April 16, 2013

Ruang Songsang: Tayangan Tanda Putra di UTM?

Menjelang PRU 13 Politik kampus menunjukkan satu perkembangan menarik. Yang mana sebagai seorang pemerhati yang telah lama-saya rasa-terlibat dalam politik kampus, saya melihat sedikit ruang untuk mahasiswa berpolitik kini telah terbuka. Sedikit demi sedikit.

Bermula dengan penubuhan kelab BN IPT sehinggalah pengumuman akan membantu BN dalam PRU secara terbuka oleh mahasiswa dari UTHM dan USM, sehinggalah baru-baru ini ini saya saya dengar akan ada tayangan filem kontroversi di UTM, Tanda Putra. Saya melihat ruang berpolitik mahasiswa mula terbuka. Bukan secara biasa tetapi ruang politik kepartian mula di buka oleh pentadbiran universiti dan kerajaan.

Secara peribadi saya melihat ini satu perkembangan yang baik. Dengan semangat demokrasi, saya berpendapat mereka ada hak untuk sokong dan menyebarkan propaganda mereka.

Semua orang tahu filem adalah salah satu alat propaganda, filem boleh digunakan untuk mengangkat penjahat menjadi hero. Boleh juga digunakan bagi menyalahkan pihak yang tak bersalah, sebagai contoh pearl harbor yang menunjukkan Jepun sebagai penjahat dan Amerika sebagai pencinta keamanan no.1 di dunia.

Sejak diterbitkan, semua orang tahu filem Tanda Putra alat propaganda yang bersifat rasis dan menyentuh sensitiviti kaum. Jika tidak masakan punya masalah untuk penerbitannya! Dan cerita ini akan ditayangkan secara meluas untuk seluruh warga UTM di dewan besar. Saya secara peribadi juga tiada masalah dengan perkembangan ini. Sebar propaganda ini di universiti saya tidak risau mana, masing-masing golongan intelek boleh fikir mana sejarah mana propaganda kaum.

Apa yang saya kesalkan adalah, ruang politik yang dibuka ini songsang. Kenapa saya katakan ianya songsang? Sedang hak menyokong parti dan berpropaganda bagi BN dibuka seluas-luasnya hak kami untuk menyebar luaskan fahaman perjuangan mahasiswa ditindas! Saya tekankan di sini bagi kami gerakkan mahasiswa bebas dari dokongan dan kongkongan mana-mana pihak atau parti. Mahasiswa lebih bergerak secara non partisan dan bertindak sebagai semak imbang pada negara.

Pengalaman saya, dalam mengendalikan speaker corner dan wacana ilmu saya hadapi banyak masalah. Hanya kerana ada perkataan politik dalam tajuk, program akan disekat dan dihalang, sekerasnya. Sedang untuk pihak lain, filem sesadis Tanda Putra ditayang seluasnya.

Ruang songsang ini pastinya menimbulkan rasa mual dan loya kepada sesiapa yang berada dalamnya mahupun para pemerhati. Perbukaan ruang songsang ini menunjukkan ketakutan dan kecetekkan akal pihak yang terlibat.

Hidup dalam ruang songsang ini menjadikan diri tidak selesa sekaligus semangat melawan kian kuat dan diri menjadi semakin teguh. Teruslah menghimpit, kelak mahasiswa akan terus bangkit!

2 comments:

  1. Apa kena mengena filem Tanda Putera dengan BN? Saudara Ibhrahim Noh dah tengok ke filem ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak kaitkan Tanda Putera dengan BN, yang saya katakan adalah filem ini membuka ruang politik di kampus. Filem ini berunsur politik dan sejarah negara.

      kalau saudara tanya apa kaitan, mudah saja, filem ini mengangkat tokoh BN sebagai figure perpaduan.

      Delete