July 30, 2012

Sijil, Pendidikan, Dan Persepsi.

Baru-baru ini timbul satu polemik baru yang meletakkan sistem pendidikan terutamanya sistem pendidikan tinggi sebagai satu yang bersalahan dengan disiplin ilmu dan pendidikan. Perkara ini timbul kerana munculnya satu persepsi yang menyatakan bahawasanya tujuan pelajar ke Universiti hanya mencari sijil semata-mata. sistem pendidikan ini juga dibandingkan dengan sistem pondok yang mengutamakan ilmu agama.

Dalam masa yang sama munculnya persepsi yang menempelak pemikiran masyarakat hari ini. Yang mana kebanyakkan orang menilai dan lebih menghargai graduan Universiti berbanding dengan pondok. Ini dapat dilihat dengan penetapan nilai mas kahwin berdasarkan lulusan seorang wanita juga pemilihan menantu berdasarkan kerja dan gaji. 

 

Yang menjadi persoalan benarkah perkara ini?

Saya amat tidak bersetuju dengan persepsi ini dan bagi saya andai kata persepsi ini tidak diperbetulkan maka amat rugilah umat Islam keseluruhannya. Kita akan kehilangan satu generasi yang sepatutnya dapat mengembalikan kegemilangan Islam satu masa dulu.

Saya tidak menafikan dengan wujudnya dualisme ilmu yang dipelopori oleh puak-puak sekularisme yang diamalkan dinegara kita menyebabkan institusi pengajian tinggi gagal dalam melahirkan insan yang berilmu dan beriman tapi perkara ini adalah sepatutnya diperbetulkan bukannya di salahkan mahupun ditolak keseluruhannya.

Dualisme Ilmu.

Dualisme ilmu adalah pemisahan antara dua ilmu iaitu ilmu ketuhanan dan juga ilmu akademik. Yang mana perkara ini dilakukan oleh puak sekurisme, satu bentuk pemikiran yang timbul hasil dari ketidakpuasan hati kepada puak gereja yang mengaut keuntungan dan menutup jalan-jalan ilmu dan permodenan di eropah.

Sesiapa yag mengeluarkan teori-teori sains yang baru dan bersalhan dengan gereja pada masa itu akan dihukum dan hasilnya aktiviti keintelektualan di eropah tak dapat dijalankan seterusnya menjerumuskan eropah ke zaman gelap. Jadi pada zaman kebangkitan orang eropah berpendapat bahawa untuk mencapai kemajuan mestilah di pisahkan agama dan hal dunia.

Bentuk pemikiran ini dijaja dan ditanam ketika eropah meluaskan empayarnya di seluruh dunia. Hasilnya tokoh-tokoh islam seperti Ibu Sina, Ibnu Battutah, Ibu Rushd, dan ramai lagi hilang dalam kalangan islam. Mereka ini adalah orang yang cemerlang akademik dalam masa yang sama ulama’ yang alim dalam bidang agama. 


Inilah yang perlu kita lahirkan hari ini, seorang ahli akademik yang faqih dalam agama, yang mana kalau ikutkan suasana hari ini perlu kita libatkan anak-anak kita dalam proses pembelajaran akedemik dan tidak kita tinggalkan bidang agama.

Cuba bayangkan andaikata kita menumpukan pendidikan agama semata-mata, siapakah yang harus mengambil kembali watikah-watikah ilmu akademik tinggalan ulama terdalu dari tangan-tangan barat yang tidak tahu malu mengaku mereka yang mempelapori bidang ilmu tersebut.

Pendidikan dan pengiktirafan.

Pembelajaran di institusi pengajian tinggi merupakan satu proses pendidikan, kita akan dididik dengan dengan kehadiran wajib 80%, tugasan, ujian dan juga peperiksaan akhir. Dihujungnya selepas semuanya dapat dilalui dengan jayanya kita akan diberi pengiktirafan iaitu sijil, diploma, ijazah, sarjana, dan PHD.

Pendidikan adalah bertujuan untuk melatih dan membentuk seorang pelajar yang ada ciri-ciri seorang yang berdisiplin dan pemikiran yang baik. Manakala pengiktirafan adalah untuk menunujukkan kepada umum dan pihak yang berkepentingan seperti majikan kejayaan pelajar ini melalui satu proses pendidikan dan layak untuk diberi tugasan berdasarkan kemahiran yang telah diberi.

Adakah pengiktirafan ini berdasarkan ujian semata-mata? perkara ini tidak saya nafikan di dalam peringkat pendidikan rendah seperti UPSR, PMR, dan SPM, begitu juga matrikulasi. Tapi dalam peringkat pengajian tinggi saya amat tidak setuju. Selain dari ujian pelajar juga dinilai berdasarkan perkara-perkara yang lain seperti penilaian supervisor, laporan kajian, pembentangan dan lain-lain. Markah akhir juga bernisbahkan 40:60 yang mana ujian akhir bukanlah penentu semata-mata.

Kepentingan ilmu.

Ini juga menjadi isu yang mana kita menganggap orang-orang yang belajar di universiti hanya mementingkan sijil dan tidak memetingkan ilmu. Inilah yang istimewanya universiti, kepentinggan ilmu lebih bersifat tekanan luaran, yang mana apapun terjadi pelajar tetap terikat dengan cara penilaian, yang mana pelajar harus mencuba bersungguh-sungguh untuk mendapat markah yang tinggi.

Masakan dapat markah yang tinggi jika tidak faham konsep dan aplikasi?

Jadi kepentingan ilmu tidak menjadi isu kerana pelajar akan tetap belajar walaupun tidak bersemangat dan sebagainya. Manusia yang sifatnya sukar untuk istiqamah, iman yang tinggi rendah, juga adakalanya lupa dan lemah, perlukan tekanan luaran ini untuk terus mencapai matlamat.

Menantu dan mas kahwin.

Rezeki sememangnya dari Allah, tetapi yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang. Kenapa nak pilih menantu orang pilih yang bergaji tetap dan berjawatan? Kerana semua mak ayah mahukan anak mereka satu jaminan masa depan. Kita tak boleh salahkan mereka sebab perkara ini, ini adalah masalah kurangnya kefahaman ilmu agama dalam kalangan masyarakat.

Perkara yang boleh kita buat adalah dengan mengangkat taraf orang yang beragama bukannya menempelak masyarakat sekitar.

Berkenaan perkara ini juga saya kurang bersetuju kerana pengalaman saya, ramai juga orang yang tanya untuk dijadikan menantu, selepas memberi pengisian di masjid ataupun menjadi panel forum agama. Juga hakikatnya tidak susah bagi seorang ustaz untuk beristeri dua, jika nak dibandingkan dengan orang yang berkerjaya lain.

Mas kahwin adalah satu pemberian seorang lelaki kepada perempuan yang ingin dinikahi.

" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " - (Surah An-Nisaa’: 4)

Yang mana mas kahwin yang sedikit menjadi tanda perempuan yang baik kerana ianya menandakan satu sifat tidak tamak dan materialistik seorang perempuan.

Masyarakat meletakkan satu tanda aras kepada mas kahwin iaitu sijil dan pengiktirafan kerana ini antara perkara yang dapat dinilai pada seorang perempuan. Cuba bayangkan jika yang menjadi tanda aras kepada masyarakat adalah pakaian?

Kesimpulan.

Imu itu ada dimana-mana sama ada kita hendak kutip atau tidak sahaja. Jika kita melihat dan berjalan-jalan disebuah pasar macam-macam ilmu kita boleh dapat, ilmu komunikasi, ilmu perniagaan, dan lain-lain Sama ada kita hendak berfikir atau tidak sahaja.

Juga ilmu itu perlukan satu pemikiran yang kretif dan kritis untuk dihayati dan diaplikasi selain penghayatan. Jika belajar agama sepuluh dua puluh tahun sekalipun jika kita tidak mengamalkannya amatlah tidak berguna. Keran inilah lahirnya orang yang berbangga dengan kulit-kulit islam tetapi busuk dan berulat isinya.

Ilmu fardu ain merupakan kewajiban kepada semua. Mudah kata bukan hanya ajk surau sahaja yang patut tahu cara mengurus mayat tetapi doktor dan jurutera juga patut tahu.



No comments:

Post a Comment