebut. Ketika ia menanyakan pada warga, mereka hanya diam kemudian pergi meninggalkannya. Ia kemudian menemui tuan rumah ketika menginap dirumahnya tahun lalu..

Bapak itu lalu mengatakan bahwa Syahdiya mengidap penyakit kusta sehingga dia di asingkan di hutan belakang kampung tersebut dekat sebuah air terjun.

Pemuda itu lalu menangis terseduh terhempas di pelukan bapak itu. Dia tetap menginginkan untuk dipertemukan dengan Syahdiya. Lalu bapak itu pun menghantarkannya menuju hutan dimana wanita itu di asingkan. Disana Ia di asingkan di sebuah pondok tua sendirian setelah sang nenek yang dirawatnya meninggal. Kalau pun ada warga yang menjenguknya, mereka agak menjauh karena takut tertular penyakit yang dialaminya.

Ketika datang Roman bersama bapak yang mengantarnya, disambutlah Syahdiya dengan senyuman tulus seperti biasanya seolah tak ada beban dalam hidupnya. Ia lalu mempersilakan mereka duduk di tempat khusus tetamu.

Tanpa berbasa-basi Roman langsung menyampaikan pada Syahdiya bahwa dia hendak mengkhitbahnya. Ma'rifatus Syahdiya lalu menunduk haru. Dahulu begitu banyak pemuda yang mendekatinya mengharapkan cinta dari dirinya namun setelah penyakit menular itu menyerang dirinya mereka menjauh. Dan kini datang seorang pemuda dengan wajah penuh ketulusan menawarkan sebuah ikatan suci padanya. Namun ia tak bisa menerimanya.

“Bagaimana mungkin aku menerima pinangan antum ya akhie. Aku tidak ingin menzalimi akhun. Aku yakin antum telah mendengar apa yang menimpa diriku ini.” Ungkap Syahdiya.

“Seperti apapun penyakit yang ukhti derita, ana tidak peduli..” Tegas Roman.

“Cinta yang antum agungkan telah membutakan mata antum sehingga tak dapat melihat lebih jauh.. Apa yang antum harapkan dari diriku? Aku bahkan tidak bisa memberikan apa-apa pada diri antum.”

“Kesetiaan ya ukhtie” singkat Roman.

“Kesetiaan saja tak cukup dalam menjalin sebuah bahtera.” Syahdiya lalu menunduk dengan airmata yang berlinang terharu akan itikad pemuda itu. “Batinmu pun membutuhkan cinta.. sebuah cinta yang nyata. Dan aku tak bisa memenuhinya. Di luar sana masih banyak wanita yang lebih baik dari diriku. Yang bisa memberimu keturunan dan cinta yang sepenuhnya. Pergilah.... Biarkanlah aku disini dengan derita ini. Ini telah menjadi takdirku.

“Walillahi ya ukhtie.. Kamulah wanita yang aku pilih atas nama Allah... Jika kerna cantikmu, banyak wanita yang cantik di dunia ini. Aku siap berpuasa.”

Syahdiya tetap tak mau menerima pinangan pemuda itu sebab dia tahu akan menjadi haram jika pernikahannya terjadi sebab akan ada yang terzalimi dengan pernikahan tersebut.

Namun pemuda itu tetap bertahan pada pendiriannya sebab dia yakin akan lebih baik jika kita bersabar. Dia lalu kembali ke kota melanjutkan pelajaranya di badang jantung. Dia belajar sambil bekerja di sebuah hospital dan wangnya ditabung untuk membiayai Syahdiya berubat nanti. Dua tahun kemudian pemuda yang telah diangkat menjadi dokter spesialis jantung itu datang ke desa itu lagi dengan niat tulusnya hendak melamar wanita yang dipilihnya karena keshalihannya tersebut.

Dia lalu menemui bapak angkatnya lagi untuk dipertemukan dengan Syahdiya namun bapak tersebut lalu membawanya ke pusara yang Nisannya bertuliskan nama Ma'rifatus Syahdia. Dia lalu menangis terhempas tak berdaya.. Tak tahu apa yang hendak dilakukan olehnya..

Begitulah insan.. kala cinta telah menyapa, kita rela melakukan apapun demi mendapatkan cinta itu. Mungkin rencana kita telah baik, namun perlu di ingat bahwa rencana Allah lebih baik lagi. Belum tentu apa yang kita anggap baik dimata kita baik pula dimata Allah.. Dia telah mempersiapkan yang lebih baik untuk kita. Yang sesuai dengan akhlak serta perangai kita. Jikalau kita mencinta janganlah sampai kita merasa memiliki kerna apabila yang kita cintai tiada kita akan merasa kehilangan yang teramat sangat.. Ikhlaskanlah segalanya pada Allah dan yakin akan janjinya.. Apapun yang diberikan pada kita itulah yang terbaik untuk kita.

Ana doakan semoga kita semua mendapatkan pasangan yang benar-benar diridhoi oleh Allah.. dan ketika kita mencintai, hanya atas Asma-Nya

Isu dan Masyarakat Malaysia

Terlalu banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini. Kebanyakkannya melibatkan politik dan agama, puncanya apabila agama dipolitikkan, puncanya apabila sesetengah pihak rajin membangkitklan isu demi kepentingan politik dan peribadi masing-masing.

Isu-isu yang dimainkan secara hangatnya dalam media seperti mendoakan orang kafir, orang kafir masuk masjid, dan baru-baru ini iklan TV3 cukup menarik minat rakyat negara Malaysia ini. Media menggempur isu-isu ini dengan hebatnya. Bayangkan untuk satu isu sahaja berapa muka surat akhbar-akhbar habiskan, tidak kurang banyak juga minit yang dihabiskan untuk media massa mengulas isu ini. Sekecil-kecil ustaz hingga sebesar-besar Ulama' dipanggil untuk diwawancara.

Ada dua perkara yang dapat saya simpulkan dari apa yang berlaku kini. Pertama masyarakat kita yang ada pada hari ini jahil tentang agama dan yang kedua adalah sensitiviti agama.

Masyarakat jahil agama
.

Pahit untuk mengungkapkan kenyataan ini. Hakikatnya saya juga mahasiswa yang mana tergolong dalam susun lapis masyarakat. Ya! realiti hari ini menunjukkan betapa jahilnya masyarakat kita. Jika tidak masakan setiap isu yang keluar masing-masing melatah. Para pembaca yang nak dihormati, cuba kita fikirkan mengapa perkara ini berlaku dalam masyarakat yang sudah 53 tahun merdeka. Bayangkan 53 merdeka tapi cetek pengetahuan agamanya.

Adakah sistem pendidikan hari ini tidak cukup untuk membentuk satu masyarakat yang berilmu. Ataupun sistem yang ada pada hari ini hanya khusus membentuk teknokrat yang
hanya hebat pengetahuan sains dan teknologi tetapi buta agama.

Adakah kewujudan sekolah-sekolah agama, ataupun subjek agama tidak cukup mendidik masyarakat?. Di mana silapnya? sukatan pelajarankah? atau suasana pendidikan yang membunuh graduan-graduan ini. Andai dinilai kembali, kebanyakkan graduan-graduan agama ini tersungkur di peringkat matrikulasi mahupun pengajian tiggi. Saya juga sebahagian dari mereka tapi Alhamdulillah setakat ini masih tegak berdiri, semoga tidak tersungkur. Sedih memikirkan keadaan semasa, terutama melihat sahabat-sahabat yang ilmu agama hanya habis di atas kertas peperiksaan. Hasilnya lahirlah masyarakat jahil hari ini.

Sensitiviti agama

Para pembaca yang dikasihi. Benarkan Masyarakat kita sensitif terhadap agama?.

Mengapa saya timbulkan persoalan ini. Bukankah apa yang terjadi sudah cukup menunjukkan masyarakat kita sensitif. Lihat saja kecaman yang diterima oleh pihak TV3, pada pandangan saya cukup teruk. Populariti yang dimiliki selama ini seolah-olah jatuh menyembah bumi. tidak cukup dengan itu lihatlah isu orang kafir masuk masjid, lihatlah tomahan dan luahan tidak puas hati yang dicatatkan di dada akhbar mahupun di wall-wall facebook.

Tapi bila difikirkan kembali, adakah itu reaksi yang tulen dan jitu. Maksud saya, saya melihat kemarahan dan reaksi itu lebih kepada pengaruh media. Lihat saja bagaimana peranan media dalam menimbulkan reaksi dan membangkitkan semangat orang ramai. Lihatlah berapa muka surat didada akhbar, berapa saat di kaca TV, demi untuk menunjukkan mana yang benar dan salah mengikut pandangan mereka.

Jadi sensitifkah masyarakat kita?

Pembaca sekalian realitinya, di negara kita banyak perkara yang malanggar batasan dan syariat agama secara terang-terangan.

Kemasukkan filem-filem asing yang menjatuhkan moral dan bertentangan denagan ajaran islam.

Lagu-lagu yang memuja manusia lebih dari tuhan.

Konsert-konsert yang melalaikan dan menggalakkan zina.

Tak cukup dengan filem asing, filem tempatan juga lebih banyak menunjukkan contoh yang menghancurkan moral dari nilai moral yang ada.

Kemasukkan budaya asing yang jauh bertentangan dengan norma kehidupan seorang muslim dan mukmin.

Di atas adalah segelintir senario yang berlaku dalam negara kita, dihadapan mata kita, tapi malangnya masyarakat hari ini seolah-olah redha dengan perkara-perkara diatas. Tidak banyak yang menentang melainkan golongan yang sedikit. Ingatlah di dalam Al-Quran ada 65 ayat yang menyatakan golongan penderhaka pada tuhan ini golongan yang ramai.

Saya tinggalkan satu persoalan terakhir buat pembaca untuk dijadikan renungan..

Tatkala Al-Quran Sunnah di pinggirkan dalam pentadbiran, berapa banyak kecaman dan tomahan dari masyarakat?

Sensitifkah masyarakat pada hari ini?

September 6, 2010

Perutusan Hari Raya Ayah

Iklan TV3 : Salah Siapa?

Isu TV3, iklan hari raya yang kelihatan amat melampau dan sarat dengan agenda Zionis. Saya tidak mahu mengulas panjang, menunujukkan bukti, mahupun mengutuk pihak TV3. Kutukan yang ada pun kelihatan sudah cukup banyak. Pelbagai kecaman yang diterima TV3, semoga mereka mendapat hidayah.

Bagi saya ini bukan ruangan mengutuk mahupaun mengecam. Blog ini untuk berkongsi pendapat bukan emosi, dengan harapan apa yang di nukilkan menjadi satu pedoman untuk sama-sama kita berfikir tentang hebatnya islam.

Pada pendapat saya, apa yang cuba ditonjolkan oleh TV3 adalah satu menifestasi slogan satu malaysia yang menjadi matlamat dan halatuju negara ketika ini. Untuk menjayakannya saja, kerajaan membelanjakan satu jumlah yang cukup besar. Hinggakan untuk mendapat peruntukkan yang lebih untuk program MPP meletakkan nama 1 Malaysia di belakang program.


1 Malaysia dilihat sebagai satu agenda murni yang mana bertujuan menyatupadukan rakyat. Perpaduan menjadi satu agenda penting pemerintah, ini adalah sesuatu yang patut disambut baik. islam sendiri mengajar kita untuk bersatu padu. Dalam surah Al-Hujurat Allah berfirman ; Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudia kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali, sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa,Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.

Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia,saranan 1 malaysia dilihat selari dengan ayat diatas, yang mana kita sebagai umat islam digalakkan untuk berkenal-kenalan dan mengetahui budaya dan pemikiran kaum lain. Jadi sebagai seorang muslim saya menyambut baik saranan 1 Malaysia, dalam lingkungan pemahaman secara konseptual saya bahawa 1 Malaysia ini untuk perpaduan dan perkongsian tentang budaya dan adat.

Tapi melihat iklan TV3 baru-baru ini mengubah persepsi dan pandangan saya tentang gagasan ini. Masakan tidak saya melihat slogan ini seolah-olah ingin menghapuskan sempadan aqidah yang ada. Ingat agama disisi Allah adalah Islam. Sebarang pencampuran dalam agama adalah syirik, saya rasa tidak perlu saya tunjukkan ataupun saya buktikan apa pencampuran agama dalam iklan TV3 baru-baru ini. Carilah di laman- laman dan di blog-blog.

Pada hemat saya, apa yang ditonjolkan oleh TV3 adalah satu tanda untuk meraikan gagasan 1 Malaysia.

persoalannya apakah yang tidak betul disini?

TV3? ataupun 1 malaysia?

Adakah konsep ini disalah ertikan oleh TV3?. Saya merasakan, disalah ertikan adalah perkara yang mustahil kerana TV3 sebagai agen untuk kempen 1 malaysia sudah pastilah mereka pihak yang paling faham tentang konsep ini.

Kalau begitu konsep ini salahlah?


Sama-sama kita fikirkan, kalau pemerintah melakukan sesuatu perkara yang boleh merosakkan Aqidah, sebaiknya ditegur, kalau tiada perubahan, eloknya tukar.