March 8, 2011

Surat Terbuka: Buat bekas pengetuaku

Kehadapan bekas pengetuaku, semoga tidur lena.

Saya Muhammad Ibrahim Khalil bin Noh, mahasiswa tahun dua kejuruteraan Geomatik.

Saya nukilkan warkah ini buat bekas pengetua ku di KRP yang mempunyai kuasa dan melakukan apa sahaja. Ingatlah bahawasanya kuasa itu amanah, dan amanah itu merupakan perkara yang berat. Beratnya amanah kerana setiap perkara yang kamu lakukan akan ditanya di akhirat kelak, ingatlah diri kamu amanah, keluarga kamu amanah, mahasiswa itu amanah, kolej kamu amanah, negeri kamu amanah, nagara kamu amanah. Setiap satunya bawah kepimpinan kamu dalah amanah.



Jika silap dalam mengurus amanah kamu akan menjadi seorang yang zalim, terutamanya apabila kamu berada di atas, kamu akan menzalimi orang bawahan kamu. ingatlah bahawa, buang kolej tanpa sebab adalah zalim, pecat tanpa sebab adalah zalim, saya adalah mangsa dan saya akan pastikan tiada lagi yg merasa apa yang saya rasa.



Sedarlah islam itu indah tatacaranya, hanya dengan islam semua perkara akan menjadi indah. Sedarlah islam itu adil dan adil itu satu tuntutan dalam islam.

Pengetua yang dihormati.

Islam amat menuntut kepada perlakuan adil, walaupun kepada musuh kita perlu hukum dengan hukum yang adil, jangan kerana kebencian kepada sesuatu golongan kita tidak berlaku dengan adil kepada mereka, kerana Allah berfirman dalam Al-Quran “janganlah kerana kebencian kamu kepada sesuatu golongan menyebabkan kamu tidak berlaku adil kepada mereka”

Lihatlah contoh tauladan daripada Saidina Ali yang mana dia ditikam ketika dia ingin menunaikan solat subuh, yang mana orang yang menikam Saidina Ali dapat ditangkap. Ketika itu nasihat Saidina Ali kepada anaknya “jangan kamu zalimi dia, jangan kamu aniaya dia, jika dengan tikaman ini aku mati maka hukumlah dia dengan khisas dan jika aku tidak mati hukumlah dia dengan hukum takzir” Bahkan ketika mana Saidina Ali merasakan ajalnya sudah dekat dia mengarahkan supaya makanannya diberikan kepada orang yang menikamnya.

Ini yang islam mengajar kita mengajar tentang keadilan walau kepada sesiapapun.

Pengetua yang dihormati.

Kezaliman yang kamu lakukan akan terzahir dengan sendirinya dan ingatlah bahawasanya saat kezaliman itu terlihat di hadapan mata maka tunggulah saat-saat kejatuhan, renungilah apa yang berlaku dalam negara ini, pada tahun 1998 rakyat nampaka akan kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan pada masa itu maka rakyat bangun dan muncullah gelombang refomasi yang pernah menggegar negara suatu masa dahulu.

Pada 2008 yang mana kempen bersih dijalankan yang mana segala penyelewengan SPR di bongkar dan rakyat nampak akan kebenaran itu , maka tercetuslah tsunami politik di negara ini.

Kesan di luar negara kita lebih dapat dilihat, renunglah apa yang berlaku di timur tengah hari ini yangan mana bermulanya di Tunisia. Di Tunisia seorang perniaga kecil-kecilan yang ditekan habis-habisan membakar diri lantaran tidak tahan, apabila rakyat melihat akan kezaliman ini rakyat bangkit menumbangkan regim yang zalim. Yang mana kita lihat ianya berjangkit kepada negara-negara sekelilingnya.

Pengetua yang dihormati.

Wahai bekas pengetuaku, tidak takutkah kamu kepada Allah? Kamu tidak takut pada mahasiswa, pada orang bawahan kamu, apa pun kamu akan hadapi.

Yang mana orang yang menentang kamu kamu boleh buang, boleh tipu, kamu ugut, kamu boleh kecam.

Kamu boleh hadapi mahasiswa, kamu ada kuasa, kamu ada pengaruh, kamu boleh hukum mahasiswa yang menentang kamu, tapi ingat! Ada yang lebih berkuasa yang akan menghukum kamu, kamu tidak takut pada yang menguasai hari pembalasan?

Kamu nak menghadapi orang yang menentang kamu dengan membunuh semangat perjuangannya, dengan tidak memberi kuota, dengan buang kolej. Kamu boleh buat, kamu ada jentera, kamu ada kolej, kamu ada JKM, kamu ada PALAPES, kamu ada duit, kami tidak ada apa yang kami ada adalah ahli kami, keyakinan, semangat, dan iman untuk kami terus berjuang!.

Jangan kamu tambah kezaliman yang telah sedia ada, jangan cuba hendak mengambil tindakan zalim kepada orang lain, ingatlah doa orang yang dizalimi itu di makbulkan Allah. Kami serah kepada Allah untuk membuktikan kebenaran dan menghukum kamu jika tidak mahu bertaubat kepada Allah s.w.t.

Wahai bekas pengetua yang dihormati.

Akhir kalam ingatlah, kamu kata orang tidak mahu dengar kata-kata kamu tidak layak berada di kolej kamu, orang yang tidak mahu bersama kamu tidak layak mendapat pertolongan kamu. Kalau kamu tidak mahu mendengar kalam Allah jangan duduk dimuka bumi Allah, kalau kamu tidak bersama Allah dengan melakukan kezaliman jangan hirup rahmat Allah!

Saasatul Ibaad,
Muhammad Ibrahim Khalil Bin Noh
M16/115
8/2/2011
5.50 am

No comments:

Post a Comment