August 1, 2011

Lelaki


Dulu,
Bila disebut Lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira.

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut Lelaki,
Wanitanya tenang dihati,
Lelaki kami menjaga, melindungi.

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya cabut lari,
Lelaki kianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita terinaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebangaan wanita.

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tidak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda.

Kini,
Bila wanita dibawah jagaanya,
Lelaki tidak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama.

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah.
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati dibunuh.

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri, dan kroninya.
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh.

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul.

aku ingin menjadi lelaki yang dulu..
Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Syabab Musafir Kasih.