July 23, 2012

Empangan Rindu.


Boleh tidak kalau saya umpamakan rindu saya pada kamu umpama sebatang sungai?

Sebatang sungai biru yang mengalir deras tapi tenang, airnya yang sejuk dan menyamankan, di dalamnya pula ada pelbagai hidupan yang sihat dan cergas. 

Disekeliling sungai itu pula tumbuh rumput-rumpur hijau nan segar, tak lupa juga pokok-pokok bunga indah sebagai penghiasnya.

Indah dan menenangkan. Kalau diberi pilihan ingin saja saya membina mahligai indah di tepi sungai itu, untuk menatap keindahannya, merasa kedamaiannya, dan menikmati kebahagiaannya.

Indahnya andai sungai itu dapat terus mengalir hingga hari ini, kan?

Tapi hakikat sering kali tidak begitu, sedih!

Suatu hari sungai yang indah itu terpaksa saya tahan. Terpaksa, bukan kehendak saya. Takdir barangkali.


Air yang mengalir tetapi mana mahu ditahan, lalu terjadikan sebuah empangan.

Empangan itu mula menenggelamkan seluruh keindahan juga mahligai impian yang saya pasakkan di situ. 

Empangan itu juga semakin hari semakin dalam, gelap dan sepi. Hari demi Hari.

Rindu saya umpama sungai biru yang mengalir laju.

No comments:

Post a Comment