July 16, 2012

Anak Aset Bila Tiada

Anak merupakan aset yang paling berharga pada setiap insan, tapi anak merupakan satu aset yang mentah dan perlu disiapkan sebelum digunakan. Setinggi mana aset itu bergantung kepada macam mana kita corakkan anak itu. Kalau coraknya cantik dan baik maka kita akan dapat nikmati untung yang berlipat ganda.

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih; "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 

Sedekah Jariah.

Sedekah jariah adalah sumbangan kita kepada masyarakat yang tidak terputus. Sebagai contoh, mendirikan masjid, menulis buku, dll. Sedarkah kita bahasanya mendidik dan meninggalkan anak yang berjuang di jalan Allah dan berbakti kepada masyarakat itu juga satu sedekah jariah, yang mana selagi hidup anak kita itu dan selagi mana di berjuang dijalan Allah pahalanya juga dapat terus kepada kita.

Ilmu yang bermanfaat.

Ilmu yang bermanfaat dalah ilmu yang diajarkan kepada orang dan diamalkan oleh sesesorang dan terus diamalkan oleh orang tersebut sepanjang hidupnya. Selagimana amalan itu ada selagi itu pahalanya kita rasa.

Ayah mak adalah guru pertama seorang anak, malahan merupakan pencorak yang terpenting dalam pembinaan pemikiran dan juga sikap anak tersebut. Sebagai contoh, membesarkan anak dalam suasana yang bersih akan menjadikan anak itu seorang yang pembersih.

Jadi dengan mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada anak pahala kepada kita akan terus berjalan setiap saat anak kita amalkan.

Anak soleh yang mendoakan.

Anak yang soleh bukan sahaja dapat mendoakan, tapi akan dapat menguruskan dan menyembahyangkan jenazah mak ayah mereka. Penting untuk mendapat anak yang tidak lupakan mak ayah mereka kerana sudah pasti suatu masa nanti doa anak ini amat diperlukan oleh kita.



Jadilah anak yang soleh dan solehah, insyaAllah Allah akan sediakan kepada kita anak yang soleh dan solehah.

Jadilah ustaz dan ustazah, supaya kita dapat lahirkan ustaz dan ustazah.

Jadilah mujahid dan mujahidah, supaya kita dapat jadi contoh terbaik untuk bakal mujahid dan mujahidah.