July 31, 2012

Nak Sabar?

Sabar itu indah, dan sabar itu perlu. Terutamanya kepada pejuang Islam, kerana jalan yang kita rintis ini sudah dijanjikan ujian. 

Sebagaimana firman Allah; "Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar".-Al-Baqarah:155-

Jadi persoalannya bagaimana hendak kita capai sabar itu dan bagaimana perjuang terdahulu mendapat sabar yang hebat itu?

Kita lihat ujian yang Allah bagi kepada Rasul-Rasul Ulul Azmi ( Muhammad, Ibrahim, Noh, Musa, dan Isa). Ujian kepada mereka ini bukan calang-calang bahkan kadang-kadang mengancam nyawa dan menuntut kepada pengorbanan diri dan keluarga.
Sabar itu dapat kita perolehi dari ibadah, kerana sering kali ibadah itu bertentangan dengan hawa nafsu kita.

Tonton TV dan main game lebih menarik dari solat sunat.

Bersembang lebih seronak dari berzikir.

Tidur lebih baik dari dengar ceramah dan membaca.

Dengan melazimi ibadah maka kita dapat tundukkan hawa nafsu dan sekaligus kita dapat menjadi seorang yang sabar kerana kesabaran itu adalah apabila kita melakukan tuntutan Allah tanpa memikirkan tuntutan nafsu.

Sabar itu tidak semestinya duduk diam tidak melawan ataupun tidak mengambil peduli dengana apa yang berlaku disekeliling kita.

Hanya melihat kezaliman bukan sabar, tapi sabar adalah melawan kezaliman.