April 22, 2011

Ruang-Ruang Syaitan

Kita sering melakukan maksiat atau kesalahan terhadap perintah ALLAH. Kita kadang-kadang lupa untuk berwaspada dengan godaan-godaan syaitan yang tak henti-henti berusaha untuk menyesatkan kita. Sini aku nak kongsikan beberapa pintu masuk syaitan untuk menyesatkan kita mahupon merasuk(merasuk pon utk menyesatkan manusia dengan pandangan-pendangan syirik). Bolehlah kita berhati-hati lepas ni ye. Sedar dimana tempat serangan/strategi syaitan. Baru boleh kita lawan. insyaALLAH.

Pertama: Kejahilan

اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُولَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi. (Mujadilah: 19)

Kedua: Kemarahan

Abu Hurairah ra berkata, seorang lelaki datang kepada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan meminta wasiat (nasihat) daripada Baginda. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
“Janganlah kamu marah! (Baginda mengulangnya beberapa kali dengan pesan yang sama: Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!” (Hadith riwayat al-Bukhari)

Cara-cara meredakan kemarahan
Pertama: Cepat-cepat beristi’azah (ta’awuz)
Kedua: Ingat pahala bersabar
Ketiga: Berdiam diri
Keempat: berfikiran keburukan kemarahan itu
Kelima: Dusuk atau baring
Keenam: Ingatkan ganjaran pahala bermaafan
Ketujuh: Mengelakkan diri dari sifat cela, hina, tuduh, laknat dan cerca

Ketiga: Cintakan Dunia

\اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al-Hadid:20)

Keempat: Angan-angan Tinggi

Abdullah ibnu Umar berkata, Rasulullah bersabda:
janganlah dirimu di dunia ini seperti anak dagang atau unta yang sesat.
Kemudian beliau melanjutkan lagi, kiranya kau berada di waktu petang, janganlah kau menunggu ketibaan pagi dan jika kamu berada di waktu pagi, janganlah kamu menunggu ketibaan petang. Pergunakanlah kesempatan sihatmu untuk sakitmu dan kehidupanmu untuk kemayianmu (HR Bukhari)

Kelima: Tamak Haloba

Dari Ka’ab ibnu Iyaadh katanya, aku pernah mendengar Rasulullah bersabda sesungguhnya tiap-tiap umat itu ada fitnahnya dan fitnah bagi umatku ialah masalah ekonomi (harta-benda) (HR At-Tirmidzi)

Keenam: Bakhil (Kedekut)

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengatahui. (Al-Baqarah: 268)
Ketujuh: Takabbur (Sombong)

Rasulullah bersabda, “Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain”. (HR. Muslim).

Bersabda Rasulullah saw kepada sahabatnya, Abu Dzar : “Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu”. Rasulullah saw bertanya kepada sekumpulan Sahabat, “Tahukah kamu, orang gila yang sebenar-benarnya?” Para Sahabat menjawab, “Tidak tahu, ya Rasulullah”. Lalu Rasulullah menjelaskan, “Orang gila ialah orang yang berjalan dengan takbur, memandang rendah kepada orang lain, membusungkan dada, mengharapkan syurga sambil membuat maksiat dan kejahatannya membuat orang tidak aman dan kebaikanya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang sebenarnya”.

Sifat yang dimurkai dan dibenci oleh Allah Taala, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membesarkan dirinya (takbur). (QS 16:23) Diriwayatkan : Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah, “Hai, Tuhanku. Siapakah di antara makhluk-Mu yang paling Engkau murkai?”. Allah Taala berfirman, mafhumnya: Orang takbur hatinya, kasar lidahnya, terkelip-kelip matanya, bakhil tangannya dan jahat perangainya”

Kelapan:Gemar Mendapat Pujian

احثوا التراب في وجوه المداحين
Ertinya: Taburkan tanah-tanah atas muka orang yang asyik memuji (HR Abu Daud, no 4170)

ن كان أحدكم مادحًا أخاه لا محالة فليقُل: أحْسَب كذا وكذا إن كان يَرى أنه كذلك، وحَسِيبُه الله، ولا يُزكِّي عَلَى الله أحدًا

Ertinya : Sekiranya ada dari kalangan kamu ingin tidak dapat untuk mengelak dari perlu memuji saudaranya, maka katakanlah : “Aku rasa akan dikira amalan sekian sekian yang dilakukannya..dan Allah akan mengiranya, dan tiadalah seorang pun yang boleh dipuji (secara pasti) kecuali Allah ( Riwayat Al-Bukhari, no 2519, 2/946)

Kesembilan: Riya’ (Suka Menunjuk-nunjuk)

Dan dari Ibnu Mas’ud dari Nabi S.a.w, baginda bersabda, “Tidak akan masuk syurga barangsiapa yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji zarah (atom) sekalipun.” Hadith Riwayat Muslim

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata, seseorang yang melakukan riya’ pada hakikatnya ia tidak melakukan firman Allah (Hanya kepadaMu aku menyembah) dan orang yang bersikap ujub (bangga pada diri sendiri) pada hakikatnya ia tidak melakukan firman Allah (Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan) . Dan barangsiapa yang melakukan firman Allah (Hanya kepadamu kami menyembah) maka ia telah keluar dari sikap riya’, dan barangsiapa yang melaksanakan firman Allah (Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan) maka ia telah keluar dari sikap ujub. (Majmu’ Al Fatawa 10/277)

Dan Ibnul Qayyim pula berkata, “Sesungguhnya hati manusia dihadapi oleh dua macam penyakit yang amat besar jika orang itu tidak menyedari adanya kedua penyakit itu akan melemparkan dirinya ke dalam kehancuran dan itu adalah pasti, kedua penyakit itu adalah riya’ dan takabbur. Maka ubat kepada riyak ialah (Hanya kepadaMu kami menyembah) dan ubat dari penyakit takabbur ialah (Hanya kepadaMu kami memohon pertolongan)”. (Madarijus Salikin 1/54)

Riya’ Dan Ganjarannya – Terbatal semua pahala keseluruhannya

Kesepuluh: Ujub (Berbangga)

Orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa-dosa yang dilakukannya dan menganggapnya bagai angin lalu. Nabi saw telah mengkhabarkan kepada kita dalam sebuah hadits: “Orang yang jahat akan melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan santai dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang siap menimpanya.” (HR. Al-Bukhari)

Bisyr Al-Hafi mendefenisikan ujub sebagai berikut: “Iaitu menganggap hanya amalanmu saja yang banyak dan memandang remeh amalan orang lain.”

Kesebelas: Keluh Kesah Dan Resah Gelisah

Firman Allah di dalam Surah Al-Hadid ayat 23 iaitu:

لِكَيْ لَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا ءَاتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri, sifat semulajadi manusia ini Allah terangkan secara terperinci dalam surah al-Ma’aarij ayat 19-35

Dari Abu Hurairah r. a katanya: ‘Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Dunia Penjara Bagi Orang Mukmin dan Syurga Bagi Orang Kafir. (HR Muslim dan Tarmidzi)

Kedua Belas: Mengikut Hawa Nafsu

وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ
..dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat darin jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan (Shaad:26)

أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنْتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا
Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? (Al-Furqan: 43)

Ketiga Belas: Buruk Sangka

Prasangka yang membawa kepada keburukan walaupun pada mulanya ia menyangka atau berniat baik. Misalnya menambah atau mengurangkan sesuatu amal yang tiada hujjahnya dari syara, maka ia diharamkan kerana selain bertentangan dengan syara ia juga adalah bid’ah yang diharamkan. Dalilnya dapat difahami dari firman Allah Azza wa-Jalla:

وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا
“Dan mereka mengira (menyangka) bahawa apa yang mereka lakukan adalah baik (kebaikan)”. (Al-Kahfi:104)

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا
Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”. (HR al-Bukhari)

Keempatbelas: Memandang Rendah Terhadap Sesama Islam

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujarat:11)

Kelima Belas: Memandang Remeh Terhadap Dosa-Dosa

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” (HR Ibnu Majah).

Nabi pernah berkata Aisyah ra bahawasanya: elakkan diri kamu terlibat dosa dosa kecil kerana ianya turut mendapat perhatian Allah (HR An Nasaie, Ibnu Majah dan Ad Daarimiy)

Keenam Belas: Berasa Damai Terhadap Balasan Azab Allah Yang Tidak Terduga

أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ
Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (Al-A’raaf:99)

Ketujuh Belas: Berputus Asa Dari Rahmat Allah

قُلْ يَاعِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar: 53)

April 21, 2011

Edisi Study Week: Sekolah agama, matrikulasi dan Universiti

Sistem pendidikan di Malaysia ini adalah berorentasikan peperiksaan yang mana setiap tahap di nilai dengan peperiksaan. Peperiksaan merupakan satu medan penentuan yang mana keputusannya menjadi satu nilaian kepada seseorang. Sesiapa yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang kebiasaanya boleh mendabik dada, manakala yang sebaliknya hanya berdiam dan bermuram.

Sejak dari mula menjerumuskan diri dalam sistem ini, saya melihat bertapa bersungguhnya seseorang itu dalam agenda peperiksaan, malahan ini turut melibatkab banyak pihak, ibu-bapa yang ingin melihat kejayaan, guru-guru yang mahu ranking tinggi menjulang, dan pelajar itu sendiri yang ingin hidup senang.

Apa yang ingin saya kongsikan disini adalah gelagat dan ragam manusia yang berada dalam persekitaran yang berbeza dalam menjayakan agenda peperiksaan ini. Yang mana apa yang saya nukilkan merupakan berdasarkan pengalaman hidup saya selama berada dalam kerjaya seorang pelajar. Saya memulakan pelajaran di sebuah sekolah rendah agama di kawasan berdekatan, kemudiaanya di sebuah sekolah berasarama di ibu negeri kelahiran, menyambung matrikulasi di utara Malaysia, dan menjadi mahasiswa di sebuah varsiti di selatan.

Matlamat sama, jalan berbeza

Walaupun berada dalam persekitaran yang berbeza, namun setiapnya mempunyai hala tuju yang sama, samaada mengejar A dalam peringkat rendah dan mengejar 4 dalam peringkat yang lebih tinggi.

Pengalaman selama 21 tahun hidup dan 14 tahun sebagai seorang pelajar membuktikan bahawasanya walaupun mereka mempunyai matlamat ternyata mereka mempunyai landasan yang berbeza.

Laksana orang yang ingin pergi ke suatu tempat, ada yang menaiki bas, tren dan kapal terbang. Yang mana dalam setiap pemilihan mempunyai beberapa kreteria yang penting, sama ada dari sudut kos, masa mahupun keselamatan. Yang mana dalam setiap pemilihan ini yang penting adalah sampai ke destinasi.

Di sini saya hanya ingin menceritakan tentang situasi, penilaian dan pemilihan kalian buatlah sendiri kerana yang akan melalui landasan itu kalian.

Sekolah agama, matrikulasi dan Universiti

Saya menjadi pelajar sekolah agama dari darjah satu hinggalah ke tingkatan lima, ayah merupakan seorang pendidik yang mementingkan pendidikan agama kepada anak-anak hasilnya kami tujuh beradik semuanya ke sekolah agama.

Sepanjang saya berada di sekolah agama, saya dapati ketika musim peperiksaan semuanya bertukar menjadi malaikat, hubungan Allah dan manusia dijaga sebaiknya, terutamanya kepada guru, ibu-bapa dan sahabat. Hal ini adalah kerana takut-takut, bila ada masalah dalam hubungan dengan manusia dan tuhan , akan terhijablah bantuan tuhan.



Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk. Surah al-Baqarah: 186

Peperiksaan laksana peperangan yang mana untuk mencapai kejayaan kita perlukan pertolongan dari tuhan. Tanpa pertolongan dari tuhan segalanya tidak akan menjadi. Bacalah sebanyak mana pun, sedialah mcam mana pun, jika tiada keberkatan tidak akan berjaya. Kerana kami percaya buntu, blank dan tak paham soalan, walaupun soalan yang sama pernah dibuat berkali-kali sebelum exam adalah balasan kepada maksiat yang kami lakukan. Dan setiap kejayaan menjawap walaupun kami tidak pernah baca merupakan
bantuan dari langit.

Selain itu kami juga percaya dan mohon dijauhkan dari istidraj, istidraj merupakan rezeki Allah kepada sesiapa yang ingkar kepada perintahnya supaya dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya akan menjadikanya lebih ingkar lagi!.

Kami semat kepercayaan ini baik-baik dalam hati, jika tidak masakan orang yang paling nakal duduk beribadat dan bermunajat semasa tengah malam memohon petunjuk dan mengisafi dosa dalam minggu terakhir menjelang peperiksaan.

Bila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi saya dapati budaya ini seolah-olah tiada. Malahan berlumba-lumba membuat maksiat, seolah-olah kabaran tentang pertolongan tuhan itu hanya dongengan turun temurun.



Lihatlah dalam minggu ulangkaji semua sibuk nak mengulang kaji bersama pasangan masing-masing. Saya seringkali mengeluh melihat perpustakaan universiti, seolah-olah menjadi pusat maksiat pula. Tempat uda dan dara bergurau senda berdua.

Bukan bersikap prejudis dan buruk sangka, tetapi semua orang tahukan bahawa ianya tidak manis pada pandangan mata?

Bukankah ianya boleh menimbulkan fitnah?

Bukankah tidak elok bersama-sama walau berada di tengah ramai?

Belum lagi cerita tentang hubungan dengan tuhan, solat kemana zikir tiada,
seolah-olah hanya bergantung pada usaha, seolah-olah tuhan itu tiada! Sedarlah golongan ini ghairah mencari kejayaan sedangkan mereka lupa kejayaan itu dari siapa sebenarnya.

Hubungan dengan manusia dengan guru, dengan ibu-bapa? Terjagakah sedangkan dengan tuhan pun celup celam, saat redha dan berkat ibu-bapa perlu ditagih ada orang ulangkaji sehingga tidak sempat hubungi ibu-bapa masing-masing.

Keberkatan.

Kaberkatan itu ada. Itulah azimat yang ustazah di sekolah tanam sejak mula lagi.
Ya dalam setiap perbuatan itu perlunya kepada keberkatan, tanpa keberkatan segalanya seolah-olah tidak menjadi.

Lihatlah orang yang kos kahwin berjuta-juta akhirnya bercerai-berai.

Lihatlah orang yang berjaya menggenggam ijazah akhirnya tiada kerja.

Lihatlah orang yang kaya namun tidak bahagia.

Kesimpulan
“Jika mereka itu tetap berada di atas jalan Allah, pasti Allah akan memberikan kepada mereka itu rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah.” Surah Jin: 16

Sebagaimana perumpamaan yang saya katakan tadi, kalian boleh memilih kenderaan kalian sama ada bas, tren, mahupun kapal terbang untuk sampai ke destinasi kalian, bergantung kepada kehendak kalian, sama ada dari sudut kos, masa dan keselamatan. pilihkah jalan kalian untuk ke negeri akhirat supaya kalain selamat.

Perjuangan kita hari ini hanyalah berkisar kepada pena, kerana penalah senjata ampuh
sama ada untuk menuntut ilmu mahupun menegakkan daulah. Tanpa keberkatan ilmu menjadi sia-sia kerana keberkatanlah yang membawa natijah yang baik. Untuk berjaya kita perlu akan pertolongan Allah supaya kejayaan kita menjadikan kita hamba yang bersyukur.



“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” Surah Ibrahim: 7

April 18, 2011

Tips Menghargai Isteri.

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Ertinya : Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya dari para bidadari Surga akan berkata, ‘Janganlah engkau menyakitinya. Celakalah dirimu! Karena ia hanya sejenak berkumpul denganmu yang kemudian meninggalkan- mu untuk kembali kepada kami.”

1. Isteri bukan pembantu rumah
Ramai suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam, tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.

Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin wajib taat kepada suami, menjaga harta dan maruah suami dengan baik dan mereka akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan itulah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.



2. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi.

Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.

Jika bajet anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.

Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini.'

3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira.

Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

4. Ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah.

Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira.



5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Apa kata anda terbalikkan situasi itu.

Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis itu.

6. Ciuman khas
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja.

Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

7. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya.

Bagaimanapun, jika anda tidak dapat memenuhi hajat isteri dalam masa terdekat, simpanlah hajat itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.

8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian itu penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat, tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumah tangga dan masa depan.

sumber: link

Tip menjaga kecantikan cara Islam


Allah itu cantik dan sukakan kecantikkan.

1.Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

2.Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).

3.Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

4.Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

5.Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi

April 16, 2011

Merindu Kepastian


Andai kau menjadi pelangi
Biar ku jadi awannya
Agar kita selalu bersama

Andai kau menjadi sang duyung
Biar ku jadi karangnya
Agar kita sentiasa bersua

Andai kau menjadi merpati
Biar ku menjadi sang bayu
Agar kita sering bertemu

Andai kau menjadi puisi
Biar ku jadi melodi
Bersama kita menyanyi

Andai ku menjadi rembulan
Sudikah kau menjadi kejora
Hingga pagi nanti

Andai esok aku menjadi tanah
Sudikah engkau menjadi bunga
Menghiasi dadaku


April 12, 2011

Teguran dari langit.


Masa itu,

Hidupku penuh lalai dan leka,

Aku bertukar menjadi orang lupa,

Tidak ingat nikmat dan rahmat,

Hanya menghirup madu dunia,

Kemanisannya nyata mengasyikkan,

Hanyut tak terenang,

Waktu tak terasa,

Manisnya hingga lupakan tuhan!

Gerak kerja entah kemana,

Amalan hanya sekadar ada,

Tarbiyah hancur,

Siasah lebur,

Namun..

Masa itu juga,

Dia tidak biarkan lama,

Dia sayang akan hambaNya,

Kerna kasihNya tiada tara,

cintaNya maha kuasa,

maka tegutan dariNya datang,

mengetuk diri yang leka,

supaya kembali sedar,

kembali ke jalan menujuNya,

Meski teguran itu menyakitkan,

Walau teguran itu meresahkan,

Namun saat terkenang itu kasih sayang tuhan,

Tenang merasuk jiwa,

Lega tiada tara,

Alhamdulillah…


P/S: Sungguh dalam setiap kesusahan, dalam setiap ujian itu adalah teguran dari langit, supaya kita sedar kembali bahawa kita hamba, dan tempat kita berharap hanya pada DIa. Ingatlah firmanNya; “Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang Sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

April 8, 2011

Daulah itu Amanah


Firman Allah dalam ayat 57 surah al-Maidah :Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang Yang beriman.

Jika kita lihat kepada sejarah sebelum serangan Ahzab, maka kita dapati bagaimana jahatnya yahudi yang sepatutnya bersama Rasulullah s.a.w dan umat Islam, tetapi bertindak menghasut kuffar yang lain terutama Quraisy agar meruntuhkan Daulah Islamiah Madinah. Walau pun yahudi mengetahui bahawa negara Islam pimpinan Rasulullah s.a.w adalah negara yang adil terhadap semua agama, namun atas rasa dendam serta benci kepada Islam yang berjaya menghapuskan sistem riba serta beberapa lagi bentuk penindasan yang mereka lakukan sebelum ini, maka yahudi melakukan pengkhianatan yang besar ini.

Sikap yahudi ini kadang-kadang ditiru oleh umat Islam sendiri, akibat gila kuasa, pangkat dan harta sehingga mereka sanggup melawan golongan yang telah mengharamkan arak dan judi serta hiburan yang melalaikan. Mereka terpengaruh dengan makna Islam mengikut tafsiran Lord Reid, iaitu untuk adat dan ibadat khusus sahaja serta berkaitan individu, bukannya agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Mereka menganggap Islam sebahagian daripada negara bukannya negara sebahagian daripada Islam. Mereka faham bahawa Islam agama yang diperintah sehingga boleh diambil apa yang berkenan dan ditolak apa yang bercanggah dengan nafsu. sedangkan Islam agama memerintah, yang memastikan kita tunduk kepada semua kehendak wahyu dengan menolak segala hasutan nafsu.

Apabila menyebut tentang Daulah Islamiah maka kita perlu tekankan bagaimana usaha dalam mendirikannya seterusnya peranan dalam mengisi segala tuntutannya serta kewajipan dalam mempertahankannya. Marilaj kita menyentuh bagaimana usaha Rasulullah s.a.w, mendirikan Daulah Islamiah dalam memastikan segala aspek kehidupan yang telah digariskan oleh Islam dapat dilaksanakan, di mana pada bulan Zulhijjah tahun ke 13 selepas kenabian, telah berlangsungnya Bai'ah Aqabah Kedua antara nabi dengan rombongan Aus dan Khazraj dari Madinah.

Jika dalam Bai'ah Aqabah Pertama yang berlangsung setahun sebelum itu di mana isi kandungan taat setia lebih banyak menyebut tentang pembinaan peribadi dan masyarakat muslim yang berkaitan aqidah dan akhlak antaranya mengenai ikrar untuk menjauhi mencuri, zina, membunuh anak-anak, berbohong serta perlaksanaan Islam dalam semua bidang. Manakala dalam Bai'ah Aqabah Kedua mula disebut tentang kesanggupan dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w setelah berhijrah ke Madinah nanti, disamping sanggup memerangi siapa sahaja yang memusuhi Islam termasuk yahudi yang merupakan rakan kongsi Aus dan Khazraj selama ini.

Antara pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa besar dan bersejarah ini ialah, persiapan ke arah mendirikan Daulah Islamiah adalah penting, antaranya usaha dalam memberi penjelasan kepada rakyat tentang keperluan dan kebaikan yang ada pada Daulah Islamiah, untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Umat Islam juga perlu diberi keyakinan bahawa tugas mendirikan Daulah Islamiah, merupakan antara perkara yang wajib didirikan bagi membolehkan kesemua sistem Islam dapat dilaksanakan.

Daulah Islamiah yang mempunyai roh agama, yang memastikan pembinaan tamadun kemanusiaan dan kebendaan dapat berjalan serentak, merupakan suatu yang diakui oleh umat manusia termasuk bukan Islam tentang keadilannya. Namun akibat telah lama tidak didirikan, maka di sana banyak persoalan dan pertanyaan yang timbul disamping sikap permusuhan terhadap Islam yang begitu menebal dalam hati musuh Islam, yang memandang jika sekiranya tertegak Daulah Islamiah, maka akan tergugat kepentingan agama masing-masing, apabila manusia sudah menerima Islam sebagai cara hidup. Sebab itulah pelbagai usaha yang dilakukan bagi memastikan Daulah Islamiah tidak ditegakkan. Musuh Islam menanamkan pelbagai tuduhan buruk dan melemparkan dengan pelbagai ancaman terhadap Daulah Islamiah agar usaha dalam membinanya terbantut.

Dewasa ini, Umat Islam dilanda dengan krisis keyakinan terhadap Islam sebagai Ad-deen. Umat Islam sendiri yang kurang yakin terhadap Qadha' dan Qadar serta hari akhirat, kadang-kala sampai keperingkat menghina dan mempertikaikan hukum Islam. Mereka boleh menerima hukum bahawa orang Islam sahaja yang wajib sembahyang dan puasa bulan Ramadhan sedangkan orang kafir tidak wajib, tetapi mereka tidak boleh menerima orang Islam dikenakan hudud contohnya dalam kes zina dan sebagainya. Mereka juga tidak yakin bahawa orang Islam yang dikenakan hudud akan dilepaskan daripada hukuman neraka di akhirat, sedangkan orang bukan Islam yang tidak dikenakan hudud tidak terlepas daripada siksaan akhirat.

Kita mesti yakin terhadap janji Allah S.W.T yang menjanjikan pencegahan melalui perundangan Islam, kerana jika kita lihat kepada kes-kes seperti rogol dan bunuh yang berlaku pada hari ini, maka didapati ada pelakunya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Mengapa tidak dipersoalkan bagaimana perundangan sekular yang sedia ada bukan sahaja tidak mampu menjaga orang bukan Islam malah umat Islam sendiri. Inilah yang dikatakan pandangan berat sebelah, di mana apabila disebut sahaja Islam maka ada saja alasan untuk menolaknya, tetapi apabila disebut ideology dan perundangan ciptaan manusia, maka boleh ditelan bulat-bulat tanpa banyak persoalan.

Jika manusia boleh menerima pemimpin sebuah negara komunis adalah komunis, negara sosialis adalah sosialis dan sekuler adalah pemimpin sekuler sendiri bukan penentangnya, maka mengapakah dipersoalkan negara Islam mesti melantik pemimpin beragama Islam. Jika rakyat negara ini boleh menerima perundangan penjajah yang tidak bersangkut paut dengan agama mereka, maka mengapa mereka mesti menolak perundangan Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. Mengapakah kegagalan demi kegagalan perundangan manusia dalam menangani masalah jenayah diteruskan juga.

Hukum bunuh dalam perundangan dunia tidak sama dengan hukum bunuh dalam Qisas. Begitu juga hukum sebat perundangan manusia tidak sama dengan hukum rotan perundangan hudud. Mengapa ada umat Islam yang boleh terima hukum bunuh perundangan manusia sedangkan mereka tidak boleh menerima hukum bunuh balas mengikut Qisas. Mengapa mereka boleh terima hukuman sebat perundangan manusia sedangkan tidak dapat menerima hukuman rotan Hudud. Ingatlah bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T di mana tidak boleh sama sekali kita menzalimi mereka walau pun mereka adalah penjenayah, dengan menjatuhkan hukuman yang bercanggah dengan perundangan Allah S.W.T.


Setiap pemerintah akan dipertanggungjawabkan dengan setiap hukuman yang dijatuhkan, samada bertepatan dengan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T atau sebaliknya. Setiap rakyat akan ditanya tentang sebab mengekalkan pemimpin yang melaksanakan hukuman yang bercanggah dengan Islam pada hari akhirat nanti. Oleh itu kembalilah kepada ajaran Islam yang menyeluruh, agar kita tidak dibangkitkan di hadapan Allah S.W.T sebagai orang yang zalim dan bersalah samada sebagai pemimpin atau pengikut.

Adapun orang-orang Yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim
. Al Imran, 57

April 7, 2011

Kaum Muslimin Hadapi Serangan Dalam Krisis Ivory Coast


Souleyman Sissouma menjadi korban ketiga imam yang dibunuh dalam bulan Mac dalam satu pembunuhan yang kejam. Keluarga mangsa menyembunyikan diri dan takut untuk keluar walaupun hanya untuk menghadiri upacara pengkebumiannya.

Ketika ramai penduduk sedang berkabung dan berkumpul di perkarangan masjid, tiba-tiba sebuah kereta dibakar, diterbalikan dan diletakkan di hadapan masjid. Ini merupakan antara tanda bahawa sedang berlakunya peningkatan kempen keganasan terhadap umat Islam yang menyokong Alassane Outtara, di mana kemenangannya diiktiraf secara antarabangsa dalam pilihanraya presiden November baru-baru ini. Outtara, seorang Muslim, kini terperangkap dalam pertempuran terhadap kedegilan Presiden Laurent Gbagbo yang mahu terus berkuasa dan konflik ini berlarutan sehingga bertukar menjadi keganasan antara agama. Sekurang-kurangnya 10 masjid di seluruh Abidjan telah dibakar dan sebuah lagi terpaksa ditinggalkan selepas diserang dengan bom tangan melalui tingkap ketika waktu solat.

“Kami penduduk Muslim tidak selamat. Kami menjadi objek bagi setiap jenis keganasan. Kami berasa takut. Kami tidak tahu bilakah perkara ini akan berakhir,” kata Imam Idriss Koudouss, Presiden Majlis Islam Kebangsaan. “Dan malah kami langsung tidak terlibat dalam politik.” Penyokong Outtara juga telah dipukul sehingga mati dengan batu bata dan ada juga yang dibakar hidup-hidup. Rakaman video melalui telefon bimbit terhadap kengerian ini telah dijual beli dan disebarkan di jalanan dan di media massa televisyen dalam negeri bersama-sama dengan seruan untuk membalas dengan mengangkat senjata.

“Ini adalah manipulasi politik terhadap kumpulan etnik”, kata Corinne Dufka, pengkaji senior dalam Human Right Watch.

“Akar kepada konflik ini adalah perebutan kuasa politik dan kesilapan berlaku apabila isu agama, etnik dan nasional diheret masuk.”

Piliharaya Presiden pada bulan November lalu sepatutnya menyatukan semula negara yang telah terpecah dalam perang saudara yang berlaku pada 2002-2003 yang mengakibatkan ia berpecah kepada dua iaitu kawasan yang dikawal pemberontak di sebelah utara dan penyokong setia kerajaan berada di bahagian selatan. Tetapi apabila Gbagbo enggan untuk mengiktiraf keputusan piliharaya yang dikeluarkan oleh PBB yang menunjukkan bahawa dia telah kalah, Ivory Coast telah diheret semula ke kancah keganasan.

“Kami sedang ketakutan. Semua orang sedang melarikan diri”, kata Abdias Goita, ayah kepada dua anak yang menanti di luar kedutaan Mali untuk pelarian Jumaat lalu. “Pintu rumah abang saya telah dipecah oleh askar militia pro-Gbagbo. Dia memberikan semua duit yang ada sebanyak 200000 francs ($430), tetapi mereka menyembelih lehernya juga”. Ketika kempen piliharaya presiden, gambaran awal kemenangan dapat dilihat bahawa Outtara bakal menjadi presiden Muslim yang pertama di Ivory Coast, dan ini menarik lebih banyak sokongan dari utara.



Dalam pada itu, polis dan askar yang pro-Gbagbo telah dituduh menjadikan kaum Muslimin sebagai sasaran kerana mereka menganggap semuanya menyokong Outtara. Minggu sebelum itu, polis perusuh muncul di masjid di mana imam Sissouma berada dan menahannya termasuk anak lelaki dan mengambil kotak yang mempunyai barang untuk ibadat. Sahabat kepada imam tersebut segera menghubungi Menteri Dalam Negeri untuk merayu supaya dilepaskan.

Dia beranggapan bahawa semuanya sudah kembali tenang setelah isteri Sissouma memberitahu bahawa suami dan anaknya telah pulang ke rumah dan selamat.

Tetapi isteri Sissouma telah menghubunginya semula setengah jam kemudian untuk memaklumkan bahawa polis perusuh telah datang membunuh suami dan anaknya bersama-sama 5 orang yang lain termasuk ibunya yang telah tua.

Menteri Dalam Negeri, Emile Guirieoulou mengetahui menerima panggilan tersebut tetapi dia enggan untuk mengesahkan penahanan atau pembunuhan yang berlaku, kerana memberi alasan bahawa siasatan sedang dijalankan.

“Di Ivory Coast, tidak pernah timbul masalah antara agama. Kristian dan Muslim hidup berjiran antara satu sama lain. Kejadian tragis yang berlaku ini adalah akibat daripada krisis politik”, kata Imam Moussa Drame, yang mana masjidnya diserang pada bulan Disember lalu.

Sebanyak 38.6 peratus rakyat Ivory adalah Muslim manakala 32.8 peratus adalah Kristian berpandukan Buku Fakta Dunia CIA. Sebuah Majlis Antara Agama yang ditubuhkan oleh ketua Kristian dan Muslim di sini adalah salah satu institusi yang paling dihormati di negara ini.



Xenofobia ataupun perasaan takut terhadap warga asing atau keadaan politik telah lama menjadi masalah di dalam negara ini, dan keadaan ini telah memikat jutaan pekerja imigran dari negara jiran seperti Mali dan Burkina Faso. Mereka datang untuk bekerja di sektor peladangan, khususnya ladang koko yang menghasilkan bahan mentah utama produk coklat di dunia. Untuk menyelesaikan masalah siapakah yang layak untuk mengundi presiden mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Sekarang golongan muda bersenjata yang pro Gbagbo sentiasa membuat sekatan jalanraya dengan memberhentikan orang ramai dan mengancam mereka yang merentasi Abidjan. Mereka yang berasal dari sebelah utara atau yang mempunyai nama Muslim akan dituduh sebagai pemberontak yang pro-Outtara, akan dipukul atau dibunuh, menurut para aktivis.

Human Rights Watch melaporkan bahawa pembunuhan yang berunsurkan etnik dan agama yang berlaku pada awal bulan lalu sering dibawa oleh polis atau golongan muda yang pro-Gbagbo dengan kebenaran polis. Penyokong Outtara telah dipukul sehingga mati dengan batu bata, belantan dan kayu, atau dituangkan dengan minyak sebelum dibakar hidup-hidup”. Rakaman video melalui telefon bimbit yang merakam insiden-insiden ini telah dimuatnaik di dalam laman web Youtube dan Facebook dengan diselitkan bersama komen-komen yang menghina dan anti-Muslim.

Menyemarakkan api adalah satu kempen yang akan berterusan dan PBB menganggap stesen televisyen negara yang dikawal oleh Gbagbo sebagai “penipuan” dan “propaganda”. Sesetengah wartawan asing menganggap Radio-Televisyen Ivorienne sebagai TV Mille Collines, di mana ia merujuk kepada stesen radio yang menggalakkan pembasmian kaum di Rwanda pada 1994.

Di dalam satu laporan berita yang ditayangkan bulan lalu, seorang tekong dengan penuh senyuman menerangkan bahawa berpuluh-puluh orang yang dikatakan sebagai pemberontak telah dibunuh oleh askar pro-Gbagbo di tengah Abidjan, dan digambarkannya seperti membunuh burung-burung kecil. Gambar menunjukkan jasad-jasad penuh darah bergelimpangan di sana sini dengan diiringi oleh sorak gembira dan oleh para askar.

“Masa depan yang Gbagbo cadangkan untuk negaranya adalah perang, anarki dan keganasan, dalam dimensi etnik, agama dan xenofobia,” tulis Louise Arbour, Presiden International Crisis Group dalam surat terbukanya bulan lalu.

Sumber : Khilafah.com

Memoir Jihad Anak Melayu: Asy Syahid Fauzi Ismail

Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Meskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

"Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.

Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

"Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat saya bersyukur."

April 6, 2011

1 Malaysia dan Fitnah Liwat, Video Seks.


Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud, “Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), Dan akan kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tentaranya apa yang Selalu mereka khawatirkan dari mereka itu” (Al-Qashas 5-6)

Dalam ayat ini Allah menjanjikan sesuatu kepada kaum Bani Israil yang mana mereka ini merupakan satu kaum yang ditindas oleh Firaun pada masa itu. Pada masa itu di Mesir mereka merupakan satu bangsa yang dianggap bangsa bawahan oleh bangsa Firaun yang mana mereka ini dihina dan dianggap sebagai hamba.

Dalam ayat ini Allah menjanjikan kepada mereka akan kuasa, yang mana mereka akan menjadi pemimpin dan orang yang mewarisi kuasa. Dan Allah akan tunjukkan kepada Firaun, Haman dan tentera-tenteranya apa yang paling mereka khuatiri. Yang mana mereka ini amat menguatiri akan jatuhnya kuasa yang mereka ada pada ketika itu.

Atas dasar kebimbangan ini dan juga kerisauan akan jatuhnya kuasa inilah akhirnya Firaun, Haman dan tentera-tenteranya melakukan kezaliman dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk menekalkan kuasa mereka. Namun atas ketentuan Allah mereka ini jatuh dan kehilangan kuasa kerana kezaliman yang mereka lakukan.

Ayat ini menceritakan tentang Firaun yang mendapat tahu dari ahli nujumnya akan peristiwa lahirnya seorang bayi lelaki yang kan menjatuhkannya. Dan firaun mengambil tindakan yang cukup zalim iaitu mengarahkan kepada tenteranya supaya dibunuk semua bayi lelaki yang lahir pada masa itu.

Sikap penguasa yang sayang akan kuasa sekarang.

Sikap Firaun yang sanggup untuk melakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan kuasa pada hari ini dilakonkan dan diulang tayang oleh orang yang berkuasa dan takut akan kehilangan kuasa sebagaimana Firaun.

Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja malahnya berlawanan dengan apa yang mereka sendiri katakan ataupun berlawanan dengan prinsip-prinsip yang mereka sendiri gagaskan, hanya kerena kebimbangan kehilangan kuasa yang mereka pegang.

Bukan menghukum atau menuduh tetapi inilah kebenaran yang harus kita hadam walau sepahit manapun. Melihat sutiasi Malaysia pada hari ini, yang mana fitnah menjadi amalan yang cukup berleluasa pada hari ini. Lebih malang lagi fitnah menjadi amalan orang yang kononya berpegang kepada perpaduan sedangkan fitnah secara terang-terangnya menjadi agen kepada pemecah belah masyarakat sesama manusia.

Lihatlah apa yang berlaku dalam sejarah, penyebaran fitnahlah yang menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah.

1 Malaysia, Liwat dan Video Seks

Liwat dan video seks menjadi berita sensasi pada hari ini, yang menyedihkan berita ini tidak dapat di sahihkan dan penuh dengan kekeliruan. Andai kata ianya tidak dapat dibuktikan, ainya adalah satu fitnah yang besar yang mana boleh menjurus kepada pepecahan yang sepatutnya dielakkan oleh umat Islam. Kerana dengan pepecahan kita akan menjadi lemah dan ditindas.



1 Malaysia merupakan satu gagasan yang menyeru kepada perpaduan. Yang mana gagasan yang dibawa oleh kerajaan ini menyeru agar rakyat di Malaysia ini bersatu dan melupakan segala perbezaan antara mereka. Sebagai pihak yang berwajib dalam mengagaskan sesuatu segala prinsip dalam menjayakannya haruslah dilaksakan dengan penuh komitmen dan tidak langsung ada unsur-unsur untuk mengagalkan gagasan tersebut. Dan seandainya ada unsur-unsur tersebut dan pelanggaran terhadap prinsip gagasan, ternyata gagasan yang dicadangkan tidak lebih dari hanya retorik semata-mata.

Perilaku fitnah yang digembar-gemburkan merupakan satu pelanggaran prisip 1Malaysia, hal ini adalah kerana perkara ini membawa kepada pepecahan. Dan andai kata perkara ini betul sepatutnya ini tidak dijadikan satu hebahan yang cukup meluas sebagaimana yang berlaku hari ini. Sebgai kerajaan yang memegang arus media pedana perkara yang boleh menimbulkan pepecahan seperti ini haruslah dihalang sejak awal lagi.

Permainan Politik

Ataupun ini merupakan satu permainan politik untuk mengekalkan kuasa sebagaimana yang dilakukan Firaun. Dengan menjatuhkan orang lain dan juga dengan memalukan pihak yang dilihat sebagai ancaman dengan fitnah yang buruk ini merupakan satu perkara yang memalukan.



Jika ini bukan permainan politik mengapa perkara ini perlu di gemba-gemburkan?
Mengapa berlaku drama yang cukup menjijikan?

Mengapa berlaku diskriminisasi yang cukup hebat? Lihatlah ketika mendapat laporan tentang pihak pebangkang siasatan dilakukan serta merta, tetapi tidak pada pihak kerajaan.

Kesimpulan

Fitnah merupakan satu alat pemecah belah yang cukup hebat. Dengan melakukan fitnah ternyata perpaduan yang dialaungkan selama ini merupakan satu retorik yang cukup memalukan.

Ingatlah sebagaimana Allah menjatuhkan Firaun dengan kekejaman yang dilakukan, begitu jugalah Allah akan menjatuhkan orang-orang yang mengikut jejak langkah Firaun. Andai kamu ingat dengan fitnah akan menghidupkan kamu, ingatlah fitnah itu jugalah yang akan membaham kamu.

April 4, 2011

Pesta konvo dan Festival Inovasi dan Kretiviti: Membangun Tamadun ala Firaun?


Baru-baru ini Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menganjurkan Istiadat Konvokesyen serentak dengan Festival Inovasi dan Kretiviti . Disamping melangsungkan Istiadat Konvokesyen UTM mengambil langkah untuk mempromasi UTM sebagai sebuah Universiti yang mempunyai kelas tersendiri dalam memacu negara ke sebuah Negara Maju.

Selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri yang membawa gagasan 1Malaysia serta telah mengistiharkar 2010 sebagai tahun Inovasi. Yang mana program kali ini sebagai satu usaha memupuk minat pada generasi baru dalam melibatkan diri untuk cenderung kepada bidang teknologi dan sains. Selain itu festival ini turut berperanan untuk memupuk budaya Inovasi dan Kretiviti dalam kalangan masyarakat kampus.

Inovasi membawa erti bersifat terbuka dengan sebarang idea, tanpa mengira dari mana datangnya sumber idea itu dan bagaimana luar biasa idea itu pada awalnya. Manakala kretif membawa erti berani mencabar idea-idea lama yang tidak relevan bagi menyelasaikan masalah.

Yang mana kedua-duannya harus dibudayakan dalam diri setiap insan terutamanya mahasiswa, hal ini adalah kerana mahasiswa sebagai agen utama dalam mengubah negara dan juga akan menjadi orang yang memacu negara pada masa akan datang. Perlunya pembudayaan budaya kretif dan inovasif ini selaras dengan perkembangan dunia pada hari ini. Yang mana kita dapat lihat betapa lajunya pekembagan teknologi yang ada hari ini.

Cita-cita dan hasrat Malaysia untuk mencabar kuasa besar dunia pastinya hanya akan menjadi angan-angan ‘Mat Jenin’ jika dua budaya ini tidak diamalkan. Kerana perlunya kepada seorang pemimpin itu untuk melakukan sesuatu di saat kepimpinannya, bukannya sekadar meneruskan apa yang sedia ada.

Festival Inovasi dan Kretiviti


Sepanjang pemerhatian dan penglibatan secara langsung dalam Festival Inovasi dan Kretiviti di UTM, setinggi penghargaan dan pujian haruslah diberikan kepada pihak penganjur. Lihat sahaja situasi dan reakti dari peserta, yang mana kebanyakkannya dari sekolah seluruh Johor, cukup mengujakan. Termasuk ibu bapa para graduasi dilihat turut kagum dengan pemeran yang diadakan.



Selain promasi di fakulti-fakulti, beberapa pameran seperti UTM Innovation Hall of Fame, Pemeran Malaysia Teknologi Expo 2011, Pameran Kereta Elektrik UTM, dan banyak lagi, berjaya dalam menarik pengunjung dan peserta untuk lebih mengenali UTM sebagai sebuah Universiti yang mempunyai kelas tersendiri selain memupuk budaya kretif dan inovatif secara langsung dan tidak langsung.

Pesta Konvo Pesta Maksiat

Dalam mengejar arus permodenan yang pesat, dalam memupuk budaya yang sihat, kita seolah-olah tertinggal sesuatu yang cukup penting dalam membina sebuah negara maju. Sebagaimana yang kita sedia maklum pembangunan Insan merupakan satu batu asas yang paling penting dan tidak boleh dilupakan apatah lagi dipinggirkan dalam mengejar arus yang ada sekarang.

Kepentingan pembangunan insan sudah awal-awal lagi dinyatakan malahan sejak wahyu pertama lagi. Lihatlah dalam surah Al-Alaq sejak ayat pertama hinggalah ayat 19 menyatakan tentang pembangunan insan.

Masakan sebagai orang Islam kita boleh melupakan tentang pembangunan Insan, sedang kesan apabila seorang insan yang gagal dalam pembangunan insan memegang tampuk pemerintahan akan terjadilah sebagaimana disebut dalam sebuah Hadis, menyebut tentang akhir zaman, yang mana pada masa itu akan dilantik pemimpin dalam kalangan orang yang jahil. Dan pemimpin dikalangan orang yang Jahil ini sesat dan menyesatkan.

Runtuhnya atau pun gagalnya dalam model pembangunan insan dalam Pesta Konvo dan Festival Inovasi dan Kretiviti kali ini dapat dilihat, dalam cerminan akhlak mahasiswa itu sendiri. Sekali gus menjadi contoh paling buruk kepada para peserta yang kebanyakkan orang luar universiti, seperti pelajar sekolah dan Keluarga kepada para graduasi.



Lihatlah pasangan yang berpegangan ketika bersiar-siar di tapak-tapak pemeran, sudahlah pakaian tidak sopan, aurat terdedah seolah-olah tidak kenal dosa pahala. Budaya bonceng juga berleluasa menunujukkan bahawasanya budaya ini lebih dihayati berbanding budaya inovasi dan kretiviti. Tidak cukup dengan itu penganjuran konsert selama tiga malam berturut-turut cukup melengkapkan budaya kerosakkan dalam kalangan mahasiswa.



Pembangunan ala Firaun

Persoalan yang timbul pada situasi ini adalah pembaggunan jenis apa yang ingin kita bina?

Peradapan yang macam mana?

Adakah kita ingin membina tamadun yang bersifat dengan pembangunan dari satu segi semata-mata, dan tinggalakan dari segi yang lain?
Dengan menyatakan kita adalah Universiti teknologi bukanlah satu alasan yang kukuh untuk kita meminggirkan pembanggunan Insan. Sebagaimana yang saya nyatakan di atas tadi, dengan meninggalkan pembanggunan insan implikasinya amatlah besar.

Adakah kita ingin mengikut jejak langkah Firaun dalam membina tamadun, siapa boleh sangkal kehebatan Piramid Firaun?

Kehebatannya masih menjadi tanda tanya sehingga kini.



Ingatlah tatkala Firaun membina peradaban itu, moral dan nilai insan ketika itu amatlah teruk, kezaliman Firaun tidak dapat digambarkan, masyarakat pada masa itu hidup dengan teruk. Yang mana berlaku penindasan yang cukup hebat pada masyarakat bawahan. Manakala yang berada di atas terus hanyut dengan dunia.

Firaunlah raja yang mengaku tuhan hingga mengejutkan Iblis, dialah orang yang memerintahkan dibunuh semua bayi lelaki, dan dialah raja yang mencampak tukang sikat puterinya kedalam minyak yang panas hanya kerana mengaku Allah sebagai tuhan.
Sedarkah disebalik kezaliman ini Firaun merupakan pemerintah yang kretif dan inovatif, lihatlah dengan kewujudan senibina dan pengawetan mumia yang masih misteri sehingga hari ini.



Kesimpulan


Bukalah mata hati, lihatlah situasi dihadapan kalian, andai kita buang soal pembanggunan insan, kita ketepikan isu moral. Maka apa bezanya kita dengan Firaun, kita membina satu peradaban yang cukup tinggi dalam pada masa yang sama kita sedang meruntuhkan satu peradaban yang lain.
Andai kamu mengatakan saya membangkitkan soal yang remah, maka samalah kamu mengatakan soal pebentukkan akhlak itu remeh, sedang Allah telah menyatakan kepada Rasulullah bahawasanya aku menurunkan kamu(Muhammad) untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Ingatlah di akhirat nanti Allah tidak menghisab sejauh mana pembanggunan negeri kamu tapi sejauh mana amalan kamu. Ingin bangunkan negeri bagunkanlah, Islam galakkan malah menganjurkan supaya berbuat begitu tapi kita seharusnya membangun bersama Islam untuk pembanggunan yang lebih bersifat holistik.

April 2, 2011

Bercinta Sampai Syurga


Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita: “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud.

Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya.

Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.



Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih…

cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.
Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.



Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

sumber: link

11 GOLONGAN MANUSIA YG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT


Setiap manusia yang hidup atas muka bumi Allah ini, inginkan hidup yang sejahtera. Berikut merupakan golongan yang didoakan oleh malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.InsyaAllah.

April 1, 2011

SEJARAH APRIL FOOL

Sebenarnya April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakanApril Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. PerayaanApril Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.



Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.



Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.



Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

sumber: link